Friday, 30 October 2026

Tourism Malaysia Raikan Kecemerlangan Industri Hospitaliti Negara Di HAPA Awards 2026 Series 3

 

SELANGOR, 28 Oktober 2026 - YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026-2027 telah mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk menyampaikan ucapan merasmikan Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA Awards) 2026 Series 3 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Sunway Resort Hotel.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Adjung Professor Jennifer Ong, Pengasas HAPA Group, Yang Bhg Dato Sri Anne Eu, Pengerusi Eu Yan Sang Malaysia and Lembaga Pengarah HAPA Awards, Datuk Dr Chef Wan,  Culinary Global Ambassador for Malaysia, Mr. Alex Castaldi, CEO Of Sunway Hospitality Group dan tetamu kenamaan yang lain.

Majlis ini telah menghimpunkan dan meraikan para pemain industri pelancongan negara daripada pelbagai segmen seperti industri perhotelan, industri golf, industri spa dan lain-lain.

Pada Majlis ini juga YBhg. Datuk Dr. Chef Wan telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas HAPA Awards 2026.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.