Showing posts with label Malaysia Fruits. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Fruits. Show all posts

Thursday, 24 September 2026

Tourism Malaysia Lancar Pakej Edu+ 2.0, Pakej Eatventure Dan Taste Of Orchard

 

KUALA LUMPUR — Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Pelancongan Pendidikan Edu+ 2.0, EatVenture dan Pakej Taste of Orchard bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026–2027, sebagai usaha mempelbagaikan portfolio produk pelancongan berasaskan pengalaman untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Pelancaran ini memperkenalkan sebanyak 118 pakej dan itinerari pelancongan yang  terdiri daripada 29 pakej Edu+ 2.0, 23 pakej gastronomi EatVenture dan 66 pakej agropelancongan (Taste of Orchard), sekali gus menawarkan pilihan pengalaman yang merangkumi aspek pendidikan, makanan, kebudayaan, alam semula jadi, pertanian dan komuniti setempat.

Pakej Pelancongan Pendidikan Edu+ 2.0 dibangunkan melalui kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Institusi Pendidikan Swasta (NAPEI) dengan penglibatan institusi pendidikan, agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan serta pemain industri berkaitan.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 1 August 2026

Malaysia Fest 2026 In Singapore: Tourism Malaysia Unveils Durian Packages “Klang Valley Edition”

 

SINGAPORE — Capitalising on the peak of the mid-year durian season, Tourism Malaysia has officially unveiled its Durian Packages (Klang Valley Edition). The initiative was launched by the Deputy  Minister of Agriculture & Food Security Malaysia, The Honourable Datuk Chan Foong Hin together with the newly appointed High Commissioner of Malaysia to Singapore, Her Excellency Datin Paduka Anizan Siti Hajjar Adnin, during the 9th edition of Malaysia Fest held in Singapore.

Timed to coincide with the peak harvest of the "King of Fruits", the Klang Valley Edition combines Malaysia's renowned durian experiences with the vibrant attractions of the nation's capital. Visitors to Malaysia Fest 2026 can discover thoughtfully curated itineraries that seamlessly blend modern city experiences with authentic visits to durian orchards located just outside bustling Kuala Lumpur. From shopping at world-class malls and exploring iconic city landmarks to indulging in premium, freshly harvested Musang King durians at nearby orchards, the packages offer travellers the best of both worlds.

Mr Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia, said, “Durian has evolved from just a seasonal fruit into a compelling travel motivator. With the Klang Valley Edition, we aim to show travellers that they do not have to choose between a cosmopolitan city holiday and an authentic, farm-to-table durian feast. You can easily shop at world-class malls in the morning and be cracking open a fresh, naturally fallen Musang King in an orchard by the afternoon. We anticipate this will provide a significant boost to our tourism arrivals from Singapore, especially for the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign.”

-Tourism Malaysia.

Monday, 6 July 2026

Asia’s First And Largest Integrated Durian Experience Centre And Malaysia Durian Festival 2026 Launched In Kuala Lumpur

 

KUALA LUMPUR, 4 July 2026 – The Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX) was officially opened, marking the establishment of Asia’s first and largest integrated durian experience centre.

The ceremony was officiated by the Minister of Tourism, Arts and Culture, YB Dato Sri Tiong King Sing, with the presence of the Secretary-General of the Ministry of Tourism, Arts and Culture, Datuk Shaharuddin Abu Sohot; Senior Director of Advertising & Digital Division and Head of Secretariat Visit Malaysia 2026, Mr. Mohd Akbal Setia; Managing Director of MyBolehBoleh, Mr. Edison Phang; and Founder and Director of the Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX), Mr. Ang Kean Wee.

In conjunction with the opening, KLDEX also launched the Malaysia Durian Festival 2026, themed “One Durian. A Whole Malaysia.” The festival is set to celebrate Malaysian durian as a unique tourism product and cultural heritage, offering visitors immersive experiences through durian tastings, cultural storytelling, interactive exhibitions, theatre performances, workshops, and a curated selection of food, beverages and retail products.

The establishment of KLDEX and the launch of the Malaysia Durian Festival 2026 reflect ongoing efforts to strengthen Malaysia’s tourism offerings by promoting experiential and gastronomy tourism. The initiative is expected to enhance the country’s appeal as a premier travel destination while creating greater opportunities for local communities, tourism stakeholders and the durian industry, in support of the aspirations of Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 16 December 2025

Edisi Ke-2 Risalah Sabah Agro Tourism Dilancarkan: Rasai Keistimewaan Durian Sabah

 

Kota Kinabalu, 13 Disember 2025 – Dalam usaha memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Sabah, Tourism Malaysia Sabah bersama rakan strategiknya, Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa) telah melancarkan risalah Sabah Agro Tourism – A Unique Sabah’s Farmland Experience (Edisi ke-2).

Pelancaran yang diadakan di Dking, Segama Kota Kinabalu itu turut disempurnakan dengan kehadiran YB. Menteri Pertanian, Perikanan dan Makanan Sabah, YBhg. Datuk Jamawi Jaafar.

Edisi terbaharu ini meneruskan kejayaan edisi pertama yang telah dilancarkan pada bulan Ogos 2024 dengan menampilkan 24 pengusaha ladang buah-buahan tempatan serta pakej agropelancongan yang mempromosikan Tamparuli, Menggatal, Papar, Tenom, Tawau dan beberapa lokasi luar bandar lain yang terkenal dengan kepelbagaian pilihan durian dan buah-buahan tropika.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 16 July 2025

Bengkel Pembangunan Pakej Pelancongan Agro 2025

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Pakej Minat Khas AgroPelancongan pada 8 hingga 10 Julai 2025 di Negeri  Selangor dan Perak.

Program ini menghimpunkan 16 wakil agensi pelancongan dengan objektif memperkenalkan produk agropelancongan yang berpotensi di negeri Selangor dan Perak sebagai antara tumpuan segmen pelancongan domestik menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi lawatan termasuk Saudagar Nenas, Durian BB Academy, Mardi Kuala Kangsar, Hoga Gaharu Tea Valley, Gopeng Agrotech, Zahara Garden dan Tambun Musk Melon.

Sesi bengkel turut diserikan dengan kehadiran Mohamad Aizat bin Mohd Zawawi, Pegawai Tadbir Kanan, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta, MARDI; Zulhymi Effendy bin Zakaria, Pegawai Eksekutif, Tourism Perak; dan Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia yang turut memberikan input bermanfaat kepada para peserta.

Tourism Malaysia terus komited dalam menyokong pembangunan pelancongan berasaskan komuniti dan pertanian dalam usaha memperluas ekosistem pelancongan berimpak tinggi menjelang VM2026.

-Tourism Malaysia.

Friday, 11 July 2025

Karnival Durian Lembah SAHOM 2025 - River Of Life @ Shahom Valley Resort, Kampar, Perak ( 19 Julai, 26 Julai, 2 Ogos & 9 Ogos 2025 )

 

Karnival Durian Lembah SAHOM 2025 - River Of Life

Tarikh: Setiap SABTU (19 Julai - 9 Ogos 2025)

Lokasi: Sahom Valley Resort, Kampar, Perak

4 Hujung Minggu Penuh Aktiviti!

> Jualan Durian

> Pelbagai Pertandingan & Aktiviti:

•  Masakan Durian • Memancing • Permainan Tradisional • Mewarna Kanak-Kanak • Catur, Congkak, Dam Aji & Carrom • Gubahan Buah-buahan

> Wayang Pacak

> Bengkel Seramik & Anyaman Tikar

> Aktiviti CSR

> Cabutan Bertuah!

Nikmati keindahan sungai, kampung & budaya tempatan

Rasai suasana santai, penuh nostalgia & warisan

Masuk adalah PERCUMA! Bawa keluarga & kawan-kawan!

Hubungi:

01155025898 (Pn Anisah)

0122122480 (En Firdaus)

0124882480 (Pn Wani)

-Tourism Perak.

Tuesday, 1 July 2025

Majlis Peluncuran Pakej Durian Selama 2025

 

26 Jun 2025, Perak:

Kerjasama bersama Majlis Daerah Selama ini berjaya merangka 6 Pakej Durian Selama serendah RM90.00 seorang.

Data dari Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) telah menobatkan Negeri Perak menduduki tempat pertama dalam senarai LIMA destinasi paling popular dalam kalangan pelancong domestik bagi tahun 2024.

Antara rakan strategik yang terlibat dalam program ini adalah seperti:

> Al-Ridzuan Travel & Tours

> Nature Eco Adventure

> Kopi Gun

> Pusat Agropelancongan Selama

> Kopi Tiga 7

> Kolam Udang Galah Air Gunung

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 30 July 2024

Tourism Malaysia Unveils Exclusive Durian Packages In Singapore

 


SINGAPORE, 25 JULY 2024 – Tourism Malaysia is excited to showcase a new initiative named Durian Delight Packages, launched by H.E. Dato' Dr. Azfar Mohamad Mustafar, High Commissioner of Malaysia to Singapore at the 7th edition of Malaysia Fest held at Singapore Expo from 25th to 28th July 2024.


The initiative aims to accommodate tourists and locals alike to enjoy the infamous King of Fruits, renowned for its creamy texture and sweet, caramel-like flavour. The packages offered bring together the expertise of Tourism Malaysia and its travel agency partners, as well as local durian farmers and producers, to create a premium product showcasing the best Malaysian durian varieties for Singaporean tourists.


In addition to the launch of this new initiative, live labu sayong pottery-making and Peranakan shoe-beading demonstrations, Tourism Malaysia’s pavilion at the Fest will showcase a wide array of tourism products and services from Peninsular and East Malaysia. “From discounted hotel vouchers to durian travel packages, Tourism Malaysia Singapore hopes this will provide tourism stakeholders from Malaysia a fruitful platform to fill consumers’ surging desire for travel,” said Ms. Mohana Murni Shanmugam, Deputy Director of Tourism Malaysia Singapore.


Among the holiday options available for Singaporeans and its residents include attractive deals from The Yanné, Onsen Hotel, SKS Group-owned Hotels, Hospitality 360, Legoland Malaysia and many more. Purchasing from Tourism Malaysia's pavilion also give buyers the opportunity to redeem an exclusive tote bag, designed by a renowned Malaysian Travel Blogger & Artist based in Singapore, Ms Ng Sock Peng.


Ranked as the top source of tourist-generating markets, Malaysia welcomed 8.3 million Singaporean tourists in 2023. With a target of receiving 27.3 million tourists and generating RM102.7 billion in revenue in 2024, Malaysia is poised for continued growth. The upcoming Visit Malaysia 2026 further exemplifies this ambition, aiming to attract 35.6 million foreign tourists and achieve RM147.1 billion in tourist receipts.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 29 June 2024

Tourism Malaysia Lancar Pakej Agropelancongan Durian Tourism 2024/2025

 



LENGGENG, 27 Jun 2024 – Dalam usaha merancakkan lagi sektor pelancongan negara, Tourism Malaysia hari ini melancarkan sebanyak 62 pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 bagi memeriahkan serta mempromosikan musim durian di Malaysia menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan.

Pakej yang ditawarkan bermula serendah RM70 seorang untuk aktiviti makan durian di Relau, Kedah sehingga RM4,450 bagi itinerari 3 Hari 2 Malam (3H2M) di Bentong Bilut Hills, Pahang. Pelbagai aktiviti lain yang ditawarkan termasuklah lawatan ke dusun durian, pengalaman mengutip serta menikmati durian dan buah-buahan tempatan, mengikuti kelas memasak, membuat tempoyak, berakit, merasai pengalaman tinggal di kampung selain menaiki kereta api dan bermain golf.

Encik Saidi Bundan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia berkata, pakej-pakej yang dibangunkan pada kali ini meliputi negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Kelantan dan Sabah bermula Jun 2024 untuk tempoh sah kempen sehingga Disember 2025.

“Selain Brunei, Tourism Malaysia juga menyasarkan pasaran luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura menerusi penerbitan bahan promosi pakej Durian Tourism dalam bahasa Mandarin.

“Pelancaran pakej ini bukan sahaja diharap dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi yang mampu memberikan impak kepada kegiatan ekonomi setempat, malahan menjadikan program agropelancongan yang diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sebagai salah satu segmen produk pelancongan minat khas sekali gus memperkukuhkan komitmen kerajaan terhadap pembangunan pelancongan lestari seiring dengan Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030,” katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan, sila layari laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 12 May 2024

Festival Harum Manis Sempena Sambutan 50 Tahun Jubli Emas UiTM Perlis ( 19 ~ 21 Mei 2024 )

 

Festival Harum Manis sempena sambutan 50 tahun jubli emas UiTM Perlis

Pelbagai jualan termasuk produk² harum manis, vendor² arauberry!!Mokti!! Pertandingan tamiya, pameran mitsubishi, pameran agensi² & banyak lagi!!

Bersempena dengan Sambutan 50 tahun Jubli Emas UiTM Cawangan Perlis dengan segala hormatnya menjemput anda untuk menyertai dalam FESTIVAL HARUM MANIS 2024 dengan tema: PERLADANGAN yang akan diadakan pada:

Tarikh: 19-21 Mei 2024 (Ahad-Selasa)

Masa: 8.00 pagi-11.00 malam

Bertempat: TASIK ELHAM UiTM CAWANGAN PERLIS

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Dr. Zharfan (Event Manager): zharfan@uitm.edu.my

(011-5338 0592)

Jumpa anda di sana!

-Tourism Of Perlis Official.

Sunday, 11 February 2024

Sabah aims to become a premier durian destination

 


KOTA KINABALU: Sabah hopes to become one of the durian tourism spots in Malaysia to help farmers and entrepreneurs boost their economy.

Sabah Durian and Tropical Fruit Planters Association (MaSDA) have expressed hope that Sabah will be included in the 2024 durian tourism packages by Tourism Malaysia.

To date, the durian packages were highlighted in various destinations in Perlis, Kedah, Penang, Perak, Selangor, Pahang, and Johor.

MaSDA president Duane Evans said Sabah's durian remained hidden due to a lack of promotion.

"To make us visible, we organised the Durian and Coffee Festival in Keningau last year to raise awareness and attract visitors," said Duane.

Following the success of the festival, which saw about 5,000 to 6,000 visitors including foreign tourists, MaSDA has invited Tourism Malaysia to explore the durian farms in Keningau, Tenom, Papar, and Tamparuli.

Its director of package development Mohd Roslan Abdullah and his team conducted the inspection.

They inspected Bukit Durian in Kampung Ponindukan, which offers a stunning view of Keningau, he said.

The Durian Valley, managed by Tracey Liew, offers picturesque views of the durian orchard and other tropical fruits, he said.

In Tenom, the Baxter Farm owned by Gerald Baxter boasts a modern agricultural concept.

He said that the main durian varieties include Musang King and Black Thorn, in addition to a collection of Borneo's durian species and indigenous fruits, offering visitors an educational experience on tropical fruits.

The team also visited the Tenom Tropical Fruits Farm which belongs to Victor Lim, who in recent years diversified his fruit plantation, including the latest addition of durians.

The Sugar Hill Farm in Papar offers a traditional lifestyle experience, combining a fruit orchard with a farmhouse, he said.

The Tamparuli Durian Farm at Kampung Ruhiang is a hilly terrain farm requiring visitors to hike to witness the breathtaking Mount Kinabalu.

"We hope that Tourism Malaysia will launch the durian packages in Sabah, so that we can showcase the state's uniqueness," said Duane.

Tourism Malaysia Sabah deputy director Trecey J Tojuka stated that the familiarisation trip demonstrates strong synergy among MaSDA, Tourism Malaysia, the Malaysian Association of Tour and Travel Agents (Matta) Sabah Chapter, the Sabah Tourist Guide Association, and the Sabah Tourism Board in promoting Sabah as the next prominent durian tourism destination in Malaysia.

"Establishing partnerships with local tour operators and other tourism organisations enhances the development of specialised agrotourism packages, contributing to attracting tourists to Sabah both locally and globally," she said.

-nst online.

Tuesday, 9 January 2024

Plan to make Sabah Durian Tourism spot

 

Trecey (middle), Johnny (sixth right), representatives from TM Sabah, Motac and travel tour operators during the exploratory visit.

KOTA KINABALU: Sabah may soon become one of Malaysia’s official Durian Tourism destinations as there is massive potential for such agrotourism initiatives in the State.

Tourism Malaysia Sabah Deputy Director Trecey J Tojuka said this was evidenced by the success of the Durian and Coffee Festival held last year in Keningau, which drew some 5,000 to 6,000 visitors including foreign tourists. As such, TM Sabah initiated an exploratory visit to two farms in Tamparuli and Papar respectively on Friday, to study the Durian Tourism potential alongside the State Tourism, Arts and Culture Ministry (Motac Sabah) and the Malaysia Association of Tour and Travel Agents (Matta) Sabah Chapter.

The visit also follows the Sabah Durian and Tropical Fruit Planters Association’s (Masda) move to ask TM Sabah for advice last year on how the durian farms registered under the association can be packaged into an agrotourism product.

“(There is) huge potential in durian tourism coupled with the fact that Sabah has not been known as a Durian Tourism Destination before, compared to other States in West Malaysia, such as Johor Bahru, Pahang, Penang and Melaka.

“This is the opportune time to create a new tourism package with the support of local Sabah agents and TM to assist in promoting Sabah as one of the Durian Tourism destinations, targeting both domestic and foreign tourists, especially the China Market.

“But of course, we need to inspect the farms of its readiness. That is why we seek support from the Matta Sabah Chapter for package development and also Motac Sabah for infrastructure assistance,” she said.

In the same vein, Masda Deputy Chairman Johnny Ting said durian tourism yields a promising market and can be a lucrative addition to existing tourism products in Sabah, drawing in more tourists. Johnny, who owns the 15-acre Durian Tamparuli Farm, said he has received nearly 2,000 visitors since he opened up his farm casually to visitors two years ago. “We did not do any promotions, everything happened by word of mouth. The biggest group I have ever hosted was 70 people, who could eat about 100 kg of durian. The most number of groups I have ever hosted in a day was nine groups. “I have about 338 trees here, of which 60 per cent are Musang King. We have six different varieties, including the A14 (Kinabalu King) which is one of the very premium and precious durian varieties to us here in Sabah.

“According to our research, Chinese tourists like to eat durian, as well as West Malaysians and Bruneians,” he said during the exploratory visit. He said the association hopes that TM Sabah and STB could recognise durian tourism as a new tourism product, in addition to other activities such as shopping and sightseeing at the islands and mountains. “We try to promote durian as the identity to attract people to farms. Other tropical fruits, such as langsat or watermelon, do not have that kind of power to attract tourists. We want to tap into durian tourism which has been promoted in West Malaysia. The response from the public has been very good. “Not only this helps farmers, but this will also give travel agents more products to promote. At the same time we want to connect community-based tourism.

“When you have community-based tourism in a certain village, and there are also durian and tropical fruit farms there, this would give tourists more reasons to visit that place and more value for their money,” he said. As such, Johnny hoped that Durian Tourism packages could be formed and launched as an official tourism product by TM and Motac Sabah.

“We also hope STB and TM could include this in their website, at least when visitors search about Sabah, this new product is on the list,” he said.

-Daily Express.

Tuesday, 30 May 2023

Tourism Malaysia Lancar Pakej Durian Tourism 2023


TANGKAK, 30 MEI 2023 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan kempen pakej Durian Tourism bagi tahun 2023 dalam usaha memeriahkan dan mempromosikan musim durian di seluruh Malaysia.

Kempen pakej Durian Tourism dianjurkan pada tahun ini bermula dari 30 Mei sehingga 31 Ogos 2023. Penganjuran program ini mendapat kerjasama daripada MARDI dan 13 pengendali pelancongan tempatan dengan menawarkan sebanyak 18 pakej yang menarik sebagai pilihan kepada pelancong.

Penawaran pakej Durian Tourism 2023 bermula dari RM 50 seorang untuk buffet durian dan Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) dari RM1740 seorang dengan tempahan minimum 15 orang. Aktiviti-aktivitinya adalah seperti mengutip, menjamu durian dan buah-buahan lain, menyediakan pelbagai minuman berasaskan halia, membuat tempoyak, dan merasai pengalaman tinggal di kampung.

Pakej-pakej yang ditawarkan meliputi negeri-negeri di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Pahang dan Johor. Bagi edisi kali ini, Tourism Malaysia juga mengambil inisiatif untuk memasarkan pakej Durian Tourism 2023 di luar negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Brunei.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah berlangsung di Happy Fruit Tangkak, Johor dan dirasmikan oleh Encik Shahrin Mokhtar, Pengarah Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia mewakili YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Encik Shahrin berkata, melalui kempen pakej Durian Tourism 2023 ini akan dapat memperkenalkan lebih banyak destinasi 2nd-tier yang mampu memberi impak kepada kegiatan ekonomi setempat.

“Keunikan pakej ini berupaya meningkatkan daya saing yang kompetitif di samping memberi kesedaran terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar selaras dengan teras 5 dalam Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 iaitu memperkukuhkan komitment terhadap pelancongan lestari,” katanya.

Tambah beliau, dengan permintaan tinggi terhadap produk pelancongan sebegini, pembangunan infrastruktur diharapkan akan bertambah baik, wujud jaringan perniagaan yang kukuh bukan sahaja di kalangan penggiat industri secara khusus malah meliputi pelbagai sektor lain juga.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh dengan mengimbas kod QR yang disediakan ataupun menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

-Tourism Malaysia.

 pakej-durian-2023.pdf (malaysia.travel)

Saturday, 21 January 2023

Memperkasakan pelancongan agro Selangor melalui aktiviti berasaskan komuniti

 


PETALING JAYA: Pelancongan agro dan pelancongan berasaskan komuniti merupakan antara fokus utama negeri Selangor bagi memperkasakan industri pelancongan untuk tahun 2023.

Melalui amanat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika pembentangan belanjawan negeri Selangor bagi tahun 2023, kerajaan Negeri Selangor akan menyalurkan sebanyak RM 500,000 bagi pembangunan pelancongan agro di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor atau PeTA yang menjadi teras kepada sektor pertanian negeri Selangor.

Pelancongan Agro Sungai Panjang di Sabak Bernam merupakan antara produk pelancongan agro baharu, yang diperkenalkan bagi membangunkan ekonomi di daerah tersebut.

Dikendalikan oleh Sungai Panjang Agro Tourism Sdn Bhd (SPAT) dan dikelola oleh Persatuan Integrasi Komuniti Usahawan Muda (PIKOM), inisiatif ini tertumpu kepada peningkatan sosio-ekonomi penduduk setempat khusnya golongan belia dan wanita di Sungai Panjang dan kawasan sekitarnya.

Pelancong boleh merasai sendiri aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti seperti lawatan ke kebun-kebun yang diusahakan oleh lebih 25 pengusaha ladang komersial (agro), di samping melawat kehijauan sawah padi dengan berbasikal dan menaiki trem atau dengan menggunakan ATV yang disediakan oleh pengusaha inap desa berdekatan.

Pelancongan Agro melalui aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti bukan sahaja mampu memberikan pengalaman melancong yang menarik kepada para pelancong, malah berpotensi meningkatkan ekonomi penduduk setempat, seperti lawatan ke Industri Kecil Sederhana, di mana pelancong boleh mempelajari proses pembuatan kerepek, di samping merasai kehidupan masyarakat Jawa dan Banjar melalui makanan tradisi yang terdapat di kedai-kedai dan restoran yang tersedia di sekitar kawasan Sungai Panjang.

Keberhasilan pelancongan agro ini dapat dilihat dengan pengiktirafan Ladang Melon Selangor (MeloSel) yang pertama di Sungai Besar, Sabak Bernam oleh Tengku Permaisuri Norashikin binti Abdul Rahman.

Ladang Melon Selangor di Sungai Besar ini merupakan Ladang Melon Selangor yang pertama dikomersialkan dengan menggunakan kaedah pertanian pintar, di mana julung kalinya telah dibuka kepada orang awam pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad dalam satu  kenyataan berkata, sebagai agensi promosi pelancongan rasmi Negeri Selangor, Tourism Selangor amat menggalakkan penglibatan komuniti dan agensi-agensi dalam memperkasa pelancongan agro di negeri Selangor.

Sepanjang tahun 2022, Tourism Selangor telah bekerjasama dengan 21 Hos Komuniti Selangor dan 6 Pihak Berkuasa Tempatan bagi Program Hos Komuniti Setempat Selangor.

Pelancongan berasaskan komuniti dijangka mampu meningkatkan industri pelancongan di negeri Selangor dengan pembawakan konsep yang berbeza kepada para pelancong, bukan sahaja dari dalam negara malah luar negara juga.

Dengan penglibatan pelbagai agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi pembangunan dan promosi pelancongan agro di negeri Selangor seperti Sungai Panjang Agro Tourism (SPAT), pelancongan agro melalui aktiviti berkonsepkan pelancongan berasaskan komuniti dijangka mampu dipacu bagi meningkatkan ekonomi negeri Selangor, khususnya bagi sektor pertanian, pertenakan, Industri Kecil Sederhana dan pelbagai lagi.

Selain daripada Sungai Panjang Agro Tourism, terdapat juga Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan, Persatuan Kebajikan Rakyat Mukim Dengkil, Homestay Sungai Sireh di Kuala Selangor, Homestay Hj. Dorani dan Homestay Banghuris yang berpotensi membangunkan pelancongan agro di Negeri Selangor. 

-utusan online.

Monday, 8 August 2022

Replika durian terbesar di Melaka

 

SANTHARA Kumar (enam dari kanan) melambung buah durian sebagai gimik replika durian terbesar mendapat pengiktirafan MBOR di Bandar Hilir, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP

MELAKA: Melaka mencatat satu lagi sejarah apabila replika durian terbesar di Malaysia yang ditempatkan di Galeri Warisan Kota Melaka mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR), semalam.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar berkata, replika berukuran 6.3 meter tinggi, 3.3 meter lebar dan 2 meter garis pusat adalah yang terbesar pernah dibuat setakat ini.

Menurutnya, replika durian yang diiktiraf MBOR itu diharap menjadi salah satu tarikan baharu pelancongan Melaka, selain merancakkan semula aktiviti ekonomi domestik.

“Kementerian melalui Tourism Malaysia sentiasa berusaha mencari ruang dan peluang mempromosikan produk-produk baharu tempatan seperti minuman, makanan dan buah-buahan tempatan.

“Kita kaya dengan pelbagai jenis buah tempatan jika hendak dibandingkan negara jiran, mereka tidak ada sumber ini tetapi sebaliknya kita ada selain produk-produk kebudayaan yang turut kita pamerkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Magical Melaka Food & Fruit Fest 2022 di Pusat Pelancongan (TIC), Jalan Kota di sini semalam.

Majlis perasmian turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Ditanya mengenai kedudukan replika durian yang diletakkan bersebelahan tapak kubu lama, Santahara berkata, ia tidak melanggar peraturan yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco). 

“Kita faham dan sensitif dengan perkara ini dan saya beri jaminan replika tersebut tidak mengganggu dan hanya diletakkan berhampiran tapak sejarah buat sementara waktu.

“Hasil perbincangan pihak kementerian dan kerajaan negeri, tapak replika itu hanya untuk tempoh tiga hari sebelum ia akan dipindahkan ke tempat asal di hadapan Galeri Warisan Kota Melaka,” jelasnya.

-utusan online.

Sunday, 31 July 2022

Magic Of The Night 2022 @ Dataran Sungai Melaka ( 5 ~ 7 Ogos 2022 )





Jom ramai-ramai ke Magic of the Night 2022 pada 5 hingga 7 Ogos 2022 bermula 10.00 pagi di Dataran Sungai Melaka, Melaka.

Terokai peluang kerjaya industri pelancongan di Tourism Career Fair, nikmati juadah dan buah-buahan tempatan di Magical Melaka Food & Fruit Fest, persembahan kebudayaan di Festival Kota Selatan dan bermacam-macam lagi!

Jumpa di sana!

-MOTAC.



Saturday, 16 July 2022

Promosi Diskaun 10% Pakej Durian Tourism

 


GEORGETOWN, 15 Julai 2022 - Tourism Malaysia hari ini melancarkan promosi diskaun 10% bagi Pakej Durian Tourism dalam usaha memeriahkan dan mempromosikan musim durian di negeri-negeri di Wilayah Utara.

Kempen berlangsung dari 1 Julai sehingga 31 Ogos 2022 merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia dengan lima pengendali pelancongan iaitu Kurma Travel & Tours Sdn. Bhd, Adventure360 Tours Sdn. Bhd, Time Free Vacation Sdn. Bhd, M.Maha-Izah Transport & Tours Sdn. Bhd dan Asia Gateway Tours.

Pembangunan Pakej Durian Tourism ini menggabungkan elemen ekopelancongan, agropelancongan, arkeopelancongan dan pengembaraan lasak. Tawaran melibatkan Pakej 2 Hari 1 Malam (2H1M) dari RM290 seorang dan Pakej 3 Hari 2 Malam (3H2M) dari RM388 seorang dengan tempahan minimum empat orang bagi setiap pakej.

Majlis pelancaran kempen tersebut telah berlangsung di Hin Bus Depot, Pulau Pinang dan dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Encik Shahrin Mokhtar, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia.

Zainuddin berkata, sekurang-kurangnya 500 pakej disasarkan terjual sepanjang tempoh promosi berlangsung dengan jangkaan pulangan sebanyak RM100,000.

“Kita berharap promosi kempen Pakej Durian Tourism ini dapat kita perluaskan dengan penglibatan lebih banyak pengendali pelancongan bukan sahaja di negeri-negeri di Wilayah Utara tetapi juga di seluruh Malaysia,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan melalui Tourism Malaysia sentiasa bersedia untuk membantu mempromosikan pakej-pakej seumpama ini yang memberikan manfaat secara langsung kepada para pelancong serta pemain industri pelancongan terlibat.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel. Malaysia Truly Asia - The Official Tourism Website of Malaysia


-Tourism Malaysia.

Sunday, 6 February 2022

Karnival Agro Bazaar Putrajaya ( 7 ~ 9 Februari 2022 )

 

Antara aktiviti

+ Hadiah Cabutan Pengunjung Bertuah

+ Buskin

+ Persembahan Badut

+ Jualan Happy Hour Buah-buahan

+ Kempen Makan Ulam-ulaman Tempatan

+ Jom Makan Durian

+ Pertandingan Memancing Cili

-Perbadanan Putrajaya.

Tuesday, 20 August 2019

Tropical fruit farm operators urged to be well prepared for VMY 2020


RAUB, Aug 19 (Bernama) -- Entrepreneurs in the tropical fruit industry need to prepare well for the upcoming Visit Malaysia Year 2020, said Deputy Agriculture and Agro-based Industries Minister Sim Tze Tzin.

He said this is to intensify the agro-tourism industry which is definitely a focus of domestic and foreign visitors, especially those who love the concept of orchard-based tourism.

"All industry players need to get ready for Visit Malaysia 2020 by ensuring their products are of the highest quality. For example, for Duriotourism, they need to focus on ensuring the quality of the durians.

"Farm operators are reminded to adhere to the Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP) scheme. On the factory side, they must ensure that only the best durians are exported or supplied to the local market," he told reporters here today.

Sim said this after visiting the M Durian Fruits Sdn Bhd factory, which processes various varieties of durian including frozen Musang King, and inspected the 48-acre Tanah Aina Farouq durian orchard in Raub, Pahang here.

Sim said orchard operators should prepare well so that tourists can really enjoy and have fun at the orchard while enjoying the fruits such as the 'Musang King' durians while travelling.

"Industry players need to welcome visitors who love durians. I hope the agro-tourism packages would also include the best of rambutans, mangosteen, duku langsat, etc. so that visitors are convinced to come again, " he said.

Sim also said Malaysia had exported 565 tonnes of frozen durian to China since May this year generating a revenue of RM24.3 million.

The Ministry of Agriculture and Agro-based Industry estimates that 1,000 tonnes of premium varieties of Musang King (D197) and Black Thorn (D200) are exported to China every month.

He said the ministry was optimistic that the durian would be an industry under the New Avenues for Wealth Generation, with exports estimated to reach about RM500 million a year.
-bernama.

Monday, 22 July 2019

MOTAC wants to list Balik Pulau Festival in Visit Malaysia calendar 2020


BALIK PULAU, July 21 (Bernama) - The Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC) will consider listing the Balik Pulau Festival in the Visit Malaysia Year 2020 calendar.

Its Deputy Minister, Muhammad Bakhtiar Wan Chik, said the first Balik Pulau Festival which ended today was a great success.

"Despite being the first time it was held, we received more than 15,000 visitors in three days,” he told reporters after the closing ceremony of the festival here today.

The ceremony was officiated by Penang Governor Tun Abdul Rahman Abbas at the compound of Balik Pulau Sports Complex.

"We will improve the festival further next year. We will add more arts and culture elements to expose the younger generation to the wealth of Malaysian arts and culture,” said Muhammad Bakhtiar, who is also Balik Pulau MP.

"Tun Abdul Rahman Abbas also suggested for the upcoming festival to be held during the durian season as Balik Pulau is famous for durians," he said.
-bernama.