Showing posts with label Social Media. Show all posts
Showing posts with label Social Media. Show all posts

Friday, 3 July 2026

BuatSaja Media Dinamakan Rakan Strategik Kempen Melawat Malaysia 2026 Melalui Kandungan Digital Dan Podcast

 

BANGI — Tourism Malaysia telah menamakan BuatSaja Media, platform media di sebalik BuatSaja Podcast, sebagai rakan strategik Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh promosi pelancongan negara melalui kandungan digital, podcast dan penceritaan inspirasi. 

Pengumuman ini dibuat bersempena dengan program yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi hari ini. Pengumuman ini mencerminkan komitmen VM2026 untuk mendekati khalayak yang lebih luas, khususnya generasi muda, usahawan, komuniti digital dan rakyat Malaysia yang aktif mengikuti kandungan berbentuk pendidikan, inspirasi dan pembangunan diri. 

FunnelEvo merupakan sebuah organisasi yang memfokuskan kepada pembangunan bakat, pendidikan, latihan korporat, teknologi digital, kecerdasan buatan (AI), serta pembangunan media dan kandungan digital berimpak tinggi bagi menyokong pertumbuhan industri kreatif dan keusahawanan digital di Malaysia. 

Di bawah ekosistem FunnelEvo, Buatsaja Media diwujudkan sebagai sebuah platform media digital dan podcast yang semakin berpengaruh di Malaysia dengan mencatatkan lebih daripada 130 juta tontonan di pelbagai platform digital. BuatSaja Media memfokuskan pembikinan kandungan digital yang melibatkan perniagaan, keusahawanan, kepimpinan, kewangan, inspirasi dan pembangunan komuniti. Ia melibatkan kisah benar, pengetahuan praktikal, pandangan pakar serta perbualan bermakna yang memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat. 

Antara fokus utama kerjasama ini ialah: 

Mengangkat mesej Kempen Melawat Malaysia 2026 melalui kandungan digital dan podcast yang bertemakan segmen pelancongan sebanyak 12 hingga 24 episod.

Memperkenalkan Malaysia melalui kisah manusia, budaya, makanan, komuniti dan ekonomi tempatan.

Memanfaatkan kekuatan BuatSaja Media yang telah mencatatkan lebih daripada 130 juta tontonan di pelbagai platform digital.

Menjadikan penceritaan digital sebagai medium untuk mendekatkan kempen VM2026 kepada rakyat Malaysia dan penonton serantau.

“Media digital dan penceritaan berupaya menjadi pemangkin dalam usaha merancakkan Kempen Melawat Malaysia 2026 agar terus relevan dan lebih mudah diterima oleh Masyarakat. Kempen Melawat Malaysia 2026 bukan hanya tentang membawa pelawat berkunjung ke Malaysia. Ia juga tentang bagaimana kita memperkenalkan jiwa Malaysia kepada dunia. Melalui kerjasama dengan BuatSaja Media, kita mahu menggunakan kekuatan media digital dan penceritaan untuk menjadikan kempen ini lebih dekat, relevan dan mudah diterima oleh masyarakat,” kata Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. 

Fahdi Ghazali, Pengerusi FunnelEvo, berkata: “Malaysia bukan sekadar destinasi. Malaysia ialah sebuah cerita yang penuh dengan manusia, budaya, nilai, peluang dan pengalaman. Melalui BuatSaja Media, kami mahu membantu membawa cerita ini dalam bentuk yang lebih dekat, realistik dan bermakna kepada masyarakat hari ini,”. 

Kerjasama ini juga selari dengan usaha VM2026 untuk memperkukuh promosi pelancongan melalui kolaborasi rentas industri termasuk media, pendidikan, komuniti, sukan dan keusahawanan. Pendekatan ini membuktikan bahawa promosi pelancongan tidak lagi hanya bergantung pada kempen konvensional, tetapi turut diperluas melalui wadah penerbitan kandungan yang lebih sinonim dengan gaya hidup masyarakat hari ini. 

Sebagai rakan media strategik VM2026, BuatSaja Media akan meneroka pelbagai bentuk kandungan, termasuk podcast, kempen media sosial, penceritaan destinasi, kolaborasi bersama tokoh industri serta inisiatif digital yang mampu meningkatkan kesedaran terhadap VM2026 di peringkat nasional dan antarabangsa. 

Inisiatif ini dapat terus memperkukuh peranan media digital dalam membina persepsi, meningkatkan keterlihatan destinasi dan mengangkat kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan menjelang VM2026.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 3 May 2026

Mega Fam Programme Returns: Tourism Malaysia Welcomes Global Media Representatives In Conjunction With Rain Rave Water Music Festival

 

KUALA LUMPUR - Under the Mega Familiarisation Trip (Mega Fam) Programme series, Tourism Malaysia hosted over 40 international media representatives from 30 April to 4 May 2026. Held alongside the World Labour Day Celebration cum Rain Rave Water Music Festival 2026, the festival presents an exciting opportunity to welcome visitors from across the region and beyond, offering a shared cross-cultural experience in Malaysia.

The Rain Rave Water Music Festival is positioned as a strategic urban tourism activation featuring three main zones celebrating Malaysia's heritage, culinary variety, and vibrant music scene. Visitors could enjoy the Rhythm of Cultures craft bazaar, the Rhythm of Flavours food market with 50 diverse stalls, and the Rhythm of Rain main stage for live performances. Together, these elements bring together tourism industry players, creative partners, and commercial stakeholders, while driving visitor traffic and stimulating spending across the retail, hospitality and services sectors.

In the spirit of enhancing the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign, the Mega Fam Programme welcomed 41 media representatives from East Asia, Oceania, South Asia and Southeast Asia including Australia, Cambodia, China, India, Indonesia, Japan, Laos, South Korea, Thailand and Vietnam. This initiative serves as a strategic platform to strengthen engagement with international media, while positioning Malaysia as a destination renowned for its rich cultural diversity and dynamic tourism offerings, in line with the VM2026 theme, Malaysia: A Culturally Rich and Sustainable Destination.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 16 December 2025

Tourism Malaysia Elevates Digital Visibility With VM2026 Creators Onboard Programme

 

DESARU, 16 December 2025 – Tourism Malaysia successfully concludes the VM2026 Creators Onboard programme from 10–12 December 2025, bringing together social media influencers and digital creators who actively support Malaysia’s tourism promotion. This second edition highlights the vital role of digital storytelling in positioning Malaysia as a preferred travel destination ahead of Visit Malaysia 2026 (VM2026).

The 50 selected content creators participated in a curated 3-day, 2-night (3D2N) trip across Desaru, Johor, exploring a variety of eco-tourism offerings and nature-based attractions.

Participants visited Lebam River Cruise, Tanjung Balau Birdwatching, immersive stargazing, Adventure Waterpark Desaru Coast, Tanjung Balau Fishermen Museum, Ostrich Farm Desaru and experienced ATV rides for farm tours at Desaru Fruit Farm, and a Canon Digital Workshop at The Els Club Desaru Coast, where they enhanced their photography and videography skills using Canon cameras, all while capturing Johor’s rich biodiversity and natural beauty.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 22 October 2025

1.3 bilion capaian digital promosi Malaysia

 

PETALING JAYA: Penyertaan lebih 100 pempengaruh dan pencipta kandungan dari 19 negara pada All Star Influencers Award (ASIA) 2025 di Kuala Lumpur, Ahad lalu, menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan dalam menarik pelancong luar menerusi inisiatif mempromosikan negara secara digital selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. 

Sejak beberapa bulan lalu, pempengaruh termasuk dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Mesir, Jordan dan beberapa lagi menjelajah ke pelbagai destinasi pelancongan utama di seluruh negara, seperti Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Sabah. 

Inisiatif ini dilihat cukup strategik dalam memperkenalkan khazanah dan budaya negara di mata dunia melalui sebaran kandungan dalam talian dengan pelbagai cara serta kreativiti. 

Melalui aktiviti penciptaan kandungan kreatif dan pelbagai cabaran digital, pempengaruh terbabit berjaya membawa lebih 1.3 bilion capaian digital tontonan di pelbagai platform media sosial, mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 518 juta tontonan.

Penganjur ASIA 2025, Datuk Abd Rahman Soltan, berkata acara ini menjadi menjadi platform menggabungkan dunia digital dan pelancongan secara unik, sekali gus membuka peluang kepada bakat pempengaruh dari seluruh Asia dan Asia Barat untuk memperkenalkan keunikan Malaysia kepada global. 

"Lebih 1.3 bilion capaian digital tontonan membuktikan bahawa gabungan kreativiti digital dan promosi pelancongan mampu mencipta impak besar dalam memperluaskan jangkauan serta meningkatkan kesedaran terhadap destinasi dan budaya kita. 

"Ini menunjukkan gabungan kreativiti, teknologi dan sokongan bersepadu, kita boleh membawa Malaysia ke persada dunia digital dengan lebih berkesan. Kami percaya bahawa pengaruh digital kini memainkan peranan penting dalam membentuk imej negara dan membuka peluang baharu dalam industri pelancongan.

"Kami mahu ASIA 2025 menjadi ruang bagi pencipta kandungan untuk mengasah bakat, berkongsi inspirasi dan bersama-sama memajukan industri digital dan pelancongan di rantau ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman pemenang pada malam kemuncak ASIA 2025 di sini, Ahad lalu. 

Abd Rahman berkata, inisiatif diambil untuk menarik pelancong luar ke Malaysia melalui jalan media sosial dilihat sebagai langkah strategik memandangkan platform maya itu sedang menjadi tumpuan seluruh dunia ketika ini. 

"Tujuan kami memang untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Jadi, saya fikir pintu utama negara ini penting supaya ramai pelancong dari luar negara nampak Malaysia. 

"Kalau kita tidak menggunakan produk sedia ada seperti media sosial yang paling disukai ramai buat masa ini, saya rasa itu suatu kerugian. Jadi, saya mengambil satu langkah untuk menggabungkan pempengaruh dari seluruh dunia. 

"Melalui acara ini, mereka ke Malaysia supaya dapat berkumpul dan menyediakan pelbagai kandungan berbeza dalam negara kita. Ini satu cara promosi yang agak berbeza," katanya yang turut menyasarkan penyertaan dari 30 negara untuk edisi akan datang. 

Malam kemuncak ASIA 2025 menyaksikan pelakon dan pempengaruh media sosial terkenal dari Vietnam, Cindy mengungguli anugerah utama, iaitu Pempengaruh Terbaik dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$15,000 (RM63,360), trofi dan tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Cindy atau nama sebenar, Huỳnh Thị Diễm Mi, 24, berkata dia sama sekali tidak menjangka mampu merangkul kemenangan utama. 

"Saya tidak menjangka kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang sudah memilih saya. Wang kemenangan ini saya akan manfaatkan untuk kegunaan keluarga terlebih dahulu," katanya. 

Cindy yang turut membawa pulang trofi Pencerita Terbaik pada malam kemuncak ASIA 2025 berkata, dia terbuka untuk bekerjasama dengan produksi di Malaysia. 

"Kalau ada tawaran dan sekiranya saya diberi peluang berlakon di Malaysia, saya sedia belajar Bahasa Melayu," katanya. 

Tempat kedua dirangkul pempengaruh dari Indonesia, Sheren Natalia yang membawa pulang trofi, wang tunai AS$15,000 (RM21,120) dan percutian ke Dubai. 

Pempengaruh Kemboja, Rainne Dara menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunia AS$3,000 (RM12,672) dan tiket penerbangan sama. 

Trofi bagi kategori Kulinari Terbaik menjadi milik pencipta kandungan dari Thailand, Pep Kemika yang tampil dengan video mencari makanan di Johor dan Pahang. 

Kategori Suntingan Terbaik dimenangi pempengarug Filipina, Herony yang banyak menghasilkan video dengan 'transition' berkualiti. 

Program jelajah ini bermula di Johor dan Pahang, Julai lalu, disusuli Melaka dan Selangor, Ogos lalu diikuti Pulau Pinang dan Langkawi, September lalu dan berakhir di Sabah pada pertengahan bulan ini. 

Program berskala besar ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia. 

MOTAC bertindak sebagai rakan strategik utama dalam mempromosikan kempen TMM 2026 serta mengangkat industri pelancongan digital negara ke pentas antarabangsa.

-berita harian online.

Monday, 29 September 2025

Pempengaruh bantu kempen TMM 2026, sasar pulangan RM3.7 bilion

 

PETALING JAYA – Penglibatan pempengaruh media sosial tempatan dan antarabangsa khusunya dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) memberi pulangan ekonomi yang lumayan kepada industri terbabit. 

Ini kerana kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing, menerusi penganjuran All Star Influencers Fam Trip 2025, ia sudah menjana lebih 620 juta tontonan di pelbagai platform media sosial. 

Sekali gus katanya, ia mengatasi pencapaian tahun lalu yang mencatatkan 518 juta tontonan sepanjang tahun.

“Angka tersebut jelas membuktikan kekuatan promosi digital dalam melonjakkan keterlihatan Malaysia di pentas antarabangsa. Malah, ia dijangka menyumbang pulangan ekonomi mencecah RM3.7 bilion kepada negara. 

“Gabungan promosi digital dan kekayaan budaya menjadikan Malaysia destinasi yang lebih berdaya saing.

“Pembabitan pempengaruh terutama menerusi program seperti ASIA2025 akan menjadi pemacu penting untuk mengembalikan kegemilangan sektor pelancongan negara,”katanya dalam satu kenyataan. 

Mengulas lanjut, King Sing berkata, program itu membawa seramai 30 pempengaruh terkemuka dari 12 negara. 

Antaranya Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Jepun, Korea, Pakistan, India, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Singapura dan Malaysia bagi menjejaki destinasi pelancongan tempatan yang unik serta menarik. 

“Dalam era digital, pempengaruh memiliki pengaruh besar dalam mempromosikan destinasi pelancongan. 

“Kempen ini bukan sahaja memperkukuh jenama Malaysia di peringkat global, malah memberi pulangan ekonomi yang signifikan kepada industri pelancongan negara,” katanya. 

Siri jelajah ASIA2025 telah menyinggah ke Johor, Pahang, Melaka, Selangor dan Langkawi sebelum Pulau Pinang menjadi destinasi tumpuan minggu ini. 

Antara lokasi yang diterokai termasuk Rumah P. Ramlee, Bukit Bendera, Armenian Street serta menikmati hidangan ikonik Nasi Kandar. 

Program jelajah ASIA2025 akan berakhir di Sabah pada Oktober ini, sebagai penutup yang bakal menampilkan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian budaya Borneo.

-Kosmo Online.

Tuesday, 19 August 2025

Program Eat.Stay.Love : Kuala Lumpur

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Eat.Stay.Love : Kuala Lumpur Edition pada 16 hingga 17 Ogos 2025.

Program ini melibatkan seramai 35 peserta terdiri daripada wakil media, pempengaruh tempatan serta ASEAN (Singapura, Indonesia dan Thailand), penggiat industri pelancongan dan para pegawai Tourism Malaysia dengan objektif menonjolkan Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan bandar yang berteraskan gastronomi, budaya dan komuniti, di samping memperkukuh publisiti Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) melalui kolaborasi bersama media dan pempengaruh serantau.

Antara lokasi ikonik yang dikunjungi termasuk Zhongshan Building, Irama Dining, Immersify Kuala Lumpur, Lalaport, Kwai Chai Hong, Central Market, Forest Research Institute Malaysia (FRIM) turut diperkenalkan kepada peserta yang terlibat.

Program ini turut menampilkan sesi demonstrasi masakan Melayu tradisional bersama Dato' Chef Ismail Ahmad di lokasi ikonik Kwai Chai Hong. Selain itu, sesi Meet &  Greet bersama maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja juga turut dilaksanakan, dan pengunjung diberi peluang untuk berinteraksi dan bergambar bersama maskot rasmi VM2026, secara tidak langsung inisiatif ini dapat membantu mempromosikan kempen VM2026 kepada masyarakat secara lebih dekat.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 30 July 2025

MOTAC perhebat promosi TMM 2026 di peringkat antarabangsa

 

KUALA LUMPUR, 30 Julai - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif strategik, khusus bagi menarik kehadiran pelancong berkualiti tinggi serta pelaburan mampan dalam sektor pelancongan negara. 

Timbalan Menterinya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara langkah utama yang diambil adalah melalui kerjasama erat dengan agensi pelancongan luar negara menerusi pejabat Tourism Malaysia di luar negara. 

"Usaha ini dilaksanakan melalui pelaksanaan kempen promosi bersasar menggunakan platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook, Instagram, TikTok dan YouTube, yang mampu memberi capaian meluas serta berimpak tinggi. 

"Selain itu, MOTAC turut menyertai pameran pelancongan antarabangsa berprestij seperti World Travel Market (WTM) di London, ITB Berlin, Arabian Travel Market dan ASEAN Tourism Forum, bagi memperluas rangkaian industri dan mempromosi destinasi Malaysia kepada pasaran global. 

"Turut diberi tumpuan ialah kempen kolaboratif bersama rakan strategik seperti syarikat penerbangan, agensi pelancongan dalam talian dan pengendali pelancongan bagi menyediakan pakej menarik dan bersepadu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi jawab lisan di Dewab Rakyat, di sini hari ini. 

Terdahulu, Mas Ermieyati mengemukakan soalan berhubung rancangan MOTAC dalam memperhebat promosi TMM 2026 di media antarabangsa.

Khairul Firdaus berkata MOTAC memberi penekanan kepada naratif konsisten yang mengetengahkan pengalaman autentik, kelestarian serta pelancongan berkualiti. 

Beliau berkata, produk pelancongan berasaskan budaya, warisan dan alam semula jadi seperti eko-pelancongan, pelancongan makanan, Islamik, kesihatan dan komuniti terus dipromosikan sebagai aset utama. 

"Naratif turut diperkukuh melalui penceritaan kisah kejayaan tempatan yang menyentuh emosi pelancong dan mampu membina hubungan jangka panjang. 

"Di samping itu, kementerian komited mempertingkat pengalaman pelancong dengan pembangunan infrastruktur pelancongan, kemudahan digital serta kempen kesedaran yang berfokuskan TMM 2026," katanya. 

Katanya, dalam usaha menarik pelancong berkualiti tinggi, MOTAC memberi tumpuan khusus kepada segmen pelancong dari negara berpendapatan tinggi serta pasaran khusus seperti pelancongan perniagaan dan mewah. 

Inisiatif itu turut merangkumi pembangunan destinasi melalui pensijilan hijau dan pelaksanaan prinsip pelancongan bertanggungjawab, yang diyakini akan menarik minat pelabur dan pelancong beretika. 

"MOTAC menegaskan bahawa TMM 2026 bukan sekadar acara promosi, tetapi berperanan sebagai pemangkin utama pemulihan dan pertumbuhan industri pelancongan negara pasca pandemik. 

"Malaysia disasarkan muncul sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik, tetapi juga mampan, inklusif dan bernilai tinggi di mata dunia," katanya.

-berita rtm.

Thursday, 10 July 2025

“Mansau-Ansau North Borneo Trail” Terokai Hidden Gem Pelancongan Di Utara Sabah

 Image

KOTA KINABALU, 9 Julai 2025 – Tourism Malaysia Sabah telah menganjurkan program lawatan bertemakan “Mansau-Ansau North Borneo Trail: Culture, Adventure & Nature” yang berlangsung dari 4 hingga 8 Julai 2025, bertujuan mempromosikan kawasan utara Sabah sebagai ‘hidden gem’ pelancongan yang kaya dengan khazanah alam semula jadi serta warisan budaya yang unik. 

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada sokongan terhadap Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Visit Malaysia 2026 (VM2026), dengan memberi tumpuan kepada daerah-daerah seperti Tamparuli, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, dan Kudat. Lokasi-lokasi ini menawarkan pengalaman pelancongan berteraskan alam semula jadi, kebudayaan, dan pengembaraan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh pelancong arus perdana. 

Berasal daripada Bahasa Kadazan Dusun, “Mansau Ansau” bermaksud “jalan-jalan”. Program ini menghimpunkan seramai sembilan peserta terdiri daripada wakil media tempatan, pempengaruh media sosial serta rakan industri pelancongan dari Kuala Lumpur, Sarawak, dan Brunei. 

Antara sorotan utama program ini termasuk kunjungan ke destinasi ikonik seperti Tip of Borneo di Kudat dan Floating Coral Bar di Pitas. Peserta turut diberi peluang merasai sentuhan asli budaya setempat di Walai Tobilung melalui aktiviti seperti upacara bobolian, permainan alat muzik tradisional, persembahan tarian kebudayaan, serta demonstrasi penyediaan juadah warisan yang diwarisi turun-temurun. 

Lawatan diteruskan dengan kunjungan ke pusat-pusat kraftangan komuniti seperti Sulaman Pis di Kudat, kraf kulit jagung (Corn Husk Craft) di Kota Marudu, serta Sulaman Serdang dan pembuatan parang di Kota Belud yang menonjolkan daya kreativiti dan kemahiran masyarakat setempat. 

Pengalaman mendaki di Aura Montoria, Kota Belud menjadi salah satu tarikan utama dalam program ini, yang menawarkan laluan pendakian mencabar dan dianggap sebagai antara lokasi pendakian terbaik di Sabah. 

Di Kampung Sangkir, Kota Belud, peserta diberi peluang untuk menikmati suasana kampung melalui aktiviti berbasikal yang dikelilingi panorama sawah padi yang menghijau. Manakala di Tembara River Cruise, Tuaran pula melengkapkan eksplorasi kali ini dengan pelayaran menyusuri sungai bagi menyaksikan matahari terbenam dan kelip-kelip yang memukau, salah satu tarikan istimewa pada waktu malam. 

Program ini turut merangkumi inisiatif pembangunan pelancongan luar bandar yang menitikberatkan penglibatan komuniti setempat serta pemeliharaan alam semula jadi, yang digerakkan oleh penggiat industri tempatan. Menurut Pengarah Tourism Malaysia Sabah, Cik Haryanty Abu Bakar, program ini selari dengan usaha Tourism Malaysia dalam memperluas promosi pelancongan negeri Sabah melalui kepelbagaian produk, khususnya di kawasan yang kurang diterokai. 

“Program ini juga merupakan salah satu strategi mendekati khalayak digital, di mana pengamal media berperanan penting dalam mengetengahkan produk pelancongan menerusi pendekatan penceritaan atau travel storytelling yang mampu memberi impak besar dalam ekosistem promosi pelancongan era digital masa kini,” tambah beliau. 

Tourism Malaysia amat menghargai sokongan dan kerjasama semua pihak dalam memperkenalkan destinasi pelancongan unik di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar, dan akan terus memperkukuh jalinan strategik ini dalam memastikan kejayaan pelaksanaan Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 1 July 2025

Program Star Healing 2025 Di Kuala Selangor Anjuran Tourism Malaysia Dan Tourism Selangor

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Tengah bersama Tourism Selangor telah menganjurkan 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐭𝐚𝐫 𝐇𝐞𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐛𝐞𝐫𝐦𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢  𝟐𝟒 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟔 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 bertempat di Kuala Selangor.

Program ini telah melibatkan seramai 46 peserta terdiri daripada, pengamal media dan pempengaruh media sosial tempatan serta para pegawai Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Canon Malaysia dan Sahabat Langit Utara (SALUT).

Program ini diadakan bertujuan untuk mempromosi produk – produk pelancongan di Kuala Selangor serta bengkel Cerapan Bintang (stargazing) di De Palma Resort, Kuala Selangor bersama Datin Rafidah Binti Idris Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara, Puan Azimah Binti Azi Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Puan Renuga Devi Sivamoorthy Pengurus Pembangunan Produk Dan Pakej , Sahabat Langit Utara (SALUT) dan rakan strategik Canon Malaysia. Para peserta turut berpeluang menghasilkan teleskop (DIY) dengan bimbingan daripada Sahabat Langit Utara bagi menyokong 𝐊𝐞𝐦𝐩𝐞𝐧 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔.

Program ini telah membawa para peserta untuk mengenali beberapa produk pelancongan di Kuala Selangor seperti 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐌𝐮𝐫𝐚𝐥 𝐒𝐭𝐫𝐞𝐞𝐭 𝐀𝐫𝐭, 𝐁𝐮𝐤𝐢𝐭 𝐌𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚𝐭𝐢, 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐮, 𝐑𝐚𝐦𝐚𝐝𝐚𝐬 𝐏𝐨𝐭𝐭𝐞𝐫𝐲, 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐅𝐫𝐮𝐢𝐭 𝐕𝐚𝐥𝐥𝐞𝐲, 𝐄𝐚𝐠𝐥𝐞 𝐅𝐞𝐞𝐝𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐢 𝐉𝐞𝐭𝐢 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠.

Penutup program diserikan dengan aktiviti CSR Penanaman Anak Pokok di Selangor Fruit Valley melambangkan kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dan Selangor Fruit Valley.

Tawaran pakej Star Gazing boleh didapati melalui pautan berikut: https://www.tourism.gov.my/.../Stargazing_Packages.pdf

-Tourism Malaysia.

Saturday, 21 December 2024

Tourism Malaysia Boost Media Engagement With #MYTravelNation For Visit Malaysia 2026

 


PENANG, 20 December 2024 - In a splendid display of appreciation, Tourism Malaysia hosts the Tourism Malaysia Social Media Spotlights, held from 19-21 December 2024, honouring the pivotal role of social media in promoting Malaysia as a top travel destination. The event celebrates the incredible contributions of social media influencers, content creators, and digital industry collaborators who are instrumental in showcasing Malaysia’s vibrant tourism offerings to a global audience.

Participants embarked on a curated journey through Penang, experiencing iconic landmarks such as The TOP, Penang War Museum, and a variety of delectable gastronomical delights such as the Nyonya cuisine at Nyonya Chiak hosted by Penang Global Tourism. The highlight of the event is the “Malam Pesta Muda Mudi” – an appreciation dinner held on 20 December at the Peranakan-inspired hotel at Iconic Marjorie in Bayan Lepas, followed by the heritage city tour around George Town, a UNESCO World Heritage Site.

The event also marked the official launch of the #MYTravelNation initiative, a dynamic community that unites local and international social media practitioners to inspire and engage global travellers, inviting them to explore the unique wonders of Malaysia. The #MYTravelNation community will be crucial in amplifying awareness and excitement for Malaysia’s diverse travel experiences in gearing up for Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Speaking at the event, Datuk Manoharan Periasamy, Director General of Tourism Malaysia, emphasised the critical role of creativity and social media in driving growth and promotion within the tourism sector to achieve the target of welcoming 35.6 million international tourist arrivals and RM147.1 billion in tourism receipts in 2026.

“The success of #MYTravelNation and our goals for VM2026 is a shared responsibility. With the synergy between social media influencers and key digital industry partners like Canon, TikTok, and others, as well as the tourism industry players as a whole, we are empowering the world to discover the beauty and wonders of Malaysia, making it a must-visit destination for every traveller,” said Datuk Manoharan.

-Tourism Malaysia.

Friday, 29 March 2024

Vietnamese Media & Travel Bloggers Discover The Beauty Of Land Below The Wind Through “FEEL SABAH” Fam Trip

 


HO CHI MINH CITY, 27 March 2024 – Tourism Malaysia Ho Chi Minh, in collaboration with Sabah Tourism Board and Malaysia Aviation Group (MAG) excitedly welcomes media representatives and travel bloggers from Vietnam to Kota Kinabalu, Sabah for ‘Feel Sabah’ Media Familiarisation Trip (FAM Trip) from 25 to 30 March 2024.


The six-days, five-nights itinerary awaits participants to embark on an exciting journey, exploring iconic destinations such as the luxurious Gayana Marine Resort, the pristine Sepanggar Island, and the majestic Kiulu River. They will also experience the serenity of Our Land Eco Farm, the breathtaking Ranau highlands, the unique Desa Cattle Dairy Farm, the Sabah Tea Cottage, the vibrant Mari-Mari Cultural Village, and the enchanting Klias Wetlands in Beaufort.


The "Feel Sabah" FAM Trip serves as a gateway to introduce unique tourist destinations and showcase the captivating diversity and cultural richness of Malaysia while fostering a deeper connection between Tourism Malaysia, esteemed Vietnamese media outlets, and influential travel bloggers like Mr Tran Dang Dang Khoa and Mr Tran Viet Phuong.


This collaboration fosters opportunities for further cooperation and strengthens the connection between the two nations, aiming to significantly increase Vietnamese tourist arrivals in Malaysia, thus solidifying its position as a premier travel destination for Vietnamese travellers.


Madam Nor Hayati Zainuddin, Director of Tourism Malaysia in Vietnam, stated: "We are delighted to partner with Vietnamese media and travel bloggers to unveil Sabah's remarkable biodiversity, natural wonders, and rich cultural tapestry as we gear up for Visit Malaysia 2026.


“This trip aligns perfectly with the growing Vietnamese travel trend towards sustainable, nature-focused, and culturally immersive destinations. We hope this unforgettable experience inspires countless Vietnamese travellers to visit Malaysia in the future as Sabah welcomed over 1,600 Vietnamese arrivals in 2023.”

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 13 March 2024

Malaysia Airlines and Google Forge Collaboration to Boost Tourism Driven by Digitalisation

 


KLIA, 13 March 2024 – Malaysia Airlines is thrilled to unveil an innovative collaboration with Google, designed to accelerate Malaysia's ascent as a top-tier tourism destination while driving digital evolution within the aviation sector. This dynamic partnership represents a significant milestone in Malaysia Airlines' quest towards digitalising its commercial advancement to stimulate growth and demands from key markets, solidifying its dedication to establishing Malaysia as a central hub for international travellers. 

By teaming up with Google, Malaysia Airlines intends to harness cutting-edge AI and digital technologies to enhance its commercial operations, streamline processes, and provide tailored experiences to travellers. This collaboration aims to foster ongoing growth and innovation across various critical product domains, encompassing Google Pay, Google Flights, and AI-powered marketing solutions, enabling it to cultivate a holistic ecosystem that prioritizes seamless customer experience. 

Dersenish Aresandiran, Chief Commercial Officer of Airlines from Malaysia Aviation Group said "We are excited to embark on this transformative commercial journey with Google to strengthen our reach and capability by tapping into international markets. As the national flag carrier, we are deeply committed to driving the growth of tourism and fostering economic development in our country. By harnessing the power of Google's technology innovation and expertise, we are confident that we can unlock new opportunities, elevate the travel experience, and strengthen Malaysia's position as a leading tourism hub in the region, aligning with the Government's vision for Visit Malaysia Year 2026 (VMY2026).” 

“Malaysia's tourism sector is poised for significant growth, and Google is committed to supporting Malaysia Airlines in capitalising on this opportunity. We're thrilled to embark on this journey and explore what we can do more together this year.” said Farhan Qureshi, Google Malaysia, Pakistan & Frontier Markets Managing Director. 

With travel demand on the rise to surpass pre-pandemic levels, the airline also plans to leverage innovative solutions to fuel its growth and marketing channels, positioning the airline for substantial network expansion plans this year. Through Google's AI-powered Performance Max, it will enable Malaysia Airlines to optimise its marketing campaigns, ensuring increased reach, relevance, and ROI in an increasingly competitive travel market.

-Malaysia Airlines.

Sunday, 18 February 2024

LADA Dan Media Berpisah Tiada - "Naturally Langkawi"

 


10-12 Februari 2024 - LADA telah menjemput beberapa media terkemuka Malaysia iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) Headquarter, Places Malaysia, NU Ideativ (Pa & Ma – Keluarga dan Libur) dan New Straits Times (NST) bagi membuat liputan mengenai acara Fenomena Sandbar Walk di Tanjung Rhu Langkawi yang berlaku setahun sekali.

Media-media ini turut meninjau & membuat liputan produk-produk pelancongan baru seperti berikut:

1. Langkawi Eagle Nest’s Skywalk yang akan dibuka tidak lama lagi.

2. Dream Forest Langkawi yang memaparkan keindahan immersive light dan penceritaan lagenda Langkawi.

3. Pulau Beras Basah bagi pakej island hopping.

4. Pulau Singa Besar yang kaya dengan terumbu karang dan habitat pelbagai hidupan laut.

5. Gastronomy Langkawi

6. Pulau Tuba

Antara yang menjadi tajuk penting kepada program lawatan ini adalah liputan media mengenai penglibatan komuniti Pulau Tuba di dalam sektor pelancongan dengan pengendalian perkhidmatan melalui Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS). Media telah berpeluang melihat & merasai sendiri aktiviti pelancongan penduduk di Pulau Tuba bagi meningkatkan ekonomi mereka.

-LADA.

Tuesday, 28 November 2023

TM Clique Content Creation Mastery

 


Genting Highlands, 22 November 2023 - Tourism Malaysia through Social Media Unit, Corporate Communications Division had successfully organised TM Clique Content Creation Workshop, in collaboration with Canon Malaysia at Resort World Awana.

The workshop take a span of 3 days from 22 till 24 November 2023. The Corporate Communications Division Director, Encik Tuan Razali Tuan Omar officiated the workshop.

The aim of this series was to boost skills in using social media, master content creation techniques, and showcase high-quality posts using the latest CANON imaging tech. Participants got hands-on experience with Canon’s cutting-edge R series camera while exploring the natural rainforest trail and facilities at Resort World Awana.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 11 November 2023

Tourism Malaysia Media Explorace Unveiling Selangor's Hidden Gems Through An Enchanting Journey

 


SELANGOR, 9 November 2023 – Tourism Selangor, the State of Selangor Tourism Agency has played a pivotal role as a strategic partner in the recent Tourism Malaysia Media Explorace 2023, attracting the participation of over 80 media members both local and international, hailing from Brunei, Singapore, Philippines, Thailand and Indonesia from 8th to 10th of November 2023.

The captivating journey has delved deep into the hidden gems of Selangor, particularly in the districts of Sepang, Kuala Langat, and Petaling. The exploration has shed light on the state’s ecotourism, heritage, and cultural offerings, with visits to landmarks such as Bandar Palace in Jugra, Mah Meri Cultural Village, Banghuris Homestay, and the scenic Morib Beach.

In a momentous stride that coincided with the Tourism Malaysia Media Explorace 2023, Tourism Selangor has unveiled its TikTok Platform, @TourismSelangor during an event held at the Mardhiyyah Hotel & Suites in Shah Alam. This launching marked the platform’sfirst anniversary and highlighted Tourism Selangor’s strategic shift towards a digital-centric promotional approach. A staggering 90% of their efforts have transitioned to digital platforms, enabling them to deliver content that resonates more effectively with the public and aligns seamlessly with the principles of Tourism 4.0.

Azrul Shah Mohamad, the Chief Executive Officer of Tourism Selangor, in a statement, said, “A standout achievement for Tourism Selangor is the establishment of our TikTok platform, which has garnered not only over 2 Million likes but also over 75.2 Million views through the #PusingSelangorDulu. Today, we are thrilled to unveil our TikTok platform, celebrating the dedicated team behind this account, whose contributions have been instrumental in driving our domestic tourism initiatives to unprecedented heights.”

Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Director-General of Tourism Malaysia, said: “TOMER 2023 is the best avenue to strengthening public-private partnerships and promote tourism attractions in and around Putrajaya and Selangor, as participants will also create various tourism promotional content, including videos to be shared on social media, encompassing natural attractions, heritage, arts and culture.

As a commitment to the success of Visit Malaysia Year 2026, Tourism Malaysia has implemented diverse promotional and marketing activities to enhance the tourism sector's contribution to the nation's economic growth. "By organising TOMER 2023, we aim to boost the visibility of tourism products and strengthen public-private partnerships, making Malaysia a preferred tourism destination in the region," he stated.

With the support from GM Klang, Premiere Hotel Klang, Avante Hotel, Le  Meridien Petaling Jaya, One World Hotel and KSL Esplanade Hotel, the participants have brought back tourism vouchers and gifts valued at over RM 3,000. This tangible outcome not only highlights the success of the Tourism Malaysia Media Explorace 2023, but it serves as a pivotal stepping stone, in building robust connections and nurturing closer collaboration between Tourism Selangor, Tourism Malaysia and the esteemed members of the media.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 9 November 2023

Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023 Attracts International Participation To Promote Tourist Attractions In Putrajaya & Selangor

 


PUTRAJAYA, 8 November 2023 – The second edition of Tourism Malaysia Media Explore Race (TOMER) 2023 is back in collaboration with Perodua, Perbadanan Putrajaya and Tourism Selangor as strategic partners, attracting 80 media practitioners, including 18 international participants from Indonesia, Thailand, Singapore, the Philippines, and Brunei.

Held from 8 to 10 November 2023, the participants were flagged off by Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Director-General of Tourism Malaysia, at the Putrajaya International Convention Centre (PICC) today. In this year's challenge, participants will embark on a treasure hunt and exploration of Putrajaya's landmarks and also explore the coastal areas of Selangor in groups while driving Perodua-sponsored cars. Additionally, they will create various tourism promotional content, including videos to be shared on social media.

Among the eight checkpoints along the Putrajaya route are Dataran Putra, Astaka Morocco, Wetland Studio, Nasyrul Quran Complex, Anjung Floria, Equestrian Park, Secret Garden Putrajaya, and Tangga Putrajaya. Tourism Malaysia also provides KL Hop-On Hop-Off bus services to allow participants to enjoy the colourful panoramic night view of Putrajaya.

In Selangor, participants will go through six checkpoints the following day, starting at Homestay Banghuris, Pantai Bagan Lalang, Pantai Morib, Pantai Kelanang, Istana Bandar Jugra, and the Mah Meri Cultural Village at Pulau Carey. The adventure mission will conclude in Shah Alam with an award presentation ceremony at Mardhiyyah Hotel & Suites.

Dato’ Dr Ammar said: "The main objective of organising TOMER 2023 is to strengthen collaboration with mainstream and new media while providing extensive publicity and coverage for the latest tourism products in and around Putrajaya and Selangor, encompassing natural and coastal attractions, heritage, arts and culture.

"As part of the government's commitment towards the success of Visit Malaysia Year 2026, Tourism Malaysia has undertaken various promotional and marketing activities to boost the contribution of the tourism sector to the nation's economic growth.”

"Through the organisation of TOMER 2023, publicity for tourism products can be enhanced, in addition to strengthening public-private partnerships to make Malaysia a preferred tourism destination in the region," he said.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 19 September 2023

Kembara Cuti-Cuti Malaysia The Girls Republique Bersama Tourism Malaysia

 


KUALA LUMPUR, 18 September 2023 - Sebanyak 12 pempengaruh media sosial yang bernaung di bawah jaringan The Girls Republique, menyertai program Kembara CutiCuti Malaysia The Girls Republique bermula hari ini untuk menghasilkan kandungan media sosial serta mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan menarik di sekitar negeri Kelantan dan Pahang.


Program kerjasama strategik bersama Tourism Malaysia itu antara lain bertujuan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia, khususnya Generasi Z dan Millennial, untuk lebih aktif melancong di dalam negara serta mencipta kenangan indah bersama rakan-rakan sekali gus merancakkan lagi kempen pelancongan domestik.


Antara lokasi pelancongan yang dilawati termasuklah Muzium Negeri Kelantan, Street Art Kota Bharu, Kampung Kraftangan, Pantai Senok dan Pantai Nusuk di Kelantan. Di Pahang, aktiviti pelancongan yang diketengahkan pula melibatkan kawasan Cherating seperti menyaksikan kelip-kelip dan menelusuri mangrove river cruise selain meluncur di Cherating.


Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, generasi muda pada masa kini, gemar untuk meneroka serta mencuba pengalaman baharu dan menjelajah ke tempat-tempat menarik bagi menenangkan minda daripada rutin harian yang sibuk.


“Selain daripada acara-acara yang dirancang, para peserta juga akan membuat persinggahan di beberapa hentian menarik sepanjang perjalanan, lantas menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan mengujakan dengan beberapa elemen kejutan semasa bercuti,” katanya.


Video-video promosi yang dihasikan akan digerakkan menerusi strategi “crossplatform promotion” untuk memastikan capaian yang lebih meluas di kedua-dua laman media sosial Instagram dan TikTok di bawah kendalian The Girls Republique dan Tourism Malaysia, bermula Oktober ini.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 25 July 2023

How Tourism Malaysia is building back the sector in the post-Covid era

 

Dr Ammar: 'With careful planning, ongoing efforts, and the gradual reopening of borders, we remain optimistic about the recovery and growth of tourism in Malaysia.'
— MUHAMAD SHAHRIL ROSLI/The Star

FESTIVALS, endurance sports, food trails, hiking and heritage tours.

These are among the products that the government is banking on to bring the buzz back to the Malaysian tourism industry after Covid-19 lockdowns nearly decimated it says newly appointed Tourism Malaysia director-general Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.

“According to the World Tourism Organisation, the global tourism sector is showing signs of recovery in 2023,” Ammar tells The Star in an interview recently.

“In the first quarter of 2023, international arrivals reached 80% of pre-pandemic levels, with an estimated 235 million tourists travelling internationally. This figure more than doubled compared to the same period in 2022, indicating a resilient rebound.

“As for Malaysia, we are forecasting a gradual return to pre-pandemic numbers.”

Ammar estimates that the number of international visitors could return to pre-Covid 19 levels by 2025, when arrivals are projected to reach 23.5 million, while total receipts are expected to hit RM76.8 billion.

In 2019, before Covid-19 shut down all travel, Malaysia received 26.1 million international visitors who brought in RM86.1 billion in revenue, according to Tourism Malaysia statistics.

For this year, after the last of the pandemic era travel restrictions were lifted in China, Malaysia aims to attract 16.1 million international tourists that are expected to bring in RM49.2 billion in receipts.

About 4.5 million international arrivals were logged during the first quarter of this year and if the same number is maintained for each consecutive quarter, Ammar is hopeful of reaching the agency’s target.

“If we are able to maintain the same number, we will get 18 million by the end of the year. And we are not factoring the travel that happens in July and August, which is the summer season for Europeans and the year-end holiday breaks.”

Selling Malaysia’s tourism gems

As a marketing agency, one of the main tools that Tourism Malaysia is using to achieve these goals is overseas promotions where it has planned and participated in more than 100 events.

The agency kicked these off sales missions to Hong Kong and Taiwan in January, followed by Nordic countries including Finland, Sweden, Norway and Denmark. Events were also held in the Indian cities of Chennai, Bengaluru, Hyderabad, Mumbai and Ahmedabad.

It has also participated in global tourism fairs including FITUR 2023 Spain, ASEAN Tourism Forum (ATF) in Indonesia; the Nguyen Hu Flower Street Festival in Vietnam; 16th Tehran International Tourism Exhibition (TITEX) in Iran and South Asia’s Travel and Tourism Exchange (SATTE) 2023 in India.

The agency also promoted Malaysia at the Arabian Travel Market (ATM) 2023 in Dubai; the Seoul International Travel Fair (SITF) 2023 in Korea.

“We also led sales missions to Bahrain and Kuwait to capitalise on the continuing growth of the Gulf Cooperation Council (GCC) countries,” Ammar says.

Besides these on-the-ground events, the agency has invested heavily in advertisements and digital content on some of the world’s top television channels.

One example is a collaboration with Discovery Network in producing the You, Me & Malaysia travelogue series that will be broadcasted on TLC & Discovery Channel in India, Taiwan and Southeast Asian countries.

An ad campaign called the “The Soul of Malaysia”, is currently being aired on several British Broadcasting Corporation (BBC) networks in the Asia Pacific, Europe, South Asia and Middle East markets.

“With local friendliness, decent cost of living, quality of local medical care, rich cultural heritage and unique natural attractions alongside fascinating local arts, history and cuisine, we believe Malaysia’s tourism industry has strong competitiveness and unique selling points”.

Helping hand up for tourism operators

A critical part of these sales missions is to bring along as many Malaysian tourism operators who can then market their products to the international market, Ammar says.

As it is expensive to attend these overseas sales missions, the government subsidises about half of the cost for local operators through the Galakan Melancong (GAMELAN) Malaysia initiative.

For instance, when Tourism Malaysian mounts a sales mission abroad the number of hoteliers, product owners and tour agencies that are able to come along is small due to the high cost of the trip, says Ammar.

“This subsidy helps more of them to join us and during the sales mission we create business-to-business sessions where the Malaysian company sells their products to firms in the host country”.

“Without the subsidy we will only get about five Malaysian tourism companies to 50 foreign companies which is an imbalance,” he says.

In order to further help local players build back after two years of lockdown, the government is also giving out grants for them to organise events such as concerts, sports competitions and food fairs that encourage travel.

Under the Tourism Sector Support Grant scheme (GSSP), RM500,000 and RM1 million are given out for domestic and international events, respectively.

“When we used to have just Tourism Malaysia or the ministry creating an event, we would have about 20 per year. But now we expect to have more because the private sector is also organising the events aimed at bringing visitors in”.

Ammar expects the grant to double the amount of events this year and proposals have included cultural festivals, concerts, food carnivals, football clinics, yachting and golf tournaments.

“With careful planning, ongoing efforts, and the gradual reopening of borders, we remain optimistic about the recovery and growth of tourism in Malaysia”.

-thestar online.