Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Thursday, 27 August 2026

Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026

 

Kuala Perlis bakal bergemerlapan dengan pesta air, tradisi dan pelbagai aktiviti menarik!

FASA 1 | 4–6 September 2026

Lokasi: Terusan Lencongan Banjir Barat, Kampung Wai, Kuala Perlis

MAJLIS PERASMIAN

Tarikh: 4 September 2026

Masa: 8.45 malam

FASA 2 | 18–20 September 2026

Lokasi: Dataran MBI, Kuala Perlis

MAJLIS PENUTUP

Tarikh: 20 September 2026

Masa: 5.00 petang

> Pertandingan Perahu Tradisi

> Pertandingan Perahu Naga

> Pertandingan Perahu Berhias

> Sukan Rakyat

> Persembahan Kesenian

> Pertunjukan Simfoni Air

> Dan pelbagai lagi aktiviti menarik!

Jom ajak keluarga, sahabat dan geng-geng anda untuk sama-sama memeriahkan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026!

Jangan lepaskan peluang — kita jumpa di Kuala Perlis!

“Transformasi Diteruskan, Tradisi Dikekalkan”

-JKKN Perlis.

Saturday, 30 May 2026

Nakawan Rainforest Festival 2026 @ Perlis ( 1 ~ 7 Jun 2026 )

 


Tentatif Rasmi Aktiviti Dan Acara Program Nakawan Rainforest Festival Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026

Ayuh memeriahkan Nakawan Rainforest Festival 2026 yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Jun 2026 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya:

> Pameran dan pendidikan hutan

> Aktiviti rekreasi dan riadah

> Persembahan kebudayaan dan seni tradisional

> Jualan makanan dan produk tempatan

> Pertandingan dan aktiviti keluarga

> Spot bergambar dan pengalaman menarik di tengah kehijauan alam semula jadi.

Festival ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hutan serta menghargai khazanah alam semula jadi Negeri Perlis.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menikmati keindahan alam, menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menghayati keunikan hutan hujan Nakawan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jumpa anda di Nakawan Rainforest Festival 2026!

-Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Wednesday, 20 May 2026

Fam Trip: Surreal Experience In The North – Kedah Perlis

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara telah menganjurkan FamTrip Surreal Experience In The North - Kedah Perlis pada 13 hingga 16 Mei 2026 di Negeri Kedah (Tanah Besar) dan Perlis.

Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada wakil media tempatan, pempengaruh dan wakil agensi pelancongan dari Wilayah Utara. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan di Negeri Kedah dan Perlis, khususnya dalam segmen gastronomi dan agropelancongan, sekali gus memperkukuhkan lagi promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Tanjung Dawai,  Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Tsunami, Pasar Bisik Kuala Muda, Perkampungan Melayu Seri Banian, Kilang Mak Bee, Din Laksa Beras Telok Kechai, Bukit Kodiang, Kampung Warna Warni, Kafe Santai D'Sungai Derga, Ladang HarumanGo, dan Superfruit Valley.

-Tourism Malaysia.

Monday, 18 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 


Satu festival, seribu kemeriahan!

Festival Rakyat datang lagi sebagai lubuk penyatuan komuniti terbesar musim ini!

Tarikh: 22 - 24 Mei 2026

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Masuk PERCUMA!

Sama-sama kita raikan produk tempatan, imbau kembali sukan rakyat dan nikmati persembahan kebudayaan serta hiburan yang semestinya meriah

Dari penduduk setempat sehinggalah ke pelancong luar, festival ini adalah untuk ANDA

-Tourism Malaysia.

Sunday, 10 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 

Festival Rakyat 3.0 Kembali Lagi!

Ayuh memeriahkan sambutan ulang tahun keputeraan ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis dalam suasana penuh warna-warni, tradisi dan semangat rakyat!

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Tarikh: 22 – 24 Mei 2026

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga antaranya:

> Malam Citrawarna Kuala Perlis

> Pertunjukan Kereta Berhias

> Perlis International Open Fight Night

> Hari Belia Negara

> Gusti Lengan & Tarik Tali

> Sepak Raga Ratus

> Kejohanan Dam Aji

> Slingshot

> Food Festival

> Pertandingan Mewarna

> Pertunjukan Wau

> Seni Suara Burung

Jom raikan kemeriahan budaya, sukan, seni dan warisan rakyat Perlis dalam satu festival yang penuh nostalgia dan keseronokan!

-JKKN Perlis.

Saturday, 28 February 2026

Put politics aside to grow tourism, says Tourism Malaysia deputy chairman

 

PETALING JAYA: Political differences should never stand in the way of advancing and expanding Malaysia’s tourism industry, says Datuk Yeoh Soon Hin. 

The Tourism Malaysia deputy chairman added that government efforts to promote tourism must not be politicised or tied to racial issues, stressing that all political parties should work together to revitalise the national economy through the sector.

“We can work together to promote Perlis’ unique rural and natural charm, which holds strong appeal for European and Western tourists,” he said in a statement here on Saturday (Feb 28). 

Yeoh said this following a courtesy visit to the Perlis Mentri Besar, Abu Bakar Hamzah, during which they discussed strengthening federal–state cooperation in conjunction with Visit Malaysia Year 2026 and Visit Perlis Year 2026. 

He described the meeting as cordial and constructive, with both parties agreeing that tourism is a key engine of economic growth. 

Yeoh commended Abu Bakar for fostering cooperation between the federal and state governments.

-thestar online.

Wednesday, 25 February 2026

Perlis dijangka meriah Mac dan April, pelbagai pengisian rancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri - Raja Muda Perlis

 

Raja Muda Perlis (dua dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis (tiga dari kiri) ketika pelancaran Promosi Masakan Perlis di Geneva, Switzerland. - Foto ihsan YTSP Perlis

KUALA LUMPUR: Perlis bakal menyaksikan kemeriahan pelbagai program dan acara pelancongan menarik sepanjang Mac dan April ini bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rangkaian acara disusun secara strategik ini merangkumi segmen keagamaan, pertanian, kesenian, sukan serta program komuniti. 

"Semua acara yang disusun ini diyakini mampu menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi tempatan," titah baginda melalui kenyataan dikongsi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis hari ini. 

Baginda bertitah demikian sempena pelancaran Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Geneva, Switzerland yang dianjurkan bersama Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Yayasan Harmoni serta Duwan Easy Eat.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.  

Hadir sama ialah Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Datuk Nadzirah Osman serta Timbalan Wakil Tetap Malaysia merangkap Menteri Penasihat, Suraya Ahmad Pauzi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, dalam bulan Mac suasana Ramadan akan diserikan dengan penganjuran pelbagai program kerohanian dan kemasyarakatan. 

Antaranya Program Raudhatul Iktikaf pada 10 hingga 20 Mac 2026, Majlis Rukyah Hilal Syawal pada 18 Mac 2026, Program Jom Ramadan di Perlis dari 19 hingga 20 Mac 2026, serta Solat Aidilfitri di Perkarangan Dataran Istiadat Istana Arau jika cuaca mengizinkan pada 1 Syawal nanti. 

Titah baginda, penganjuran semua program ini bukan sahaja memperkukuh nilai spiritual dalam kalangan masyarakat, malah memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri keindahan serta kemeriahan sambutan Ramadan dan Aidilfitri di Perlis dalam suasana penuh harmoni. 

"Memasuki April pula, kalendar pelancongan terus rancak dengan penganjuran Perlis Mango Agriculture Fest pada 4 hingga 5 April yang mengetengahkan keunikan Harumanis serta pelbagai produk agro tempatan berkualiti. 

"Seterusnya, Perlis Agrofest Tahun 2026 yang berlangsung 24 hingga 26 April berperanan sebagai platform komprehensif dalam mempromosikan sektor pertanian, penternakan dan industri asas tani negeri. 

Kemeriahan berterusan 

"Pada masa sama, Perlis International Marathon (PIM) 2026 bakal berlangsung 25 April dijangka menarik penyertaan pelari dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Perlis sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa. 

"Turut memeriahkan bulan April ialah Konsert Orkestra Diraja, Perkampungan Sunnah, Pesta Taman Cahaya, dan Festival Kopi yang menambah kepelbagaian tarikan kepada pengunjung," titah baginda. 

Dalam pada itu, Nadzirah memaklumkan Majlis Rumah Terbuka bersama diaspora Malaysia dan Wakil-Wakil Tetap serta Duta Besar asing ke PBB di Geneva akan diadakan untuk meraikan ketibaan Syawal. 

Semasa program itu, promosi makanan dan pelancongan ke Malaysia akan diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di mana juadah kurma daging 'Ready To Eat' dari Perlis akan turut diperkenalkan. 

"Hidangan warisan negeri Perlis ini akan diketengahkan sebagai antara ikon kulinari yang diangkat ke pentas antarabangsa, memperlihatkan keunikan cita rasa tradisional negeri ini kepada khalayak global," katanya.

-berita harian online.

Thursday, 22 January 2026

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 Dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026

 

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 Dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026

Tarikh: 21 Januari 2026 (Rabu)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Dewan Warisan, Kangar, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis, telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Turut sama berangkat DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis serta DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis dan YABhg. Isteri, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan pelanjutan pelaksanaan program Tahun Melawat Perlis 2024–2025 sehingga penghujung tahun 2026 selaras dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk menikmati kepelbagaian tarikan unik negeri ini.

Seiring pelancaran tersebut, slogan rasmi baharu, “Hampa nak pi mana? Mai Lah Perlis!” turut diperkenalkan sebagai teras kempen pelancongan negeri bagi tahun 2026 yang menumpukan kepada The Great Northern Escape (Adventure & Nature Tourism), Agro-Tourism & Flavours of Perlis (Gastronomy Tourism), Rustic Charm & Slow Living (Relaksasi), Muslim Friendly Offering (Destinasi Ketenangan Jiwa & Keindahan Alam) serta Border Crossings & Cultural Fusion (Shopping & Warisan). Disamping itu penubuhan Biro Pelancongan, Seni, Budaya, Hiliran dan Warisan bagi memperkukuh pengurusan, koordinasi dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif pelancongan Negeri Perlis.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 serta menyaksikan tayangan montaj promosi Tahun Melawat Perlis 2026. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Orkestra Citra Kirana serta Persembahan Finale Tahun Melawat Perlis 2026 oleh Gabungan Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Perlis bersama Orkestra Citra Kirana.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan serta urus setia majlis.

Sumber Info : Pejabat SUK Perlis

Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis sila layari :TOURISM.PERLIS.GOV.MY

-Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

Wednesday, 14 January 2026

Pesta Angin Timur Perlis 2026 - Tarikh Baharu ( 6 ~ 8 Februari 2026 )

 

Dimaklumkan bahawa Pesta Angin Timur Perlis 2026 telah mengalami perubahan tarikh penganjuran.

Tarikh baharu: 6 – 8 Februari 2026 (Jumaat – Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi: Dataran Lapang Kangar Jaya

Mohon orang ramai ambil maklum dan tandakan tarikh baharu ini dalam kalendar anda.

Jangan risau, kemeriahan, kebudayaan dan pengalaman terbaik tetap menanti!

Mai pakat mai, kita ramaikan Pesta Angin Timur Perlis 2026!

-JKKN Perlis.

Monday, 20 October 2025

Festival Usahawan Perlis (PUF2025) @ Dewan 2020 Kangar, Perlis ( 24 ~ 26 Oktober 2025 )

 


Festival Usahawan Perlis (PUF2025)

Tarikh: 24 – 26 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 9.00 malam

Lokasi: Dewan 2020, Kangar, Perlis

Kerajaan Negeri Perlis melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, dengan kerjasama jabatan dan agensi kerajaan negeri serta persekutuan bersama rakan-rakan strategik, akan menganjurkan Festival Usahawan Perlis (PUF2025) selama tiga (3) hari, bermula 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di Dewan 2020, Kangar, Perlis.

Festival ini bertujuan menghimpunkan para usahawan negeri Perlis bagi menyampaikan maklumat berhubung bantuan geran, pembiayaan serta khidmat nasihat perniagaan daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang festival berlangsung, antaranya:

> Jualan Usahawan

> Saringan kesihatan

> Kaunter pembayaran saman

> Fun Run

> Bengkel Produk Sejuk Beku / Kreatif Digital / Keanggunan

> Pertandingan mewarna kanak-kanak

> Pocket Talk

> Food Truck

> E-Sport Tournament

> Pertandingan Pakaian Beragam (Tema Bahan Guna Semula)

Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Ayuh beramai-ramai ke Dewan 2020, Kangar dan rasai sendiri kemeriahan festival yang menghimpunkan usahawan, komuniti dan masyarakat dalam satu pentas besar. Nikmati pelbagai tawaran menarik, aktiviti bermanfaat serta peluang untuk memperluaskan rangkaian dan pengetahuan anda.

Bawa keluarga, ajak rakan-rakan, dan jadikan hujung minggu anda lebih bermakna di PUF2025!

-Pejabat SUK Perlis.

Sunday, 12 October 2025

Festival Warisan Nusantara 2025 @ Dewan Warisan, Kangar, Perlis ( 24 ~ 27 Oktober 2025 )

 

Festival Warisan Nusantara 2025 (Warisan ‘25) kembali untuk edisi kedua dengan tema “Anak Bangsa” menghimpunkan warisan, budaya dan seni dalam satu perayaan yang penuh cerita dan warna.

Tarikh: 24–27 Oktober 2025

Lokasi: Dewan Warisan, Kangar, Perlis

Edisi pertama mencipta kenangan. Edisi kali ini bakal membuka lembaran baru, dengan lebih banyak persembahan budaya, pengisian interaktif, dan kejutan istimewa buat semua lapisan masyarakat.

Sertai kami untuk 4 hari yang sarat dengan aktiviti menarik buat semua lapisan masyarakat.

Jom bersama kami meraikan warisan bangsa, menghidupkan seni, dan menyemarakkan semangat Visit Malaysia Year 2026.

-Perlis Permai.

Monday, 8 September 2025

Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 @ Tapak Menteri Besar Incorporated, Kuala Perlis ( 12 ~ 16 September 2025 )


Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025

Jom sama-sama kita meriahkan acara tahunan paling dinanti di utara tanah air - Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 yang akan berlangsung pada

Tarikh: 12 – 16 September 2025

Lokasi: Tapak Menteri Besar Incorporated (MBI), Kuala Perlis

Pelbagai acara menarik menanti anda! Antaranya:

> Pertandingan perahu & acara sukan air

> Persembahan hiburan & artis jemputan istimewa

> Gerai makanan tempatan dengan citarasa Perlis yang unik

Bukan itu sahaja, Pesta Air Kuala Perlis 2025 ini juga menjadi platform memperkenalkan keindahan Kuala Perlis sebagai destinasi pelancongan yang penuh dengan budaya, tradisi serta keramahan masyarakat setempat.

Ayuh! Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan rasai sendiri kemeriahan pesta yang penuh warna-warni ini. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025.

-Tourism of Perlis Official.

Tuesday, 15 July 2025

Festival Kraf Utara 2025 @ Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis ( 24 Julai ~ 4 Ogos 2025 )

 

Nantikan Festival Kraf Utara 2025 yang akan berlangsung pada pada:

Tarikh: 24 Julai sehingga 4 Ogos 2025

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi: Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis

Semua dijemput hadir!

-Kraftangan Malaysia.

Sunday, 6 July 2025

Pesta Makanan Tradisional Perlis (MANTAPS) Dan Wang Gunung Trail Run 3.0 Tahun 2025 ( 11 ~ 13 Julai 2025 )

 


Pesta Makanan Tradisional Perlis (MANTAPS) Dan Wang Gunung Trail Run 3.0 Tahun 2025

Tarikh : 11 – 13 Julai 2025 (Jumaat – Ahad)

Masa : 9.00 pagi – 11.00 malam

Tempat : Taman Buah-buahan Eksotik Negeri Perlis

Anjuran :  Jabatan Pertanian Negeri Perlis

Dengan kerjasama: Risda Negeri Perlis dan Putra Trail Running Club

MANTAPs (Pesta Makanan Tradisional Perlis) ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati makanan-makanan Tradisional yang ada di Negeri Perlis melalui Jualan Usahawan Negeri Perlis. Selain itu Pesta ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik seperti Demonstrasi Masakan Makanan Tradisional , Pertandingan , pernainan Tradisional, hiburan dan informasi bermanfaat melalui Pameran Jabatan dan agensi, kaunter khidmat Pelanggan dari pelbagai agensi serta pelbagai lagi acara yang pastinya memberikan kegembiraan dan pengalaman menarik kepada anda dan keluarga.

PESTA MANTAPs (Pesta Makanan Tradisional Perlis) pastinya lebih meriah kerana di gabungkan dengan acara tahunan Wang Gunung Trail Run 3.0 Tahun 2025 dengan kehadiran pelari-pelari dari dalam dan luar negeri.

Jom kita ke Pesta Makanan Tradisional Perlis(MANTAPs)

Kongsikan kepada sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan rakan taulan..marilah bersama memeriahkan Pesta MANTAPs!

-Jabatan Pertanian Negeri Perlis.

Friday, 4 July 2025

HoHobus keunikan baharu Perlis, serlah 10 tarikan menarik negeri

 

KANGAR: Keunikan perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off (HoHo) atau HoHobus yang terkenal di ibu negara, kini dibawa ke negeri ini untuk merancakkan industri pelancongan selaras Tahun Melawat Perlis 2024-2025. 

Ia hasil inisiatif Majlis Perbandaran Kangar (MPKangar) untuk memperkukuh tarikan pelancongan sebagai tambahan kepada keunikan sedia ada seperti motosikal roda tiga atau 'choley' di Kuala Perlis.

EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Abu Bakar Hamzah, berkata selain menambah keunikan tarikan, inisiatif membawa HoHobus ke Perlis juga membantu dalam menjana pendapatan penduduk setempat.

Menerusi perkhidmatan HoHobus ini, katanya pihaknya yakin dapat mengetengahkan keunikan 10 lokasi menarik di bandar ini dan lokasi sekitarnya.

"Kita yakin ia akan mendapat sambutan baik, bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan malah pelancong luar dari negeri ini," katanya. 

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian HoHobus di Terminal Perlis Sentral, di sini yang disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. 

Yang Dipertua MPKangar, Affendi Rajini Kanth berkata, buat masa ini perkhidmatan akan disediakan pada Sabtu dan Ahad bermula jam 9 pagi hingga 8 malam dengan kekerapan bas setiap dua jam. 

"Selaras pengenalannya kepada negeri ini juga, tambang promosi dikenakan kepada pengguna iaitu serendah RM3 dengan masa perjalanan dianggarkan sekitar satu jam setengah, yang menyasarkan 10 lokasi menarik sekitar Kangar," katanya. 

Antara lokasi pelancongan yang menjadi persinggahan adalah Dataran Datuk Sheikh Ahmad, Masjid Alwi, Taman Bukit Lagi, Muzium Kota Kayang, Kampung Warna-Warni di Kuala Perlis, Majis Terapung al-Hussain, Jeti Kuala Perlis, Medan Ikan Bakar Kuala Perlis dan Pantai Kuala Perlis.

-berita harian online.

Tuesday, 18 March 2025

Perlis Sentral to begin operations on March 24

 


KANGAR: The Perlis Integrated Public Transport Terminal, or Perlis Sentral, located in Seriab, is set to commence operations on March 24.

 

However, the Kangar Municipal Council (MP Kangar) has announced that the relocation of express bus companies currently based at the Bukit Lagi Bus Terminal would be carried out in stages.

 

Council president Affendi Rajini Kanth said the relocation process is expected to continue into next month.

 

"Insya-Allah, we will begin operations on March 24.


"Previously, we mentioned it could be by the end of this month or early April, but now we are confident that initial movements will take place on that date. 

 

"For the initial phase, priority will be given to intercity express bus services, followed by e-hailing services and others, which will be introduced in stages," he told reporters after a walkabout at a Ramadan bazaar site in Kuala Perlis yesterday. Also present was State Tourism Committee chairman and Kuala Perlis assemblyman Abu Bakar Hamzah.

 

Affendi said all express bus companies operating at Bukit Lagi are expected to fully relocate to Perlis Sentral within a month of its opening.

 

"The new terminal is in the final stages of preparation, with both the express bus operators and the appointed operator working hard to complete the testing of various facilities.

 

"The operator has assured us that operations will begin on March 24, and we have issued relocation directives to all express bus companies starting today," he said.

 

As for local bus services under Bas.My Kangar, Affendi said they will continue operating from the current terminal for now.

 

"The Bas.My Kangar service will remain at the old terminal pending a review of its schedule and operations, which we will coordinate with the Land Public Transport Agency (Apad) and the Road Transport Department (RTD)," he added.

 

Perlis Sentral is an integrated transport hub designed to serve as the state's main land transport gateway to various destinations within and outside of Perlis.

 

Facilities at the terminal include three departure and three arrival platforms, six temporary bus parking bays, 25 public taxi parking bays, a surau, public toilets, a diaper-changing room, commercial spaces such as kiosks and stalls, and ticket counters.

-nst online.

Sunday, 9 March 2025

Nakawan Glamping gamit pelancong

 


TANPA perlu ada pusat membeli-belah terbesar atau taman tema air terkemuka, Perlis menawarkan percutian berasaskan alam semula atau eko pelancongan menerusi keindahan hutan dan alam semula jadinya yang merangkumi Banjaran Nakawan. 

Malah, sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, di sini turut menjadi antara destinasi bagi penggemar aktiviti berkhemah atau 'glamour camping' (glamping) yang kini menjadi aktiviti rekreasi pilihan dalam kalangan masyarakat. 

Berlatarkan Hutan Simpan Bukit Bintan serta terletak 12 kilometer dari bandar Kangar, Nakawan Glamping menjadi produk pelancongan baharu yang diketengahkan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dalam memperkenalkan konsep pelancongan dengan gabungan kemudahan moden dan suasana semula jadi di dalam hutan. 

Baru-baru ini penulis berpeluang menyertai menghadiri Majlis 'Kick Off' Nakawan Glamping, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis di Nakawan Glamping, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, mendapati kawasan khemah glamping yang disediakan sangat selesa terutama kepada mereka yang ingin menikmati keheningan malam.

Nakawan Glamping adalah satu kemudahan perkhemahan bersama keluarga yang menitikberatkan keselesaan sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Di situ terdapat lima buah khemah glamping yang berupa khemah kubah rumah gelembung atau 'dome tent'. 

Kawasan dengan keluasan 0.12 hektar itu dilengkapi dengan kemudahan empat tandas lelaki dan perempuan, ia dirasmikan pada 24 Mei tahun lalu oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2024.

Dua kadar sewaan 

Terdapat dua kadar sewaan berbeza dikenakan kepada pengunjung yang ingin menginap di Nakawan Glamping iaitu tarif VIP berharga RM170 semalam yang menyediakan khemah dilengkapi pelantar balkoni. Bagi kadar biasa tanpa balkoni, harga sewaannya RM150 semalam.

Pengarah Perhutanan Negeri Perlis, Ag Shaffie Ag Ahmadni berkata, aktiviti glamping semakin mendapat perhatian pelbagai pihak terutama pelancong dari dalam dan luar yang mahu merasai pengalaman menikmati keindahan flora dan fauna di sekitar Banjaran Nakawan. 

"Nakawan Glamping adalah produk pelancongan pertama di negara ini yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri kerana Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat ini terletak di bawah kendalian dan pemantauan kita. 

"Pelancong atau pengunjung yang menginap di sini turut akan dibawa oleh anggota kita yang terdiri daripada renjer hutan untuk melihat habitat kunang-kunang atau kelip-kelip pada waktu malam yang terdapat di sekitar kawasan glamping ini. 

"Kami turut menyediakan makan dan minum untuk mereka yang menginap di sini berdasarkan harga pakej yang dipilih," katanya. 

Tambah Ag Shaffie, peranan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis tidak hanya menjadi penjaga dan pelindung hutan tetapi juga mempromosikan kesedaran terhadap pentingnya pemeliharaan dan pengurusan sumber semula jadi yang mampan. 

"Selain Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, Jabatan Perhutanan Perlis juga mengurus Kompleks Ekopelancongan Gua Kelam dan Kompleks Ekopelancongan Taman Negeri Perlis yang turut menjadi nadi kepada pelancongan eko di negeri ini. 

"Kutipan hasil melalui produk ekopelancongan tahun lalu di negeri ini adalah sebanyak RM1,295,188 dengan jumlah kemasukan pengunjung seramai 651,240 orang bagi pelancong tempatan dan 1,542 orang pengunjung antarabangsa. 

Kehijauan alam 

Beliau berkata, apabila pelancong atau pengembara tiba di Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat, pihaknya menyediakan tiga pilihan penginapan untuk mereka menikmati suasana semula jadi hutan simpanan iaitu chalet di Bukit Ayer Resort, glamping di Nakawan Glamping dan perkhemahan biasa di Nakawan Base Camp.

"Objektifnya adalah kita hendak menyediakan pengalaman berbeza kepada mereka di samping menikmati kehijauan alam sekitar di sekeliling kawasan ini dan dalam masa sama, soal keselamatan juga sangat dititikberatkan kerana kawasan ini juga turut mempunyai sistem kawalannya sendiri setiap masa. 

"Inisiatif ini juga memberi impak positif kepada sektor ekopelancongan di negeri ini dan menjadi medan bagi mempromosikan kawasan pelancongan,"katanya. 

Selain Nakawan Glamping, Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat turut menyediakan pelbagai lokasi untuk melakukan aktiviti lasak dan riadah bersama keluarga seperti Taman Rimba Herba Perlis, Kompleks Basikal Lasak, Nak-Kawan Paintball dan Memanah, Kolam Renang Bukit Ayer, Taman Eko Rimba Bukit Ayer, dan Pusat Rawatan Alternatif & Spa.

-Berita Harian online.