Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label Negeri Sembilan. Show all posts

Tuesday, 30 June 2026

Fam Trip Media Soft Adventure – Johor & Negeri Sembilan

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Pakej telah menganjurkan Famtrip Media Soft Adventure  pada 22 hingga 26 Jun 2026, meliputi negeri Johor dan Negeri Sembilan.

Program ini melibatkan seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada media dan penghasil kandungan antarabangsa daripada Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Australia, serta pengamal media tempatan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada media tempatan dan antarabangsa mengenai kekuatan produk eco-adventure dan alam semulajadi Malaysia selaras dengan pertumbuhan pasaran ekopelancongan global dan penekanan pelancongan lestari oleh Malaysia untuk meningkatkan keyakinan terhadap kualiti dan keselamatan produk.

Antara lokasi yang dikunjungi dalam program ini adalah Taman Negara Endau Rompin,  ATV Park Sungai Lebak, X Park Iskandar Puteri, Laman Bakau Tanjung Surat, Sireh Park, serta memberi pendedahan terhadap festival tempatan di Festival Rentak Negeri 2026 di Port Dickson, Negeri Sembilan yang berlangsung pada 25 hingga 28 Jun 2026.

Sepanjang program, para peserta didedahkan secara dekat akan keunikan budaya tempatan seperti budaya masyarakat Orang Asli Jakun, pendedahan terhadap produk-produk ekopelancongan yang mampu memberi kesedaran terhadap kepentingan alam kepada orang ramai serta pelbagai aktiviti lasak yang menarik bagi pencinta aktiviti ekstrem.

Usaha ini diharap dapat menarik lebih ramai pelancong tempatan dan antarabangsa untuk mengalami keindahan alam semula jadi yang ada di selatan negara, serta pengembaraan yang mengujakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Friday, 5 June 2026

Festival Rentak Negeri 2026 @ Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan ( 26 ~ 28 Jun 2026 )

 

Jom ramai-ramai ke Festival Rentak Negeri 2026: "Lantai Adat, Laman Budaya" yang membawakan gabungan unik seni, budaya, makanan dan hiburan dalam suasana pantai yang meriah!

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan HAVOC Food Festival membawakan kepada anda PROGRAM PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL RENTAK NEGERI 2026: “Lantai Adat, Laman Budaya”.

Tarikh: 26 - 28 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad)

Masa: 8.00 Pagi hingga 11.30 Malam

Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan

Festival ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam mempromosikan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026. Pelbagai aktiviti menarik, pameran kebudayaan, dan jualan makanan menanti anda semua.

“Moh Dogheh Ghamai-Ghamai!”

Sama-sama kita memelihara dan menghargai seni budaya warisan bangsa.

-Tourism Malaysia.

Friday, 2 January 2026

Negeri Sembilan ‘diserbu’ musim cuti

 

SEREMBAN – Cuti sekolah serta sambutan Ta­hun Baharu 2026 menyaksikan beberapa lokasi rekreasi dan pelancongan di Ne­geri Sembilan menjadi tumpuan pengunjung. 

Tinjauan mendapa­ti, pengunjung meluangkan masa bersama keluarga selain menikmati tarikan berkonsepkan hiburan dan rekreasi dalaman yang se­suai untuk semua peringkat umur.

Bagi seorang operator Khairi Mis­wan, 44, dari Seremban 2, per­cutian ringkas bersama anak dimanfaatkan sepenuhnya sempena cuti sekolah dan sambutan tahun baharu.

“Ini kali pertama kami datang ke SnowLim Wonderland. Suasa­nanya menarik dan berbeza, se­suai untuk bawa anak berjalan-jalan ketika cuti sekolah,” kata­nya ketika ditemui di sini kelmarin. 

Seorang guru, Saadatul Akmar Mohamad Saad, 43, berkata, kunjungan bersama 10 ahli keluarga memberi pengalaman bermakna kepada keluarganya. 

“Kami datang dari Ampang dan abang dari Pulau Pinang turut hadir habiskan ma­sa cuti di lokasi tumpuan di Ne­geri Sembilan. Seperti lokasi pertama kami kunjungi ini iaitu di SnowLim Wonderland tempatnya sangat sejuk dan mena­rik,” ujarnya. 

Dalam pada itu, Mohammad Hafiz Misbun, 38, dari Kuala Lum­pur berkata, kunjungan ke Lo­rong Seni di Pusat Bandar Se­rem­ban memberi pengalaman berbeza kepada keluarganya. 

“Pelbagai seni kreatif da­pat dilihat dan ditonjolkan di sini, di samping pelbagai jualan peniaga kecil dapat diperoleh, khususnya di kawasan Ben­teng Walk dan Sungai Ujong Walk. 

“Tambahan pula Lorong Seni Pusat Bandar Seremban juga te­lah diiktiraf sebagai Lorong Seni Terpanjang di Malaysia oleh Ma­laysia Book of Records, jadi mem­beri keterujaan kepada ka­mi sekeluarga melalui se­panjang lorong seni ini sambil me­nikmati suasana malam,” katanya. 

Pengerusi Ja­wa­tankuasa Bertindak Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, suasana meriah di lokasi tum­puan sepanjang cuti sekolah dan sambutan tahun baharu mencerminkan peningkatan aktiviti pelancongan domestik negeri. 

“Setiap daerah di Negeri Sembilan mempunyai keunikan tersendiri. Kehadiran pengunjung dan pelancong luar negeri memberi petanda positif kepada sektor pelancongan, khususnya menjelang Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” katanya.

-Kosmo! Online.

Thursday, 9 October 2025

Festival Ghontak Nogoghi 2025 @ Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan ( 24 ~ 26 Oktober 2025 )

 

Moh dogheh datang beramai-ramai ke Festival Ghontak Nogoghi 2025!

Tarikh: 24 – 26 Oktober 2025 (Jumaat – Ahad)

Masa: 8.00 pagi – 11.30 malam

Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson, Negeri Sembilan

Antara pengisian menarik menanti anda:

> Pelbagai jenis pertandingan kebudayaan

> Havoc Food Festival

> Cabutan Bertuah

> Jualan, Pameran & Demonstrasi

> Pasport Pelancongan Budaya

> Malam Kerohanian

> Walk For World Peace 2025

Istimewa Malam Gala Perasmian saksikan persembahan daripada:

> Dato' Awie, Ara Johari, Waris & XPDC!!!!

-Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan.

Wednesday, 24 September 2025

Perpatih Fest 2025 @ Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan ( 10 ~ 12 Oktober 2025 )

 

Tarikh: 10 hingga 12 Oktober 2025  (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan

Dengan tema:

“Adat Dihayati, Warisan Dilestari”

Perpatih Fest 2025 kembali lagi! Selama 3 hari penuh, pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda yang menghimpunkan keunikan Luak dan Wilayah Adat di Negeri Sembilan, serta penglibatan masyarakat pelbagai kaum.

Antara pengisian menarik:

> Seminar Antarabangsa

> Forum Perdana

> Malaysia Book Of Record(MBR)

> Malam Gala Perpatih

> Demonstrasi Masakan Tradisional & Jualan Luak dan Wilayah Adat Negeri Sembilan

> Demonstrasi Masakan & Jualan Masyarakat Cina, India dan Orang Asli

> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Luak dan Wilayah Adat Negeri Sembilan

> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Masyarakat India & Orang Asli

> Pertandingan Ghentak Balai (Sewang) Orang Asli

> Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli

> Perkampungan Budaya Orang Asli Negeri Sembilan

> Reruai Antarabangsa

> Pameran Jabatan & Agensi

> Produk Tempatan IKS

> Jualan Rahmah MADANI

> Karnival Masakan Rentas Negeri

> Wacana Senjata Warisan Alam Melayu

> Perpatih Tech Summit 25

> Demonstrasi Permainan Tradisional

> Popatih Chalen Puspanita dan Bakriyah

> Pertandingan Mewarna dan Berbusana Tradisional Kanak-kanak

> Cabutan Nombor Bertuah

…dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk:

> Menyaksikan keunikan adat dan warisan Negeri Sembilan

> Mempelajari seni budaya masyarakat pelbagai kaum

> Merasai kelazatan masakan tradisional Luak

> Mencuba sendiri aktiviti yang menarik dan menghiburkan

Semua dijemput beramai-ramai bagi menghadiri, tak kira tua atau muda, dari dalam atau luar Negeri Sembilan – malah pelancong antarabangsa sekalipun untuk bersama-sama memeriahkan Perpatih Fest 2025, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Ayuh! Moh dogheh kito pakat ghamai-ghamai ko Perpatih Fest 2025!

-Muzium Negeri Sembilan.

Wednesday, 6 August 2025

Bukit Baginda 7 Wonders Challenge @ Kem Pusako, Kuala Pilah ( 9 Ogos 2025 )

 

Jom Sertai Bukit Baginda 7 Wonders Challenge!

Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu)

Masa: 7 pagi - 1 tengah hari

Lokasi: Kem Pusako, Kg Sungai Jelutong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga!

> Perasmian 7 Wonders Challenge

> Demo Masakan Tradisional

> Pertandingan Memasak

> Pertandingan Mewarna

> Senaman Aerobik

> Jualan Rahmah & Harga Ladang Nismilan Prihatin

> Jualan Gerai Tempatan & Pameran Agensi

Tunggu apa lagi? Mari beriadah, berhibur & berbelanja sambil menyokong komuniti tempatan!

-Majlis Daerah Kuala Pilah.

Wednesday, 28 May 2025

Port Dickson Festival 2025 @ Pantai Batu 1 Port Dickson ( 29 Mei ~ 1 Jun 2025 )

 

PORT DICKSON FESTIVAL 2025 (PDFest2025)

Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson

Tarikh: 29 Mei - 1 Jun 2025

4 hari penuh warna-warni, muzik, makanan & hiburan pantai!

Ayuh meriahkan suasana dengan:

> Love Music Fest

> Love Food Fest

> Aktiviti kreatif & pameran

> Persembahan artis tempatan

> Port insta-worthy tepi laut

Sesuai untuk semua peringkat umur!

Jangan lupa singgah!

Jom ke PD! Rasa vibe, cipta memori!

-Visit Negeri Sembilan.