Showing posts with label Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kedah. Show all posts

Friday, 7 August 2026

Citra Malaysia: Colours of Malaysia @ Menara Alor Setar, Kedah ( 14 Ogos 2026 )

 

Saksikan Keindahan Warisan Seni Budaya Malaysia!

Ayuh hadir memeriahkan Citra Malaysia: Colours of Malaysia, sebuah persembahan yang menghimpunkan kepelbagaian seni budaya negara menerusi tarian pelbagai kaum, tarian identiti negeri, muzik dan nyanyian dalam satu pentas yang penuh warna-warni.

Tarikh: 14 Ogos 2026 (Jumaat)

Masa: 8.45 malam

Lokasi: Menara Alor Setar, Kedah

Nikmati persembahan istimewa daripada:

> Kumpulan Satelit JKKN Kedah

> Kumpulan Muzik Dendang Lipur

Masuk PERCUMA!

Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk bersama-sama menghayati keunikan seni dan budaya Malaysia dalam suasana yang penuh meriah.

Jumpa anda di Menara Alor Setar!

-Kedah Tourism.

Wednesday, 22 July 2026

Sesi Libat Urus Langkawi Perkukuh Kerjasama Industri Pelancongan Antara MOTAC, Kerajaan Negeri Kedah Dan Penggiat Industri

 

LANGKAWI, 21 Julai 2026 — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menerusi Tourism Malaysia hari ini menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan di Aloft by Marriott, Langkawi. Program ini menghimpunkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), wakil agensi kerajaan, pengusaha hotel, pengendali produk pelancongan, persatuan pelancongan serta penggiat industri bagi memperkukuh kerjasama strategik dan menyelaras usaha pembangunan sektor pelancongan negara.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, diiringi YBhg. Dato' Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC, dan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Turut hadir YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, serta YBhg. Datuk Seri Haji Iskandar bin Datuk Haji Mohd Kaus, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Kira-kira 200 penggiat industri pelancongan dari seluruh Pulau Langkawi turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan MOTAC dalam memperkukuh hubungan antara sektor awam dan swasta bagi merancakkan pembangunan pelancongan negara. Kerjasama erat bersama-sama kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan penggiat industri amat penting dalam memperkasakan promosi destinasi, meningkatkan kualiti produk pelancongan serta memastikan pemeliharaan aset pelancongan secara mampan. Sehubungan itu, sesi libat urus ini menjadi platform strategik untuk bertukar pandangan, mengenal pasti cabaran semasa serta merangka inisiatif baharu yang mampu meningkatkan daya saing Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 20 May 2026

Fam Trip: Surreal Experience In The North – Kedah Perlis

 

Tourism Malaysia melalui Pejabat Tourism Malaysia Wilayah Utara telah menganjurkan FamTrip Surreal Experience In The North - Kedah Perlis pada 13 hingga 16 Mei 2026 di Negeri Kedah (Tanah Besar) dan Perlis.

Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada wakil media tempatan, pempengaruh dan wakil agensi pelancongan dari Wilayah Utara. Objektif program ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan di Negeri Kedah dan Perlis, khususnya dalam segmen gastronomi dan agropelancongan, sekali gus memperkukuhkan lagi promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Tanjung Dawai,  Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Galeri Tsunami, Pasar Bisik Kuala Muda, Perkampungan Melayu Seri Banian, Kilang Mak Bee, Din Laksa Beras Telok Kechai, Bukit Kodiang, Kampung Warna Warni, Kafe Santai D'Sungai Derga, Ladang HarumanGo, dan Superfruit Valley.

-Tourism Malaysia.

Friday, 17 April 2026

Semarak Seni Visual Kedah 2026 @ Village Mall Sungai Petani, Kedah ( 24 ~ 26 April 2026 )

 

Kemeriahan seni kini kembali !

SEMARAK SENI VISUAL KEDAH 2026 akan berlangsung pada 24-26 April 2026 di Village Mall, Sungai Petani, Kedah.

- Pameran dan jualan lukisan

- Produk seni dan kraf

- Bengkel seni

- Pertandingan mewarna

- Pertandingan melukis

- Meet & greet bersama pelukis

- Tempahan potret dan karikatur

- Lukisan kopi

- Demo melukis

- Art jamming

- Majalah Sempoi

- Pameran agensi dan institusi

Mai ramai-ramai semarakkan seni dan jumpa nanti

-Angkatan Pelukis Kedah.

Wednesday, 11 March 2026

DamCamp Pedu 2026 @ Tasik Pedu, Kedah ( 17 ~ 19 April 2026 )

 

Salah satu acara ‘signature’ negeri Kedah, DamCamp Pedu 2026 bakal kami bawakan kepada anda pada 17–19 April 2026!

Bertempat di lokasi penuh pesona, Tasik Pedu, program ini menjanjikan pengalaman luar biasa dengan keindahan alam semula jadi yang memukau.

Pelbagai aktiviti menarik menanti para peserta — bukan sahaja aktiviti air dan darat, malah turut menampilkan pengisian berteraskan warisan serta kebudayaan tempatan. Lebih meriah, DamCamp juga menghimpunkan pelbagai komuniti termasuk pencinta kenderaan klasik!

Tahun lalu, acara ini berjaya menarik penyertaan bukan sahaja dari dalam negara, malah dari luar negara termasuk Eropah. Jadi, takkan kita di sini tak mahu turut serta merasai sendiri pengalaman hebat di Tasik Pedu, kan?

Pendaftaran kini dibuka!

Daftar segera di pautan berikut:

https://damcamp.onpay.my/order/form/damcamp2026p

Kami menjemput semua dari seluruh negara untuk hadir memeriahkan acara ini di Kedah.

Ayuh, kita jumpa di DamCamp Pedu 2026!

-Kedah Tourism.

Tuesday, 9 September 2025

Malaysia World Band Competition (MWBC) & Malaysia National Band Competition (NATCOMP) kembali ke Kedah ( 11 ~ 14 September 2025 )

 

Malaysia World Band Competition (MWBC) & Malaysia National Band Competition (NATCOMP) kembali ke Kedah

> Lebih 70 pasukan

> 5,700 peserta dari Malaysia & antarabangsa

> 250 persembahan meriah – pancaragam padang, perarakan jalanan, pertarungan muzik, colour guards & seni konsert pancaragam!

Saksikan kemeriahan warna, tenaga & kreativiti dari pasukan hebat termasuk Pancaragam Jember (Indonesia) serta delegasi antarabangsa dari Afrika Selatan, Thailand, Filipina & Sri Lanka!

Acara muzik pancaragam terbesar Kedah sempena Visit Kedah 2025 – jangan lepaskan!

-Kedah Tourism.

Thursday, 17 July 2025

Festival Hari Muzium Antarabangsa 2025 @ Muzium Padi, Kedah ( 23 ~ 29 Julai 2025 )

 


Isi masa lapang anda bersama keluarga hujung bulan ini dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan sepanjang Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025 Kedah.

Disertakan jadual penuh sepanjang Festival Hari Muzium Antarabangsa berlangsung di Muzium Padi, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Jangan lupa ikuti kami di :

FACEBOOK : https://www.facebook.com/lembagamuziumnegerikedahdarulama...

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/lembagamuziumnegerikedah/

YOUTUBE : https://youtube.com/@MUZIUMNEGERIKEDAH

THREADS : https://www.threads.net/@lembagamuziumnegerikedah

-Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Saturday, 24 May 2025

Festival Hari Muzium Antarabangsa 2025 @ Muzium Padi, Kedah ( 23 ~ 29 Julai 2025 )

 

Festival yang dinanti bakal tiba!

Kami dengan sukacitanya mengumumkan, Festival Hari Muzium Antarabangsa 2025 akan diadakan pada :

Tarikh: 23 hingga 29 Julai 2025

Lokasi: Muzium Padi, Alor Setar, Kedah

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda.

Daftar Percuma Sekarang : https://events.againstar.com/detailevent/19

-Lembaga Muzium Negeri Kedah.

Thursday, 22 May 2025

Penyertaan Tourism Malaysia di Pameran LIMA 2025

 

Langkawi 2025 (LIMA'25) yang berlangsung di Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi bermula pada 20 sehingga 24 Mei 2025.

Majlis perasmian pembukaan pameran dan “Opening Gambit” TUDM telah disempurnakan oleh YAB PM.

Pada hari pertama pameran, booth Tourism Malaysia telah menerima kunjungan daripada YBhg. Datuk Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama delegasi beliau. Turut hadir ialah EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah, Ahli Parlimen Langkawi, serta delegasi antarabangsa dan tetamu kehormat kerajaan yang mengambil bahagian dalam LIMA’25.

Para pengunjung booth turut diberi peluang untuk merasai pengalaman realiti maya (VR) yang interaktif serta mengambil gambar dengan bertemakan kempen VM2026 di sudut bergambar “Insta Photo” Tourism Malaysia.

-Tourism Malaysia.

Experience The 'Colours Of Langkawi' Sempena LIMA Langkawi 2025 @ Dataran Chenang, Langkawi ( 21 ~ 24 Mei 2025 )

 

Experience The 'Colours Of Langkawi' Sempena LIMA Langkawi 2025!

Berita baik untuk semua pengunjung LIMA'25! Sempena LIMA Langkawi 25, jom ramai-ramai ke Dataran Chenang untuk alami sendiri keunikan seni, budaya dan tradisi Malaysia yang memang tak lapuk dek zaman.

Tarikh: 21 - 24 Mei 2025 (Rabu - Sabtu)

Masa: 5:00 PM - 11:30 PM

Lokasi: Dataran Chenang, Langkawi, Kedah

Jangan lepaskan peluang ni! Bawa satu keluarga, ajak kawan-kawan – lepak sambil layan persembahan budaya di tepi pantai.

Masuk adalah PERCUMA!

Tunggu apa lagi? Mai ramai-ramai pakat

-Kedah Tourism.

Wednesday, 21 May 2025

Reruai Tourism Malaysia Meriahkan Lima ’25 Dengan Promosi Produk Pelancongan Negara

 

Tourism Malaysia, agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membuka reruai promosi sepanjang penganjuran LIMA ’25 di Langkawi, menampilkan pelbagai produk dan daya tarikan pelancongan negara.

YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC turut meluangkan masa melawat reruai Tourism Malaysia dan diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Haji Mohd Salleh bin Saidin, EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Negeri Kedah.

Lawatan dan kunjungan ini mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara MOTAC dan Kerajaan Negeri dalam memacu industri pelancongan negara.

-MOTAC.

Thursday, 10 April 2025

1.6mil LED lights illuminate Taman Jubli Emas in Alor Star

 

ALOR STAR: More than 1.6 million LED bulbs are lighting up the festive atmosphere in Kedah as the Luna Lights Wonderland event makes its debut in Alor Star under the Visit Kedah Year 2025 (VK2025) campaign. 

Held for the first time at Taman Jubli Emas here, the month-long light-themed attraction is open nightly from 7pm to midnight until May 4. 

Spanning seven to eight acres, the showcase offers a dazzling visual experience for visitors of all ages. 

State Tourism, Culture, Arts and Entrepreneurship Committee chairman Datuk Mohd Salleh Saidin said the event not only adds colour to the festive season but also serves as a major draw for domestic tourism.

"This event could not have come at a better time. It livens up our Aidilfitri celebrations and contributes significantly to the excitement of Visit Kedah Year 2025. 

"This entire area is beautifully lit, with more than 1.6 million LED lights creating a magical atmosphere.

"Visitors can take photos, and I believe the memories made here will stay with them for a long time," he told reporters at the launch yesterday. 

Salleh said the event is expected to attract between 80,000 and 100,000 visitors, with promotions targeting neighbouring states such as Perlis, Penang and Perak. 

He said it had long been his wish to bring the award-winning attraction to the capital and thanked the organisers for making it a reality. 

Salleh also reminded the public to play their part in maintaining cleanliness and protecting the installations to ensure a pleasant experience for all. 

"Tourism is a dynamic sector, and it requires collective support from all sectors — from government agencies to private companies and the people of Kedah themselves," he added. 

Meanwhile, Luna Lights Wonderland's business and development manager Nabilah Afifah Mohd Fekeri said the Alor Star edition is the first to feature seven thematic zones. 

"For your information, this time we're presenting seven main themes because the size of the park is large. 

"Compared to the previous edition in Jitra, which showcased only five, we've added two more here — a cat-themed zone and a mysterious 'Forest Steam' area using mist effects," she said. 

She said the number of light bulbs had also increased, from 1.2 million in Jitra to 1.6 million in the Alor Star showcase. 

As part of its outreach initiative, 30,000 complimentary tickets are being distributed to selected primary schools around Alor Star in collaboration with the State Economic Planning Unit (BPEN).

-nst online.

Sunday, 30 March 2025

Up to 75pc of hotel rooms in Kedah fully booked for Raya period

 

ALOR STAR: Hotel bookings in Kedah for the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations have reached between 60 and 75 per cent occupancy as of yesterday. 

Malaysian Association of Hotels (MAH) Kedah/Perlis chapter chairman Eugene Dass believes the rate could rise further as more outstation Kedahans return home for the festivities and travellers seize the long weekend to holiday. 

"As of yesterday, our members reported an occupancy rate of between 60 and 75 per cent for hotels in both Langkawi and mainland Kedah during the Hari Raya period," he said. 

"For mainland hotels, most guests are either returning to their hometowns or are regular travellers. Langkawi, on the other hand, is seeing a mix of locals returning to celebrate Hari Raya and tourists visiting for the holiday," he said.

Dass also expressed confidence that the occupancy rate would exceed 75 per cent, citing trends from previous years. 

"We expect a higher occupancy, especially with last-minute travellers adding to the demand," he said.

As the festive season approaches, thousands of outstation Kedahans have already begun their journey back to their hometowns to celebrate. 

In addition, the state government has launched the 'Visit Kedah Year 2025' campaign to further boost tourism and promote local attractions.

-nst online.

Sunday, 23 March 2025

Aplikasi Experience Jerai Hill Dilancar, Beri Kemudahan Kepada Pengunjung Gunung Jerai

 


Alor Setar / 23 Mac 2025 - Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor hari ini melancarkan aplikasi Experience Jerai Hill, bagi memberi lebih banyak kemudahan kepada orang ramai yang berkunjung ke Gunung Jerai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Dato' Wira Isahak Murat, aplikasi itu dibangunkan pihaknya setelah mendapati sambutan terhadap destinasi pelancongan popular itu kian menggalakkan. 

Selain itu katanya, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha PKNK untuk menjadikan Gunung Jerai sebagai destinasi pelancongan utama di utara tanah air.

"Secara ringkasnya, orang ramai boleh  menggunakan aplikasi ini untuk melakukan sebarang urusan berkaitan pelancongan di Gunung Jerai seperti tempahan bilik di The Jerai Hill Resort, selain urusan meletak kereta di kaki gunung.

"Selain itu, mereka juga boleh membuat tempahan untuk pelbagai aktiviti yang disediakan di The Jerai Hill Resort termasuk 'sky bike', selain membuat tempahan makanan mengikut selera masing-masing," katanya selepas mengiringi Menteri Besar melancarkan aplikasi tersebut dalam satu majlis diadakan di Ukir Mall, dekat sini.

Dato' Wira Isahak Murat menambah, usaha membangunkan aplikasi itu merupakan sebahagian daripada usaha PKNK untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada para pelancong bersempena Tahun Melawat Kedah 2025.

"Sebenarnya kami memiliki banyak lagi perancangan untuk menjadikan Gunung Jerai sebagai destinasi pelancongan utama di utara Malaysia. Antaranya, kami memiliki perancangan untuk  menambah jumlah bilik di Jerai Hill Resort berikutan permintaan yang sangat menggalakkan.

"Malah pada tahun depan, para pengunjung dijangka boleh merasai pengalaman 'glamping' di Gunung Jerai. Dalam masa sama, kami turut menaik taraf kemudahan-kemudahan di situ termasuk pertambahan tandas, turapan jalan lebih baik serta penelitian terhadap aspek kebersihan agar para pengunjung memperolehi kenangan indah setiap kali berkunjung ke Gunung Jerai," katanya.

Experience Jerai Hill dijangka dapat dimuat turun oleh pengguna android dan iOS tidak lama lagi dengan usaha sedang dijalankan PKNK untuk mengembangkan lagi aplikasi tersebut kepada produk-produk pelancongan lain di sekitar Gunung Jerai, agar lebih banyak manfaat dapat diperolehi pengguna serta pengusaha pelancongan setempat.

-Kedah Tourism.