SELANGOR,
24 Oktober 2026 | Majlis perasmian program Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia
(KCCM) 2026 Selangor yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amirul
Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, diiringi oleh YBrs. Encik
Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Star Media Group, YBrs. Puan
Lydia Wang, CEO, Star Media Group, YBrs. Encik Wizani Rosmin, Timbalan Ketua
Pengarah (Perancangan), Tourism Malaysia, YBrs. Encik Mohd Roslan Abdullah,
Pengarah Kanan, Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia bersama-sama
wakil MOTAC Selangor, rakan-rakan industri seperti Tourism Selangor, Batik Air
dan MyBHA.
Penganjuran
di Selangor ini merupakan siri kelima SKCCM yang telah dijalankan dengan
menghimpunkan sebanyak 40 pempamer yang terdiri daripada syarikat penerbangan
Batik Air, agen pelancongan, pemilik produk, hotel, taman tema, booking
platform dan makanan warisan dengan penawaran pakej yang berpatutan sejajar
dengan tagline 'Destinasi Indah Harga Rahmah'.
YBrs.
Encik Mohd Amirul Rizal dan para tetamu turut dibawa melawat tapak reruai
pameran bagi menyantuni para pempamer sambil meninjau pakej dan produk yang
ditawarkan.
Program
ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pentas seperti persembahan kebudayaan,
kuiz interaktif pelancongan, badut belon, ai photobooth, ticktock challenge,
mega wire dan coloring contest sebagai tarikan kepada para pengunjung yang
hadir.
-Tourism Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.