Showing posts with label JKKN. Show all posts
Showing posts with label JKKN. Show all posts

Thursday, 12 March 2026

Temasya Budaya Terengganu @ Gataran Shahbandar, Kuala Terengganu ( 5 ~ 7 Jun 2026 )

 

Menggerakkan Ekonomi Tempatan Melalui Pelancongan Budaya!

Bulan Jun 2026 ini bakal menyaksikan satu lagi inisiatif besar dalam kalendar seni dan pelancongan negara. Selaku admin JKKN Terengganu berbangga untuk berkongsi tentang penganjuran Temasya Budaya Terengganu 2026.

Penganjuran acara sebegini di Dataran Shahbandar bukan sahaja meraikan keunikan warisan kita, tetapi ia adalah pemangkin langsung kepada sektor "Pelancongan Budaya". Dengan jangkaan lambakan pengunjung dari seluruh negara dari 5 hingga 7 Jun kelak, kita melihat limpahan ekonomi (economic spillover) yang sangat positif.

Sektor perhotelan, pengusaha makanan (F&B), logistik pengangkutan, sehinggalah kepada peniaga kraf tangan tempatan akan menerima impak yang ketara.

Usaha padu dari kementerian, terutamanya inisiatif di bawah Tahun Melawat Malaysia 2026 ini wajar disokong sepenuhnya oleh semua pihak. Admin JKKN Terengganu komited untuk terus menyebar luas kesedaran ini bagi memastikan ekosistem pelancongan dan seni kita terus teguh.

Sokong lokal, perkasa budaya.

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Terengganu.

Thursday, 26 February 2026

Iftar Ramadan 2026 kini kembali! @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 28 Februari, 1 Mac, 14 Mac & 15 Mac 2026 )

 

Iftar Ramadan 2026 kini kembali!

Jom rasai kemeriahan berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur 

Suasana penuh cahaya, juadah tradisional, dan persembahan seni budaya yang memeriahkan bulan Ramadan ini.

Tarikh: 28 Februari & 1 Mac 2026

Tarikh: 14 & 15 Mac 2026

Aktiviti: Meet and Greet Wira Manja (5.30pm)

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Save tarikh ni dan ajak family sekali untuk berbuka sambil menikmati keindahan bandaraya

-Tourism Malaysia.

Thursday, 12 February 2026

Iftar Ramadan 2026 @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 28 Februari, 1, 14 & 15 Mac 2026 )

 

Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program Iftar Ramadan, anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan pelbagai pengisian seni, budaya dan suasana Ramadan yang penuh bermakna.

Pelbagai pengisian menarik bakal diadakan antaranya :-

> Berbuka Puasa

> Edaran bubur lambuk

> Tadarus Al-Quran

> Tazkirah Ramadan  

> Persembahan Kerohanian

Tarikh: 28 Februari, 1, 14 & 15 Mac 2026

Lokasi: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung. Imbas kod QR pada poster untuk maklumat lanjut.

Jom hadir dan semarakkan Ramadan.

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Wednesday, 14 January 2026

Pesta Angin Timur Perlis 2026 - Tarikh Baharu ( 6 ~ 8 Februari 2026 )

 

Dimaklumkan bahawa Pesta Angin Timur Perlis 2026 telah mengalami perubahan tarikh penganjuran.

Tarikh baharu: 6 – 8 Februari 2026 (Jumaat – Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi: Dataran Lapang Kangar Jaya

Mohon orang ramai ambil maklum dan tandakan tarikh baharu ini dalam kalendar anda.

Jangan risau, kemeriahan, kebudayaan dan pengalaman terbaik tetap menanti!

Mai pakat mai, kita ramaikan Pesta Angin Timur Perlis 2026!

-JKKN Perlis.

Monday, 8 December 2025

Penerbangan Sulung Batik Air Singapura Ipoh Disambut Meriah

 

8 Disember 2025, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh:

Tourism Perak bersama YB Loh Sze Yee, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Negeri Perak menyambut ketibaan penerbangan sulung Batik Air dari Singapura ke Ipoh. Ketibaan penumpang diraikan dengan persembahan kebudayaan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta kehadiran maskot pelancongan negeri, Kopiro, yang memeriahkan suasana.

Sebagai tanda sokongan dan hospitaliti negeri Perak, setiap penumpang dan tetamu menerima Perak Welcome Goodie Pack yang mengandungi cenderamata dan bahan informasi pelancongan. Laluan penerbangan terus ini dijangka memberi rangsangan baharu kepada sektor pelancongan negeri menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026, membuka akses lebih mudah kepada pelancong dari Singapura dan rantau sekitarnya.

-Tourism Perak.

Tuesday, 18 November 2025

Ritma Kinabalu (Rhythm Of Kinabalu) 2025 @ Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah ( 5 ~ 8 Disember 2025 )

 

Saksikan kemeriahan Ritma Kinabalu (Rhythm Of Kinabalu) ROK 2025.

Program yang dinanti-nantikan di Sabah kembali lagi. Ayuh datang beramai-ramai memeriahkan Ritma Kinabalu (ROK) 2025.

Tarikh: 5 – 8 Disember 2025 (Jumaat – Isnin)

Masa: 10.00 pagi – 11 .00 malam

Lokasi: Tapak Dataran, Kompleks Sukan Kota Kinabalu, Sabah.

Antara pengisian menarik menanti anda:

> Pelbagai jenis persembahan kebudayaan

> Kampung ROK - Cultural Village Experience

> Tamu Seni (Borneo Arts Bazaar & Creative Market)

> Madodong Food Festival

> Pertandingan Bintang Ekstravaganza Muzik ROK 2025

> Pertandingan Busana Etnik Kreatif Miss ROK 2025

> Pertandingan Permainan Tradisional

> Sabah Mega Autoshow

> Istimewa Malam Lestari - saksikan pelbagai persembahan seni budaya dan persembahan artis jemputan.

Jumpa anda di sana!

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Thursday, 18 September 2025

Festival Permainan Malaysia 2025 @ Putrajaya ( 25 ~ 28 September 2025 )

 


Festival Permainan Malaysia 2025 kini di Putrajaya.

Jom kembali ke nostalgia kampung dulu-dulu dengan permainan tradisonal yang pastinya dapat mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak.

Siapa dulu dia juara main kelereng, congkak, dam haji, batu seremban ataupun gusti lengan? Jom kita lawan!!!

Jadual dah keluar ni. Save Your Date!!!

Tarikh: 25 - 28 September 2025

Masa: 7.00 pagi - 11.00 malam

Lokasi: Dataran Putrajaya, W.P. Putrajaya

-Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara.

Tuesday, 2 September 2025

Malaysia Games Festival @ Putrajaya 2025 ( 25 ~ 28 September 2025 )

 

Malaysia Games Festival @ Putrajaya 2025

Fun, culture & nostalgia all in one spot — Dataran Putrajaya is where it’s happening!

Compete in exciting traditional games like tug of war, galah panjang, marbles, batu seremban, sepak raga ratus, sarong football, tuju tin, giant clogs, blowpipe, archery & more! Enjoy a food festival, lively stage performances, local product showcases, and fun exhibitions for the whole family.

Let’s come together to celebrate our cultural heritage at FPM@Putrajaya 2025! 

Date: 25 – 28 Sept 2025

Time: 7.00 AM- 11.00 PM

Venue: Dataran Putrajaya, Presint 3, W.P. Putrajaya

-Tourism Malaysia.

Friday, 18 July 2025

Temui MOTAC Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025 @ Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang ( 17 ~ 20 Julai 2025 )

 

Temui Motac Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025!

Mai singgah reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025 pada:

Tarikh:17-20 Julai 2025 (Khamis-Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Lokasi: Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, Pulau Pinang

Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

> Kaunter Pertanyaan Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan

> Demonstrasi Kesenian dan Kebudayaan

> Aktiviti Mewarna Batik

> Informasi Program Pengajian di bawah agensi MOTAC

Dan banyak lagi.. Hampa juga berpeluang untuk bergambar bersama Maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 (Wira & Manja) tau!

Jom pakat mai Semarakkan Harmoni dalam Kepelbagaian, jumpa hampa di sana!

-MOTAC.

Thursday, 3 July 2025

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2025 @ Pantai Irama, Bachok, Kelantan ( 23 ~ 26 Julai 2025 )

 

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2025

Tarikh: 23 - 26 Julai 2025

Lokasi: Pantai Irama Bachok

Antara pengisian program

> Pameran & Demontrasi

> Pasar Melayu Klasik, foodie fest & Expo Kelate Event

> Pertandingan Dikir Barat (Kategori Remaja)

> Pertandingan Kaca Suro

> Persembahan Wau Tradisi

> Persembahan Mak Yung & Wayang kulit

> Pameran Motosikal Klasik

> Pertandingan Solekan & Busana

> Pertandingan Musabaqah

dan banyak lagi aktiviti menanti anda disana.

-JKKN.

Friday, 13 June 2025

Jom Kunjungi Reruai Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya di Program Madani Rakyat 2025 Perak

 

Program Madani Rakyat 2025 Perak

Jom oqhang Perak! Kunjungi reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Program Madani Rakyat 2025 di Perak.

Tarikh: 13 - 15 Jun 2025

Lokasi: Lumut Waterfront, Lumut, Perak

Pelbagai pameran interaktif, inisiatif kerajaan dan aktiviti menarik menanti anda:

> Khidmat Nasihat Peluang Pendidikan di bawah MOTAC

> Virtual Tour Pelancongan

> Pameran kraf dan demonstrasi

> Kaunter Khidmat Nasihat dan Aduan Awam

Komer nunggu ape lagi? Ate moh le ke datang nengok booth kami ni ha! Jumpe sane!

-MOTAC.

Wednesday, 26 February 2025

Festival Tari Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan @ MATIC Kuala Lumpur ( 19 & 20 April2025 )

 


Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan kumpulan-kumpulan yang bakal berentap dalam Festival Tari Malaysia 2025 Peringkat Kebangsaan:

Tarikh: 19 & 20 April 2025 (Sabtu & Ahad)

Lokasi: Dewan Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic MY) Kuala Lumpur

Boleh dapatkan tiket anda sekarang dengan harga promosi sehingga 10 Mac 2025!

-JKKN WP Kuala Lumpur.

Wednesday, 12 February 2025

Pesta Angin Timur Perlis 2025 @ Kampung Lat Seribu, Perlis ( 21 ~ 23 Februari 2025 )

 




Bahang kian terasa, Pesta Angin Timur Perlis kini kembali!!!

Jangan lepaihkan peluang ni!

Jom kita bersatu hati memeriahkan Pesta Angin Timoq Perlis 2025.

Tarikh: 21-23 Februari 2025 (Jumaat - Ahad)

Masa: 8.00 pagi - 11:30 malam

Lokasi: Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis.

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Friday, 6 December 2024

Teater Muzikal Permata Seni @ Auditorium Perdana, Angkasapuri, RTM ( 14 & 15 Disember 2024 )

 


Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Teater Muzikal PERMATA Seni, sebuah pementasan teater muzikal, garapan elemen tarian, nyanyian dan muzik yang penuh dengan nilai-nilai kemanusiaan, menghasilkan sebuah persembahan yang memukau daripada anak-anak PERMATA Seni. Ayuh bersama-sama kita meriahkan pementasan ini.

Tarikh: 14 & 15 Disember 2024 (Sabtu dan Ahad)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Auditorium Perdana RTM, Angkasapuri Kota Media

Pas masuk boleh diambil di Aras 26, Bahagian Bimbingan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail mulai pukul 10.00 pagi sehingga 5.00 petang,10 Disember 2024 (Selasa).

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Thursday, 5 September 2024

Festival Selangor @ Batu Laut 2024 ( 6 ~ 8 September 2024 )

 




Jom ramai-ramai ke Festival Selangor @ Batu Laut 2024!

Tarikh: 6-8 September 2024

Lokasi: Dataran Batu Laut, Tanjung Sepat, Kuala Langat

Pelbagai acara menarik menanti anda:

> Fun Ride

> Glamping

> Pengembaraan Pirates dan Warriors

> Sukan 3B (Bola Pantai, Tarik Tali Pantai, Silat Pantai)

> Tangkap Itik

> Pameran Perkahwinan 5 Etnik

> Pertandingan Busana

> Pertandingan Memasak

> Persembahan artis jemputan

Jangan lepaskan peluang ini, bawa keluarga dan sertai keseronokan bersama!

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Saturday, 29 June 2024

Temasya Budaya @ Negeri Perak 2024

 


Temasya Budaya@Negeri Perak 2024 berlangsung dari 27 hingga 30 Jun 2024 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Ipoh, Perak.

Acara ini bertujuan untuk mempromosikan seni, budaya, warisan, dan pelancongan di Perak, yang terkenal dengan kepelbagaian etnik dan kaum. Program ini merangkumi pelbagai aspek budaya, etnik, kepercayaan, dan tradisi yang mencerminkan kesatuan kebudayaan.

Terdapat pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan, dan pelancongan menarik antaranya:

i. Pameran dan Demonstrasi

ii. Jualan Produk Kraf

iii. Pertandingan Permainan Tradisional

iv. Persembahan Kesenian

-JKKN Perak.

Monday, 18 March 2024

Iftar Madani@Batu Sapi 2024 ( 30 Mac 2024 )

 


IFTAR MADANI@BATU SAPI 2024

Tembok Jalan Coastal, Sandakan, Sabah

30 Mac 2024

 

IFTAR@BATU SAPI diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan

bulan Ramadan bagi tahun 2024. Program kerohanian ini turut

menyediakan makan minum kepada khalayak termasuk anak

yatim dan gelandangan untuk berbuka puasa.

Antara pengisian:

i. Penyediaan bubur lambuk

ii. Tadarus Al-Quran

iii. Solat Tarawih

iv. Persembahan Nasyid

v. Pameran

vi. Jualan Food Truck; dan pelbagai lagi aktiviti

-JKKN.

Sunday, 17 March 2024

IFTAR@KL 2024 at Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur

 


IFTAR@KL 2024

JALAN RAJA DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR

23,24,30, 31 MAC; 6,7 APRIL 2024

 

IFTAR@KL diadakan sebagai inisiatif mengimarahkan bulan

Ramadan bagi tahun 2024. Program kerohanian ini turut

menyediakan makan minum kepada khalayak termasuk anak

yatim dan gelandangan untuk berbuka puasa.

Antara pengisian:

i. Penyediaan bubur lambuk

ii. Tadarus Al-Quran

iii. Solat Tarawih

iv. Persembahan Nasyid

v. Pameran

vi. Jualan Food Truck; dan pelbagai lagi aktiviti

-Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara.

Wednesday, 18 October 2023

Festival Seni Hidup 2023 @ Lalaport Bukit Bintang City Center ( 20 ~ 22 Oktober 2023 )

 




Jom ke Festival Seni Hidup 2023

Tarikh: 20 hingga 22 Oktober 2023

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam.

Tempat: LaLaport Bukit Bintang City Centre

Rasai pengalaman dan keunikan seni dan budaya masyarakat dari 12 Negara didatangkan khas ke Malaysia.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan warisan tidak ketara yang diiktiraf UNESCO seperti Mak Yong & Songket (Malaysia), Chhau (India), Tango (Argentina & Belarus), Sega Mauritius Tradisional (Mauritius), Azerbaijani Mugham (Azerbaijan), Megkhambagu (Filipina), Korkyt Ata (Kazakhstan), Lazgi & Bakhshi (Uzbekistan) dan kesenian dari Sri Lanka, Mexico, Indonesia dan Republik Arab Mesir.

Anda juga bakal disajikan persembahan Mek Mulung (Kedah), Seruling Hidung ‘Pensol’ (Perak), Seladai (Sarawak) dan Sayau Moginum (Sabah).

Maklumat lanjut boleh layari di akaun Facebook MySenibudaya dan LACF Living Arts Culture Festival.

-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Monday, 11 April 2022

IFTAR@KL 2022 Di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 16, 17 & 23 April 2022 )

 


Iftar@KL bakal menemui anda pada 16, 17, dan 23 April 2022 ini bertempat di Jalan Raja, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Nikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai di atas jalan raya dan padang sambil menikmati pemandangan menarik Bangunan Sultan Abdul Samad. Pelbagai pengisian menarik disediakan seperti:-

> Solat Berjemaah dan Tarawih

> Pengisian Aktiviti Kerohanian

> Persembahan Nasyid

> Kaunter Bayaran Zakat

> Jualan Food Truck

Jom ramai-ramai hadir memeriahkan Iftar@KL 2022. Jangan lupa patuh SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Jumpa di sana!

-Tourism Malaysia.