Sunday, 11 October 2026

Kunjungan Hormat Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu Kepada Ketua Pengarah Tourism Malaysia

 

PUTRAJAYA, 9 Oktober 2026 - YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu yang diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Abdullah bin Haji Taib, Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, bertempat di Ibu Pejabat Tourism Malaysia, Putrajaya.

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan penganjuran Jambori Pengakap Antarabangsa Terengganu (TIJ100) yang dijadualkan berlangsung pada 17 hingga 21 Disember 2026 di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus, Terengganu.

Pertemuan ini turut menjadi platform bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam mempromosikan program berkenaan, di samping mengetengahkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan kepelbagaian produk, warisan budaya dan pengalaman menarik kepada pengunjung domestik serta antarabangsa.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah En. Wizani bin Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Pn. Zuraini Abd Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, dan En. Nizam Abd. Wahid, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Domestik dan Acara Tourism Malaysia, bersama wakil-wakil Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu.

Tourism Malaysia sentiasa komited dalam memperkukuh kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menyokong penganjuran program dan acara yang berpotensi merancakkan industri pelancongan negara, selaras dengan kempen melawat Malaysia 2026-2027.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.