Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Sunday, 11 October 2026

Kunjungan Hormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia

 

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026 - YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, bertempat di Ibu Pejabat Tourism Malaysia, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan penganjuran Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu (TIJ100) yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 Disember 2026 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.

Pertemuan ini turut menjadi platform bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam mempromosikan program berkenaan, di samping mengetengahkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan kepelbagaian produk, warisan budaya dan pengalaman menarik kepada pengunjung domestik serta antarabangsa.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah En. Wizani bin Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Pn. Zuraini Abd Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, dan En. Nizam Abd. Wahid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, bersama wakil-wakil Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu.

Tourism Malaysia sentiasa komited dalam memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyokong penganjuran program dan acara yang berpotensi merancakkan industri pelancongan negara, selaras dengan kempen melawat Malaysia 2026-2027.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 20 June 2026

Pantai Timur Fest Edisi 2026 Bawa Keunikan Kelantan, Terengganu Dan Pahang Ke Ipoh

 

IPOH: Tourism Malaysia hari ini merasmikan penganjuran Pantai Timur Fest 2026, sebuah festival pelancongan yang menghimpunkan keunikan produk pelancongan, budaya, warisan dan gastronomi dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Festival tersebut berlangsung bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di AEON Mall Kinta City, Ipoh.

Festival kali ini merupakan penganjuran kali kedua setelah kejayaan edisi sulung yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Ipoh dipilih menjadi tuan rumah bagi edisi 2026 dengan tujuan memperluaskan capaian promosi pelancongan Pantai Timur kepada pasaran domestik yang lebih luas, bertepatan dengan kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara serta pusat tumpuan pengunjung dari wilayah utara dan tengah Semenanjung Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee, EXCO Kerajaan Negeri Perak; YB Datuk Razali bin Idris, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu; YBrs. Encik Muhammad Aminuddin bin Abdul Majid, Pengarah MOTAC Perak; YBrs. Encik Suhaimi bin Abu Hassan Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak; YM Dato' Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, nan, Pengarah Tourism Terengganu; YBrs. Encik Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia; YBrs. Encik Teck Soon Hing, Pengurus Pusat Membeli-belah AEON Mall Kinta City, wakil-wakil industri pelancongan serta para pempamer dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 16 June 2026

Jom Ke Pantai Timur Fest 2026! @ AEON Mall Kinta City, Ipoh, Perak ( 19 ~ 21 Jun 2026 )

 

Jom Ke Pantai Timur Fest 2026!

Mencari idea percutian? Nak grab pakej pelancongan dengan harga promosi? Atau sekadar nak bawa keluarga bersantai hujung minggu?

Jangan lepaskan peluang ke Pantai Timur Fest 2026! ✨

Tarikh: 19 – 21 Jun 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: AEON Mall Kinta City, Ipoh

Masuk PERCUMA!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

> 30 reruai pelancongan dari Kelantan, Terengganu & Pahang

> Promosi dan diskaun pakej percutian eksklusif

> Hotel, taman tema & produk pelancongan menarik

> Tawaran istimewa daripada Online Travel Agent (OTA)

> Persembahan kebudayaan dan aktiviti pentas

> Produk makanan dan kraftangan Pantai Timur

> Kuiz Kahoot yang menyeronokkan

> Cabutan bertuah setiap hari

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi

Nak ke Pulau Redang?

Nak teroka Tasik Kenyir?

Nak bercuti di Pantai Cherating?

Nak tahu destinasi menarik di Kelantan, Terengganu dan Pahang?

Semua ada di sini!

Datang bukan sekadar jalan-jalan, malah berpeluang menyertai aktiviti interaktif, menjawab kuiz, menyertai cabutan bertuah dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan meriahkan Pantai Timur Fest 2026!

Jumpa anda di sana!

-Tourism Malaysia Wilayah Timur - Pahang.

Monday, 8 June 2026

Terengganu International Bike Week 2026 Perkukuh Terengganu Sebagai Destinasi Pelancongan Permotoran Serantau

 

Kuala Lumpur, 7 Jun 2026 – Lebih 90,000 pengunjung termasuk pelancong antarabangsa dijangka membanjiri Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sempena penganjuran Terengganu International Bike Week (TIBW) 2026 yang akan berlangsung dari 24 hingga 28 Jun 2026.

Acara berprestij ini turut menyasarkan penyertaan lebih 90,000 peminat motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara himpunan permotoran terbesar di rantau ini serta memperkukuh imej Terengganu sebagai destinasi pelancongan berasaskan acara bertaraf antarabangsa.

Penganjuran TIBW 2026 ini adalah selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026 yang memberi tumpuan kepada pelancongan berasaskan pengalaman (experience-based tourism), penganjuran acara berimpak tinggi serta usaha memperkukuh daya tarikan destinasi pelancongan negara di peringkat antarabangsa. Acara ini turut berperanan sebagai platform promosi strategik bagi Malaysia, di samping memperkukuh kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelancongan utama di Pantai Timur.

TIBW 2026 menyediakan pelbagai program antaranya Festival Makanan dan kolaborasi eksklusif bersama Terengganu Coffee Fest, pameran aset strategik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui program Survivor Village, pertunjukan bot amfibia, persembahan Tempur Tanpa Senjata dan demonstrasi Brass Band Rejimen 512.

Melalui penganjuran berskala besar ini, ia dijangka memberi impak signifikan kepada sektor pelancongan negeri Terengganu melalui peningkatan ketibaan pelancong, tempahan penginapan serta limpahan ekonomi kepada pemain industri pelancongan tempatan. Selain itu, momentum penganjuran ini turut menjadi persediaan awal yang penting ke arah Tahun Melawat Terengganu 2027, yang dijangka mengangkat negeri ini sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa melalui kepelbagaian produk pelancongan yang unik, mampan dan berdaya saing.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 4 June 2026

Hampir 1 juta ‘serbu’ Terengganu minggu lalu

 

Razali (kanan) merasmikan program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan di Dungun hari ini.

DUNGUN – Hampir sejuta pelancong membanjiri Terengganu sempena musim cuti perayaan Aidiladha pada minggu lalu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, sebanyak 20 peratus ketibaan pengunjung sepanjang tempoh 22 Mei hingga 1 Jun itu merupakan pelancong asing.

“Berdasarkan unjuran semasa, seramai 943,161 orang memasuki Terengganu sepanjang minggu lalu. 

“Ia turut melibatkan 20 peratus pelancong asing yang kebanyakannya dari Singapura, China dan Thailand,” katanya ditemui selepas merasmikan Program Kesedaran Awam, Pendidikan dan Komunikasi Denai Sungai Kebangsaan peringkat Terengganu. 

Razali berkata, sebanyak 419,183 buah kenderaan direkodkan memasuki Terengganu menerusi Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata, kemasukan pelancong memberangsangkan itu pasti memberi impak kepada ekonomi negeri khususnya peniaga kecil, pengusaha hotel dan inap desa. 

“Kita akan mengetahui nilai keseluruhan perbelanjaan dilakukan pelancong terbabit menerusi perbelanjaan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada masa terdekat,” katanya.

-Kosmo! Online.

Sunday, 10 May 2026

Tranung Trail Fest 2026: Lonjak Promosi Pelancongan Warisan Terengganu

 

KUALA TERENGGANU, 10 Mei – Terengganu terus memperkasakan sektor pelancongan berasaskan warisan dan komuniti menerusi penganjuran Tranung Trail Fest 2026 yang kini sedang berlangsung di KTCC Mall.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, yang hadir mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris.

Festival tiga hari bermula 9 hingga 11 Mei ini menghimpunkan kepelbagaian produk pelancongan negeri meliputi khazanah sejarah, keunikan alam semula jadi, serta budaya tradisional dan produk komuniti dalam suasana interaktif.

YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman dalam ucapannya berkata, program ini merupakan platform strategik untuk memperkenalkan keunikan destinasi Terengganu kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa.

“Tranung Trail Fest bukan sekadar festival biasa; ia adalah satu pengembaraan yang membawa pengunjung menyelami identiti dan warisan negeri menerusi pelbagai ‘trail’ menarik yang diperkenalkan,” jelasnya.

-Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Sunday, 19 April 2026

Festival Kraf Pantai Timur 2026 @ Terengganu, Kelantan & Pahang

 

Festival Kraf Pantai Timur 2026

Temui keunikan seni kraf tempatan serta pelbagai produk kraf menarik seperti batik, tenunan, anyaman, ukiran kayu dan banyak lagi hasil tangan usahawan dan komuniti kraf di Festival Kraf Pantai Timur 2026 yang bertempat di:

Terengganu

Tarikh: 21 - 28 April 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: Mayang Mall, Kuala Terengganu

Kelantan

Tarikh: 21 - 30 April 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: KB Mall, Kota Bharu

Pahang

Tarikh: 24 April – 4 Mei 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: East Coast Mall

Masuk adalah PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!

-Kraftangan Malaysia.

Monday, 6 April 2026

Fam Trip For Agents In Collaboration With AirAsia To Kelantan & Terengganu

 

Tourism Malaysia Taipei, in collaboration with AirAsia, successfully organised a joint Fam Trip from 30 March to 4 April 2026, bringing together 7 representatives from leading Taiwanese travel operators, alongside delegates from the media, AirAsia, and TM Taipei. The programme showcased the unique charm of Malaysia’s East Coast, covering Kota Bharu, Perhentian Island, Lang Tengah Island, and Kuala Terengganu. Leveraging AirAsia’s red-eye flight connectivity from Taipei to Kota Bharu, the initiative highlighted the seamless accessibility and growing appeal of these emerging destinations for the Taiwanese market.

Designed to introduce new tourism products beyond Malaysia’s key cities, the trip showcased unique experiences aligned with Taiwanese travellers’ preferences for island getaways, nature-based activities, and gastronomy. Participants experienced local highlights including Kopitiam Kita, Desa Gemalai Baruh Padi Alami, Siti Khadijah Market, snorkeling and marine activities at Perhentian and Lang Tengah Islands, as well as Terrapuri Heritage Resort, Payang Market, Noor Arfa Craft Complex, Mayang Mall, and popular local delicacies such as ‘keropok lekor’ and ‘ikan celup tepung’ in Kuala Terengganu.

The programme was made possible with strong support from AirAsia (official airline sponsor), while accommodation was hosted by ibis Styles Kota Bharu, Perhentian Marriott Resort & Spa, Summer Bay Lang Tengah Island, Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, and ibis Styles Sepang KLIA. Ground arrangements were supported by HTC Travel.

A key highlight of the programme was the series of networking dinners hosted by the Department of Tourism and Culture, Kelantan and the Office of the State Secretary of Kelantan at Perdana Hotel Kota Bharu, as well as Tourism Terengganu at Elysium Hall, Terengganu Drawbridge Tower. The event in Kelantan was graced by the Honourable Chairman of the State Committee for Tourism, Culture, Arts and Heritage, Datuk Kamarudin Md. Nor, while the Terengganu session was officiated by the Honourable Chairman of the State Committee on Tourism, Culture, Environment and Climate Change, Datuk Razali Idris. Both evenings were attended by distinguished guests, including the Director of Tourism Malaysia East Coast Region, Mr. Mohd Azizul Arif Yahaya and key local industry players, providing a valuable platform to strengthen collaboration and explore future business opportunities.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 12 March 2026

Temasya Budaya Terengganu @ Gataran Shahbandar, Kuala Terengganu ( 5 ~ 7 Jun 2026 )

 

Menggerakkan Ekonomi Tempatan Melalui Pelancongan Budaya!

Bulan Jun 2026 ini bakal menyaksikan satu lagi inisiatif besar dalam kalendar seni dan pelancongan negara. Selaku admin JKKN Terengganu berbangga untuk berkongsi tentang penganjuran Temasya Budaya Terengganu 2026.

Penganjuran acara sebegini di Dataran Shahbandar bukan sahaja meraikan keunikan warisan kita, tetapi ia adalah pemangkin langsung kepada sektor "Pelancongan Budaya". Dengan jangkaan lambakan pengunjung dari seluruh negara dari 5 hingga 7 Jun kelak, kita melihat limpahan ekonomi (economic spillover) yang sangat positif.

Sektor perhotelan, pengusaha makanan (F&B), logistik pengangkutan, sehinggalah kepada peniaga kraf tangan tempatan akan menerima impak yang ketara.

Usaha padu dari kementerian, terutamanya inisiatif di bawah Tahun Melawat Malaysia 2026 ini wajar disokong sepenuhnya oleh semua pihak. Admin JKKN Terengganu komited untuk terus menyebar luas kesedaran ini bagi memastikan ekosistem pelancongan dan seni kita terus teguh.

Sokong lokal, perkasa budaya.

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu.

Tuesday, 24 February 2026

Pelita Raya Terengganu 2026 (PELITER@KSNT) Kembali! @ Kompleks Sukan Negeri Terengganu ( 27 Februari ~ 3 Mac 2026 )

 

Pelita Raya Terengganu 2026 (PELITER@KSNT) Kembali

Tarikh: 27 Februari hingga 3 Mac 2026

Masa: 8.45 malam - 11.30 malam

Lokasi: Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Dengan tema 'Pelita Warisan, Suluh Perpaduan', pastinya tahun ini lebih meriah dengan penyertaan 8 daerah seluruh negeri Terengganu bersama jabatan/agensi dan GLC seperti SUK Perlis, KETENGAH, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., SATU, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Majlis Sukan Negeri Terengganu, Kumpulan PMINT, TDM, Lembaga Muzium Negeri Terengganu dan EPIC.

Turut memeriahkan reruai pameran:

> Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Terengganu

> URBANICE Malaysia

> Tenaga Nasional Berhad

> CelcomDigi

> Dewan Perniagaan Cina Terengganu

> SISME Food

> CetakNow

> Tourism Friends

Tiket masuk hanya RM2.00 (13 tahun dan ke atas).

Pakat mari belaka!

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Sunday, 22 February 2026

Terengganu Fly Fishing Fest 2026 @ Kg. Betong, Hulu Terengganu ( 1 ~ 3 May 2026 )

 

Terengganu Fly Fishing Fest Offically Open

Pendaftaran Awal Rm85.00 (Sebelum 10 Mac 2026)

Pendaftaran Terbuka Rm100.00 (1 April - 16 April 2026)

Pendaftaran Lewat Rm125.00

(Pendaftaran lewat bergantung kepada kekosongan selepas 16 April 2026)

Penyertaan adalah terhad. Pembayaran awal memastikan penyertaan.

Pendaftaran termasuk:

1) Festival T-shirt --  Baju memancing lengan panjang 50 SPF

2) 3 Custom Flies Sikang (Pendaftaran awal sahaja)

-> Pertukaran flies Sikang malam Jumaat (bawa dan tukar 12-20 flies)

-> Minum petang dan makan tengah hari (tidak semua makanan tersedia)

-> Tetamu istimewa, ceramah Sikang, sifu ikat flies, gerai, dan malam keseronokan ikat flies

Tentatif Program

1 Mei 2026 - Jumaat

2.30 – 3.00 petang : Pendaftaran peserta

3.00 – 4.00 petang : Majlis Pembukaan

4.00 - 4.30 petang : Minum petang (Tea Time)

4.30 - 6.30 petang : Sukaneka / Fly Fishing Game

6.30 – 7.45 petang : Rehat, solat & persiapan diri

7.45 – 8.30 malam : Makan Malam & Persembahan Dikir Barat

8.45 - 11.00 malam : Sesi Perkongsian & Perbincangan Teknik Fly Tying

2 Mei 2026 - Sabtu

7.30 pagi - 4.00 petang : Pertandingan Layang Bebas

1.00 petang : Makan tengah hari

5.00 petang : Majlis penyampaian hadiah

3 Mei 2026 - Ahad

8.00 - 12.00 tengah hari : Layang Bebas

Cara Untuk Daftar

1) Daftar Google Form di: https://forms.gle/eWrR6q8XSC8mA5Pc8

2) Selepas pendaftaran, sila buat pembayaran terus ke:

Nombor Akaun:  3063155209

Nama Bank : Public Bank Berhad

Nama Akaun : Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd

Tarikh tutup pendaftaran: 20 April 2026

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Sunday, 21 December 2025

Payang Tengkujuh 2025 — Pesta Warisan & Rakyat Terengganu ( 25 ~ 29 Disember 2025 )

 


Payang Tengkujuh 2025 — Pesta Warisan & Rakyat Terengganu

Tradisi dihidupkan, pasar dimeriahkan, warisan diraikan.

Payang Tengkujuh kembali memeriahkan Kuala Terengganu dengan pelbagai aktiviti budaya, seni dan hiburan rakyat untuk seisi keluarga.

Tarikh: 25 – 29 Disember 2025

Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi: Kuala Terengganu

Antara tarikan utama sepanjang 5 hari:

• Pertandingan Busana Batik Terengganu

• Pertandingan Mewarna

• Himpunan Tok Tok Deko Terengganu

• Persembahan Buskers setiap hari

• Seni & Kebudayaan Tradisional

• Silat, Taekwondo & permainan rakyat

• Zon Kanak-Kanak

• Zon Makanan Tradisional & Makanan Viral

Atur Cara Harian Ringkas:

Khamis (25 Dis)

Aktiviti Pagi: Pertandingan Busana Batik Terengganu

Jumaat (26 Dis)

Aktiviti Pagi: Pertandingan Mewarna

Aktiviti Petang: Buskers

Sabtu (27 Dis)

Aktiviti Luar: Himpunan Tok Tok Deko Terengganu

Aktiviti Dalam: Buskers

Ahad (28 Dis)

Aktiviti Dalam: Seni & Kebudayaan

Aktiviti Luar: Buskers

Isnin (29 Dis)

Aktiviti Dalam: Seni & Kebudayaan

Aktiviti Luar: Buskers

Jom datang beramai-ramai!

Sokong peniaga tempatan, hayati warisan Terengganu dan rasai kemeriahan pasar rakyat dalam suasana penuh budaya, seni dan kebersamaan.

Payang Tengkujuh 2025 — Warisan kita, kebanggaan kita.

-Discovery Terengganu.

Monday, 15 December 2025

113 Acara Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu Tonjol Keunikan Negeri Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

KUALA NERUS, 15 Disember – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, Yang Berhormat Datuk Razali bin Idris, hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Kalender Acara Tahunan (Calendar of Events – COE) 2026 di Hotel Raia & Convention Centre, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Encik Hilman bin Hajijan selaku penganjur utama turut hadir bagi menyokong dan menjayakan majlis pelancaran tersebut.

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Ab. Rasid bin Jusoh.

COE 2026 menghimpunkan sebanyak 113 aktiviti pelancongan dan kebudayaan yang dirangka khusus sempena sambutan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, sebagai usaha memperkukuh promosi dan penjenamaan pelancongan negeri di peringkat nasional dan antarabangsa.

Daripada jumlah tersebut, 13 acara utama dan 100 acara pelancongan serta kebudayaan akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026, melibatkan penyertaan semua daerah di Negeri Terengganu.

Penyusunan COE 2026 turut memberi penekanan kepada pengukuhan sektor pelancongan sebagai pemangkin ekonomi setempat, di samping mengetengahkan keunikan produk, budaya dan warisan negeri kepada pengunjung domestik dan antarabangsa.

-Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.

Thursday, 27 November 2025

Terengganu Peranakan Festival 2025 @ KTCC Mall, Kuala Terengganu ( 27 ~ 29 November 2025 )

 

Terengganu Peranakan Festival 2025

Tarikh: 27 – 29 November 2025

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: KTCC Mall, Kuala Terengganu

Pameran & Demonstrasi Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Peranakan Terengganu

> Demonstrasi Kaligrafi Cina

> Pembuatan Tanglong & Paper cutting

> Demonstrasi Kuih Peranakan Terengganu

> Pameran Kebaya Potong Kot & Batik Terap

> Ukiran Tembaga & Kraf Peranakan Terengganu

> Lukisan Batik Motif Peranakan

27 November 2025 (Khamis)

11.30 pagi – 12.30 tengah hari | Pertandingan Permainan Tradisional

5.00 petang – 5.30 petang | Kuiz Kahoot

8.00 malam – 9.30 malam | Caritra Peranakan Terengganu – Sesi Bicara

28 November 2025 (Jumaat)

10.00 pagi – 12.00 tengah hari | Pertandingan Mewarna “Terengganu Peranakan”

3.00 petang | Majlis Perasmian Terengganu Peranakan Festival 2025

Persembahan Tarian Singa, Gendang 24 Musim, Tarian Kanak-kanak & Persembahan Kebudayaan Peranakan Terengganu

3.30 petang – 5.30 petang | Pertandingan Mek Kebaya Cilik

8.00 malam | Kuiz Kahoot

8.30 malam – 9.30 malam | Persembahan Muzikal Peranakan

29 November 2025 (Sabtu)

11.30 pagi – 12.30 tengah hari | Pertandingan Permainan Tradisional

3.30 petang Persembahan Muzikal

3.45 petang – 5.30 petang | Treasure Hunt

8.00 malam | Kuiz Kahoot

8.30 malam – 9.30 malam | Persembahan Orkestra Cina

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Sunday, 16 November 2025

Terengganu Peranakan Festival 2025 @ KTCC Mall, Kuala Terengganu ( 27 ~ 29 November 2025 )

 

Terengganu Peranakan Festival 2025

Tarikh: 27 – 29 November 2025

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: KTCC Mall, Kuala Terengganu

Pameran & Demonstrasi Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Peranakan Terengganu

> Demonstrasi Kaligrafi Cina

> Pembuatan Tanglong

> Demonstrasi Kuih Peranakan Terengganu

> Pameran Kebaya Potong Kot Peranakan Terengganu

> Ukiran Tembaga & Kraf Peranakan Terengganu

> Lukisan Batik Motif Peranakan

27 November 2025 (Khamis)

11.30 pagi – 12.30 tengah hari | Pertandingan Permainan Tradisional

5.00 petang – 5.30 petang | Kuiz Kahoot

8.00 malam – 9.30 malam | Caritra Peranakan Terengganu – Sesi Bicara

28 November 2025 (Jumaat)

10.00 pagi – 12.00 tengah hari | Pertandingan Mewarna “Terengganu Peranakan”

3.00 petang | Majlis Perasmian Terengganu Peranakan Festival 2025

Persembahan Tarian Singa, Gendang 24 Musim, Tarian Kanak-kanak & Persembahan Kebudayaan Peranakan Terengganu

3.30 petang – 5.30 petang | Pertandingan Mek Kebaya Cilik

8.00 malam | Kuiz Kahoot

8.30 malam – 9.30 malam | Tarian Kanak-kanak & Persembahan Muzikal Peranakan

29 November 2025 (Sabtu)

11.30 pagi – 12.30 tengah hari | Pertandingan Permainan Tradisional

3.45 petang – 5.30 petang | Treasure Hunt

8.00 malam | Kuiz Kahoot

8.30 malam – 9.30 malam | Persembahan Orkestra Cina

Pertandingan Mewarna Terengganu Peranakan Festival 2025

28 November 2025 (Jumaat)

10.00 pagi – 12.00 tengah hari

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSeh1S7RmRB.../viewform...

Pertandingan Mek Kebaya Cilik

28 November 2025 (Jumaat)

3.30 petang – 5.30 petang

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSddkUW4Vsn.../viewform...

Pertandingan Permainan Tradisional

29 November 2025 (Sabtu)

11.30 pagi – 12.30 tengah hari

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSdtshXNRtS.../viewform...

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Sunday, 9 November 2025

Nelayan Berkolek Festival 2025 @ KTCC Mall, Kuala Terengganu ( 14 ~ 16 November 2025 )

 

Nelayan Berkolek Festival 2025

Jadual Program / Schedule

Tarikh: 14 – 16 November 2025 (Jumaat – Ahad)

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: KTCC Mall, Kuala Terengganu

Pameran & Aktiviti Harian

 • Pameran Bangau, Okok & Caping

 • Pameran Perahu Tradisional

 • Pameran Peralatan Nelayan Tradisional

 • Demonstrasi & Jualan Kraftangan

 • Mewarna Ukiran Bangau Perahu

 • Batik Lukis Kampung Nelayan

 • Pembuatan Bagau Perahu & Ukiran

 • Pembuatan Replika Perahu

 • Keropok Goreng Pakai Pasir

 • Demonstrasi Kuih Tradisional Nelayan

14 November 2025 (Jumaat)

2.30 PM – 4.30 PM

Majlis Pelancaran Nelayan Berkolek Festival 2025

4.00 PM – 6.00 PM

Pertandingan Ratu Cilik Puteri Ulik Mayang

8.30 PM – 9.30 PM

Persembahan Puisi & Nyanyian Nota Emas

15 November 2025 (Sabtu)

4.30 PM – 5.30 PM

Pertandingan Mewarna Nelayan Berkolek

8.30 PM – 9.30 PM

Persembahan Dikir Karut Pukat Tarik

16 November 2025 (Ahad)

2.00 PM – 3.00 PM

Pertandingan Menjala Ikan Atas Darat

4.30 PM – 5.30 PM

Pertandingan Mencari Harta Karun

8.30 PM – 9.30 PM

Persembahan Wayang Kulit Cerita Nelayan Pantai

Supported by:

 • MOTAC

 • Tourism Terengganu

 • KTCC

Organized by:

Terrapuri Heritage Resort

(Palms Garden Beach Resort Sdn. Bhd.)

Sila daftar masuk klik link daftar:

Pertandingan Ratu Cilik, Puteri Ulik Mayang Sempena Nelayan Berkolek 2025

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSd3mzDuH4I.../viewform...

Pertandingan Mewarna Nelayan Berkolek Festival 2025        

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSc59ylhqez.../viewform...

Nelayan Berkolek Festival Treasure Hunt 2025                                       

https://docs.google.com/.../1FAIpQLSeKFbeoYd.../viewform...

-Amazing Terengganu.

Saturday, 25 October 2025

Festival Kenyir Geopark 2025 @ Pulau Poh, Tasik Kenyir, Terengganu ( 30 Oktober ~ 1 November 2025 )

 

Jom Serbu Beramai-Ramai Festival Kenyir Geopark 2025!

Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2025

Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi: Pulau Poh, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu

MASUK ADALAH PERCUMA!

Inilah masanya untuk keluar bersama keluarga, ajak kawan-kawan serumah, satu pejabat, jiran sebelah dan satu kampung sekali! Jangan datang seorang – lagi ramai lagi meriah!

Festival ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang hari untuk semua peringkat umur – dari kanak-kanak sampai warga emas. Nikmati suasana Tasik Kenyir yang menakjubkan sambil sertai aktiviti air, sukan, hiburan, jualan produk tempatan dan pelbagai pengalaman yang jarang ada di tempat lain!

Antara sebab anda wajib datang:

> Aktiviti padat dari pagi hingga malam

> Pemandangan semula jadi Tasik Kenyir yang menenangkan

> Hiburan & program mesra keluarga

> Gerai jualan, makanan dan produk komuniti

> Suasana santai untuk healing dan lepak bersama geng

> Boleh jadikan trip family, gathering, reunion atau outing komuniti

Masuk Adalah 100% Percuma & Terbuka Untuk Semua!

Tiada bayaran masuk, tiada syarat – datang saja bawa orang tersayang!

-Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

Friday, 1 August 2025

Terengganu International Air Festival 2025 @ Besut Paragliding Park, Terengganu ( 5 ~ 10 August 2025 )

 

Terengganu International Air Festival 2025

Saksikan aksi paragliding, paramotor, persembahan STEM Rocket, Dikir Barat dan pelbagai aktiviti menarik TIAF 2025

Tarikh: 5 – 10 Ogos 2025

Lokasi: Besut Paragliding Park

> Paragliding Accuracy – Cat2

> Paramotor Funfly

> Hiking

> Sales Expo

> Dikir Barat

Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman di udara!

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Monday, 28 July 2025

Tour Gateh D'Tranung tarik 26 pasukan dalam dan luar negara

 

KUALA TERENGGANU: Biarpun berbaki tiga bulan lagi sebelum saingan Tour Gateh D'Tranung membuka tirainya pada Oktober ini, kehangatannya sudah mula dirasai. 

Selain penyertaan pasukan terbaik Asia, Terengganu Cycling Team (TSG), sepuluh pasukan dari luar negara turut mengesahkan kehadiran untuk menyertai perlumbaan edisi keempat itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kejohanan yang bakal bermula 25 Oktober hingga 3 November itu turut disertai 12 pasukan tempatan. 

"Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM216,000 itu menarik kehadiran 12 pasukan tempatan dan 14 pasukan dari luar negara menjadikan keseluruhan 24 pasukan.

"Indonesia paling banyak menghantar pasukan iaitu Jakarta Pro Cycling Team, ASC Monsters Indonesia dan Pasukan Kebangsaan Indonesia manakala Thailand dan Filipina masing-masing menghantar dua pasukan. 

"Pasukan dari Singapura, Australia, Belanda, China, Hong Kong, United Kingdom dan Jepun turut tidak ketinggalan untuk merasai kehangatan jelajah Terengganu itu apabila masing-masing menghantar satu pasukan menjadikan keseluruhan 14 pasukan dari luar negara yang bakal bersaing dalam kejohanan itu. 

"Pasukan tempatan juga tidak kurang hebatnya dengan kehadiran pasukan yang berpangkalan di Terengganu iaitu TSG selain MPC, pasukan negeri serta kelab tempatan," katanya pada sidang media Tour Gateh D'Tranung di Wisma Darul Iman, petang ini yang turut dihadiri Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya. 

Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata, perlumbaan pada edisi ini akan melalui semua daerah di Terengganu yang bakal bermula di Kuala Nerus dan berakhir di Kuala Terengganu. 

"Pada edisi ini, kita melalui semua lapan daerah di Terengganu sebagai salah satu mempromosikan lagi tempat-tempat yang menarik di negeri ini dengan jarak keseluruhan sejauh 910.5 kilometer (km). 

"Pada kejohanan yang bakal menerapkan elemen kraftangan kayu Terengganu pada semua bahan bercetak termasuk jersi, lima kategori dipertandingkan iaitu Raja Pecut, Raja Bukit, Juara Keseluruhan Individu, Kelab Tempatan Terbaik dan Terbaik Bawah 23 Tahun. 

"Besar harapan kita agar jelajah Terengganu ini bukan sahaja mampu melahirkan lebih ramai lagi pelumba berbakat tapi fokus kita juga untuk memperkenalkan lagi Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik negara selain menjadikan kejohanan ini sebagai jenama antarabangasa sekali gus dicatat dalam kalendar sukan berbasikal dunia," katanya.

-berita harian online.