Showing posts with label Visit Perak Year 2024. Show all posts
Showing posts with label Visit Perak Year 2024. Show all posts

Wednesday, 1 January 2025

Perak records 8.4 million tourists last year

 


IPOH: Perak attracted 8.4 million tourists throughout last year, surpassing the state government's target of 8.35 million in conjunction with Visit Perak Year 2024.

Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad said that, according to Tourism Malaysia data up to September last year, 627,292 international tourists had visited the state.

He said the figure represents a 135 per cent increase in tourists compared to the Visit Perak Year 2017 campaign.

Saarani said this achievement reflects the right direction of all efforts to promote Perak as a tourist destination.

"Ipoh and Pangkor Island continue to be the main attractions, but what caught our attention is the extraordinary success achieved by the Larut, Matang, and Selama districts.

"This district recorded 1,050,144 visitors, making it the third-highest district in Perak regarding tourist arrivals.

"This increase proves that the tourism sector not only benefits urban areas but also brings economic opportunities to rural and suburban areas rich in uniqueness and heritage," he said in his speech at the Finale of Visit Perak Year 2024 held at Sultan Azlan Shah Roundabout here, last night.

Saarani said this success would not have been possible without the efforts and cooperation of various parties, including government agencies, particularly Tourism Perak, industry players, and the people.

"You have all indirectly become tourism ambassadors for the state.

"Every social media post, every photo shared, and every positive experience you spread helps introduce Perak to the world," he said.

Saarani also launched the logo for the "Coffee Trails of Perak" package.

Also present was the state Tourism, Industry, Investment, and Corridor Development committee chairman Loh Sze Yee.

The event, held in conjunction with the New Year's Eve celebration, was enlivened by cultural dance performances featuring various ethnic groups and highlighted performances by renowned singers Tomok and Ramlah Ram.

Saarani, along with more than 35,000 visitors, counted down to midnight, marked by a fireworks display to welcome the New Year 2025.

-nst online.

Saturday, 28 December 2024

Finale Tahun Melawat Perak 2024 @ Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, Ipoh ( 31 Disember 2024 )

 

Finale Tahun Melawat Perak 2024

Tarikh: 31 Disember 2024 (Selasa)

Masa: 8.00 - 12.30 malam

Lokasi: Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru

Mari semua kita penuhkan bulatan Sultan Azlan Shah minggu depan!

Sempena hari terakhir Tahun Melawat Perak 2024, pelbagai aktiviti yang menarik akan diadakan seperti:

> Persembahan kebudayaan pelbagai kaum

> Pelancaran logo pakej "Coffee Trails of Perak"

> Gerai-gerai jualan (bermula 30 disember 2024)

> Sesi meet & greet bersama maskot pelancongan perak

> Pertunjukan bunga api

> Persembahan nyanyian Tomok

> Persembahan nyanyian Ramlah Ram

Jom semua datang beramai-ramai! Jangan lupa juga bawa sekali tikar dan kerusi healing masing-masing ya..

Kita santai sama-sama...


-Tourism Perak.

Thursday, 1 August 2024

Meteor Shower Astronomy Carnival 2024 @ Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak ( 11 ~ 13 August 2024 )

 







Meteor Shower Astronomy Carnival 2024!

Get ready to be dazzled by the magic of the Perseid Meteor Shower at the Meteor Shower Astronomy Carnival 2024! This is your chance to witness an awe-inspiring celestial event like never before. Don’t miss out on this once-in-a-year phenomenon!

The Perseid Meteor Shower is one of the most stunning and popular meteor showers, peaking around August 12-13. Known for its brightness and speed, the meteors travel at about 59 km/s and are fragments from the Swift-Tuttle comet. Under optimal conditions, the Perseids can produce up to 100 meteors per hour, offering a breathtaking celestial display that's a favorite for stargazers.

Star Lovers, GoSky have something you've been awaiting, specially made for you! Join them for an Extraordinary Celestial Odyssey at the Perseids Meteor Shower Astronomy Carnival 2024 at Lenggong, Perak. Activities include a Laku Cruise around the Mini Amazon, the Lenggong Ancient Secret Tour, a Meteor Shower Picnic, and more.

Date: 11-13 August 2024

Venue: Resort Tasik Raban, Lenggong

Activities:

• Meteor Shower Observations

• Special Guests and Talks

• Stargazing Events

• Astrophotography Sessions and Dark Sky Tour Package

• Archaeological Tours

• Kids Activities

• And much more!

Brought to you by GoSky in collaboration with Planetarium Negara and Majlis Daerah Lenggong, this is an event you won't want to miss!

Mark your calendars and join us for an unforgettable experience under the stars. See you there!

For more Information, please visit @Goskyadventures

-Tourism Perak.

Thursday, 11 July 2024

Perak Travel Fair 2024 @ MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur ( 12 ~ 14 July 2024 )

 





Perak Travel Fair kini tiba di Kuala Lumpur sempena Tahun Melawat Perak 2024!

Yang mana free, jom lah singgah ke booth pameran Perak Travel Fair di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur, 12 sehingga 14 Julai 2024 hujung minggu ni.

Pelbagai aktiviti menarik termasuk pakej pelancongan, demo dan jualan produk kraftangan, persembahan kebudayaan negeri Perak dan lebih lagi. Sambil cuci mata tengok pakej-pakej murah yang ditawarkan, bolehlah layan persembahan daripada Sarah Suhairi sekali, memang menarik tau!

Pastikan korang datang beramai-ramai ye, moh ler kite!

-Tourism Perak

Wednesday, 29 May 2024

Railway to See Malaysia x Visit Perak Year 2024 Fun Ride di Batu Gajah, Perak

 


Jom sertai RTSM x VPY 2024 Fun Ride yang akan diadakan pada 13 Julai 2024 (Sabtu) di West Village Silverlake, Batu Gajah, Perak.

Penyertaan adalah terhad kepada 60 penyertaan terawal sahaja dengan yuran pembayaran RM120 (Tiket tren, Medal & Sublimate Jersey).

Imbas kod QR yang tertera atau klik pautan https://shorturl.at/xF37F untuk pendaftaraan.

Hubungi kami di talian 03 2279 8711 / 8713 (Waktu Berkerja: 9.00pagi - 5.00petang) untuk pengesahan baki tempat duduk atau sebarang pertanyaan.

-KTM Berhad.

Wednesday, 22 May 2024

Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perak bagi bulan Jun 2024

 



Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perak bagi bulan Jun 2024

Jom ler kita beramai-ramai ikuti program-program yang ditawarkan ni. Kome dah boleh tentukan perjalanan kome ke negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024. Banyak program menarik tauuu!

Nota: Segala perubahan program & tarikh adalah tertakluk kepada penganjur. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa.

-Tourism Perak.

Monday, 25 March 2024

Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perak bagi bulan April 2024


Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perak bagi bulan April 2024

Moh rancang percutian & perjalanan kome ke negeri Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024.

Kemaskini keseluruhan kalendar acara boleh dilihat di pautan : https://linktr.ee/tourismperak...

Nota: Segala perubahan program & tarikh adalah tertakluk kepada penganjur. Sebarang perubahan akan dikemaskini dari masa ke semasa

-Tourism Perak.

Monday, 4 March 2024

Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Zoo Taiping & Night Safari ( 9 Mac 2024 )

 


SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-63 ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI (1961-2024)

Zoo Taiping & Night Safari, Majlis Perbandaran Taiping akan mengadakan Sambutan Ulang Tahun ke-63 (1961-2024) pada 9 Mac 2024 (Sabtu) di Pavillion Zoo Taiping & Night Safari pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang majlis berlangsung.

> Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Daftar melalui pautan, https://forms.gle/grGKVzA9Wg6yGvMCA

> Majlis Perasmian Sambutan

> Pertandingan Mewarna. Daftar melalui pautan, https://forms.gle/wgYEWjecbAjesmmv6

> Pertandingan Pakaian Beragam bertemakan Haiwan. Daftar melalui pautan, https://forms.gle/awhediZut6xNFkZe9

> Persembahan Kebudayaan

> Pameran dan Jualan

dan banyak lagi aktiviti menarik!

Orang awam adalah dijemput hadir. Untuk keterangan lanjut mengenai aktiviti aktiviti yang akan dijalankan sila hubungi 05-8086577 / 019-4815351 atau email zootaiping@zootaiping.gov.my

Jumpa Anda di Zoo Taiping & Night Safari

-Zoo Taiping & Night Safari.

Saturday, 20 January 2024

Tourism Perak lancar 3,920 keping baucar pelancongan

 


IPOH: Dalam usaha menggalakkan lagi perbelanjaan para pelancong yang datang ke Perak, sebanyak 3,920 keping baucar pelancongan #PromisingPerak ditawarkan sempena Tahun Melawat Perak 2024.


Baucar itu melibatkan 65 pemain industri pelancongan dalam Perak seperti agensi pelancongan dan pengembaraan, pengusaha produk pelancongan serta pengusaha hotel.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, mengikut pecahan, terdapat tiga jenis baucar bernilai sekeping RM30 produk pelancongan, RM70 penginapan dan RM150 pakej pelancongan.

“Pendekatan oleh Tourism Perak ini adalah berhasrat untuk menggalakkan lagi lebih ramai pelancong berkunjung ke Perak,” katanya kepada pemberita semasa majlis pelancaran baucar tersebut di sini hari ini.

Katanya, insentif seumpama itu pernah dilaksanakan pada tahun 2020 untuk memberi sokongan kepada pemain industri yang menerima kesan akibat wabak Covid-19.

Tambah beliau, inisiatif terbaharu itu akan bermula pada 1 Februari 2024 hingga 31 Januari 2025.

Menurut Tourism Perak Management Berhad, pelaksanaan bantuan khas baucar pelancongan itu secara tidak langsung dapat memberikan peluang baharu kepada pemain industri untuk meningkatkan pendapatan selain turut mempromosikan produk ke pasaran domestik dan antarbangsa.

“Inisiatif ini juga merupakan galakan kepada pelancong untuk datang ke negeri Perak dan menyumbang kepada peningkatan statistik kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Perak 2024,” menurut Tourism Perak.

utusan online.

Monday, 15 January 2024

New rail packages launched in conjunction with Visit Perak Year 2024

 


TAIPING: In conjunction with Visit Perak Year 2024, a new Rail Tourism Package was officially launched at Laman Budaya, Galeri Perbandaran Taiping.


The event was graced by Perak Tourism, Industry, Investment and Corridor Development Committee chairman Loh Sze Yee, and Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) chief operating officer Mohd Zain Mat Taha, representing KTMB Group chief executive officer Datuk Rani Hisham Samsudin.


Also in attendance were member of the state legislative assembly (ADUN) for Pokok Assam Ong Seng Guan, Tourism Perak Malaysia Bhd chairman Mohamad Kamil Shafie, Tourism Perak chief executive officer Nurmalis Musa, local council representatives, and tourism industry enthusiasts from Perak.


The rail package, developed by Tourism Perak in collaboration with KTMB, introduces an exciting new tourism experience. It aims to attract tourists to explore the state of Perak by offering train travel as an alternative mode of transportation. Taiping was chosen as the launch location due to its historical significance as the site of Malaysia's first railway track, the Port Weld (Kuala Sepetang) railway.


This initiative aligns with the objectives of Visit Perak Year 2024 and seeks to promote tourism in the region by providing tourists with a unique opportunity to discover Perak's attractions through railway travel.

-nst online.

Monday, 1 January 2024

Rakyat jadi duta Tahun Melawat Perak 2024

 


BATU GAJAH: Tahun Melawat Perak 2024 yang menyasarkan kedatangan pelancong lebih lapan juta orang ke negeri ini dilancarkan secara rasmi.

Pelancaran dibuat di Silverlakes Village Outlet (SVO), di sini semalam sebelum detik pukul 12 malam memasuki tahun 2024 semasa sambutan ambang tahun baharu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kali terakhir Tahun Melawat Perak ialah pada 2017 dan mengikut perancangan, kempen sama akan diadakan semula pada tahun 2022 namun ditangguhkan akibat wabak Covid-19.

Beliau mengharapkan rakyat Perak turut berperanan sebagai duta bagi menjayakan usaha tersebut.

“Kita semua adalah duta-duta negeri yang akan mempromosikan Perak sebagai destinasi pilihan pengunjung. Kita adalah duta-duta negeri untuk mempromosikan sejarah, budaya dan keunikan yang ada di negeri kita. Kita adalah jurucakap yang menghebahkan mengenai pesona, keindahan dan keunikan negeri kita.

“Manfaatkan sepenuhnya platform media sosial untuk berkongsi kisah menarik, gambar, video atau apa juga medium yang boleh menggamit kehadiran pelancong. Kongsikan mengenai kelazatan makanan, keunikan kegiatan budaya serta program-program menarik yang disusun sepanjang kalendar pelancongan 2024,” katanya.

-utusan online.

Friday, 22 December 2023

Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 & Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak @ Silverlake Village Outlet ( 30 Disember 2023 ~ 1 Januari 2024 )

 

Pelancaran Tahun Melawat Perak 2024 & Sambutan Ambang Tahun Baru 2024 Peringkat Negeri Perak

Tarikh: 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 (3 Hari)

Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam

Tempat: Silverlakes Outlet Village, Batu Gajah, Perak

Pelbagai pengisian aktiviti (pocket show) akan memeriahkan sepanjang acara berlangsung:

> Pameran pelbagai jenis motosikal dan merchandise

> Perak Berselawat oleh YBhg Dato' Kazim Elias

> Pertandingan Tourism Idol

> Pertandingan Buskers of Muzikustika

> Meet & Greet Maskot Pelancongan Kopiro dan Kopita

> Persembahan kebudayaan dan Konsert artis Kumpulan Headwind, Naqiu dan Epol Roza (Drama Band)

> Pelancaran Jersi Perak FC Sesi 2024

> Jualan pakej pelancongan Perak Travel Fair

> Pertunjukan Bunga Api

> Wayang Pacak filem-filem Mamat Khalid

> Gerai Jualan lebih dari 50 jenis makanan

Ate! Jangan lupe kome! Datang le ramei-ramei. Kabor ke kawan-kawan semua

-Tourism Perak.

Thursday, 14 December 2023

120 acara meriahkan Tahun Melawat Perak 2024

 


IPOH: Sebanyak 120 acara dise­naraikan dalam kalendar pelancongan Perak untuk memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata, acara tersebut diadakan di semua daerah merangkumi aktiviti peringkat daerah, negeri dan antarabangsa yang dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan.


Menurutnya, acara yang diadakan itu merangkumi pelancongan berasaskan warisan, ma­kanan, alam semulajadi, percutian keluarga, kraftangan dan pelbagai segmen pelancongan yang lain.


“Acara yang disusun dalam kalendar pelancongan Perak sejajar dengan matlamat mencapai sasaran kedatangan lapan juta pelancong domestik dan 350,000 pelancong antarabangsa.


“Perak menawarkan pelbagai segmen pelancongan menarik dan sesuai mengikut minat dan kecenderungan pelancong termasuk yang bercuti bersama keluarga.


“Senarai semua 120 acara da­lam kalendar pelancongan Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024 boleh diakses di laman web Tourism Perak,” katanya.


Menurutnya, Tourism Perak sudah bersedia sepenuhnya un­tuk menjayakan Tahun Melawat Perak dan yakin Perak akan men­jadi pilihan percutian, se­perti yang diharapkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.


Nurmalis optimis dapat mencapai sasaran lapan juta pelancong, malah yakin kedatangan pelancong melebihi sasaran yang ditetapkan.


“Kami mengharapkan satu pulangan yang baik dari sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Perak 2024. Walaupun kita sasarkan lapan juta pelancong termasuk pelancong yang bermalam, dalam masa yang sama kita mengharapkan jumlah yang datang lebih daripada itu.


“Apatah lagi bandar raya Ipoh dan Perak amnya bukan lagi sekadar menjadi tempat pelancong singgah untuk menikmati makanan.


“Melalui promosi yang kita jalankan, trend itu sudah berubah sebaliknya semakin ramai pelancong yang memilih untuk bermalam di negeri ini, se­kurang-kurangnya untuk satu malam.


“Berdasarkan trend itu, kami percaya jumlah kedatangan pe­lancong mampu melebihi sa­saran yang ditetapkan. Saya per­caya usaha kerajaan negeri memeriahkan Tahun Melawat Perak 2024 akan berjaya, sejajar dengan inisiatif yang digariskan di bawah program Perak Sejahtera 2030,” katanya.

-utusan online.

Wednesday, 11 October 2023

Lenggong tuan rumah sukan lasak Iron Bound A1 World Cup

 


LENGGONG: Selepas kejayaan penganjuran sukan lasak ‘Lenggong 48H Iron Bound A1 National Series 2022’ tahun lalu, Lenggong sekali lagi akan menjadi tumpuan pasukan elit ‘adventure racing’ dunia pada pertandingan ‘Lenggong Iron Bound A1 World Cup’ pada 8 hingga 12 November tahun depan.


Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, acara itu disenaraikan dalam kalendar antarabangsa A1 Nationwide yang diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2024.


Menurutnya, kejohanan itu diharap dapat menarik lebih ramai penyertaan selepas tahun lalu disertai 100 pasukan dan 400 atlet termasuk lapan pasukan antarabangsa dan 32 daripada pesertanya dari Australia, Hong Kong, New Zealand dan beberapa negara lagi.


“Kejohanan ini mendapat hak penganjuran berlesen daripada ‘A1 Nationwide Australia’ dan ‘World Obstacle Federation Swiss’ dan pada tahun 2024, Malaysia diberi mandat untuk menganjurkan ‘A1 World Cup’.


“Kejohanan ‘Expedition Adventure Racing’ ini dianjurkan oleh Akademi Orienteering Malaysia, penganjurnya adalah anak jati Perak, berpengalaman dalam penganjuran sukan lasak antarabangsa.


“Kejohanan ini juga mendapat sokongan Majlis Pelancongan Lenggong dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Menurutnya, kejohanan berformatkan perlumbaan berpasukan terdiri daripada empat orang dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.


Perlumbaan melibatkan disiplin seperti orienteering, berbasikal bukit, berkayak, berakit, tali tinggi, memasuki gua, berlari denai dan merentas hutan dan kesemua disiplin itu akan ditempuhi secara bernavigasi dan pemetaan.


Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu akan memberi impak besar kepada ekonomi dan pelancongan di daerah Lenggong Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong menyokong penganjuran aktiviti itu untuk membantu memajukan industri pelancongan Lenggong, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco dan Lenggong Geopark Kebangsaan.


“Penganjuran acara ini juga membantu merancakkan kegiatan ekonomi tempatan dan negeri termasuk sektor penginapan, makanan dan IKS serta lain-lain.

“Saya harap masyarakat dan rakyat Perak dan Lenggong khususnya menyokong penganjuran acara ini dan datang menyaksikannya ketika acara ini dilangsungkan nanti,” katanya.

-utusan online.

Wednesday, 9 August 2023

IMT-GT pacu Tahun Melawat Perak 2024

 

SAARANI Mohamad (tiga dari kiri) pada Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah IMT Keenam di Ipoh hari ini. - UTUSAN

IPOH: Kerjasama ekonomi serantau menerusi blok Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dijangka memberi manfaat buat Perak dalam menjayakan Kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Perkara itu disuarakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana melihat kedudukan negeri yang bersempadan dengan Indonesia dan Thailand.

Jelasnya, Tahun Melawat Perak 2024 juga diadakan seiiring dengan kempen pelancongan melibatkan zon IMT-GT.

“Peluang daripada ini adalah untuk mempromosi kepada jiran kita. Kita akan bekerjasama antara satu sama lain.

“Saya percaya itu akan dapat membantu untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah IMT keenam di sini hari ini.

Berdasarkan rekod terkini setakat 2018, jumlah kemasukan pelancong asing yang untuk kerjasama IMT-GT adalah mencecah 44 juta.

Dalam pada itu, Saarani berkata, mesyuarat yang diadakan bertujuan menangani pelbagai cabaran alam sekitar dan sosial dengan menggalakkan pengurusan sumber yang bertanggungjawab serta mengurangkan pencemaran dan sisa.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana penganjuran mesyuarat itu diadakan di Perak buat julung kali.

“Tiga negara ini berada dalam kawasan yang sama. Budaya dan cara kerja banyak persamaan. Oleh itu pengurusan secara lestari perlu melalui kerjasama,” katanya.

-utusan online.

Tuesday, 18 July 2023

Pelancongan Perak raih manfaat terbesar pembinaan WCE

 

LYNDON Alfred Felix (kiri) bersama Saarani Mohamad (dua dari kiri) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim (dua dari kanan) pada Majlis PraPelancaran Tahun Melawat Perak 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini. - UTUSAN

IPOH: Industri pelancongan Perak bakal meraih manfaat terbesar kesan pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), terutama apabila siapnya jajaran terakhir di negeri ini dari Beruas ke Persimpangan Taiping Selatan pada hujung tahun ini.

Lebuh raya itu dianggap sebagai gerbang baharu ke negeri itu dengan menggunakan tema ‘Promising Perak’.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penyiapan Seksyen 11 WCE dari Beruas ke Taiping Selatan menjelang akhir tahun ini, adalah tepat pada masa untuk membantu Tahun Melawat Perak 2024.

“Lebuh raya ini bakal menyajikan perjalanan yang menarik sepanjang pesisiran pantai barat kepada bakal lapan juta pelancong tempatan dan 350,000 pelawat antarabangsa ke destinasi pelancongan utama sepanjang jajaran pantai barat negeri Perak, bermula dari Hutan Melintang ke Teluk Intan, Sitiawan ke Beruas, Trong dan penghujungnya, Taiping Selatan,” katanya pada Majlis PraPelancaran Tahun Melawat Perak 2024 di Kuala Lumpur baru-baru ini

WCE adalah projek lebuh raya sepanjang 233 kilometer dari Banting, Selangor hingga ke Taiping Selatan (Changkat Jering), Perak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif WCE, Lyndon Alfred Felix pula meluahkan rasa teruja apabila tarikan yang ada di sepanjang laluan lebuh raya itu kini boleh diterokai dengan masa lebih singkat selain merancakkan sosioekonomi komuniti kawasan terlibat.

Beliau juga mengumumkan penyiapan penghujung lebuh raya itu di Selangor, termasuk Seksyen 1 (Banting – SKVE), Seksyen 2 (SKVE – SAE) serta Seksyen 6 (Kapar – Assam Jawa) menjelang akhir tahun ini.

“Perhubungan lebuh raya yang lancar ini akan menawarkan pengalaman baharu bagi pelancong dan pengguna lebuh raya dari selatan tanah air serta pusat bandar seperti Shah Alam dan Klang untuk terus ke negeri Perak.

“Kami bangga menjadi jaringan penghubung bagi sebahagian besar daripada lapan juta pelancong Malaysia yang dijangka melawat negeri Perak pada tahun depan,” katanya.

-utusan online.

Friday, 14 July 2023

Perak Travel Fair 2.0 @ Nu Sentral (Centre Court), Kuala Lumpur ( 14 ~ 16 Julai 2023 )


Perak Travel Fair 2.0

14-16 Julai 2023

NU Sentral, Kuala Lumpur

10.00 am - 9.00 pm

Perhatian orang-orang Kuala Lumpur, kami akan bawa negeri Perak ke sana. 

Pelbagai program & aktiviti akan dijalankan antaranya:

Persembahan Kebudayaan

Jualan Makanan

Jualan Kraftangan

Jualan Pakej & Produk Pelancongan

Gameshow & Kuiz Pelancongan

Sharing Session

Bukan itu sahaja, Majlis Pelancaran Logo Tahun Melawat Perak 2024 juga akan dilancarkan pada 16 Julai 2023 jam 3.00 pm di tempat yang sama.

Ate! Ape lagi kome? Jangan lepaskan peluang kenali negeri Perak di sana nanti.

-Tourism Perak.

Monday, 5 June 2023

10 negeri meriahkan Pesta Laksa Kuale

 


KUALA KANGSAR: Sebanyak  10 negeri termasuk Perak yang menampilkan juadah laksa dari negeri masing-masing menyertai Pesta Laksa Kuale selama dua hari di sini yang bermula kelmarin. 

Pengerusi Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee berkata, program itu berjaya menarik kira-kira 10,000 pengunjung yang mengambil peluang merasai laksa yang berbeza dari sembilan negeri terbabit.

“Pesta Laksa Kuale ini bakal menjadi acara tahunan kerana ia mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negeri terutama Tahun Melawat Perak 2024.

“Ini merupakan langkah-langkah permulaan kita dalam memajukan industri pelancongan negeri terutamanya di daerah Kuala Kangsar,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Pesta Laksa Kuale di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Idris Shah di Arena Kuala Kangsar di sini.

Menurut Sze Yee, dalam pesta itu, selain menikmati pelbagai juadah, secara tidak langsung, ia dapat merapatkan ikatan silaturahim dan menambah kenalan dari pelbagai negeri seperti Selangor, Sarawak dan sebagainya.

Menurutnya, pesta seperti itu jika dilaksanakan secara besar-besaran dapat memberi impak yang besar kepada pengusaha sekaligus menjana pendapatan mereka. 

Sementara itu, bagi peniaga laksa Sarawak, Jamaiyah Sulaiman, 55,  Pesta Laksa Kuale ini dapat menjadi satu platform bagi peniaga memperkenalkan juadah laksa dari negerinya. 

“Resepi laksa yang kami bawa terbang dari Sarawak ini merupakan resepi turun temurun dan tidak sangka mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penggemar laksa di daerah ini,” katanya. 

Pengunjung, Nazira Hasanah Nasaruddin, 25, berkata, bagi penggemar laksa sepertinya, dalam pesta kali ini dia dapat mencuba  pelbagai juadah laksa dari negeri lain yang jarang ditemui.

“Laksa di Perak ini mempunyai pelbagai jenis namun laksa kuale mempunyai kelainannya yang tersendiri kerana diperbuat daripada tepung gandum. 

“Tahun lepas, ada juga pesta laksa tetapi pertandingan makan laksa kuale tetapi kali ini melibatkan negeri lain seperti laksa Sarawak, laksa jawa dan lain-lain,” katanya.

-utusan online.