Showing posts with label Shopping Centre. Show all posts
Showing posts with label Shopping Centre. Show all posts

Friday, 11 September 2026

Tourism Malaysia, Sungei Wang Plaza Anjurkan Festival Muzik & Kebudayaan Musim Luruh

 

KUALA LUMPUR — Tourism Malaysia dengan kerjasama Sungei Wang Plaza bakal memeriahkan kawasan Bukit Bintang menerusi Festival Muzik & Kebudayaan Musim Luruh (Autumn Music & Cultural Festival) yang akan berlangsung dari 25 hingga 27 September 2026, sebagai platform untuk mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia kepada masyarakat serta pelancong domestik dan antarabangsa. 

Dianjurkan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Sungei Wang Plaza dan Kempen Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027), festival ini mencerminkan usaha berterusan untuk memperkukuh tawaran pelancongan Malaysia bagi memeriahkan lagi acara pelancongan di Kuala Lumpur, serta membuka peluang lebih luas kepada penglibatan pengunjung dan pemain industri pelancongan. 

Festival ini turut menandakan penganjuran semula acara muzik dan kebudayaan berskala besar di sepanjang Jalan Sultan Ismail selepas hampir 14 tahun. Inisiatif ini mencerminkan potensi kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam mengaktifkan kawasan tumpuan pelancongan serta menyokong pertumbuhan industri pelancongan dan ekonomi setempat. 

KEMUNCAK FESTIVAL “AN AUTUMN REUNION” 

Festival selama tiga hari ini merupakan acara kemuncak “An Autumn Reunion” anjuran Sungei Wang Plaza yang berlangsung dari 4 hingga 27 September 2026 bersempena dengan sambutan Pesta Pertengahan Musim Luruh. 

Program ini mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia menerusi pelbagai persembahan kebudayaan, termasuk Tarian Singa, Tarian Naga, persembahan kebudayaan India, Gendang Muhibbah, Zapin, Joget serta persembahan tarian pelbagai budaya. Mangunatip, iaitu persembahan tarian buluh interaktif, turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil bahagian dan merasai sendiri keunikan warisan budaya Malaysia. 

Selain itu, festival ini turut menampilkan persembahan muzik, aktiviti interaktif serta lebih daripada 50 gerai yang menawarkan makanan dan minuman, produk tempatan, hasil seni kreatif dan kraftangan. Festival ini dijangka menarik kira-kira 170,000 pengunjung, termasuk masyarakat setempat serta pelawat domestik dan antarabangsa, di samping mengetengahkan identiti masyarakat berbilang budaya Malaysia selaras dengan Kempen Melawat Malaysia 2026–2027. 

PENUTUPAN JALAN SEMENTARA DAN LENCONGAN LALU LINTAS 

Orang ramai dan pengguna jalan raya dimaklumkan bahawa penutupan sementara akan dilaksanakan di sebahagian Jalan Sultan Ismail, di hadapan Sungei Wang Plaza, bagi memastikan kelancaran penganjuran festival. Pengunjung disaran menggunakan pengangkutan awam sebagai pilihan utama untuk hadir ke festival bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas serta memastikan perjalanan yang lebih lancar. 

Bahagian Jalan Sultan Ismail di hadapan PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur dan Lot 10 Shopping Centre akan kekal dibuka, dengan pelan lencongan lalu lintas yang telah diluluskan bagi melancarkan pergerakan trafik di sekitar kawasan terlibat. 

Jadual Penutupan Jalan: 

24 September 2026: Penutupan jalan bermula pada 10.00 malam bagi kerja-kerja persediaan dan pemasangan.

25–27 September 2026: Bahagian jalan yang terlibat akan ditutup sepanjang tempoh festival.

27 September 2026: Kerja-kerja pembukaan dan penurunan struktur akan bermula pada 10.00 malam.

28 September 2026: Bahagian jalan terlibat dijangka dibuka semula pada 5.00 pagi.

AKSES KE SUNGEI WANG PLAZA 

Park & Ride

Kemudahan tempat letak kereta disediakan di beberapa stesen LRT terpilih termasuk Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Pudu, Sungai Besi, PWTC, Salak Selatan dan Sentul di Laluan Ampang/Sri Petaling, serta Gombak, Taman Melati, Putra Heights dan Subang Alam di Laluan Kelana Jaya. Pengunjung boleh meneruskan perjalanan ke Bukit Bintang menggunakan rangkaian rel bandar dan Monorel KL. 

LRT dan Monorel KL

Pengunjung yang menggunakan Laluan Ampang/Sri Petaling boleh membuat pertukaran ke Monorel KL di stesen Hang Tuah atau Titiwangsa, manakala penumpang Laluan Kelana Jaya boleh membuat pertukaran di KL Sentral. Pengunjung hendaklah turun di Stesen Monorel Bukit Bintang yang mempunyai akses terus ke Aras 1 Sungei Wang Plaza melalui laluan pejalan kaki berbumbung. 

MRT

Pengunjung boleh turun di Stesen MRT Bukit Bintang, keluar melalui Pintu C, belok ke kanan dan berjalan kaki kira-kira 300 meter ke Sungei Wang Plaza. 

Bas Rapid KL

Perkhidmatan bas Rapid KL yang melalui kawasan Bukit Bintang turut disediakan. Pengunjung digalakkan menyemak laluan dan maklumat perkhidmatan terkini menerusi aplikasi MyRapid PULSE sebelum memulakan perjalanan. 

Perkhidmatan E-Hailing

Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan e-hailing boleh memilih Pintu Masuk Utama Sungei Wang Plaza, Pintu Masuk Pelangi atau Pintu Masuk Sisi sebagai lokasi menurunkan penumpang, tertakluk kepada pengaturan lencongan lalu lintas sementara sepanjang festival.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 16 June 2026

Tourism Malaysia Forges Strategic Partnership Wth Sunway Hospitality Group

 

KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia today signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Sunway Hospitality Group, marking a major milestone for Visit Malaysia 2026 (VM2026). This partnership represents one of the most significant public-private collaboration for the national tourism campaign, underscoring the government’s commitment to driving growth in international visitor arrivals.

The MoU was formalised by Mr Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia, together with Mr Alex Castaldi, CEO of Sunway Hospitality Group. Together, the two organisations will collaborate on a wide range of joint marketing and promotional initiatives designed to put Malaysia firmly on the radar of travellers worldwide.

Under the MoU, Tourism Malaysia and Sunway Hospitality Group will boost Malaysia’s tourism sector through several key initiatives. The partnership will showcase Sunway’s premier hotels and resorts through hosted familiarisation (FAM) trips for international media, influencers, and travel trade partners. Simultaneously, it will leverage joint overseas sales missions, co-branded digital marketing, and targeted activations to aggressively amplify Malaysia’s profile in high-potential regional and long-haul markets.

-Tourism Malaysia.

Monday, 16 March 2026

Miss Shophia Raya Happy Hour Sparks Malaysia Super Sale 2026 In Conjunction With Visit Malaysia 2026

 

MIRI, SARAWAK — The Miss SHOPhia Raya Happy Hour returns to captivate visitors at Bintang Megamall from 13rd to 15th March 2026, held in conjunction with the Malaysia Super Sale 2026.

The three-days programme features exciting retail promotions, cultural performances and family-friendly activities in celebration of Hari Raya Aidilfitri and Visit Malaysia 2026 (VM2026).

In conjunction with the holy month of Ramadan, Tourism Malaysia, in collaboration with Pullman Miri Waterfront, Meritz Hotel Miri and Miri Marriott Resort & Spa will distribute bubur lambuk to visitors throughout the event, adding a meaningful festive touch to the celebration.

The event was officially launched at Bintang Megamall by YB Tuan Chiew Choon Man, the Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture, alongside YBrs. Encik Mohd Roslan Abdullah, Senior Director Domestic and Events Division of Tourism Malaysia.

The programme highlights the Malaysia Super Sale, one of the country’s three major annual shopping campaigns, alongside the Malaysia Mega Sale and the Malaysia Year-End Sale.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 11 March 2026

Malaysia Super Sale 2026 @ Bintang Megamall, Miri, Sarawak ( 13 ~ 15 Mac 2026 )

 


Jom meriahkan Malaysia Super Sale 2026!

Sertai Miss SHOPhia Raya Happy Hour di Bintang Megamall, Miri dan nikmati pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

> Demo masakan

> Persembahan muzik & tarian

> Kuiz pelancongan

> Pertandingan bertemakan Raya

> Pengedaran bubur lambuk

> Cabutan bertuah

Beli-belah di Bintang Megamall, Miri dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam untuk layak menyertai cabutan bertuah.

Pelbagai hadiah menarik menanti anda!

Tarikh: 13 – 15 Mac 2026

Masa: 2.00 petang – 9.30 malam

Lokasi: Aras 1, West Court, Bintang Megamall, Miri, Sarawak

Ayuh datang bersama keluarga dan rakan-rakan untuk merasai kemeriahan Kempen Jualan Hebat Malaysia 2026!

-Tourism Malaysia Sarawak.

Thursday, 12 February 2026

Tourism Malaysia Signs Partnership With Mitsui Outlet Park Klia Sepang For Visit Malaysia 2026

 

SEPANG — Tourism Malaysia today formalised a strategic partnership with Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) through the launch of the Tourist Privilege Card (TPC) campaign in support of Visit Malaysia 2026 (VM2026). This collaboration forms part of ongoing efforts to strengthen Malaysia’s tourism ecosystem and further position the country as a preferred international destination, particularly within the shopping and lifestyle segment. 

The signing ceremony was officiated by YB Tuan Chiew Choon Man, Deputy Minister of Tourism, Arts and Culture, and witnessed by Mr. Daisuke Nihei, Minister and Deputy Chief of Mission, Embassy of Japan in Malaysia; Mr. Chua Choon Hwa, Deputy Secretary General (Tourism) MOTAC; Mr. Lee Thai Hung, Deputy Director General (Promotion II) of Tourism Malaysia and distinguished representatives from the Mitsui Fudosan Group and Mitsui Outlet Park KLIA. Aligned with the national agenda to revitalise the tourism industry and enhance its contribution to the economy, the initiative represents a significant milestone under the VM2026 campaign. 

In his remarks, YB Tuan Chiew Choon Man highlighted the importance of public-private collaboration as a key success factor for VM2026. He highlighted MOP KLIA’s strategic location just eight minutes from Kuala Lumpur International Airport (KLIA) which positions it as a vital gateway for international visitors seeking a world-class shopping experience. The TPC initiative is also expected to stimulate international visitor spending while supporting a resilient, people-centric tourism economy in line with Malaysia MADANI principles and VM2026 objectives. 

Mr. Daisuke Nihei, Minister and Deputy Chief of Mission at the Embassy of Japan in Malaysia, noted that the collaboration reflects the shared commitment of both countries and MOP KLIA to supporting Malaysia’s national tourism agenda through the provision of competitive incentives and visitor-focused facilities. 

As part of the partnership, the Tourist Privilege Card (TPC) campaign will offer exclusive rewards to international visitors from 12 February to 12 May 2026. Visitors who spend RM2,500 and above in a single receipt at participating outlets will be entitled to redeem an exclusive cabin-size travel luggage, while those who spend RM300 and above may redeem a MOP KLIA Travel Scale. Redemptions are limited to one per eligible visitor per day, on a first-come, first-served basis while stocks last. 

Beyond retail incentives, the partnership will also encompass joint marketing initiatives, national and international events, and other collaborative programmes aimed at attracting more visitors, stimulating local economic growth and increasing tourism receipts. This collaboration supports the successful delivery of Visit Malaysia 2026 (VM2026) while further enhancing Malaysia’s appeal as a vibrant, world-class tourism destination and premier shopping haven.

-Tourism Malaysia.

Friday, 23 January 2026

Tourism Malaysia Dan AEON Bekerjasama Dalam Kolaborasi Strategik Promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

 

SHAH ALAM — Tourism Malaysia hari ini mengumumkan kolaborasi strategik bersama AEON CO. (M) BHD. (AEON), bagi menyokong pelaksanaan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Kerjasama ini bertujuan mempergiat usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan, beli-belah dan gaya hidup yang dinamik melalui pelbagai aktiviti promosi serta tawaran eksklusif kepada pelawat domestik dan antarabangsa di pusat beli-belah terpilih di seluruh negara. 

Kolaborasi ini turut melibatkan pelbagai penggiat industri termasuk hotel, ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan pusat beli-belah lain bagi memperluas jangkauan promosi kempen VM2026. Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja, akan ditampilkan sebagai elemen hiasan di rangkaian pusat beli-belah AEON di seluruh negara. Selain itu, video promosi destinasi pelancongan Malaysia akan ditayangkan menerusi skrin LED bagi menonjolkan keunikan serta kepelbagaian produk pelancongan negara sempena VM2026. 

Majlis pelancaran kolaborasi ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Chiew Choon Man, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, mewakili YB Dato Sri Tiong King Sing bertempat di AEON Mall Shah Alam. Turut hadir ialah YBrs. Encik Chua Choon Hwa (Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC; YBhg. Datuk Iskandar Sarudin (Pengerusi AEON Company Malaysia Bhd.) serta Puan Zuraini Abdul Ghani (Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia). 

Menurut YB Dato Sri Tiong King Sing, kolaborasi strategik ini mencerminkan komitmen berterusan sektor swasta dalam menyokong agenda VM2026. Inisiatif seumpama ini bukan sahaja berupaya merancakkan sektor pelancongan, malah turut menjana kesan limpahan ekonomi kepada industri berkaitan seperti peruncitan, hospitaliti dan perkhidmatan. Usaha ini seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan serta memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan. 

Pada majlis yang sama, barangan edisi terhad hasil kolaborasi khas sempena VM2026 iaitu beg ‘tote’ dan ‘headband’ turut dilancarkan. Pengunjung berpeluang menebus barangan edisi terhad ini dengan perbelanjaan minimum RM350 menerusi gabungan sehingga tiga resit pembelian. 

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, pelbagai inisiatif akan dilaksanakan termasuk program Cerita Raya bersama Wira dan Manja, Carnival Bazaar yang menampilkan pelbagai sajian tempatan, serta penganjuran Tourism Malaysia Run di beberapa negeri terpilih. Selain itu, barangan penebusan eksklusif dan pelbagai aktiviti interaktif turut diperkenalkan bagi meraikan VM2026 bersama rakan strategik Tourism Malaysia, komuniti setempat, serta pelawat dari dalam dan luar negara. 

Tourism Malaysia kekal komited dalam merangsang perbelanjaan pelancongan negara melalui segmen beli-belah dengan menarik lebih ramai pelawat untuk berkunjung dan membeli-belah di Malaysia. Usaha ini akan diperkukuh melalui penganjuran Malaysia Super Sale pada Mac 2026, Malaysia Mega Sale (Jun hingga Julai 2026) dan Malaysia Year End Sale (MYES) bermula November 2026 hingga Januari 2027. Inisiatif ini akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi beli-belah utama di rantau ini. 

Segmen beli-belah kekal sebagai komponen penting dalam industri pelancongan negara, selaras dengan sasaran Visit Malaysia 2026 untuk menarik seramai 43 juta pelawat antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan memperkukuh ekonomi Malaysia.

-Tourism Malaysia.

Monday, 5 January 2026

New Penang waterfront mall to boost business events and tourism

 

GEORGE TOWN: The new shopping centre at Penang Waterfront Convention Centre (PWCC) will complement the area's mixed-use development, supporting business and tourism without creating a retail glut. 

IJM Perennial Development director Datuk Tony Ling Thou Lung said the retail component is part of an integrated project including a convention centre, offices and hotels, and is not intended to compete with existing malls. 

"This shopping mall is integrated with the convention centre, offices and hotel, and functions as a catalyst by providing amenities to support the overall development and surrounding area," he told reporters after accompanying Chief Minister Chow Kon Yeow on a visit to the PWCC. 

Ling said concerns over an oversupply of shopping malls often depend on location and planning, but the PWCC development serves a specific complementary role. 

"For this development, it will not create an issue of a glut. It has a clear purpose in supporting the mixed-use environment and the activities generated by the convention centre," he added. 

The PWCC, which began operations in October last year, is expected to strengthen Penang's position as a leading business and tourism destination in northern Peninsular Malaysia.

The shopping mall, office spaces and hotel are scheduled for completion by mid-year, enhancing the overall functionality and appeal of the waterfront precinct. 

Ling declined to reveal the anchor tenant but said the mall would host new brands from Malaysia and overseas, with details to be announced closer to its opening in April. 

Meanwhile Chow said that Penang's convention and tourism sector recorded strong growth in recent years, with the estimated economic impact from related activities exceeding RM1 billion last year, benefiting industries such as transportation, retail, hospitality and supply chains. 

"With the addition of PWCC, the state expects this economic contribution to rise significantly by 2026," he said. 

Chow also said with its blend of modernity and heritage, supported by a robust hospitality industry, Penang has emerged as a highly sought-after destination for business and tourism.

-nst online.

Monday, 24 November 2025

Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2025 Kembali Menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026

 

PUTRAJAYA, 24 November 2025 – Selari dengan hasrat untuk menawarkan pengalaman hebat kepada pelawat semasa berbelanja dan berkunjung ke Malaysia, Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2025 kini kembali dengan lebih 100 tawaran dan aktiviti menarik di seluruh negara melibatkan diskaun hebat sehingga 70% di pusat beli-belah serta gedung runcit terpilih di samping program jualan tengah malam dan hadiah cabutan bertuah.

Berlangsung dari 15 November 2025 hingga 1 Januari 2026, pelawat antarabangsa dan domestik bukan sahaja berpeluang mendapatkan pakej penginapan istimewa, malah menikmati promosi eksklusif di taman tema, urutan spa serta makanan dan minuman (F&B). Menariknya, lebih 70 promosi percutian ditawarkan oleh hotel-hotel yang mengambil bahagian di seluruh negara dengan tawaran harga bilik bermula serendah RM99 selain penawaran pakej kembara warisan Malaysia.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 9 July 2025

Kempen Malaysia Mega Sale 2025 – Miss SHOPhia Happy Hour @ Miri, Sarawak

 

Bersedia untuk pengalaman membeli-belah yang luar biasa!

Miss SHOPhia Happy Hour kembali dengan pelbagai tawaran menarik, diskaun eksklusif dan hiburan yang pasti mengujakan para pengunjung!

Kempen ini bertujuan merancakkan industri pelancongan domestik serta menyemarakkan suasana jualan runcit di Sarawak. Ia turut memfokuskan kepada promosi aktiviti membeli-belah berimpak tinggi sebagai pemangkin kepada pemulihan ekonomi tempatan, menerusi kerjasama strategik antara pusat beli-belah, jenama tempatan dan komuniti perniagaan setempat.

Lokasi: Permaisuri Imperial City Mall, Miri

Tarikh: 11 – 13 Julai 2025

dan

Lokasi: Bintang Megamall, Miri

Tarikh: 25 – 27 Julai 2025

Antara pengisian menarik menanti anda:

> Promosi hebat semasa tempoh Happy Hour

> Diskaun eksklusif daripada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa

> Persembahan pentas secara langsung

> Cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik

> Aktiviti interaktif untuk pengunjung dan seisi keluarga

Orang Miri, jom ramai-ramai meriahkan Miss SHOPhia Happy Hour dan nikmati pengalaman membeli-belah yang penuh ganjaran!.

-Tourism Malaysia.

Friday, 20 June 2025

Malaysia Mega Sale Campaign 2025 Returns Bigger & Better, Kick-Starting The Countdown To Visit Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR, 20 June 2025 – Malaysia’s most anticipated shopping celebration is back! The Malaysia Mega Sale Campaign (MMSC) 2025, organised by Tourism Malaysia in collaboration with Mastercard, officially kicks off today and runs until 31 July 2025. This nationwide initiative aims to stimulate tourism and retail spending, both domestically and internationally, in anticipation of the upcoming Visit Malaysia 2026 (VM2026). 

This year’s campaign features over 100 participating industry players and more than 150 curated activities, offering unbeatable deals, exclusive rewards, and culturally immersive experiences across multiple sectors — from shopping and hospitality to wellness, entertainment, and air travel. 

In strong collaboration with the industry, the campaign is supported by: 

Malaysia Shopping Malls Association (PPK Malaysia)

Malaysia Retailers Association (MRA)

Malaysia Retail Chain Association (MRCA)

Malaysian Association of Hotels (MAH)

Malaysian Association of Theme Parks & Family Attractions (MATFA)

Malaysia Aviation Group (MAG)

Key Highlights of MMSC 2025: 

1. Midnight Sale Fiesta 

Experience late-night shopping at AEON Mall Bukit Indah (25 & 26 July) with exclusive offers, balloon drops, lucky draws, live performances, and a vibrant food bazaar. 

2. Miss SHOPhia Happy Hour 

Enjoy flash deals and win prizes with a minimum spend of RM300 at: 

Bintang Megamall, Miri (4 – 6 July)

Permaisuri Imperial City Mall, Miri (11–13 July)

3. Spice & Soul of Malaysia 

Savour traditional Malaysian cuisine while enjoying cultural showcases at participating hotels in the Klang Valley. 

4. Discounts of Up to 85% 

Massive savings await at participating malls and outlets across the country. 

5. Spend & Win 

Stand a chance to win prizes worth up to RM250,000, including a JAECOO J7 SUV and a luxury staycation at DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur. 

6. Durian Season Offer 

Book a 2D1N hotel stay in Penang and enjoy 50% off durian buffets and an exclusive durian farm experience. 

7. Malaysia Airlines (MAG) Flight Promotions 

Enjoy up to 30% off inbound flights to Malaysia, from key markets including Australia, New Zealand, the UK, Japan, India, South Korea, France, and ASEAN countries. 

The Malaysia Mega Sale Campaign 2025 plays a vital role in building momentum toward Visit Malaysia 2026, aiming to enhance Malaysia’s profile as a premier shopping, leisure, and cultural tourism destination. With its unique fusion of modern retail experiences and rich cultural heritage, Malaysia offers something for everyone — from bargain hunters to luxury shoppers and cultural explorers. 

Tourism Malaysia invites all Malaysians and visitors to explore the best of Malaysia during this exciting period. 

For a full list of offers and event highlights, visit the official Tourism Malaysia website at www.malaysia.travel/explore/national-sales-campaign.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 29 April 2025

Malaysia Midnight Sale: Melaka Bila Larut Malam @ Mahkota Parade Melaka ( 3 Mei 2025 )

 

Malaysia Midnight Sale: Melaka Bila Larut Malam

Melaka semakin meriah bila larut malam!

Ayuh ramai-ramai ke Malaysia Midnight Sale sempena Melaka Bila Larut Malam di Mahkota Parade dan nikmati malam penuh hiburan dan potongan harga kaw-kaw di outlet terpilih! Hadiah bernilai lebih RM20,000 menanti pembeli bertuah.

Tarikh: 3 Mei 2025

Masa: 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam

Lokasi: Mahkota Parade (Aras Bawah, Concourse Stage Area)

Apa yang menarik menanti anda:

> Diskaun hebat & jualan tengah malam di outlet-outlet terpilih

> Persembahan eksklusif oleh Dato’ Awie & Yasser Atak

> Pertandingan Mewarna & Melukis

> Treasure Hunt

> Pertandingan Pakaian Hari Pekerja

> Persembahan Tradisional, Buskers & Clown

> Face Painting, Sand Art & Pertunjukan Silap Mata

Masuk adalah PERCUMA – Belanja sambil berhibur!

Rancang malam istimewa anda bersama keluarga dan nikmati pengalaman membeli-belah dan hiburan seperti tak pernah anda rasai sebelum ini di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka.

-Tourism Melaka.

Sunday, 23 March 2025

Malaysia Super Sale Campaign 2025: A Festive Shopping Extravaganza

 


KUALA LUMPUR, 21 March 2025 – Tourism Malaysia, in collaboration with Mastercard and over 100 key players in the tourism industry—including 40 shopping malls, 13 retailers, 66 hotels, and airlines—proudly presents the one-month-long Malaysia Super Sale Campaign 2025. 

Running from 1 March 2025 to 1 April 2025, Super Sale 2025 offers unparalleled shopping and tourism experience, featuring a diverse range of exclusive offers on goods, accommodation, transportation, and food and beverage options, with more than 200 exciting activities and promotions awaiting tourists visiting shopping malls across Malaysia. 

This nationwide campaign is supported by key industry associations, including the Malaysia Shopping Malls Association (PPK Malaysia), the Malaysia Retailers Association (MRA), the Malaysia Retail Chain Association (MRCA), the Malaysian Association of Hotels (MAH), and the Malaysia Aviation Group (MAG). 

The Super Sale 2025 features a wide array of offerings, including; 

· Great Discounts: Enjoy up to 80% off on selected products at participating malls and retailers. 

· Spend & Win: Stand a chance to win amazing prizes, including a Proton e.MAS 7 and a Blueshark R1 EV Scooter, with every purchase at selected shopping malls. 

· Daily Giveaways: Shoppers can win exclusive prizes worth up to RM1,000; 

· Special Raya Promotions: Exclusive deals on beauty products, clothing, accessories, home appliances, and electronics. 

· Live Performances and Fun Activities: Enjoy DJ showcases, stage performances, and interactive experiences for children. 

To further enhance the shopping experience, two exclusive Midnight Sale events will be held at: 

· Aeon Mall Bandaraya Melaka (22-23 March 2025)

· Toppen Shopping Centre, Johor Bahru (28-29 March 2025)

Additionally, Malaysia Aviation Group (MAG) is offering up to 30% off on flights from selected international destinations to Malaysia, including Australia, New Zealand, the UK, Hong Kong, India, Japan, Korea, Taiwan, Singapore, Thailand, Indonesia, Vietnam, and France. Meanwhile, AirAsia Move offers exclusive travel deals, featuring the lowest fares, special hotel discounts, and savings on e-hailing rides. 

Beyond shopping, 106 participating hotels will offer Ramadan buffets and Sahur staycation packages tailored for couples and families, ensuring a memorable festive experience. Some hotels will also host live entertainment, including DJ performances, live bands, Nasyid showcases, and lucky draws. 

For a full list of offers and activities, visit the Tourism Malaysia website at www.malaysia.travel/explore/national-sales-campaig...

-Tourism Malaysia.

Thursday, 20 March 2025

Malaysia Midnight Sale @ Bintang Megamall Miri ( 22 & 23 March 2025 )

 




The Wait is Over! Malaysia Midnight Sale Starts THIS WEEKEND!

Date: 22nd & 23rd March 2025

Venue: Bintang Megamall, Miri, Sarawak

Non-Stop Activities!

> Coloring Contest

> Live Buskers

> Exclusive Deals

Balloon Drop with Exciting Prizes on the 22nd, from 10 PM to Midnight!

Live Performances by Ezra & Zubir!

Don’t Miss the Official Launch on 22nd March at 9.30 PM!

Tag your shopping buddies & see you there!


-Jalakz Sdn Bhd.

Sunday, 29 December 2024

Tourists flock to Kelantan for year-end sales

 


KOTA BARU: Tourists have begun flocking to Kelantan to take advantage of the promotions offered by local businesses during the Malaysia Year-End-Sale (MYES) campaign.

Foreigners, mainly from Thailand, have been taking advantage of recent weekends to shop at several malls in the town area. Among the popular malls are Aeon Mall in Lembah Sireh and KB Mall in Jalan Hamzah.

Thai visitor Anita Omar said she and her 48-year-old sister, Suraya, chose to shop at Aeon Mall because it offered a wide range of branded items.

"We come here often for shopping," she said. "We were informed that the mall was offering discounts of up to 50 per cent on branded handbags and women's shoes in conjunction with the recent Christmas celebration.

"Therefore, we were willing to spend one night here just to visit the mall," said the 51-year-old mother of two from Kampung Kubur Besar.

Another visitor, Azizah Marudin, said she enjoyed shopping at KB Mall, especially during year-end promotions.

"Many Thai women like to travel to Kota Baru every weekend or at the end of the year to buy clothes and women's accessories," she said. "Compared to our country, the goods sold here are much cheaper and all are branded products."

The 48-year-old from Kampung Belakang Kilang Lomek in Sungai Golok town said she typically spent around RM3,000 on handbags and shoes for herself and her two daughters.

"I particularly enjoy the midnight sales at Aeon Mall," she said. "The discounts offered during those sales are truly amazing."

According to Tourism Malaysia, the Malaysia Year-End-Sale (MYES), which began on Nov 15 and ends on Jan 1, offers discounts on a variety of household items and goods.

-nst online.

Wednesday, 25 December 2024

Foreign tourist spending up 63pct to RM26.98 billion in first nine months

 

State Tourism, Culture, Arts and Heritage Committee chairman Datuk Kamarudin Md Noor (second from left) launched the programme. STR/SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH

KOTA BARU: Spending by foreign tourists in Malaysia reached RM26.98 billion during the first nine months of this year, an increase of 63 percent compared to the same period last year.

Tourism Malaysia Eastern Region Director Mohd Azizul Arif Yahaya said Malaysia registered RM16.56 billion in spending by foreign tourists during the same period in 2023.

Mohd Azizul attributed the increase to the success of the Malaysia Year End Sale (MYES), which was the main contributor to the country's total tourism income.

"The MYES segment contributed 36.8 percent of the country's total tourism income of RM73.2 billion recorded during this period.

"I am very confident that this figure will continue to increase in the coming year, given the good response to this programme, especially after Tourism Malaysia re-organised the Malaysia Mega Sale 2024 campaign," he said at the launch of the Midnight Sale at Aeon Mall here last night.

The programme was launched by State Tourism, Culture, Arts, and Heritage Committee Chairman Datuk Kamarudin Md Noor.

Azizul said a total of seven MYES events were being held throughout the country, with two of them in Kelantan and Terengganu.

"One of the main reasons for organising this programme is to encourage international tourists, especially those from neighbouring countries like Singapore, Thailand, and Brunei, to take this opportunity not only to shop but also to spend the night in Malaysia.

"This initiative focuses on tourists from Singapore and Thailand, with Tourism Malaysia hoping that these tourists can extend their stay in the country, including staying overnight in hotels around Johor Baru and Kota Baru," he added.

For 2025, he said Tourism Malaysia plans to expand this event to more shopping malls throughout the East Coast states, aiming to make the Midnight Sale or Year-End Sale one of the most awaited annual tourism events.

-nst online.

Kempen MYES: 100 pelancong Thailand kunjungi 'Midnight Sales' di Kelantan

 


KOTA BHARU: Seramai 100 pelancong dari selatan Thailand mengunjungi acara 'Midnight Sales' (Jualan Tengah Malam) di Kelantan sempena kempen Malaysia Year End Sale (MYES) 2024.

Kedatangan mereka selama dua hari satu malam sejak semalam itu adalah melalui jualan pakej yang dibangunkan oleh MATTA Kelantan Chapter sempena kempen berkenaan.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Mohd Azizul Arif Yahya, berkata secara keseluruhan, tujuh program 'Midnight Sales' diadakan di seluruh negara dengan dua daripadanya berlangsung di Kelantan dan Terengganu.

"Antara matlamat penganjurannya ialah menggalakkan pelancong antarabangsa, terutama dari negara bersempadan dengan Malaysia, supaya mengambil peluang ini bukan saja untuk berbelanja tetapi juga bermalam di negara ini.

"Inisiatif ini memfokus kepada pelancong dari Singapura dan Thailand yang diharap memanjangkan tempoh keberadaan mereka di negara ini, termasuk bermalam di hotel.

"Acara di pusat beli-belah mampu menjadi alasan mereka yang datang dari jauh untuk tinggal lebih lama di Kelantan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi tempatan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran 'Midnight Sales' sempena kempen MYES di sebuah pasar raya, di sini, malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor.

Mengulas lanjut, Mohd Azizul berkata, tempoh 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 diwartakan untuk penganjuran jualan akhir tahun, dan Tourism Malaysia dengan kolaborasi lebih 60 pemain industri telah melancarkan kempen MYES di seluruh negara.

Beliau berkata, Aeon Mall Kota Bharu, Noor Arfa Craft Complex dan KTCC Mall menjadi rakan strategik Tourism Malaysia dalam memperkenal, mempromosi serta mengadakan jualan hujung tahun sempena kempen MYES untuk Pantai Timur.

"Pelbagai tawaran potongan harga dan sesi cabutan bertuah dengan aneka hadiah menarik disediakan selama tempoh 48 hari kempen ini berlangsung.

"Untuk 2025, Tourism Malaysia bercadang memperluaskan acara ini ke lebih banyak pusat beli-belah di seluruh negeri di Pantai Timur, dalam usaha menjadikan jualan tengah malam sebagai salah satu acara tahunan pelancongan yang ditunggu-tunggu," katanya.

-berita harian online.

Thursday, 28 November 2024

Tourism Malaysia kenal pasti, tambah baik promosi 100 destinasi dalam negara kurang sambutan

 


PETALING JAYA: Tourism Malaysia mengenal pasti lebih 100 destinasi pelancongan dalam negara yang kurang dikunjungi pelancong tempatan dan memerlukan promosi lebih intensif.

Ketua Pengarahnya, Datuk Manoharan Periasamy, berkata ia antara langkah penambahbaikan dilaksanakan agensi itu bagi menggalakkan semula pelancongan domestik.

"Kita berusaha bagi galakkan rakyat Malaysia melancong dalam negara, ini kerana sebagaimana diketahui, setiap kali hujung minggu atau cuti panjang, ramai yang memilih untuk bercuti di kawasan sempadan, antaranya Hat Yai (Thailand).

"Hasil kerjasama dengan kerajaan, selepas COVID-19 kita melihat trend bahawa orang ramai suka bercuti dalam kumpulan kecil.

"Susulan itu, kita sudah mengenal pasti lebih daripada 100 destinasi pelancongan yang kurang dikunjungi pelancong tempatan dan lakukan pelbagai usaha antaranya menggunakan pempengaruh media sosial bagi mempromosikannya" katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang Media Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2024 (MYES 2024) di Sunway Pyramid, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Dr Yasmeen Yasim; Presiden Persatuan Pengurusan Kompleks Malaysia (PPK), Phang Sau Lian dan Timbalan Presiden Persatuan Peruncit Malaysia (MRA), Boon Eng Law.

Manoharan berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak lain antaranya dengan syarikat konsesi lebuh raya, penggiat industri hotel dan lokasi tumpuan pelancongan misalnya bagi menyediakan promosi menarik.

Ditanya mengenai perancangan Tourism Malaysia memandangkan Malaysia bakal menjadi pengerusi ASEAN bagi 2024, beliau berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa acara penting yang dijangka boleh menarik lebih ramai pelancong luar negara.

"Antara program (pelancongan) yang dikenal pasti adalah berkaitan hiburan, misalnya dengan penganjuran konsert selain pelancongan sukan, ini kerana kebiasaannya acara sebegini akan membabitkan kehadiran lebih ramai pelancong," katanya.

-berita harian online.

Monday, 4 November 2024

Malaysia Midnight Sale 2024 To Boost Tourism And Economic Growth

 


JOHOR BAHRU, 30 OCTOBER 2024 – Tourism Malaysia is thrilled to announce the launch of the Malaysia Midnight Sale 2024, in collaboration with Mastercard, Paradigm Mall Johor Bahru, and GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd.


The first-ever Malaysia Midnight Sale will span four days, from 30th October 30 to 2nd November 2024, providing both local and foreign tourists with a unique opportunity to shop late into the night. Shoppers will get to enjoy exclusive deals, discounts, and special giveaways from participating retailers.


The event will kick off at Paradigm Mall Johor Bahru on 30th and 31st October 2024. Known as one of the largest shopping centers in southern Malaysia, Paradigm Mall is ideally located near Johor Bahru City and Singapore, making it a prime venue for this large-scale event.


From 1st to 2nd November 2024, the sale will extend to GCH Retail outlets around Johor Bahru, including Mercato Garden Square, Mercato Plaza Pelangi, and several Giant stores. Daily shopping hours start at 10:00 AM, with the biggest discounts of up to 80% available between 10:00 PM till midnight.


A variety of activities will cater to all age groups, including exhibitions featuring travel packages, live performances, hourly lucky draws, local fruit festivals, and children's entertainment.


Additionally, 10 hotels around Johor Bahru, namely the Ramada Straits Johor, Trinidad Suites Johor, Shama Suasana Johor Bahru, Holiday Inn Johor Bahru, Opero Hotel Southkey Johor Bahru, Hyatt Place Johor Bahru, Holiday Villa Hotel Johor Bahru, Thistle Johor Bahru, Grand Paragon Johor Bahru, and Trove Johor Bahru, are offering room rates with discounts of up to 72%, encouraging tourists to extend their stay.


YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Director General of Tourism Malaysia, emphasised the importance of attracting tourists from Singapore, stating, "We hope this campaign will entice visitors from Singapore to extend their stay in Johor Bahru, supporting local businesses and contributing to the local economy."


This initiative marks the beginning of the Malaysian Year-End Sale, which will run from 15th November 2024, to 1st January 2025, and is designed to support the Visit Malaysia Year 2026 campaign by invigorating the shopping tourism sector and attracting international visitors. The Malaysia Midnight Sale is expected to significantly boost tourism revenue, contributing to the national target of RM102.7 billion in 2024, surpassing pre-pandemic figures.


For more information on available packages and shopping offers, visit the Tourism Malaysia website at www.malaysia.travel.

-Tourism Malaysia.