Showing posts with label Warisan Kebangsaan. Show all posts
Showing posts with label Warisan Kebangsaan. Show all posts

Friday, 18 July 2025

Temui MOTAC Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025 @ Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang ( 17 ~ 20 Julai 2025 )

 

Temui Motac Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025!

Mai singgah reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025 pada:

Tarikh:17-20 Julai 2025 (Khamis-Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Lokasi: Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, Pulau Pinang

Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

> Kaunter Pertanyaan Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan

> Demonstrasi Kesenian dan Kebudayaan

> Aktiviti Mewarna Batik

> Informasi Program Pengajian di bawah agensi MOTAC

Dan banyak lagi.. Hampa juga berpeluang untuk bergambar bersama Maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 (Wira & Manja) tau!

Jom pakat mai Semarakkan Harmoni dalam Kepelbagaian, jumpa hampa di sana!

-MOTAC.

Friday, 13 June 2025

Jom Kunjungi Reruai Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya di Program Madani Rakyat 2025 Perak

 

Program Madani Rakyat 2025 Perak

Jom oqhang Perak! Kunjungi reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Program Madani Rakyat 2025 di Perak.

Tarikh: 13 - 15 Jun 2025

Lokasi: Lumut Waterfront, Lumut, Perak

Pelbagai pameran interaktif, inisiatif kerajaan dan aktiviti menarik menanti anda:

> Khidmat Nasihat Peluang Pendidikan di bawah MOTAC

> Virtual Tour Pelancongan

> Pameran kraf dan demonstrasi

> Kaunter Khidmat Nasihat dan Aduan Awam

Komer nunggu ape lagi? Ate moh le ke datang nengok booth kami ni ha! Jumpe sane!

-MOTAC.

Monday, 7 October 2024

9 sambal diiktiraf Jabatan Warisan Negara sebagai makanan warisan

 


SERING KALI apabila kita menikmati makan nasi, menu yang lazimnya dijadikan sebagai penambah atau pelengkap rasa dalam hidangan adalah sambal. Apa yang menariknya, sambal ini mempunyai pelbagai jenis yang mungkin sesetengah orang tidak mengetahui kewujudannya.


Rata-rata mungkin mengenali sambal belacan, sambal ikan bilis yang biasanya mudah didapati, tetapi daripada sambal berkenaan, ada sembilan jenis yang diiktiraf Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan warisan.


Pengerusi Persatuan Seni Warisan Artistik Digital Malaysia, Azmi Jaffry, berkata Malaysia terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah sambal.


Katanya, sembilan sambal yang diiktiraf JWN ialah sambal tumis, sambal gesek ikan bilis, sambal goreng, sambal tempoyak daun kayu, sambal rong, sambal biji getah, sambal hitam ikan bilis dan sambal tahun.


"Dalam sembilan jenis sambal ini, sambal biji getah berasal dari Pahang antara sambal yang sukar untuk didapati dan tidak ramai generasi muda mengenalinya.


"Sambal biji getah ini diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2012 di mana ia dihasilkan daripada isi biji getah. "Sajian ini adalah masakan tradisi bagi masyarakat di Jerantut, Pahang dan terkenal di beberapa kawasan perkampungan kecil seperti Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya.


"Selain itu, sambal biji getah juga boleh dijumpai di daerah lain seperti Raub, Kuala Lipis, Maran dan Kuantan," katanya ketika ditemui pada Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) anjuran Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD) dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sempena Festival Permainan Malaysia 2024, baru-baru ini.


Menerusi TOSFE, ia mengetengahkan Galeri Sambal Warisan dinamakan Warong Pak Aji yang mempamerkan sembilan jenis sambal diiktiraf JWN kepada pengunjung yang hadir.


Azmi berkata, walaupun hidangan ini dinamakan sebagai sambal biji getah, ia bukanlah seperti sambal yang biasa dilihat, sebaliknya hidangan ini berbentuk seperti lempeng yang dimasak garing atau nipis tetapi mempunyai rasa yang pedas. "Sambal biji getah ini sesuai dimakan bersama nasi panas. Ia bukan hanya dihidangkan untuk santapan ahli keluarga saja, tetapi juga dihidangkan dalam majlis perkahwinan yang diadakan di kampung.


"Sambal ini adalah makanan tradisional nenek moyang yang diminati oleh generasi tua, namun kini semakin sukar untuk didapati," katanya.


Selain daripada sambal biji getah, sambal yang kini semakin sukar didapati dan tidak ramai yang mengenalinya ialah sambal rong yang berasal daripada Pahang juga. Azmi berkata, suatu ketika dahulu, sambal ini lazimnya dibuat menggunakan isi buah perah yang dikutip dari pokok perah yang tumbuh di hutan tebal dan sukar untuk dijumpai.


"Kini, buah perah digantikan dengan isi biji getah yang lebih mudah untuk didapati bagi menghasilkan sambal rong. "Bahan utama yang diperlukan untuk memasak sambal rong ialah asam rong iaitu yang dihasilkan daripada bijih getah dan kemudiannya diproses menjadi asam rong.


"Proses ini sedikit rumit dan memerlukan masa yang lama. Asam rong yang dihasilkan ini juga boleh dipelbagaikan cara masakannya antaranya dengan menjadikan sambal rong," katanya.


Jelasnya lagi, menyedari kepelbagai sambal ini adalah suatu masakan yang unik dan berupaya dikomersialkan, TOSFE boleh menjadi satu platform dalam usaha mempromosi sambal sebagai antara produk pelancongan makanan.


"Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpul usahawan sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal selain jualan produk berkaitan sambal.


"Kali ini saya berhasrat untuk memperkenalkan galeri ini dan mengadakan pameran di kompleks membeli belah supaya lebih ramai orang mengenali produk sambal ini.


"Tujuannya adalah untuk mengetengahkan makanan warisan dan secara tidak langsung mengkomersialkan ia dalam usaha membantu meningkatkan ekonomi usahawan kecil," katanya.


Beliau berkata, bukan setakat itu saja, beliau juga berhasrat untuk mewujudkan Butik Sambal di mana ia akan menjadi pusat sehenti kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan pelbagai jenis sambal untuk diri sendiri atau sebagai buah tangan.


"Kita mengalu-alukan sesiapa saja yang mempunyai produk berasaskan sambal untuk dikomersialkan di Butik Sambal ini nanti," katanya.


Info Sambal:


BUTIRAN TARIKH PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN NEGERI KAUM


1. Sambal Belacan 14/2/2009 Melaka/Semua Negeri Melayu


2. Sambal Tumis 14/2/2009 Semua Negeri Melayu


3. Sambal Gesek Ikan Bilis 14/2/2009 Negeri Sembilan Melayu


4. Sambal Goreng 10/5/2012 Johor, Selangor Jawa


5. Sambal Tempoyak Daun Kayu 10/5/2012 Negeri Sembilan Melayu


6. Sambal Rong 10/5/2012 Pahang Melayu


7. Sambal Biji Getah 10/5/2012 Pahang Melayu


8. Sambal Hitam Ikan Bilis 17/10/2018 Pahang Melayu


9. Sambal Tahun 17/10/2018 Johor, Selangor, Perak Jawa

-berita harian online.

Thursday, 9 December 2021

Booth MOTAC @ Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia @ Booth 18, Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre ( 9 ~ 12 Disember 2021 )

 

Jom singgah ke Booth MOTAC- Booth 18 Hall 2, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula 9 - 12 Disember ini dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam!

Pelbagai aktiviti menarik termasuk tawaran baucar pakej pelancongan, hotel, barangan kraf, kuiz, Wheel of Fortune, cabutan bertuah dan banyak lagi!

Klik link untuk pendaftaran

https://form.evenesis.com/AKM/General

Pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan jaga jarak fizikal. Jumpa anda disana!






-MOTAC.

Tuesday, 15 December 2020

Perigi Tujuh Serendah Tersenarai Dalam Senarai Inventori Jabatan Warisan Negara Untuk Diangkat Status Sebagai Tapak Warisan

 

photo: Tourism Malaysia/kamal

13 Disember 2020 - Perigi Tujuh Serendah merupakan antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor / Negeri Selangor yang berada dalam Senarai Inventori Jabatan Warisan Negara (JWN) di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] bagi tujuan penyelidikan dan kajian lanjut sebelum diwartakan.

Sekiranya memenuhi kriteria, tapak ini boleh dicadang untuk diangkat statusnya menjadi Warisan Kebangsaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri berkata seperti mana juga kerjasama yang telah dijalinkan dengan semua pihak terlibat di seluruh negara, MOTAC akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan Hulu Selangor bagi memastikan tempat-tempat menarik di kawasan tersebut diketengahkan sebagai produk pelancongan negara.

Pewartaan ini boleh memberi nilai tambah kepada tarikan sektor pelancongan, selain untuk memulihara, memelihara dan melindungi khazanah warisan yang terdapat pada tapak Perigi Tujuh tersebut.

Dato' Sri Hajah Nancy berkata demikian dalam Siri Jelajah Semarak Pelancongan Domestik di Hulu Selangor bagi meninjau keadaan kemudahan pelancongan di situ.
Turut serta dalam misi tersebut Ketua Setiausaha MOTAC, Dato' Dr Noor Zari Hamat dan pengurusan tertinggi Kementerian MOTAC.

Dato' Sri Hajah Nancy sebelum itu diberi taklimat oleh Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB June Leow Hsiad Hui dan Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, YB Tuan Hee Loy Sian.

Meskipun Perigi Tujuh Serendah adalah di bawah seliaan Jabatan Pengairan Saliran Daerah Hulu Selangor yang bertanggungjawab dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan di persekitaran perigi tujuh tersebut, MOTAC katanya dari masa ke semasa akan sentiasa berbincang bagi tujuan penambahbaikan yang boleh dilakukan di kawasan ini.

-MOTAC.