Showing posts with label MATIC. Show all posts
Showing posts with label MATIC. Show all posts

Monday, 9 February 2026

MaTiC Sebagai One-stop Centre Kempen Melawat Malaysia 2026: Pamer Keunikan Warisan, Seni Dan Budaya Negara

 

KUALA LUMPUR — Sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) kini berperanan sebagai One-Stop Centre menerusi penganjuran pameran dan persembahan kebudayaan yang menghimpunkan pelbagai agensi seni, budaya dan warisan negara dalam satu lokasi. 

Inisiatif Tourism Malaysia dengan kerjasama MaTiC ini bertujuan memperkenalkan kekayaan warisan, seni visual, kraftangan, gastronomi tradisional serta persembahan kebudayaan Malaysia kepada pelawat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini sekali gus memperkukuh imej Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia. 

Antara pengisian utama yang diketengahkan dalam program ini adalah: 

• Pengenalan pelbagai makanan warisan Malaysia oleh Jabatan Warisan Negara 

• Pameran hasil kraftangan tempatan oleh Kraftangan Malaysia 

• Pameran karya seni artis tempatan oleh Balai Seni Negara 

• Persembahan kebudayaan tradisional oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Istana Budaya 

• Persembahan alat muzik tradisional Malaysia oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) 

• Demonstrasi urutan tradisional oleh Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) 

• Pameran serta sewaan Busana Tradisional 

YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni & Budaya berkata ketika lawatan beliau ke One Stop Centre pada 28 Januari 2026 bahawa penubuhan One-Stop Centre sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) ini diharap dapat menjadi platform komprehensif yang membolehkan pelawat menikmati pengalaman menyeluruh merangkumi seni, budaya, warisan serta elemen kesejahteraan Malaysia dalam satu kunjungan, selari dengan aspirasi kempen tersebut. 

Pameran dan aktiviti jualan dibuka kepada orang ramai setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang, manakala persembahan kebudayaan dijadualkan berlangsung setiap hari pada waktu yang telah ditetapkan. Orang ramai serta pelawat dijemput mengunjungi MaTiC bagi merasai sendiri keunikan warisan dan kekayaan kebudayaan Malaysia yang berwarna-warni. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang MaTiC di www.matic.gov.my

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 20 January 2026

Traditional Gasing Games at MaTiC

 

Traditional Gasing Games at MaTiC

In conjunction with Visit Malaysia 2026, experience the excitement of Malaysia’s traditional gasing game at the Malaysia Tourism Centre (MaTiC). This cultural showcase is proudly presented by Persatuan Gasing Pangkah Putrajaya, highlighting the skill, precision, and heritage behind this timeless tradition.

Starting Wednesday, 21st January 2026

Time: 10:00 AM – 6:00 PM (Daily)

Live Demonstration: 10:00 AM – 11:00 AM

Join us and celebrate Malaysia’s living heritage, only at MaTiC.

Permainan Gasing Tradisional di MaTiC

Sempena Visit Malaysia 2026, orang ramai dijemput untuk menyaksikan keunikan dan kehebatan Permainan Gasing Tradisional di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC). Persembahan ini dibawakan khas oleh Persatuan Gasing Pangkah Putrajaya bagi mempamerkan kemahiran, ketepatan dan warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun.

Bermula Rabu, 21 Januari 2026

Masa: 10.00 pagi – 6.00 petang (Setiap Hari)

Demonstrasi Langsung: 10.00 pagi – 11.00 pagi

Ayuh bersama-sama meraikan warisan budaya Malaysia yang terus berputar megah di MaTiC.

-Malaysia Tourism Centre.

Monday, 1 September 2025

Upcoming Events @ MATIC ( September 2025 )

 

This September 2025 in MaTiC’s!

▪️Updated: 26/8/2025 (10.24am)

▪️Note: Subject to current changes

-Malaysia Tourism Centre.