Monday, 26 October 2026

Perpatih Fest 2026 @ Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan ( 30 Oktober ~ 1 November 2026 )

 

Perpatih Fest 2026 Kembali Lagi!

Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026 (Jumaat – Ahad)

Masa: 9.00 Pagi – 11.00 Malam

Lokasi: Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan

Dengan tema:

“Adat Dijaga, Warisan Terpelihara”

Perpatih Fest 2026 kembali menemui anda dengan tiga (3) hari penuh kemeriahan, menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik bagi mengangkat keunikan Adat Perpatih, memperkenalkan khazanah warisan Negeri Sembilan serta menyemarakkan kepelbagaian budaya, kesenian dan tradisi masyarakat.

Antara pengisian Menarik Yang Menanti Anda:

> Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026

> Seminar Adat Perpatih: “Ibu Soko: Peranan dan Perspektif dari Mata Masyarakat”

> Seminar Wacana Persenjataan Alam Melayu 2026

> Forum Perdana

> Malam Gala Perpatih Fest

> Demonstrasi Masakan Tradisional

> Jualan Makanan dan Produk Tempatan

> Pertandingan Busana Tradisional Negeri Sembilan

> Pertandingan Permainan Tradisional Pertandingan Kolaj Keluarga

> Pertandingan Terombo

> Pertandingan Nyanyian Lagu Kontemporari Negeri Sembilan

> Pertandingan Masakan Tradisional Luak-Luak

> Reruai Uji Rasa, Demonstrasi Masakan dan Jualan Luak Beradat

> Persembahan Kesenian Luak

> Reruai Antarabangsa

> Reruai Rentas Negeri

> Reruai Etnik

> Pameran Muzium Kita

> Jualan Rahmah MADANI

> Slot Bersama Chef Selebriti

> Pasport Anak Adat

> Majlis Penutup Perpatih Fest 2026

… Dan Pelbagai Lagi Aktiviti Menarik Menanti Anda!

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

> Mengenali dan menghayati keunikan Adat Perpatih.

> Mendalami sejarah dan warisan Negeri Sembilan.

> Menikmati kepelbagaian juadah tradisional daripada Luak-Luak, komuniti etnik dan antarabangsa.

> Menyaksikan keunikan persembahan kebudayaan dan kesenian.

> Menjelajahi pelbagai reruai, pameran dan produk tempatan.

> Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mengenali warisan negeri.

Ayuh, Kita Meriahkan Perpatih Fest 2026!

Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menghayati, menghargai serta melestarikan Adat Perpatih dan warisan Negeri Sembilan agar terus terpelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Moh Dogheh! Kito Pakat Ghamai-Ghamai Ko Perpatih Fest 2026!

Jumpa anda di Muzium Negeri, Seremban pada 30 Oktober hingga 1 November 2026!

Adat Dijaga, Warisan Terpelihara!

-Muzium Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.