Showing posts with label MOTAC. Show all posts
Showing posts with label MOTAC. Show all posts

Wednesday, 30 September 2026

Hari Pelancongan Sedunia 2026: Digital & AI Pacu Pelancongan

 

PUTRAJAYA, 29 September 2026 | Sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2026 peringkat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah berlangsung pada 29 September 2026, mengetengahkan peranan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam membentuk masa depan pelancongan.

Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC. Turut hadir ialah YBrs. Mr Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II), Tourism Malaysia; YBrs. Mr Wizani Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Tourism Malaysia serta tetamu kehormat yang lain.

Berteraskan tema “Digital Agenda and Artificial Intelligence to Redesign Tourism”, sambutan ini mencerminkan bagaimana inovasi digital dan AI boleh membuka peluang baharu dalam mempromosikan destinasi, memperkayakan pengalaman pelancong serta memperkukuh ekosistem pelancongan Malaysia.

Seiring dengan kempen Visit Malaysia 2026–2027, usaha ini terus membawa keunikan, kepelbagaian budaya dan pengalaman luar biasa Malaysia kepada pelancong dari seluruh dunia.

-Tourism Malaysia.

Monday, 31 August 2026

Tourism Malaysia Raikan Kepelbagaian Malaysia Di Hari Kebangsaan 2026!

 

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2026 | Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) turut memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya menerusi Kontinjen Kesejahteraan: Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

Kontinjen ini melibatkan seramai 90 peserta merangkumi pegawai MOTAC, kakitangan Tourism Malaysia, rakan strategik serta agensi pelancongan. Kontingen ini diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026–2027. Turut menyerikan perarakan ialah empat kenderaan berhias yang mengetengahkan kepelbagaian Malaysia melalui ikon pelancongan setiap negeri, flora dan fauna Malaysia, busana tradisional, alat muzik tradisional serta maskot rasmi Visit Malaysia 2026–2027, Wira dan Manja.

Kontinjen ini mencerminkan kekayaan seni, budaya, warisan dan khazanah pelancongan Malaysia, selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Marilah kita terus menyemarakkan semangat patriotisme dan bersatu padu demi kejayaan negara yang lebih gemilang.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 22 July 2026

Sesi Libat Urus Langkawi Perkukuh Kerjasama Industri Pelancongan Antara MOTAC, Kerajaan Negeri Kedah Dan Penggiat Industri

 

LANGKAWI, 21 Julai 2026 — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia hari ini menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan di Aloft by Marriott, Langkawi. Program ini menghimpunkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), wakil agensi kerajaan, pengusaha hotel, pengendali produk pelancongan, persatuan pelancongan serta penggiat industri bagi memperkukuh kerjasama strategik dan menyelaras usaha pembangunan sektor pelancongan negara.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, diiringi YBhg. Dato' Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC, dan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Turut hadir YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, serta YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Kira-kira 200 penggiat industri pelancongan dari seluruh Pulau Langkawi turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MOTAC dalam memperkukuh hubungan antara sektor awam dan swasta bagi merancakkan pembangunan pelancongan negara. Kerjasama erat bersama-sama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penggiat industri amat penting dalam memperkasakan promosi destinasi, meningkatkan kualiti produk pelancongan serta memastikan pemeliharaan aset pelancongan secara mampan. Sehubungan itu, sesi libat urus ini menjadi platform strategik untuk bertukar pandangan, mengenal pasti cabaran semasa serta merangka inisiatif baharu yang mampu meningkatkan daya saing Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 10 June 2026

MOTAC Dan JPJ Buka Bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa ‘V 1 MY’ Hingga “V 9999 MY’ Sempena VM 2026

 

PUTRAJAYA — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memperkenalkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri ‘V – MY’. Peluncuran nombor pendaftaran istimewa ini diperkenalkan sempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) dan bidaan akan bermula 13 Jun 2026 sehingga 17 Jun 2026, pukul 10.00 malam.

Majlis peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) siri ‘V-MY’ telah disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, yang mewakili Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, sebagai simbolik sokongan serta usaha mempergiatkan promosi Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut  YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, "Kerjasama ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh penyertaan agensi Kerajaan, pihak swasta, dan masyarakat dalam menyokong agenda nasional ini. Justeru, MOTAC bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memperkenalkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) ’V 1 MY’ hingga ’V 9999 MY’ sempena VM2026.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 30 May 2026

Sambutan Rumah Terbuka Hari Gawai 2026 @ Bintulu & Sibu, Sarawak ( 2 & 3 Jun 2026 )

 

Gayu Guru, Gerai Nyamai

Jom bersama-sama memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Gawai 2026 Bersama Rakyat & Pelancong yang akan dirasmikan oleh YB. Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Tarikh: 02 Jun 2026 (Selasa)

Masa: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari

Lokasi: RH TR Dato’ Raymond Plen, Sungai Gelam, Sebauh, Bintulu, Sarawak

Tarikh: 03 Jun 2026 (Rabu)

Masa: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari

Lokasi: RH Esther Anak Patrick Jaya, Nanga Sepiring, Jalan Naman 2, Sibu, Sarawak

> Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

> Upacara Miring

> Persembahan Kebudayaan Tempatan

> Jamuan Makan Tradisional

> Aktiviti Komuniti & Pelancong

> Hiburan dan banyak lagi!

Ayuh raikan keunikan budaya dan kemeriahan Hari Gawai bersama rakyat dan pelancong dalam suasana penuh harmoni dan perpaduan.

Semua dijemput hadir!

-Tourism Malaysia Sarawak.

Thursday, 23 April 2026

Galeri Rumah Lat dapat pengiktirafan MyTQA MOTAC

 

Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat) (dua kiri) menerima sijil daripada Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Perak, Muhammad Aminuddin Abdul Majid (tiga kiri) sambil diperhatikan oleh Ketua Pegawai Operasi Tourism Perak, Zuraida Md Taib (dua kanan) dan Ketua Unit Pembangunan Industri Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Perak, Haroun Agoes Salim Shafie (kanan) pada majlis penyerahan Sijil dan Plak bagi Penganugerahan Malaysia Tourism Quality Assurance untuk Galeri Rumah Lat di Batu Gajah. - Foto NSTP/L Manimaran

BATU GAJAH: Berdiri sebagai galeri menghimpunkan semua hasil karya serta pencapaian kartunis tersohor tanah air iaitu Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau 'Lat', Galeri Rumah Lat, di sini menerima pengiktirafan Malaysian Tourism Quality Assurance (MyTQA) oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). 

Ia meletakkan Galeri Rumah Lat sebagai satu daripada lima produk pelancongan di Perak setakat ini yang sudah menerima pengiktirafan MyTQA iaitu inisiatif MOTAC untuk meningkatkan perkhidmatan dan kualiti kemudahan bagi produk-produk pelancongan. 

Pengarah MOTAC Perak, Muhammad Aminuddin Abdul Majid, berkata pemilihan galeri itu dibuat berdasarkan penelitian terutamanya daripada sudut peribadi Datuk Lat yang sememangnya menjadi antara ikon bagi negeri Perak, serta memandangkan galeri terbabit adalah suatu produk pelancongan di bawah kategori galeri dan warisan. 

Pengiktirafan MyTQA terhadap galeri terbabit yang berada di bawah pentadbiran dan seliaan Lembaga Muzium Negeri Perak, juga diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung termasuk peminat Datuk Lat yang umum diketahui tidak terhad sekadar di Malaysia.

"Mana-mana yang diiktiraf dalam kategori MyTQA, menjadikannya salah satu daripada jaminan untuk memastikan produk-produk pelancongan itu berkualiti. Seperti Galeri Rumah LAT ini di bawah kategori galeri dan warisan, di mana kita hendak mengangkat salah satu ikon negeri Perak iaitu Datuk Lat sendiri.

"Kalau diikutkan bila sesuatu produk pelancongan itu diiktiraf oleh MOTAC, maka ia akan menarik lebih ramai pengunjung. Seperti galeri ini bukan sekadar pelancong, malah boleh menarik peminat Datuk Lat secara khusus termasuk peminat di luar Malaysia untuk datang ke sini," katanya kepada Media Prima, sewaktu majlis penyampaian pengiktirafan itu di sini, hari ini. 

Hadir sama menerima pengiktirafan itu adalah Datuk Lat serta Penolong Kurator Galeri Rumah Lat, Mohamad Zaki Mohamad Roslan. 

MyTQA adalah satu pengiktirafan kepada produk pelancongan dan memberi pendedahan kepada penggiat-penggiat industri supaya lebih mengutamakan mutu perkhidmatan yang disediakan. 

Kata Muhammad Aminuddin, pengiktirafan itu dilihat mampu membuka lembaran baharu dalam memperkasa sektor pelancongan berasaskan warisan di Perak. 

Pengiktirafan MyTQA membanggakan 

Sementara itu, Lat yang juga Seniman Diraja negeri Perak berkata, pengiktirafan MyTQA itu dianggap suatu tingkatan pencapaian terhadap galeri berkenaan yang dibanggakan dengan ia turut diharap dapat menambah baik input pengisian yang dipamerkan di galeri berkenaan. 

"Semuanya termasuk mengenai latar belakang kartunis Lat (saya) itu ada sini (galeri) serta juga bahan-bahan karya lukisan yang pernah diterbitkan sama ada dalam rumah akhbar, majalah, dalam bentuk buku, ....semuanya boleh didapati di sini. 

"Jadi kalau kita buat penyelidikan mengenai seni lukis kartun Lat itu maka di sinilah tempat yang paling baik dan kita boleh baca semuanya yang ada dipaparkan di sini. 

"(Berbanding) zaman dulu orang kena jumpa Lat lah (untuk penyelidikan) tetapi macam mana saya nak jumpa ramai-ramai termasuk pelajar sekolah, kolej, universiti... Tak terlayanlah saya. 

"Sekarang saya pada usia lanjut. Jadi eloklah datang ke mari... Sekali sekala saya datang juga dan bertemu dengan pengunjung di sini," katanya. 

Lat yang pernah suatu ketika berkhidmat bersama New Straits Times (NST) sebagai wartawan dan pelukis berkata, galerinya itu juga berupaya memberi motivasi kepada pengunjung termasuk pengunjung seawal usia persekolahan khususnya mengenai naik turun beliau sehingga menggapai kejayaan seperti sekarang. 

"Saya terbabit dalam pembuatan kartun sejak sekian lama dari umur 12 ke 13 tahun. Ada turun naik, bukannya terus mendapat pengiktirafan kerana banyak kali juga kita ditolak (reject)... Pada permulaan 'reject' itu perkara biasa kerana jika tidak bermutu maka orang akan 'reject'. 

"Saya bermula melukis sejak usia budak lagi umur 12 ke 13 tahun. Di sini pun ada surat menyurat saya ketika itu dengan Sinaran Brothers iaitu penerbitan di Pulau Pinang. Saya tunjukkan di sini bahawa syarikat itu sanggup membeli dengan harga sekian ini pada saya yang waktu itu hanya seorang budak," katanya. 

Hampir 100,000 pengunjung tahun lalu 

Sementara itu, Mohamad Zaki yang juga Penolong Kurator dari Lembaga Muzium Negeri Perak berkata, hampir 100,000 pengunjung dicatatkan melawat Galeri Rumah Lat sepanjang tahun 2025. 

Katanya, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding sewaktu fasa awal pembukaan galeri itu yang bermula pada pertengahan tahun 2023 hingga penghujung 2024 memandangkan pada fasa itu pengunjung ke galeri berkenaan tidak dikenakan sebarang bayaran. 

"Dari segi kehadiran pada permulaannya sejak ia mula dibuka amat memberangsangkan sama ada pengunjung dari Malaysia dan luar memandangkan Datuk Lat ada banyak peminat daripada luar negara juga dengan karya-karyanya dan ketika itu masuk ke sini percuma. 

"Jadi pada awal 2025 kita kenakan harga tiket. Pengunjung masih ramai juga cuma berkurangan daripada asal. Hampir 100,000 pengunjung itu pun belum termasuk dengan program seperti lawatan sekolah, universiti, pasukan kajian atau penyelidik serta VIP," katanya. 

Menurutnya, bayaran tiket masuk ke Galeri Rumah Lat adalah RM5 untuk dewasa; RM2 untuk kanak-kanak dan pelajar, RM10 untuk bukan warga Malaysia, serta percuma untuk warga emas 60 tahun ke atas, kanak-kanak bawah dua tahun, serta orang kurang upaya (OKU).

-berita harian online.

Thursday, 26 March 2026

Malaysia targets intra-Asia travel as Middle East tensions reshape demand

 

Amid escalating tensions in the Middle East, Malaysia is positioning itself to capture a surge in intra-regional travel, with industry leaders seeing an opportunity to draw visitors from within Asia. 

At the policy level, the Tourism, Arts and Culture Ministry is recalibrating its strategy for Visit Malaysia 2026 to focus more on markets less affected by Middle East airspace disruptions, such as Asia and South-east Asia, while alternative transit options that bypass the Middle East are also being explored, said the ministry’s deputy secretary-general, Chua Choon Hwa. 

He added that the ministry is reviewing its approach to attracting European travellers who typically transit through the Middle East. Efforts are underway to identify alternative routing options, including the use of selected airlines that allow travellers to bypass Middle Eastern transit points. 

Nigel Wong, president of the Malaysia Association of Tour and Travel Agents, said the association is stepping up efforts to promote Malaysia across key source markets including South-east Asia, China and India. Initiatives include expanded sales missions, participation in trade shows and industry events, as well as direct engagement with overseas counterparts. 

Early shifts in travel patterns are already emerging, as the war in the Middle East has prompted travellers to reconsider itineraries involving the region, opting instead for destinations perceived as safer. 

Arokia Das Anthony, executive director of The Essence of Asia Tours & Travel, said that two Indian groups originally planning holidays in Dubai this month have redirected their trips to Malaysia. 

He added that six more leisure groups from India are confirmed to visit Malaysia between April and June, all of whom had initially intended to travel to the UAE. 

He said: “Malaysia is attractive because of its value for money proposition, easy availability of Indian food and strong direct air connectivity, making it an easy switch for Indian travellers. 

“We are running promotions with our Indian counterparts. While this means working with thinner margins, we are banking on higher volumes to drive overall returns.”

-TTG Asia.

Friday, 27 February 2026

Tourist arrivals rise 11.2pct to 42.19 million, exceed global growth rate

 

PUTRAJAYA: Malaysia recorded 42.19 million tourist arrivals last year, an 11.2 per cent increase that outpaced global and regional growth rates. 

Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the figures, presented by the Tourism, Arts and Culture Ministry at the cabinet meeting today, were up from 37.96 million visitors in 2024. 

"The 11.2 per cent growth rate exceeds the global average increase of four per cent and the six per cent growth recorded for visitor arrivals in the Asia-Pacific region. 

"This reflects Malaysia's continued appeal and the confidence of international visitors in the country as a leading destination," he said at a press conference here today. 

The government has set a target of attracting 47 million international tourists and generating RM329 billion in revenue in conjunction with Visit Malaysia Year 2026. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim announced that more than RM700 million has been allocated for promotional activities and the organisation of events, along with an additional RM50 million to support arts and heritage practitioners this year.

Meanwhile, Fahmi said Phase One of the Media Innovation Fund, held from Jan 1 to 14, received 50 applications from media organisations. 

"Of that, 34 media organisations were approved, involving total funding of RM10.3 million. 

"This reflects the industry's readiness to embrace progressive transformation, particularly in content technology and talent development," he said. 

He added that Phase Two, which ran from Feb 9 to 22, saw participation from 19 media organisations, while Phase Three will open this Sunday until March 14. 

"This shows industry players remain committed to innovating and adapting their business models to current needs and realities," he said.

-nst online.

Thursday, 5 February 2026

Kerajaan digesa pertimbang kursus, lesen khas aktiviti pelancongan burung - NEST

 

KUALA LUMPUR: Pemandu pelancongan burung atau bird guide perlu mempunyai lesen khusus kerana dokumen itu bukan sekadar pengesahan rasmi, malah ia juga memberi jaminan pekerjaan, kualiti dan kepercayaan kepada perkhidmatan serta menjamin keselamatan dan kelestarian alam. 

Saranan itu disuarakan Pengerusi Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), Sulaiman Salikan yang berpandangan lesen khusus itu juga bukan sekadar memberi manfaat kepada pemandu pelancongan burung dan alam sekitar, tetapi juga memastikan pelancong tidak menerima maklumat salah, terutama pelancong antarabangsa yang sanggup membayar mahal untuk menikmati pengalaman berkualiti.

"Isu lesen bird guide ini sudah beberapa kali dikemukakan kepada pihak berwajib, tetapi masih belum ada usaha ke arah pelaksanaannya," katanya yang menyuarakan isu berkenaan ketika sesi libat urus bersama Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di Putrajaya, kelmarin.

Sulaiman yang berkecimpung dalam bidang berkaitan burung sejak 17 tahun lalu, berkata aktiviti itu makin meriah di Malaysia dengan bertambahnya individu dan kumpulan yang aktif merekod spesies burung dan berjaya merakam beberapa spesies belum ditemui sebelum ini.

"Melalui perkongsian di media sosial, burung di Malaysia menjadi tarikan, bukan sahaja dalam negara, tapi juga seluruh dunia. Sempena TMM 2026, untuk memastikan Malaysia menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelancong, pemandu burung terlatih dan diiktiraf kerajaan amat diperlukan. 

"Setakat ini belum ada lesen khas buat pemandu burung, sebaliknya mereka beroperasi menggunakan lesen pemandu pelancong alam sekitar atau nature guide. Sudah sampai masanya untuk kita melihat semula keperluan melatih dan mengiktiraf pemandu burung profesional.

"Ia bagi memastikan maklumat dan segala urusan berkaitan pelancongan burung berjalan lancar dan mengikut landasan yang betul. Pemandu aktiviti ini perlu diberikan lesen sebagai usaha meningkat tahap profesionalisme, melindungi komuniti tempatan dan mempraktikkan konservasi, bukan eksploitasi," katanya. 

Sulaiman yang juga pengasas NEST yang ditubuhkan pada 2017, menambah aktiviti itu juga membabitkan kawasan agak bahaya seperti hutan, paya, pulau dan gunung yang mendedahkan penggiat dan peminatnya kepada risiko cuaca dan hidupan liar. 

Justeru, katanya, lesen kepada pemandu pelancongan burung yang berjaya melepasi kursus dapat melahirkan pemandu terlatih dan bertanggung jawab, sekali gus mewujudkan pengurusan industri pelancongan burung yang sistematik dan profesional yang dapat meletakkan Malaysia bagai destinasi pelancongan eko bertaraf dunia. 

"Ia juga akan menyaksikan pelancong luar lebih yakin untuk menempah bird guide yang diiktiraf kerajaan. Selain itu, dapat membuka peluang kepada komuniti tempatan memilih bird guide sebagai kerjaya profesional, seterusnya menjadi rakan konservasi merekod spesies, migrasi dan populasi burung. 

"Usaha ini juga dan dapat membantu agensi pemuliharaan membuat keputusan dasar. Pelancongan berasaskan burung atau birdwatching dan avitourism, walaupun dalam kategori niche tourism, mampu menyumbang kepada pendapatan negara. 

"Ini kerana industri ini semakin mendapat perhatian peminat burung tempatan dan antarabangsa," tambahnya yang berharap pihak berwajib, khasnya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyegerakan kursus dan mengeluarkan lesen kepada bird guide supaya golongan itu beroperasi boleh di seluruh negara tanpa sempadan atau had wilayah.

-berita harian online.

Tuesday, 3 February 2026

Sesi Libat Urus YB Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya Bersama Penggiat Industri Pelancongan

 

Putrajaya, 3 Februari 2026 - Sesi Libat Urus YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato Sri Tiong King Sing bersama Penggiat Industri Pelancongan telah diadakan bagi memperkukuh kerjasama strategik antara Kerajaan dan industri dalam menjayakan Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Turut hadir semasa sesi ini ialah YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC dan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Antara fokus utama sesi ini termasuk pembangunan produk pelancongan berkualiti dan berdaya saing, kelestarian (SDG), keselamatan dan kesejahteraan pelancong, serta pemanfaatan geran dan insentif bagi merancakkan promosi dan pertumbuhan sektor pelancongan negara.

Kerjasama berterusan ini menjadi asas penting dalam merealisasikan VM2026 sebagai misi nasional ke arah sasaran menarik lebih 47 juta pelawat antarabangsa serta memberikan manfaat ekonomi yang menyeluruh kepada rakyat dan negara.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 31 January 2026

Prime Minister Launches “Cerita Malaysia Kita” At Sunway Lagoon To Kick Off Visit Malaysia 2026

 

SUNWAY LAGOON, 30 January 2026 - Prime Minister of Malaysia YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim officiated the launch of “Cerita Malaysia Kita,” also known as “Our Malaysia Story,” a major public-private partnership designed to celebrate Malaysia’s cultural heritage in conjunction with Visit Malaysia 2026.

Co-hosted by Sunway Lagoon and The Weststar Group, the launch supports the Ministry of Tourism, Arts and Culture’s (MOTAC) efforts to position Malaysia as a vibrant and welcoming destination for both domestic and international visitors.

The launch featured the signing of a Memorandum of Partnership (MoP) between Sunway Lagoon, Tourism Malaysia, and corporate partners supporting Sunway Tiny Toys as well as the Malaysia Attraction Passport (MAP) Programme, in collaboration with Visit Malaysia 2026.

The Malaysian Attraction Passport (MAP) Programme extends an invitation to the world to come and experience Malaysia’s unique charm and attractions.

The launch event featured cultural and musical performances, partner showcases, and a fireworks display, celebrating the richness and diversity of Malaysia’s heritage while providing a multi-sensory experience of the nation’s vibrant identity.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 17 January 2026

Program “Meneroka Malaysia Bersama Wira & Manja”

 

KUALA LUMPUR, 16 Januari 2026 - Program ini dianjurkan oleh Persatuan Penulis-Penulis Sukan Cina Kuala Lumpur dan Selangor dengan kerjasama Global Harmony Foundation (GHF), serta sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), sebagai sebahagian daripada inisiatif jelajah “Meneroka Malaysia Bersama Wira & Manja” bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Antara tarikan utama program ini ialah komponen pemasangan awam berimpak tinggi bertajuk “100 Maskot Wira dan Manja” yang menampilkan zon paparan dan titik foto khas untuk penglibatan orang ramai. Pameran statik ini akan berlangsung dari 16 hingga 18 Januari 2026 di Menara Kuala Lumpur (KL Tower).

Penganjuran program ini bertujuan untuk memberi pelawat pengalaman yang lebih bermakna, meningkatkan jumlah kehadiran pengunjung, serta memperkukuh aktiviti promosi pelancongan negara melalui promosi digital media sosial yang menyeluruh meliluti segmen keluarga dan semua lapisan masyarakat.

Majlis ini telah dihadiri oleh Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II), Tourism Malaysia, serta Puan Baizuri Baharum, Pengarah Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Tenggara.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 14 January 2026

Malaysia rolls out free safety induction for tourism frontline staff

 

The government is offering free safety and induction training to 10,000 tourism workers nationwide, preparing them to meet health and safety standards as Malaysia manages rising visitor numbers under the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign. 

The training programme, Safety Induction for Tourism Industry (SITI), is provided by the Human Resources Ministry in collaboration with the Tourism, Arts and Culture Ministry and will be delivered through the National Institute of Occupational Safety and Health. A budget of 2.65 million ringgit (US$652,725) has been allocated, and the programme is open to frontline tourism workers, including tour guides, hoteliers, drivers, and caterers. 

A New Straits Times report quoted human resources minister Ramanan Ramakrishnan, as having said: “Safety and health cannot be compromised, especially in the service industry. Tourists may have varying expectations when it comes to service, but when it comes to safety, there must be no room for compromise.” 

The one-day programme will comprise seven hours of training and serve as a basic induction on requirements under the Occupational Safety and Health Act 2022. Areas that will be covered in the programme includes occupational safety and health laws, hazard identification specific to the tourism sector and risk control. 

Upon completion, participants will receive a digital safety passport in the form of an e-card, which includes 24-hour insurance coverage for two years. 

Online registration will open on January 25 on the National Institute of Occupational Safety and Health website. 

Ramanan shared: “If the response is encouraging, we will review the programme and consider expanding it further.”

-TTG Asia.

Tuesday, 13 January 2026

Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2026 kini dibuka

 

Geran Sokongan Sektor Kebudayaan (GSSK) 2026 kini dibuka!

Mempunyai idea atau perancangan program seni, budaya dan warisan? Inilah masanya untuk merealisasikannya dengan sokongan Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Permohonan terbuka kepada Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan (NPO), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan organisasi berkaitan sektor kebudayaan di seluruh Malaysia.

Fasa Pertama: 12 Januari 2026 – 31 Mac 2026

Fasa Kedua: 2 Jun 2026 – 28 Ogos 2026

Mohon sekarang!

Maklumat lanjut: https://www.motac.gov.my/geran-sokongan-sektor.../

Pendaftaran: https://e-insentif.motac.gov.my/

-MOTAC.

Thursday, 11 December 2025

Festival Budaya Malaysia 2025 @ Dataran Bandaraya Johor Bahru ( 11 ~ 14 Disember 2025 )

 

Festival Budaya Malaysia kembali lagi!

Masih segar dalam ingatan kemeriahan hampir 300,000 orang pengunjung pada edisi September lalu? Kini, aura, tenaga dan kehebatan yang sama dibawakan khas untuk warga Selatan tanah air!

Nantikan Festival Budaya Malaysia 2025 @ Johor, sebuah perayaan besar-besaran yang menampilkan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia.

Tarikh: 11 – 14 Disember 2025

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam

Lokasi: Dataran Bandaraya, Johor Bahru

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman budaya yang penuh warna-warni dan memukau, hanya di FBM 2025 @ Johor!

-MOTAC.

Wednesday, 3 December 2025

Reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Program Rancakkan MADANI @ Dataran Putrajaya ( 5 ~ 7 Disember 2025 )

 

Singgah ke reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Program Rancakkan MADANI untuk menikmati:

> Aktiviti ‘Virtual Realiti’

> Jualan Kraf & Batik Rahmah

> Demonstrasi Batik & Interaktif Kraf Mewarna Batik

> Persembahan Buskers

> Demonstrasi Arkeologi

> Edaran makanan warisan

> Persembahan kebudayaan

> Jualan batik dan kraftangan

> Sesi interaktif doodles

Dan kemunculan maskot Wira & Manja!

Ini spot yang confirm meriah sepanjang tiga hari! Paling best peluang melihat demonstrasi roti canai terbang dan teh tarik

Tarikh: 5–7 Disember 2025

Lokasi: Dataran Putrajaya

Jom datang ramai-ramai!

-MOTAC.

Tuesday, 18 November 2025

Tiong: Malaysia on track to welcome 47mil tourists for 2026

 

KUALA LUMPUR: Malaysia recorded 24.5 million visitors between January and July this year, a 16.8 per cent increase compared with 21 million in the same period last year. 

Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing said visitor spending had also surged by 174 per cent, reaching RM161.9 billion. 

Citing the Tourism Satellite Account 2024 report, he said the tourism sector contributed 15.1 per cent, or RM291.9 billion, to the national gross domestic product – a 7.4 per cent increase from 2023, which saw a contribution of 14.9 per cent, or RM271.9 billion. 

"Malaysia received 38 million foreign visitors in 2024, an increase of 31.1 per cent compared with the previous year. 

"Visitor expenditure also rose by 43.7 per cent to RM106.8 billion," he said in a written parliamentary reply yesterday. 

Tiong was responding to Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN–Alor Setar) regarding the country's tourism industry achievements and performance for 2024 and 2025, including international tourist arrival statistics, overall tourism sector revenue, as well as the success of major initiatives or programmes that have been implemented.

Tiong said the ministry would continue rolling out various measures to draw more tourists, encourage longer stays and boost spending, adding that these efforts had already yielded encouraging results. 

He added that the government was also prioritising improved accessibility through increased flight frequencies, alongside tourism and cultural programmes, including business events. 

"These efforts aim to achieve the target of 47 million foreign visitors and RM329 billion in tourism revenue for the Visit Malaysia 2026 campaign," Tiong said.

-nst online.

Friday, 14 November 2025

Pusat sehenti MM2H di TRX perkukuh daya tarikan Malaysia kepada ekspatriat

 

KUALA LUMPUR – Program Malaysia Rumah Keduaku atau Malaysia My Second Home (MM2H) melangkah ke era baharu dengan pelancaran pusat sehenti pertama yang diurus sepenuhnya oleh sektor swasta di The Exchange 106, Tun Razak Exchange (TRX). 

Langkah yang diterajui STF Revenue (MM2H) Sdn. Bhd. itu mencerminkan keyakinan berterusan terhadap prospek ekonomi dan daya saing Malaysia di peringkat global.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata, program penempatan jangka panjang seperti MM2H memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi negara.

Menurutnya, usaha menarik warga asing berkualiti untuk menetap di Malaysia bukan sahaja mengukuhkan sektor pelancongan, malah membawa limpahan ekonomi yang meluas. 

“Di bawah seliaan MOTAC, program MM2H terus memainkan peranan penting dalam menarik kedatangan ekspatriat dan pelabur asing yang ingin membina kehidupan serta peluang di Malaysia. 

“Kerangka baharu MM2H yang berperingkat, SEZ, Silver, Gold dan Platinum  memperkenalkan lebih banyak pilihan dan kejelasan kepada warganegara dunia,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran tersebut. 

Tambahnya, ia direka bukan sahaja untuk menarik mereka yang ingin menetap di Malaysia, tetapi juga mereka yang ingin berkembang dan melabur di sini, dalam sektor hartanah, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelbagai sektor lain. 

Sehingga Julai 2025, MOTAC telah merekodkan lebih 3,300 permohonan baharu bagi program MM2H, membabitkan anggaran RM300 juta dana asing serta pelaburan hartanah melebihi RM430 juta. 

Ini mencerminkan keyakinan antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menetap dan melabur.

Sementara itu, Pengarah Operasi Antarabangsa STF Revenue, Jonathan Low Choon Wai berkata, pusat sehenti di TRX diwujudkan bagi memudahkan proses serta memberikan pengalaman yang lebih selesa dan cekap kepada peserta program. 

“Kami mahu menjadikan pengalaman hidup di Malaysia sesuatu yang mudah, selesa dan menarik untuk pelabur, pesara dan profesional antarabangsa. 

Kehadiran kami di sini mencerminkan keyakinan terhadap negara sebagai hab gaya hidup dan pelaburan serantau,” jelasnya. 

STF Revenue (MM2H) Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat di bawah STF Group, sebuah kumpulan korporat tempatan yang telah berkembang pesat sejak ditubuhkan pada 2016. 

Bermula sebagai penyedia perkhidmatan tenaga kerja dan pengurusan pekerja asing, STF Group kini mengurus pelbagai operasi termasuk pemutihan tenaga kerja, pengendalian asrama pekerja, perkhidmatan kebersihan, serta pembangunan sistem pengurusan berasaskan teknologi. 

Kumpulan ini turut meluaskan portfolio perniagaannya ke dalam sektor pelancongan jangka panjang menerusi lesen rasmi bagi program Malaysia My Second Home (MM2H) dan Premium Visa Programme (PVIP), selain menawarkan perkhidmatan pengurusan pembantu rumah. 

Majlis tersebut turut menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara STF Revenue dan Rivertree Group. 

Pemeteraian perjanjian kerjasama melibatkan dua tokoh industri iaitu Pengarah Urusan STF Group Datuk Wira Joey Yan daripada STF Group dan Pengarah Urusan Kumpulan Rivertree Group, Datuk Simon David Leong. 

Kerjasama terbabit bakal membuka ruang baharu bagi menarik minat pembeli antarabangsa untuk melabur dalam hartanah tempatan sambil mendapatkan sokongan visa dan penempatan jangka panjang melalui STF Revenue. 

Datuk Simon berkata, mereka ingin memastikan apabila seseorang memilih Malaysia, mereka bukan hanya membeli rumah atau mendapatkan visa, tetapi membina kehidupan di sini. 

Turut memperkukuh ekosistem ini ialah kerjasama STF dengan pemain-pemain industri lain seperti penerbangan dan kewangan melalui Batik Air, yang menawarkan tiket penerbangan pergi balik percuma bernilai sehingga RM5,000 kepada pemohon MM2H yang layak di bawah program Batik x STF. 

Manakala kolaborasi STF dengan bank-bank tempatan pula menyediakan khidmat pembukaan akaun deposit tetap dan nasihat kewangan untuk pemohon-pemohon baru. 

Langkah strategik ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan STF Group untuk menyokong agenda pelancongan dan pelaburan negara, selaras dengan persiapan Malaysia menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang dijangka menarik lebih ramai pelabur, pesara dan profesional antarabangsa ke negara ini.

–Kosmo! Online.

Thursday, 13 November 2025

Tourism Ministry: Physical visibility must be enhanced ahead of Visit Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR: The Tourism, Arts and Culture Ministry has acknowledged the need to enhance physical visibility and on-ground promotion for Visit Malaysia Year 2026, set to begin in just two months. 

Its deputy minister Khairul Firdaus Akbar Khan said that while the government had already begun international and domestic promotions, the current campaign placed greater emphasis on digital platforms. 

"We have carried out various promotions, though this time our approach is slightly different as it focuses more on digital promotion. 

"When we talk about a digital approach, it may not be visible physically, but I must admit that in terms of physical visibility, we need to enhance and intensify our efforts. 

"Although time is short, we still have enough to take note of what has been raised," he said when winding up the debate on the Supply Bill 2026 at the committee stage today. 

Khairul Firdaus said this in response to Datuk Willie Mongin (GPS–Puncak Borneo), who questioned the apparent lack of promotional activity compared with past Visit Malaysia campaigns.

Willie noted that previous editions were marked by banners, gateways and nationwide excitement, while this year's efforts seemed "quiet, cold and dull". 

"As we approach Visit Malaysia Year 2026 in just two months, I have noticed that there has been no publicity, either internationally or domestically. 

"I still remember that in previous campaigns, there were grand gateways, large banners and pamphlets everywhere when we went to the airport. 

"It really felt like we were ushering in a new year, celebrating Visit Malaysia Year but this time, it feels rather quiet, very cold and dull. What has happened?" said Willie. 

Meanwhile, Khairul Firdaus (GRS–Batu Sapi) said several high-impact programmes were already being lined up in Sarawak for 2026, including the Rainforest Music Festival, Borneo Jazz Festival, Kapit Dayak Cultural Festival and the Borneo Craft Festival in line with Visit Malaysia Year 2026. 

He added that promotions for these events were ongoing through Malaysian tourism offices abroad and that special travel packages were being created to showcase Sarawak's rich cultural heritage. 

In a light-hearted remark at the end of his speech, Khairul Firdaus said that in conjunction with next year's Visit Malaysia Year, all lawmakers are "appointed as ambassadors" to promote Malaysia across the world.

-nst online.

Wednesday, 22 October 2025

1.3 bilion capaian digital promosi Malaysia

 

PETALING JAYA: Penyertaan lebih 100 pempengaruh dan pencipta kandungan dari 19 negara pada All Star Influencers Award (ASIA) 2025 di Kuala Lumpur, Ahad lalu, menjadi pemangkin kepada usaha kerajaan dalam menarik pelancong luar menerusi inisiatif mempromosikan negara secara digital selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026. 

Sejak beberapa bulan lalu, pempengaruh termasuk dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, India, Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Mesir, Jordan dan beberapa lagi menjelajah ke pelbagai destinasi pelancongan utama di seluruh negara, seperti Melaka, Sabah, Pulau Pinang, Kedah, Johor dan Sabah. 

Inisiatif ini dilihat cukup strategik dalam memperkenalkan khazanah dan budaya negara di mata dunia melalui sebaran kandungan dalam talian dengan pelbagai cara serta kreativiti. 

Melalui aktiviti penciptaan kandungan kreatif dan pelbagai cabaran digital, pempengaruh terbabit berjaya membawa lebih 1.3 bilion capaian digital tontonan di pelbagai platform media sosial, mengatasi rekod tahun lalu sebanyak 518 juta tontonan.

Penganjur ASIA 2025, Datuk Abd Rahman Soltan, berkata acara ini menjadi menjadi platform menggabungkan dunia digital dan pelancongan secara unik, sekali gus membuka peluang kepada bakat pempengaruh dari seluruh Asia dan Asia Barat untuk memperkenalkan keunikan Malaysia kepada global. 

"Lebih 1.3 bilion capaian digital tontonan membuktikan bahawa gabungan kreativiti digital dan promosi pelancongan mampu mencipta impak besar dalam memperluaskan jangkauan serta meningkatkan kesedaran terhadap destinasi dan budaya kita. 

"Ini menunjukkan gabungan kreativiti, teknologi dan sokongan bersepadu, kita boleh membawa Malaysia ke persada dunia digital dengan lebih berkesan. Kami percaya bahawa pengaruh digital kini memainkan peranan penting dalam membentuk imej negara dan membuka peluang baharu dalam industri pelancongan.

"Kami mahu ASIA 2025 menjadi ruang bagi pencipta kandungan untuk mengasah bakat, berkongsi inspirasi dan bersama-sama memajukan industri digital dan pelancongan di rantau ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas pengumuman pemenang pada malam kemuncak ASIA 2025 di sini, Ahad lalu. 

Abd Rahman berkata, inisiatif diambil untuk menarik pelancong luar ke Malaysia melalui jalan media sosial dilihat sebagai langkah strategik memandangkan platform maya itu sedang menjadi tumpuan seluruh dunia ketika ini. 

"Tujuan kami memang untuk mempromosikan industri pelancongan di Malaysia. Jadi, saya fikir pintu utama negara ini penting supaya ramai pelancong dari luar negara nampak Malaysia. 

"Kalau kita tidak menggunakan produk sedia ada seperti media sosial yang paling disukai ramai buat masa ini, saya rasa itu suatu kerugian. Jadi, saya mengambil satu langkah untuk menggabungkan pempengaruh dari seluruh dunia. 

"Melalui acara ini, mereka ke Malaysia supaya dapat berkumpul dan menyediakan pelbagai kandungan berbeza dalam negara kita. Ini satu cara promosi yang agak berbeza," katanya yang turut menyasarkan penyertaan dari 30 negara untuk edisi akan datang. 

Malam kemuncak ASIA 2025 menyaksikan pelakon dan pempengaruh media sosial terkenal dari Vietnam, Cindy mengungguli anugerah utama, iaitu Pempengaruh Terbaik dengan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$15,000 (RM63,360), trofi dan tiket penerbangan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Cindy atau nama sebenar, Huỳnh Thị Diá»…m Mi, 24, berkata dia sama sekali tidak menjangka mampu merangkul kemenangan utama. 

"Saya tidak menjangka kemenangan ini. Terima kasih kepada semua pihak yang sudah memilih saya. Wang kemenangan ini saya akan manfaatkan untuk kegunaan keluarga terlebih dahulu," katanya. 

Cindy yang turut membawa pulang trofi Pencerita Terbaik pada malam kemuncak ASIA 2025 berkata, dia terbuka untuk bekerjasama dengan produksi di Malaysia. 

"Kalau ada tawaran dan sekiranya saya diberi peluang berlakon di Malaysia, saya sedia belajar Bahasa Melayu," katanya. 

Tempat kedua dirangkul pempengaruh dari Indonesia, Sheren Natalia yang membawa pulang trofi, wang tunai AS$15,000 (RM21,120) dan percutian ke Dubai. 

Pempengaruh Kemboja, Rainne Dara menduduki tempat ketiga dan membawa pulang wang tunia AS$3,000 (RM12,672) dan tiket penerbangan sama. 

Trofi bagi kategori Kulinari Terbaik menjadi milik pencipta kandungan dari Thailand, Pep Kemika yang tampil dengan video mencari makanan di Johor dan Pahang. 

Kategori Suntingan Terbaik dimenangi pempengarug Filipina, Herony yang banyak menghasilkan video dengan 'transition' berkualiti. 

Program jelajah ini bermula di Johor dan Pahang, Julai lalu, disusuli Melaka dan Selangor, Ogos lalu diikuti Pulau Pinang dan Langkawi, September lalu dan berakhir di Sabah pada pertengahan bulan ini. 

Program berskala besar ini mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Tourism Malaysia. 

MOTAC bertindak sebagai rakan strategik utama dalam mempromosikan kempen TMM 2026 serta mengangkat industri pelancongan digital negara ke pentas antarabangsa.

-berita harian online.