Showing posts with label Charters Flights. Show all posts
Showing posts with label Charters Flights. Show all posts

Saturday, 19 September 2026

Sabah Tourism Board Welcomes Direct Charter Flight from Matsuyama, Japan

 

Kota Kinabalu, 19 September 2026 – Sabah Tourism is proud to welcome flight MH8991 carrying passengers from Matsuyama, Japan, as it touches down at Kota Kinabalu International Airport (KKIA) at 1.10 pm. The full flight of 140 passengers was greeted with a welcoming garland ceremony at the airport.

This charter flight marks a significant milestone in our ongoing efforts to promote Sabah in the Japanese market, connecting Matsuyama City directly to Kota Kinabalu. This initiative opens up future opportunities for travelers from this region of Japan to experience Sabah's rich biodiversity, nature and wildlife reserves, and unique cultural attractions.

This positive development underscores the growing confidence in Sabah as a premier travel destination and reinforces our commitment to sustainable growth in the tourism sector.

-Sabah Tourism Board.

Thursday, 10 September 2026

Mongolia Travel Agents & KOLs Famtrip To Malaysia

 

KUALA LUMPUR, 9 September 2026 | Tourism Malaysia welcomed a delegation from Mongolia comprising 16 travel agents and three Key Opinion Leaders (KOLs) as part of a 4 days 3 night familiarisation trip (famtrip) hosted by HTC Travel Services (M) Sdn. Bhd. Mr. Lee Thai Hung, Deputy Director General (Promotion II) of Tourism Malaysia, was invited to attend the welcoming dinner for a networking session. The itinerary of famtrip was covered Putrajaya, Selangor, Pahang, Port Dickson, and Langkawi.

Furthermore, Tourism Malaysia is engaged in a joint promotion collaboration with Green Empire Holding LLC in Mongolia from July to December 2026. Additionally, between November and December 2026, a new charter route will operate a total of 15 direct flights from Ulaanbaatar, Mongolia, to Malaysia.

-Tourism Malaysia.

Friday, 31 October 2025

Welcoming Inaugural Charter Flight from Warsaw to Langkawi

 

LANGKAWI, KEDAH, 31 October 2025 - Tourism Malaysia, in collaboration with the Langkawi Development Authority (LADA), proudly welcomed the inaugural charter flight by ITAKA from Warsaw, Poland to Langkawi, under the JP Winter Charter 2025/2026 campaign operated by LOT Polish Airlines.

The Boeing 787-9 Dreamliner flight landed at 9:40 AM, marking the start of the weekly Warsaw–Langkawi direct charter service from 30 October 2025 to March 2026.

This initiative is part of Tourism Malaysia’s Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC) program, following the resounding success of the previous 2024/2025 winter charter season which recorded 5,345 passengers exceeding targets by 33%.

The arrival was celebrated with a traditional kompang and cultural performance, organised by LADA, symbolising Malaysia’s signature warm hospitality. Tourism Malaysia representatives also presented souvenirs and promotional materials to the arriving passengers.

From January to September 2025, Malaysia recorded 37,432 visitor arrivals from Poland, representing an 40.5% increase, this new charter service is expected to further strengthen Malaysia’s presence in the Central and Eastern European market, while supporting the upcoming Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 11 October 2025

RM50 juta geran padanan galak penerbangan antarabangsa ke Malaysia

 

PUTRAJAYA: Peruntukan RM50 juta dalam bentuk geran padanan bagi menggalakkan penerbangan antarabangsa dan penerbangan sewa khas ke Malaysia dijangka memperkukuh keterhubungan global serta menarik lebih ramai pelancong ke negara ini. 

Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata pihaknya mengalu-alukan tumpuan berterusan kerajaan terhadap pembangunan infrastruktur dan peningkatan keterhubungan udara di bawah Belanjawan 2026. 

Beliau berkata, pelaksanaan kemudahan Pemindahan Antara Terminal di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta naik taraf lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri akan memperkukuh kesiapsiagaan rangkaian lapangan terbang Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. 

"Penambahbaikan di Lapangan Terbang Berlepas dan Mendarat Jarak Pendek (STOLport) seperti di Marudi dan Redang turut memperkukuh rangkaian penerbangan domestik," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memuji sokongan kerajaan terhadap pembangunan Selangor Aero Park (SAP) sebagai hab logistik serantau serta pengaktifan semula Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah sebagai hab industri aeroangkasa. Langkah itu katanya, akan mempercepat pertumbuhan ekosistem penerbangan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab udara utama di rantau ini.  

Mohd Izani berkata sejak penswastaan MAHB, syarikat menumpukan kepada tiga teras strategik iaitu perkhidmatan, pertumbuhan dan kapasiti. Naik taraf Lapangan Terbang Ipoh telah meningkatkan kapasiti kepada 700,000 penumpang setahun, manakala pengembangan Lapangan Terbang Kota Bharu dijadual siap pada 2026 dengan kapasiti empat juta penumpang setahun.

"Sepuluh syarikat penerbangan baharu turut menyertai pasaran tempatan, mencerminkan keyakinan terhadap Malaysia sebagai hab penerbangan utama serantau," katanya. 

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat berkata, pemerkasaan MAHB akan membuka ruang pelaburan lebih besar dan memperkukuh kecekapan pengurusan lapangan terbang negara. 

Menurutnya, sebanyak RM2.3 bilion dilaburkan bagi pembangunan lapangan terbang di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri yang dijangka siap pada 2028, manakala projek menaik taraf STOLport di Marudi dan Redang dijangka siap pada 2027. 

Kemudahan Pemindahan Antara Terminal antara KLIA Terminal 1 dan Terminal 2 juga bakal dilaksanakan bagi mempertingkat keselesaan dan keterhubungan penumpang. 

Anwar berkata, pembangunan SAP di Sepang seluas 242.8 hektar akan memperkukuh ekosistem penerbangan negara dan menarik lebih banyak pelaburan bernilai tinggi ke Malaysia.

-berita harian online.

Friday, 23 May 2025

TMM2026: 103 laluan penerbangan baharu diluluskan perkukuh ketersambungan global - Zahid

 

PUTRAJAYA: Sejumlah 103 laluan penerbangan baharu, 29 kekerapan penerbangan dan lima penerbangan sewa khas dari pelbagai negara utama diluluskan sebagai usaha memperkukuh ketersambungan global menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). 

Inisiatif ini dimaklumkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau berkata jawatankuasa berkenaan turut menekankan keperluan melaksanakan kempen promosi secara menyeluruh hingga peringkat antarabangsa dengan sokongan kerajaan sebagai persediaan menjelang TMM2026. 

Ahmad Zahid berkata antara strategi digariskan termasuk mencipta permintaan dengan memperkasakan jenama Malaysia Truly Asia dan Cuti-Cuti Malaysia, promosi bersama syarikat penerbangan dan pengendali pelancongan serta pendekatan segmentasi pasaran untuk menarik pelawat berprofil tinggi dari seluruh dunia.

"Kerajaan komited untuk memacu sektor pelancongan sebagai pemangkin utama pertumbuhan ekonomi negara selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI khususnya teras Membina Semula Ekonomi. 

"Sektor ini bukan sahaja menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), tetapi juga mencipta peluang pekerjaan dan meningkatkan daya saing negara dalam pasaran global," katanya melalui kenyataan.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu dimaklumkan mengenai tujuh program ikonik yang akan dianjurkan sebagai tarikan utama TMM2026 termasuk Malaysia Mega Sale, Festival Budaya Malaysia, Global Meet, World Tourism Day & Conference, Pelancaran Rasmi TMM2026, VM2026 Year-End Sale dan Ambang Sambutan TMM2026. 

Beliau berkata mesyuarat turut dimaklumkan mengenai program Pelancongan Mampan melalui inisiatif Greening Protocol. 

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kerajaan Negeri Selangor akan menerajui pelaksanaan Greening Protocol merangkumi teknologi rendah karbon, mobiliti hijau dan pemerkasaan ruang hijau bandar. Ini sejajar dengan matlamat menjadikan Malaysia destinasi pelancongan mampan bertaraf dunia," katanya. 

Bagi memastikan sektor ini kekal berdaya saing, Ahmad Zahid menyeru semua kementerian dan agensi supaya berganding bahu dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam memacu sektor ini sebagai agenda nasional. 

"Kejayaan pelancongan negara hanya dapat dicapai melalui penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang kolektif serta inklusif," katanya. 

Ahmad Zahid turut menyeru semua petugas barisan hadapan negara khususnya di pintu masuk antarabangsa menunjukkan sikap mesra dan profesional sebagai duta kecil negara yang menyambut kedatangan pelancong. 

"Saya yakin, dengan komitmen bersama semua pihak, kita mampu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama dunia menjelang TMM2026," katanya.

-berita harian online.

Friday, 1 November 2024

Malaysia Welcomes LOT Polish Aarlines Charter Flight From Warsaw To Langkawi

 


LANGKAWI, 28 October 2024 – LOT Polish Airlines has officially launched its inaugural charter flight from Warsaw to Langkawi, marking a significant milestone in strengthening travel links between Poland and Malaysia. This new connection is set to enhance tourist traffic between the two destinations.


The maiden flight touched down at Langkawi International Airport (LGK) and was greeted by a welcoming ceremony led by Deputy Secretary General (Tourism), Ministry of Tourism, Arts, and Culture, Dr. Yasmeen Yasim. Representatives from Tourism Malaysia, the Langkawi Development Authority (LADA), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), and Nowa Itaka were also present to celebrate this occasion. The aircraft was honoured with a ceremonial water salute upon arrival, symbolising the growing ties between Poland and Malaysia.


The new direct flight will operate once a week every Sunday until March 2025, bringing more convenience to the people of the two countries in bridging the economic and cultural exchange and investment. As of September 2024, Malaysia welcomed 24,362 visitors from Poland, surpassing pre-pandemic levels and the total of 21,472 Polish tourists recorded in 2023.


As part of the welcoming efforts, LADA is also planning a series of promotional activities, including guided tours, cultural events, and immersive local experiences to ensure that Polish tourists have an unforgettable experience in Langkawi. LADA is optimistic that these initiatives will help increase air arrivals and raise the total number of tourists to Langkawi to an estimated 3 million by the end of this year.


Datuk Haslina Abdul Hamid, Chief Executive Officer of LADA, remarked: “The arrival of these charter flights from Poland is a remarkable milestone for Langkawi's tourism industry. We are eager to showcase the island’s natural beauty and warm hospitality to our Polish visitors. This initiative not only boosts our local economy but also strengthens international relations and cultural exchange. Our partnership with ITAKA was formalised through a Memorandum of Understanding at ITB Berlin 2024.”


The introduction of this new route presents an excellent opportunity to attract more European tourists to Malaysia. As part of the ongoing efforts to promote Visit Malaysia 2026 (VM2026), Tourism Malaysia remains dedicated to forging strategic partnerships with international airlines to boost promotional initiatives and stimulate travel demand, further positioning Malaysia as a top destination for global travellers.

-Tourism Malaysia.

Monday, 5 February 2024

2,000 pelancong China 'serbu' Langkawi

 

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Haslina Abdul Hamid (kiri) diiringi Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Mohd Amin Yahya (kanan) menyerahkan cenderahati kepada pelancong dari Chengdu, China yang tiba menerusi penerbangan sewa khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Industri pelancongan pulau ini bergerak positif melalui kemasukan lebih 2,000 pelancong dari Chengdu dan Chongqing, China mulai bulan ini menerusi lapan penerbangan sewa khas.

Sebagai permulaan, penerbangan Batik Air OD611 yang membawa 178 pelancong dari Chengdu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini, hari ini, dan disambut dengan pancuran air.

Lebih menarik, kumpulan pelancong terbabit kelihatan teruja apabila disambut dengan perarakan bunga bunga manggar, sirih junjung, paluan gendang pribumi dan persembahan tarian singa.

Majlis sambutan itu diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Datuk Haslina Abdul Hamid dan turut dihadiri Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia Mohd Amin Yahya.

Pada sidang media, Haslina berkata, Lada yakin penerbangan sewa khas dari Chengdu yang dikenali bandar bersejarah juga pusat perniagaan dan Chongqing (bandar pergunungan) memberi impak positif kepada Langkawi.

"Kerap kali, apabila prestasi memberangsangkan, penganjuran penerbangan sewa khas akan diikuti dengan pengoperasian penerbangan berjadual tetap yang pasti membawa masuk lebih ramai pelancong ke pulau ini.

"Malah, pulau ini akan menerima peningkatan pelancong dari Asia Barat, Eropah dan Afrika pula sebaik syarikat Flydubai memulakan penerbangan terus Dubai-Langkawi mulai Sabtu ini," katanya.

Haslina berkata, pihaknya masih meneruskan rundingan untuk bekerjasama dengan sebuah syarikat pelancongan dari Poland bagi mengadakan sekurang-kurangnya 30 penerbangan terus Poland-Langkawi selama tiga tahun.

"Semua usaha dan pendekatan yang kita laksanakan ini bertujuan membantu kita mencapai sasaran kemasukan 3.5 juta pelancong tahun ini dengan purata 250,000 setiap bulan," katanya.

-Harian Metro.

Airlines, tourism players urged to use charter flight incentive

 


MELAKA: Airlines and tour operators should take advantage of the government’s charter flight matching grant incentive to attract tourists, says Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

The Malaysian Tourism Promotion Board (Tourism Malaysia) director-general said this would also address the issue of minimal direct overseas flights, especially involving China.

“The incentive was mooted following last year’s arrival of 1.4 million tourists from China, far from our target of five million.“The charter flight matching grant is crucial to increase the frequency of flights to Malaysia.

“The grant will also consider the needs of airline concessionaires which want to increase flight frequencies and establish new air routes,” he said after attending the Malaysia Book of Records awards ceremony for the “Largest Lighting Event in a Water Theme Park” and “First Lighting Event in a Water Theme Park” at the Melaka Wonderland Theme Park and Resort in Ayer Keroh here on Friday night.

The event was launched by Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh in the presence of state officials as well as Melaka Wonderland CEO Seow Cheng Swee.

Separately, Ammar said tourism stakeholders who had launched Visit Year 2024 (VY2024) in their states should produce more fascinating products to attract holidaymakers.

“We want these tourism players to be creative in diversifying their products because we want to see repeat tourists to their states,” he said.

VY2024, he added, is currently being organised by four states – Perak, Kelantan, Perlis and Melaka.

Ammar said the performance of these states in hosting the event would be used as a yardstick of the programme’s success and to create momentum in the preparations for Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026).

“So, tourism stakeholders in the states should always come up with new products and promotions because each state has its own target market,” he added.

-thestar online.

Thursday, 25 January 2024

Tawau rekod penerbangan antarabangsa pertama

 


TAWAU: Penerbangan sewa khas yang membawa kira-kira 157 orang penumpang daripada Nanjing, China mencatat sejarah tersendiri apabila ia menjadi penerbangan antarabangsa pertama ke Tawau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew berkata, penerbangan sewa khas yang menggunakan pesawat daripada syarikat penerbangan Firefly itu tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 5.55 pagi semalam.

Beliau berkata, laluan penerbangan sewa khas baharu itu hasil usaha yang diambil oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Tourism Malaysia.

Katanya, penerbangan sewa khas oleh Firefly itu beroperasi tiga kali seminggu dan akan tiba di Tawau pada setiap Selasa, Khamis dan Sabtu. 

Dari segi kapasiti, penerbangan sewa khas yang akan berakhir pada hujung Mac itu mampu memuatkan seramai 540 orang setiap minggu.

“Kami amat mengalu-alukan pengunjung daripada China dan tidak sabar untuk menunjukkan keunikan budaya dan khazanah alam semulajadi yang terdapat di Sabah.

“Pelancaran penerbangan terus daripada Nanjing ke Tawau membuktikan wilayah ini mempunyai daya tarikan sebagai destinasi pelancongan. Saya sangat teruja untuk melihat laluan baharu ini menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan di Tawau untuk menjadi destinasi antarabangsa yang terkenal.

Mengulas lanjut katanya, pada masa ini Sabah menerima kemasukan 42 penerbangan seminggu daripada Beijing, Shanghai, Guangzhou, Shenzhen, Hangzhou dan Wuhan ke Kota Kinabalu dengan kapasiti 6,520 penumpang setiap minggu.

Pengerusi Sri Pelancongan Sabah, Ken Pan telah mewakili Christina bagi menyambut ketibaan pelancong daripada Nanjing di Lapangan Terbang Tawau.

Pelancong China yang ingin meneroka keindahan destinasi pelancongan di Tawau boleh membuat tempahan penerbangan melalui pelbagai agensi pelancongan secara online seperti Ly.com, Ctrip, Qunar dan Fliggy.

-utusan online.

Wednesday, 24 January 2024

Kelantan cadang penerbangan terus bawa pelancong China ke Tahun Melawat Kelantan 2024

 

KAMARUDDIN Md. Nor (kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada salah satu rakan strategik yang menjayakan TMK 2024 di Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan ligat menarik pelancongan dari China untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) dengan mengemukakan cadangan penerbangan terus secara sewa ke negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, langkah itu boleh dilaksanakan susulan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) mampu menerima pendaratan pesawat besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320. 

“Malah terminal baharu LTSIP mampu menampung ketibaan lebih ramai pelancong. Kita faham kebanyakan pelancong akan mengelak daripada penerbangan transit untuk ke sesuatu destinasi.

“Usaha itu signifikan dengan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun ini. Saya juga berhasrat untuk berjumpa dengan Menteri Pelancongan, Datuk Sri Tiong King Sing bagi membincangkan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena majlis ramah mesra bersama pengamal media Kelantan, di sini malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas memberitahu, pada minggu lalu beliau bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengadakan lawatan ke Guangzhao, China dalam rangka mempromosikan Kelantan atas jemputan sebuah persatuan Islam di sana.

“Misi kita adalah membuka jalan bagi pelancong China datang ke Kelantan. Sepanjang di sana saya berkesempatan berjumpa pihak-pihak berkaitan pelancongan serta masyarakat Islam dan dapat mengesan faktor ketidakhadiran pelacong China ke negeri ini.

“Boleh dikatakan mereka tidak tahu mengenai Kelantan dan risau mengenai aspek keselamatan berikutan akhbar China melaporkan kes penculikan beberapa pelajar China di Amerika dan Eropah,” ujarnya.

Kamarudin berkata, sehubungan itu antara usaha diambil beliau bersama Mohamed Fadzli adalah memberi penerangan dan menimbulkan keyakinan bahawa Kelantan adalah antara negeri yang selamat dikunjungi.

-utusan online.

Monday, 16 October 2023

Tourism Malaysia Sertai Persidangan Routes World 2023

 


Tourism Malaysia menyertai Persidangan Routes World 2023 bertempat di Istanbul, Turkiye pada 14 hingga 18 Oktober 2023.

Delegasi Tourism Malaysia diketuai oleh Ybhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia.

Penyertaan Tourism Malaysia di dalam program ini adalah penglibatan pertama kali Tourism Malaysia secara rasmi dan sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan di Rantau Asia Pasifik sejajar sebagai rakan kerjasama bersama MAHB untuk program Routes Asia yang bakal dianjurkan di Langkawi pada tahun 2024.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 30 July 2023

Batik Air Inaugural Charter Flight from Chengdu to Kota Kinabalu

 


30 July 2023, Kota Kinabalu: Welcoming Batik Air Inaugural Charter Flight from Chengdu to Kota Kinabalu on 30th July 2023 at 7.35am with 177 passengers.

An initiative by Tourism Malaysia through Tourism Malaysia in Guangzhou (TMGZ) and ASAF Division to encourage more Chinese tourist to come and visit Malaysia particularly Sabah and also Langkawi.

Present in this event are Mr Humphrey Ginibun and Ms Ebony Loong from Sabah Tourism Board, Mr Jefrey Ramli, KKiA Senior Airport Manager and Mr Wilfred Wong of Batik Air.

-Tourism Malaysia.

Monday, 15 May 2023

Kerajaan lulus penerbangan sewa khas

 

ANWAR Ibrahim diiringi Tiong King Sing beramah mesra dengan warga MOTAC ketika hadir pada Majlis Rumah Terbuka MOTAC di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini memberikan kelulusan segera penerbangan sewa khas (chartered flight) bagi memudahkan kemasukan pelancong ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelulusan berkaitan perkara tersebut telah dibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

“Soal teknikal (menteri) minta visa apa semua, saya dah bincang dengan MDN (Menteri Dalam Negeri), MDN kata kalau peringkat awal yang kita boleh luluskan segera (adalah) chartered flight.

“Yang lain kita tengok perkembangannya, tetapi ia selaras dengan dasar kita (iaitu) ‘ease of doing business’.

“Apa tindakan yang boleh menyenangkan dan menarik minat pelancong ke Malaysia, tindakan yang sesuai harus kita beri pertimbangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini hari ini.

Pada Februari lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menerusi hantaran di Facebooknya mencadangkan syarikat penerbangan tempatan untuk membuat penyelidikan dan membangunkan penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi menarik dan memudahkan kedatangan pelancong ke negara ini.

Menurut beliau, tindakan itu bertujuan memastikan lonjakan pelancong asing ke negara ini dapat dipertingkatkan.

“Saya ucap tahniah (kerana) dalam tempoh enam bulan kita nampak satu lonjakan kehadiran pelancong-pelancong ke dalam negara kita.

“Dalam strategi pembangunan negara, MOTAC ini dianggap penting kerana ia adalah aspek penting dalam industri servis dan boleh meningkatkan pendapatan negara,” ujarnya.

Sementara itu, King Sing menerusi ucapannya berkata, pada tiga bulan pertama tahun ini, seramai 4.38 juta pelancong antarabangsa dicatatkan masuk ke negara ini.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 178,150 orang adalah pelancong China iaitu 45,317 orang pada Januari, manakala 49,782 dan 83,051 pelancong masing-masing pada Februari serta Mac.

“Kita akan cuba sedaya upaya untuk promosi Malaysia di dunia terutama China yang membantu dalam sektor pelancongan dan pertumbuhan ekonomi negara.

“Saya minta Menteri Dalam Negeri mudahkan urusan visa pelancong asing yang mahu masuk (ke negara ini) dari seluruh dunia. Kepada Perdana Menteri, saya nak minta jangan lupa MOTAC, kita nak minta (jika) ada peluang untuk duduk berbincang bagi naik taraf (MOTAC) dan sedikit peruntukan,” katanya.

-utusan online.

Saturday, 24 September 2022

Tourism Selangor luaskan wilayah baharu di pasaran Eropah

 

Sesi B2B bersama pemain utama industri pelancongan semasa sales mission di Rusia,
Turkiye, Uzbekistan dan Kazakhstan.


PETALING JAYA: Tourism Selangor, sebuah Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor, telah menyertai siri lawatan ke Moscow, Tashkent, Almaty dan Istanbul bagi menyokong Tourism Malaysia.

Matlamatnya untuk menarik lebih ramai pelancong dari Rusia dan Turkiye sambil mengekalkan hubungan dua hala.

Lawatan tersebut berlangsung selama sepuluh hari, dari 11 September hingga 20 September 2022.

Misi ini diketuai  Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian dan dibantu Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad.

Misi ini mempamerkan pelbagai segmen pasaran di Selangor sambil mempromosikan Kempen “Splendid Selangor, Take Me Anywhere!”

Sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 13 peratus (231,914) pelancong dari negara Eropah yang melawat Selangor berbanding tahun sebelumnya semasa sekatan perjalanan antarabangsa.

Oleh itu, ini merupakan masa yang sesuai bagi negeri  Selangor untuk meneruskan pertumbuhan pra-pandemiknya, terutamanya bagi pengembara antarabangsa, setelah larangan perjalanan telah ditarik kembali.

Menurut Loy Sian, , kempen Splendid Selangor merupakan satu usaha penting dan titik perubahan bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara yang berminat.

Katanya, kerjasama tersebut akan melibatkan perkongsian prospektif melalui perjalanan FAM bersama media dan agensi pelancongan, siri promosi silang termasuk pengiklanan dan kempen digital, siri jelajah serta sales mission.

“Segmentasi di negeri Selangor menyediakan pelbagai tarikan pelancongan, daripada eko-pelancongan, taman tema, budaya dan warisan serta pengalaman membeli-belah dan rekreasi.

“Ini termasuk taman tema Sunway Lagoon, Taman Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Perkampungan Budaya Mah Meri serta kawasan peranginan di Avani Sepang Gold Coast,” katanya.

Melalui jelajah Truly Malaysia di Moscow, delegasi  Tourism Selangor telah bertemu dengan beberapa agensi pelancongan.

Pemain utama seperti Evren SATIR, Ozan Ates, dan Gokhan Ustunday turut terlibat semasa misi tersebut. Beberapa syarikat pelancongan kini sedang mengatur perjalanan mereka ke Malaysia melalui Turkish Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Etihad Airways sebagai penerbangan sambungan.

“Sebelum ini, pelancong dari Rusia telah menggunakan khidmat penerbangan dari Singapura ke Malaysia. Hasil daripada misi pada kali ini, kami bersedia untuk mengambil penerbangan tidak berjadual dari negara Rusia ke Malaysia melalui negeri Selangor dan kami tidak sabar untuk menarik lebih ramai warga Rusia ke negeri ini,” kata Loy Sian.

Beliau berkata, Tourism Selangor bersedia untuk memanfaatkan perkongsian meluas bersama pengusaha pelancongan dan pemain industri sambil meningkatkan kesedarannya bagi mencapai misi dalam menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan terkemuka di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.

-utusan online.

Monday, 9 May 2022

LADA tawar insentif penerbangan catar

 


LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperkenalkan insentif menerusi Program Penerbangan Catar Langkawi yang bernilai RM300,000 kepada 30 penerbangan antarabangsa terawal bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing ke pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, insentif itu akan diberikan kepada mana-mana syarikat penerbangan yang memohon insentif tersebut sehingga Disember ini.

“Kita berharap insentif ini dapat memberi galakan kepada penerbangan catar untuk datang ke Langkawi sebab sebahagian kos pendaratan ditanggung oleh LADA.

“Kita juga tidak menyasarkan mana-mana negara untuk memohon kerana kita menggalakkan penerbangan antarabangsa terus ke Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Nasaruddin memberitahu, LADA juga telah meminta Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk mewar-warkan insentif ini kepada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa.

Jelasnya, usaha meningkatkan jaringan penerbangan terus ini dapat menarik lebih ramai pelancong untuk masuk ke sini bagi memulihkan kembali sektor pelancongan Langkawi yang terjejas sewaktu pandemik Covid-19.

Menurutnya lagi, ada beberapa negara yang menyatakan kesediaan mereka untuk mengadakan penerbangan terus ke sini terutamanya negara di bawah Commonwealth of Independent States (CIS) dan negara-negara Scandinavia.

“Antara negara berkenaan adalah Rusia, Kazakhstan, Norway, Sweden dan Denmark,” ujarnya. 

-utusan online.

Sunday, 29 December 2019

Kazakhstan-Langkawi special chartered flights will boost VMY 2020

photo: Langkawi Development Authority fb

LANGKAWI, Dec 28 -- Three special chartered flights by Kompas Tour from Almaty, Kazakhstan to Langkawi are expected to boost the Visit Malaysia Year 2020 campaign to the duty-free resort island.

Today's seven-hour special chartered flight by a Boeing 757-200 Sunday Airlines, with 235 passengers on board, arrived at the Langkawi International Airport (LIA) at 10.30 am.

Tourism Malaysia director-general Datuk Musa Yusof said the initiative would boost the number of tourists from Kazakhstan to Malaysia, which registered 13,912 visitors as of September 2019, an increase of 33.6 per cent over the same period last year.

“The Kompas Tour special chartered flight is a collaboration between Tourism Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Langkawi Development Authority (LADA), Embassy Alliance Travel (M) Sdn Bhd and Kompas Tour, which is one of the leading travel agencies in the Central Asia.

“The next flight after this will be on Jan 4 and 12. The three flights combined would bring a total 705 passengers. We hope the Almaty-Langkawi route will be well-received in Kazakhstan and Central Asia and, subsequently, special chartered flights will continue to grow especially to this island,” he said.

Musa was speaking to reporters after welcoming the arrival of the first Kompas Tour special chartered flight here today.

Also present were LADA chief executive officer Dr Hezri Adnan, Syarikat Penerbangan MAHB manager of airline marketing Mohamed Sallauddin Mohamed Shah and Ayer Hangat State Assemblyman Juhari Bulat.

Musa explained that the flights from Kazakhstan to Langkawi would not only bring tourists from Kazakhstan but also from its neighbouring countries in Central Asia such as Kyrgyzstan and Uzbekistan.

“Our promotion in Kazakhstan is not only to attract tourists from that country but also its nearby neighbours following the increasing number of tourists from Central Asia to Malaysia every year. The people of Central Asia have the means to visit abroad so we take this opportunity to introduce this country to them,'’ he said.

Meanwhile, Hezri said the strategic cooperation carried out by Tourism Malaysia and Kompas Tour had boosted the number of tourists from Central Asia.

‘’The Central Asian market is very big. This collaboration has opened a new market for Langkawi. For the record, Kompas Tour has brought in 461 tourists through two special chartered flights from Almaty in January this year. We laud this co-operation which has benefited Langkawi through the presence of tourists from Central Asia, ‘’ he added.
-bernama.

Thursday, 24 October 2019

AMAL Signs MoU with Tahira Air and Kawan International to Offer Chartered Flights to Saudi Arabia

Front row, left to right: CEO of Tahira Group Vincent Tan Kee Kim, CEO of AMAL Hazman Hilmi Sallahuddin and Chairman of Kawan International Travel Sdn. Bhd. Haji Mohd. Zahiri Dato'
Hj Maulud at the signing ceremony

KLIA, 23 October 2019: Amal by Malaysia Airlines, the pilgrim-centric service of Malaysia Aviation Group (MAG) dedicated for Hajj and Umrah, on Monday, signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Tahira Air Sdn Bhd and Kawan International Travel Sdn Bhd at TH Movenpick Hotel, Sepang.

The agreement was signed between Hazman Hilmi Sallahuddin, Chief Executive Officer (CEO) of AMAL, Vincent Tan Kee Kim, CEO of Tahira Air as well as Haji Mohd Zahiri Dato’ Hj Maulud, Chairman of Kawan International Travel Sdn. Bhd.

Through this partnership, the three parties expressed their intention to connect Muslim and leisure travelers from China to Saudi Arabia via Kuala Lumpur, following the recent announcement by the government of Saudi Arabia to offer tourist visas and visa-on-arrival services to more than 40 countries around the world, including China. AMAL, Tahira Air and Kawan International will be offering flights and tours to Jeddah and Madinah from Ningxia, as well as other provinces in China.
-Malaysia Airlines.

Monday, 29 July 2019

Malaysia Airlines and Dorak Holdings Sign Agreement for Charter Services between Kuala Lumpur and Istanbul


Istanbul, 27 July 2019: Malaysia Airlines, yesterday signed a three-month agreement with Dorak Holdings, one of Turkish’s most prominent tourism players to provide charter flights between Kuala Lumpur and Istanbul’s Sabiha Gokcen International Airport from October until December 2019.

The agreement will see the airline operating three times weekly charter flights utilizing its Airbus 330 aircraft.

Malaysia Airlines’ A330 aircraft comes with 287 seats comprising of 19 seats in Business Class and 268 seats in Economy Class.

The agreement was signed between Hazman Hilmi Sallahuddin, member of the senior management team of Malaysia Airlines and Ahmet Serdar Körükçü, Chairman of the Board, Dorak Holdings.


Malaysia Airlines Group Chief Executive Officer, Captain Izham Ismail said, “We are delighted to enter into the agreement with Dorak Holdings to offer charter services between Kuala Lumpur and Istanbul. With this agreement, Malaysia Airlines will be the first Malaysian carrier to land in Istanbul Sabiha Gokcen International Airport, since Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) acquired the airport in 2015. As the national carrier of Malaysia, we are the first touch point of Malaysia, and the first touch point for travellers to experience Malaysian Hospitality. We hope that through this agreement, we are able to promote more of Malaysia to Turkey at the same time, to attract new markets to visit Malaysia.”
-Malaysia Airlines.
www.malaysiaairlines.com

Wednesday, 8 May 2019

Guangzhou-Ipoh direct flights will start in October, says Perak MB

Perak MB Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (left) Scanda Sky Executive Chairman Tengku Faizwa Tengku Razif (middle) and State Exco Chairman of Tourism,Culture and art Tan Kar Hing (right) flank on their new shades.

IPOH: Direct flights to Guangzhou in China from Ipoh will start in October, says Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

The Perak Mentri Besar said this was possible after a memorandum of understanding was signed between two private entities, Scanda Sky and Amal by Malaysia Airlines (the national carrier's special charter service).

"This is historic for Perak and the Sultan Azlan Shah Airport, because at last our efforts to get the direct flights have materialised.

"This is an effort by the private sector as well as state Tourism committee chairman Tan Kar Hing.

"We hope this route will be as popular as the current Ipoh-Singapore route," he told reporters after witnessing the MoU signing ceremony held at a hotel here Tuesday (May 7).

The signatories were Amal chief executive officer Hazman Hilmi Sallahuddin and Scanda Sky's executive chairman Tengku Faizwa Tengku Razif.

Ahmad Faizal said to ensure Perak received tourists from the southern part of China, Ipoh would be the main gateway when the flights resume.

Tan said the inaugural flight of three times a week is expected to start in early October.

He said the flight route would be from Kuala Lumpur-Ipoh-Guangzhou.

"A Boeing 737 with a capacity of between 150 to 180 passengers will be used, and to sustain the route, there needs to be at least an 80% load factor.

"The pricing is not fixed yet, but just like other airlines, there will be seasonal and hot seat prices available as well," he added.

Tan said several packages for tourists from Guangzhou would be available when they arrive in Ipoh.

"Theme parks and hotels will be roped in, and more working trips will be held in China to promote Perak," he added.
-thestar online.
http://www.tourismperakmalaysia.com

Friday, 28 December 2018

Malaysia Welcomes Charter Flight From Kazakhstan To Langkawi


LANGKAWI, 27 DECEMBER 2018: A total of 226 tourists from Almaty, Kazakhstan, arrived at Langkawi International Airport on a charter flight at 9.30 am today to begin their 9-day tour of Langkawi. They will indulge in the island’s best experiences by visiting places of interest and savouring local delicacies. 

The Kazakhstan-Langkawi charter flight service is a result of a collaboration between Tourism Malaysia and Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) with Kompas Tour Operator, one of the main tour operators in Central Asia.

The collaboration sees a total of three charter flights operating between Almaty and Langkawi. 

The first charter flight, which arrived today, was welcomed by the Deputy Director General of Tourism Malaysia (Promotion) Dato' Mohmed Razip Hasan, Langkawi Development Authority (LADA) Deputy Chief Executive Officer (Management) Tuan Haji Mohd Asri Redha bin Abdul Rahman and Embassy Alliance Managing Director, Michael Mitryakov. 

The second and third flights are scheduled to arrive on 4 January and 14 January 2019 respectively. Malaysia is eyeing to welcome a total of 705 passengers from Kazakhstan to Langkawi during this winter season through this charter flight service. The Boeing 757-200 model flight with expected capacity of 235 passengers per flight, operated by Sunday Airlines, will carry all passengers to Langkawi.

In 2017, Malaysia welcomed 12,577 tourists from Kazakhstan. As of October 2018, tourist arrivals from Kazakhstan registered a total of 11,302, an increase of 10.0% compared with corresponding period last year.
-Tourism Malaysia.