SUBANG JAYA – Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)hari ini melancarkan program ‘Jelajah Lokal Treasure Hunt’, dengan kerjasamabeberapa rakan strategik, bagi merancakkan lagi pelancongan domestik serta mempromosikan destinasi-destinasi percutian menarik di seluruh negara.
Program
ini merupakan kesinambungan daripada kempen 'Jom Jalan MYDIN' yang dilancarkan
pada bulan Julai 2026 lalu. Pelepasan (flag-off) Jelajah Lokal Treasure Hunt
telah diadakan di MYDIN Subang Jaya, sebelum peserta memulakan perjalanan ke
MYDIN MITC, Melaka bagi pusingan pertama. Pertandingan interaktif ini
dianjurkan dalam tiga pusingan, merangkumi laluan MYDIN Subang Jaya ke MYDIN
MITC, Melaka (24 Oktober); MYDIN Gopeng RTC ke MYDIN Bukit Mertajam, Pulau
Pinang (31 Oktober); dan berakhir dengan laluan dari MYDIN Kuala Terengganu ke
MYDIN Tunjong, Kelantan pada 7 November ini.
Setiap
pusingan bakal menyaksikan penyertaan sebanyak 50 pasukan (empat peserta
berumur 18 tahun ke atas bagi setiap pasukan) yang akan bersaing untuk
merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM45,000. Inisiatif ini turut mendapat
sokongan daripada rakan-rakan strategik industri termasuk Tabung Haji Travel
and Services, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Setel, Atome, dan Malaysia
Hunt Club.
-Tourism Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.