Thursday, 8 October 2026

Lawatan Kerja Ke CAW Experience – Malaysia’s Largest Pop Culture Experience Store

 

Petaling Jaya, 7 Oktober 2026 – YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026–2027, telah mengadakan lawatan kerja ke CAW Experience yang bertempat di Amcorp Mall, Petaling Jaya, bagi mendapatkan taklimat serta meninjau potensi produk pelancongan yang boleh diketengahkan, khususnya di sekitar Lembah Klang.

CAW Experience yang mula beroperasi pada awal September 2026 merupakan sebuah dedicated pop culture destination yang menampilkan koleksi ekstensif premium pop culture collectibles, life-size displays, licensed statues, action figures serta pelbagai koleksi dan pengalaman berkaitan.

Lawatan ini turut memberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat potensi CAW Experience sebagai salah satu tarikan baharu yang mampu menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung, khususnya peminat budaya pop dan koleksi dari dalam dan luar negara.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.