Showing posts with label Ecotourism. Show all posts
Showing posts with label Ecotourism. Show all posts

Monday, 15 June 2026

Tourism Malaysia Anjur Networking Meet-Up Di Royal Belum, Perak

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan program Networking Meet-Up Royal Belum, Perak pada 9 hingga 12 Jun 2026 di Royal Belum, Perak.

Program ini melibatkan seramai 15 peserta yang terdiri daripada penghasil kandungan digital dan pegawai Tourism Malaysia. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan industri, meningkatkan pendedahan serta pengetahuan, di samping memupuk apresiasi dalam kalangan pegawai Tourism Malaysia terhadap keunikan produk dan tarikan pelancongan yang terdapat di Negeri Perak.

Fokus utama program ini adalah untuk memperkenalkan kawasan Royal Belum yang terkenal dengan khazanah alam semula jadi, kepelbagaian biodiversiti serta warisan pelancongan negara yang bernilai tinggi.

Sepanjang berada di Royal Belum, para peserta turut menerima penerangan dan perkongsian maklumat terkini mengenai pembangunan produk pelancongan, usaha pemuliharaan alam sekitar serta potensi pelancongan di kawasan tersebut daripada wakil Perbadanan Taman Negeri Perak. Sesi perkongsian ini memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai keunikan dan kepentingan Royal Belum sebagai antara destinasi ekopelancongan utama negara.

Antara lokasi yang dilawati adalah Air Terjun Sungai Kooi, Perkampungan Orang Asli, Salt Lick (Sira), Galeri Arkeologi Lembah Lenggong, Suka Suka Lake Retreat Lenggong, Kampung Beng Lenggong, dan Kampung Warisan Budaya.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 28 December 2025

Pelancongan komuniti makin popular di Sabah, jana hasil penduduk tempatan

 

PETALING JAYA – Sabah kini semakin menonjol sebagai destinasi utama pelancongan komuniti, dengan pengiktirafan antarabangsa dan serantau yang mengangkat peranan penduduk tempatan sebagai penggerak utama pengalaman pelancongan di kawasan luar bandar. 

Antara yang sering menjadi rujukan adalah Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh Kinabatangan (KOPEL) yang diiktiraf sebagai Kampung Pelancongan Terbaik oleh United Nations World Tourism Organization (UNWTO), hasil pendekatan pelancongan berasaskan komuniti dan pemuliharaan.

Di samping itu, beberapa produk pelancongan komuniti di Sabah turut menerima pengiktirafan ASEAN Tourism Standard, mencerminkan usaha negeri ini dalam membangunkan pelancongan desa yang tersusun dan mampan.

Dalam menjayakan misi tersebut, Lembaga Pelancongan Sabah telah memainkan peranan penting dengan menyediakan latihan dan kemahiran kepada komuniti, agar mereka mampu mengurus destinasi sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak luar sejak tahun 2014. 

Komuniti di Kiulu dan Kadamaian antara yang awal menerima latihan kerana menjadi projek perintis pembangunan pelancongan luar bandar dan berasaskan komuniti.

Salah satu pengusaha pelancongan komuniti adalah di Kiulu, Lingga Eco Tourism di Kampung Lingga yang mana ia merupakan antara lima pengusaha di Sabah yang menerima pengiktirafan ASEAN Tourism Standard di peringkat kebangsaan tahun ini. 

Terletak di kaki bukit yang menghijau dengan Sungai Kiulu yang mengalir di sekitarnya, Lingga Eco Tourism menampilkan aktiviti seperti mendaki Dapako Hill dan pelbagai pengalaman  aktiviti luar yang menyeronokkan, menarik pelancong tempatan dan antarabangsa. 

Selain mendaki, pengunjung juga boleh mencuba aktiviti air seperti water rafting, sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Pengerusinya, Kait Lasangan berkata, setiap aktiviti eko-pelancongan diurus bersama komuniti, dengan penduduk tempatan terlibat sebagai pemandu pelancong, petugas penyelenggaraan, dan pengurus aktiviti. 

“Sama ada sebagai guide kerja gotong-royong, atau pembersihan kawasan, semuanya dibayar dan memberi pendapatan kepada penduduk setempat. 

“Penglibatan komuniti tempatan bukan sahaja memandu laluan, malah mereka juga berkongsi cerita kampung dan pengalaman harian, menjadikan pengalaman pengunjung lebih dekat dan terasa autentik,” katanya dalam kenyataan. 

Bagi mereka yang mencari sungai jernih dan kawasan perkhemahan semula jadi, Kadamaian menawarkan sungai yang mengalir dari kaki Gunung Kinabalu dan tapak perkhemahan yang dikelilingi alam semula jadi. 

Selain itu, bagi mereka yang ingin merasai kehidupan pertanian dan agro-tourism, kawasan pedalaman seperti Tambunan dan Tenom menawarkan peluang untuk mencuba aktiviti berkebun atau memetik hasil tempatan. 

Bagi pencinta alam semula jadi dan hidupan liar, Kinabatangan bersama KOPEL menawarkan peluang kepada pengunjung untuk melihat hidupan liar sambil menyokong komuniti tempatan.

Di daerah tanah tinggi Kundasang, udara segar dan sejuk serta panorama ladang sayur menanti pengunjung yang ingin menikmati pengalaman pergunungan, dengan Taman Kinabalu Park , sebuah  tapak Warisan Dunia yang menempatkan Gunung Kinabalu yang terletak berhampiran kawasan ini. 

Kehidupan pesisir dan budaya tempatan pula boleh dinikmati di kawasan Kota Marudu dan Kudat, yang menampilkan pantai yang menenangkan serta budaya Rungus yang unik. 

Dengan pelbagai pengalaman yang ditawarkan, pelancongan komuniti di Sabah bukan sahaja memberi keseronokan kepada pengunjung, malah menyokong pembangunan mampan dan kehidupan komuniti tempatan. 

Menjelang Tahun Melawat Malaysia tahun 2026, Sabah kini membuka pintu kepada pelancong domestik untuk mengalami sendiri pelancongan komuniti, alam semula jadi, dan budaya tempatan. 

Kerajaan negeri pula telah menetapkan Tahun Melawat Sabah 2027 sebagai agenda utama pelancongan, dengan penekanan terhadap pengalaman pelancongan yang berasaskan komuniti, alam semula jadi dan budaya tempatan.

-Kosmo! Online.

Tuesday, 2 December 2025

Magika Studios Tarikan Eko-Pelancongan Dan Edutainment Baharu Di Selangpr


Shah Alam, 30 November 2025: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG), dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi melancarkan pembangunan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang.

Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang. 

Terletak di kawasan Mangrove Point seluas 70 ekar, yang merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Raja Lumu, Magika Studios bakal menjadi tarikan unik yang mempamerkan keindahan hutan paya bakau serta mempromosikan nilai kelestarian melalui hiburan dan pendidikan. 

Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembangunan berasaskan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) di bawah SMG, yang menekankan penggunaan teknologi dan hiburan sebagai medium pendidikan alam sekitar kepada masyarakat. Ia menonjolkan bagaimana pembangunan mampan dapat diwujudkan selaras dengan pemeliharaan ekosistem semula jadi, sekali gus menjadikan Sungai Klang bukan sekadar sungai yang dipulihkan, tetapi nadi baharu kepada ekonomi hijau dan pelancongan negeri. 

Melalui persembahan cahaya imersif dan penceritaan kreatif menggunakan watak-watak dongeng tempatan, Magika Studios dibangunkan dengan matlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap inisiatif LLSB sebagai agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab memulihkan dan memelihara ekosistem Sungai Klang.

Pengarah Urusan LLSB, Syaiful Azmen Nordin berkata, “Pembangunan Magika Studios merupakan satu pencapaian penting di bawah Fasa II Pelan Pembangunan Selangor Maritime Gateway (SMG) iaitu Pembangunan Berdaya Impak (2024–2030), yang bertujuan untuk merealisasikan potensi ekonomi melalui usaha pemuliharaan dan pembangunan mampan di sepanjang Sungai Klang.” 

“Projek ini mencerminkan komitmen kami terhadap prinsip ESG, khususnya dalam memperkukuh kesedaran awam tentang pemuliharaan alam sekitar melalui pendidikan kreatif dan pelancongan bertanggungjawab. Dengan menggabungkan elemen alam semula jadi, inovasi dan penceritaan, Magika Studios bukan sahaja dapat meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap pemuliharaan sungai, malah merangsang aktiviti ekonomi dan pelancongan di Selangor, menjadikan Sungai Klang lambang kelestarian dan kebanggaan negeri.” 

Antara tarikan utama yang ditawarkan termasuk:

i. Persembahan “animatronics” dan audio visual yang menghidupkan watak-watak dongeng tempatan dan mesej pemeliharaan alam sekitar;

ii. Pencahayaan ‘immersive’ di hutan paya bakau;

iii. Pameran untuk memupuk perasaan sayang terhadap haiwan;

iv. Aktiviti lawatan berpandu di sepanjang 1 kilometer ‘boardwalk’ untuk menikmati keindahan hutan paya bakau dan hidupan liar di habitat semula jadi; serta

v. Aktiviti sungai dan air untuk pelancong dan komuniti setempat. 

Dengan jarak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur, Magika Studios dijangka menjadi produk pelancongan baharu Selangor yang akan menarik perhatian pelancong tempatan dan antarabangsa, seiring dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Tambah Syaiful Azmen, “Melalui kerjasama dengan KRU Entertainment, kami memperkenalkan bentuk pelancongan sungai yang baharu, menggabungkan hiburan, pendidikan alam sekitar, dan penglibatan komuniti. Sungai Klang kini menjadi simbol kebanggaan dan inspirasi rakyat Selangor.”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Entertainment Sdn Bhd, Dato’ Norman Abdul Halim, pula berkata, “Kami amat berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan LLSB atas peluang merealisasikan visi kami untuk mengadaptasi pengalaman sinematik filem Magika, yang telah memenangi pelbagai anugerah sebelum ini, kepada tarikan taman tema berbentuk didik-hibur. Kerjasama ini membolehkan kami menggabungkan kepakaran dalam bidang hiburan dan teknologi digital dengan aspirasi LLSB untuk memupuk kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar.”

“Magika Studios akan menjadi platform di mana kreativiti, pendidikan dan kelestarian disatukan, menghasilkan pengalaman unik kepada pengunjung sambil menyampaikan mesej penting tentang penjagaan sungai dan alam semula jadi. Inisiatif ini membuktikan bahawa pembangunan mampan boleh diwujudkan melalui pendekatan kreatif yang memberikan manfaat kepada alam sekitar, masyarakat dan ekonomi. Kami percaya bahawa projek ini bukan sahaja mendekatkan masyarakat dengan Sungai Klang, tetapi juga membuka peluang baharu dalam sektor pelancongan, pendidikan dan ekonomi hijau.”

Majlis pengumuman hari ini menandakan permulaan kepada pembangunan penuh Magika Studios, yang dijangka dibuka secara rasmi pada pertengahan tahun 2026. Inisiatif ini memperkukuh pelaksanaan projek Selangor Maritime Gateway ke arah pembangunan berimpak tinggi yang menyeimbangkan kemajuan ekonomi dan kemampanan alam sekitar, selaras dengan visi menjadikan Sungai Klang sebagai sungai yang lestari dan berdaya huni di Malaysia.

-Didz Squad Studios.

Wednesday, 26 November 2025

AirBorneo mirip model Dubai, pemangkin baharu ekonomi Sarawak

 

KUALA LUMPUR: Penubuhan syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo, menandakan satu titik perubahan strategik yang melangkaui sekadar operasi komersial biasa dalam industri penerbangan. 

Menurut laporan penyelidikan ekonomi BIMB Securities, langkah berani ini dilihat mirip dengan transformasi awal Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menggunakan pelaburan besar dalam sektor penerbangan untuk mengubah Dubai daripada sebuah penempatan perdagangan menjadi sebuah metropolis global yang terhubung dengan seluruh dunia. 

Firma penyelidikan itu menjelaskan bahawa strategi berkenaan membolehkan Sarawak menyusun kapasiti penerbangan selaras dengan matlamat pembangunan jangka panjang negeri, bukannya sekadar mengejar keuntungan pantas. 

"Pendekatan ini berbeza daripada syarikat penerbangan komersial yang lazimnya didorong pertimbangan jangka pendek dalam menentukan laluan dan kapasiti.

"Model yang diguna pakai ini menunjukkan bahawa sesebuah negeri dengan visi jelas mampu menyerap kerugian operasi pada peringkat awal penubuhan syarikat penerbangan itu. Kesanggupan menanggung kos permulaan diambil kira memandangkan gandaan ekonomi jangka panjang daripada sektor pelancongan dan perdagangan dijangka mencukupi untuk menampung pelaburan berkenaan," katanya.  

Matlamat utama inisiatif AirBorneo adalah untuk meningkatkan ketersambungan laluan udara sebagai pemangkin utama, dan bukannya matlamat akhir semata-mata.

Akses penerbangan yang lebih baik ini dijangka mengukuhkan lagi tawaran ekopelancongan Sarawak yang semakin mendapat perhatian pelancong antarabangsa. 

Selain itu, ketersambungan udara lebih efisien dijangka mengangkat status acara utama negeri seperti Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia ke tahap lebih berprestij. 

"Ia juga dijangka memperkukuh daya tarikan Sarawak untuk penganjuran segmen Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) bertaraf antarabangsa. 

"Dalam konteks pembangunan bandar, strategi penerbangan ini bertujuan meletakkan Kuching sebagai pintu gerbang serantau yang lebih terkemuka dan mudah diakses," katanya. 

Usaha ini adalah sebahagian daripada agenda transformasi bandar Kuching 2030 yang sedang dirancang dan dilaksanakan kerajaan negeri. 

Peningkatan aliran penumpang dan keterlihatan antarabangsa melalui AirBorneo memberi impak positif kepada segmen hospitaliti, makanan dan minuman, serta pengangkutan tempatan. Sektor hartanah di kawasan Greater Kuching turut diramal menerima manfaat daripada pertumbuhan sektor pelancongan dan penerbangan. 

BIMB Securities turut menyentuh perbincangan cadangan pembinaan sebuah lapangan terbang baharu di pinggir bandar raya Kuching. Jika direalisasikan, projek berimpak tinggi ini bukan sahaja menyokong operasi AirBorneo, malah memanjangkan rantaian projek pembinaan negeri yang sedia ada untuk kontraktor tempatan. 

Kekuatan fiskal Sarawak yang disokong rizab besar dianggarkan berjumlah RM25 bilion hingga RM27 bilion membolehkan pelaksanaan projek berimpak tinggi tanpa menjejaskan kestabilan kewangan. Peruntukan pembangunan sebanyak RM9.3 bilion pula membuktikan komitmen negeri dalam mempercepatkan transformasi fizikal dan struktur ekonomi. 

Kesan limpahan daripada bajet negeri dan projek berkaitan bukan sahaja terhad kepada syarikat kontraktor utama, malah memperkukuh keseluruhan sektor ekonomi melalui aktiviti hiliran. Setiap tapak pembinaan, naik taraf pelabuhan dan hab penyelidikan dijangka meningkatkan permintaan terhadap bahan binaan, tenaga kerja, jentera dan perkhidmatan profesional. 

Syarikat pembinaan dan infrastruktur seperti NAIM, KKB Engineering Bhd dan Ibraco Bhd berada pada posisi terbaik untuk meraih manfaat hasil transformasi infrastruktur negeri. Keupayaan mereka disokong hubungan sedia ada dengan agensi negeri, pemahaman terhadap keadaan tempatan dan kehadiran kukuh dalam rantaian bekalan. 

Secara keseluruhan, Belanjawan Sarawak 2026 dan inisiatif strategik seperti AirBorneo mewakili titik perubahan penting dalam evolusi ekonomi negeri. 

Usaha ini dilihat sebagai pelan induk untuk menyusun semula kedudukan sosioekonomi jangka panjang Sarawak supaya kekal berdaya saing di peringkat nasional dan global.

-berita harian online.

Thursday, 20 November 2025

Resorts World Genting & Tourism Malaysia Memperkukuh Kerjasama Strategik Menyokong Visit Malaysia 2026

 

20 November 2025, Genting Highlands – Resorts World Genting (RWG) hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia bagi menyokong agenda pelancongan negara menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di Resorts World Awana dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Antara tumpuan majlis ialah pratonton eksklusif Eufloria, tarikan ekopelancongan dan edutourism terbaharu RWG. Menerusi keluasan 12.5 ekar, Eufloria menampilkan kompleks rumah hijau terbesar di Malaysia seluas 3.7 ekar dengan empat rumah kaca bertema, menawarkan pengalaman botani unik kepada sehingga 8,000 pengunjung pada satu-satu masa.

Kerjasama ini mencerminkan aspirasi bersama untuk menonjolkan khazanah semula jadi Malaysia sambil memupuk hubungan bermakna antara pengunjung dan biodiversiti negara.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 11 November 2025

M K Land komited pelihara alam sekitar, lepas 44,000 benih anak ikan lampam sungai di Tasik Bukit Merah

 

KUALA LUMPUR: M K Land Holdings Bhd (M K Land) melalui cabang pelancongan lestarinya, Bukit Merah Laketown Resort (BMLR), meneruskan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar dengan melaksanakan program pelepasan 44,000 ekor benih anak ikan Lampam Sungai di Tasik Bukit Merah baru-baru ini. 

Inisiatif ini merupakan kerjasama antara M K Land dan Jabatan Perikanan Negeri Perak, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan syarikat dalam melestarikan alam sekitar serta memulihara sumber dan biodiversiti perikanan darat, melalui aktiviti pengkayaan sumber dan habitat di kawasan tasik. 

Selain memelihara keseimbangan ekosistem semulajadi, program ini juga diharap dapat meningkatkan sumber bagi menjamin keterjaminan makanan serta menjadi pemangkin kepada aktiviti rekreasi dan ekopelancongan di Tasik Bukit Merah. 

Pelepasan benih anak ikan ini dilaksanakan secara serentak membabitkan lebih 40 orang yang terdiri daripada pihak pengurusan kanan M K Land bersama-sama kakitangan Bukit Merah Laketown Resort serta anak-anak mereka, sebagai simbolik kepada komitmen berterusan syarikat memelihara dan memulihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.

Pengurus Bukit Merah Laketown Resort, M. Danesh, berkata program pelepasan benih anak ikan Lampam Sungai bukan sahaja mencerminkan tanggungjawab sosial korporat terhadap alam sekitar, tetapi juga simbol kepada hubungan harmoni antara manusia dan alam. 

Katanya, Tasik Bukit Merah adalah khazanah bersejarah yang perlu dijaga bersama agar terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dan generasi masa depan. 

"Bukit Merah Laketown Resort menawarkan keindahan alam semulajadi yang memukau, dengan flora dan fauna yang unik serta berlatarbelakangkan Tasik Bukit Merah - tasik buatan manusia tertua di Malaysia yang dibina pada tahun 1906. 

"Keindahan ini adalah warisan yang perlu dipelihara, dan kami di Bukit Merah Laketown Resort komited untuk terus memulihara kelestarian alam Bukit Merah agar terus kekal indah dan terpelihara untuk generasi akan datang," katanya dalam satu kenyataan. 

Ketua Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan, mewakili Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Perak, Nurul Farhanis Syatila Kamaruzaman, berkata sebanyak 44,000 ekor benih anak ikan Lampam Sungai berjaya dilepaskan di Tasik Bukit Merah, hasil inisiatif bersama antara Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Bukit Merah Laketown Resort. 

"Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen kami untuk menyokong kelestarian dan menstabilkan ekosistem sumber perikanan semula jadi melalui aktiviti pengkayaan sumber dan habitat di kawasan tasik. 

"Diharapkan inisiatif ini dapat membantu memelihara keseimbangan ekosistem terutamanya di kawasan tasik ini dalam jangka panjang," katanya. 

Sebagai salah satu destinasi pelancongan ikonik di utara tanah air, Bukit Merah Laketown Resort terus memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar, seiring aspirasi MK Land untuk membangunkan komuniti dan destinasi pelancongan secara mampan.

-berita harian online.

Monday, 27 October 2025

24 individu termasuk usahawan, pengkarya dan pemimpin NGO dilantik ikon, duta Langkawi UNESCO Global Geopark

 

Langkawi: Seramai 24 individu terdiri daripada usahawan produk, pengkarya dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik sebagai ikon dan duta Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bagi tahun ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Seri Iskandar Mohd Kaus berkata, pelantikan itu bertujuan menyemarakkan promosi Langkawi Geopark kepada komuniti setempat dan pelancong asing. 

"Setiap ikon yang dilantik akan menjadi teladan dan jurucakap aktif serta latar belakang kepada aktiviti promosi Langkawi Geopark kepada masyarakat setempat, juga pelancong asing. 

"Ia juga simbol komitmen LADA memperkukuhkan Langkawi sebagai pulau ekopelancongan bertaraf dunia," katanya pada sidang media selepas Majlis Apresiasi Geopark Ikon 2025 di Dash Resort Langkawi, di sini, hari ini.

Untuk rekod, Langkawi diiktiraf sebagai Geopark pertama di Asia Tenggara dan ke-52 di dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1 Jun 2007 dan terus mengekalkan status berprestij itu hingga kini. 

Antara ikon yang dilantik termasuk penanam lada hitam, Mohamad Aswad Saidin; pengusaha kuih dan biskut, Mazreena Azmi; pengusaha minyak angin Bidara, Haslinda Ahmad; pemandu pelancong, Firdaus Ahmad serta pengusaha sabun, Khakimah Zainul Arifin. 

Turut disenaraikan, pengusaha batik pewarna semula jadi, Suraizam Saad; pengusaha keropok lekor, Rosnani Ghazali; pengukir kayu, Ahmad Kacak; pengusaha keropok, Mohd Fadzlan Nor dan pengusaha kraf tangan, Mohd Sani Suid, Shuhaini Mohd Yusof serta Mohammad Radzi Ismail. 

Senarai ikon turut merangkumi pengusaha kristal, Kamarul Faizy Roslan; artis persembahan, Ku Ahmad Ku Sulong; pemuzik, Muhamad Hazihan Saari; pengusaha kraf batik, Yusnita Mohd Yusoff dan pengusaha fabrik, Saleha Ahmad. 

Seterusnya, pelukis dan pembuat arca, Khairudin Abdul Hamid dan empat pengusaha minuman, Salehuddin Idris, Tan Sock Hoon, Lokman Hakim serta Syed Al Yahya turut dilantik sebagai ikon berkuat kuasa serta-merta. 

Sementara itu, dua individu lain, Presiden Sahabat Langkawi Geopark (FLAG), Datuk Kamarulzaman Abdul Ghani dan Pensyarah Universiti kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Norzaini Azman dilantik sebagai duta LUGGp. 

Pada majlis sama, Iskandar turut menyampaikan insentif berjumlah RM16,000 kepada 32 sekolah rendah dan menengah di Langkawi bagi mewujudkan Sudut Geopark di sekolah masing-masing sebagai usaha memperkasa pendidikan geopark di peringkat akar umbi.

-harian metro online.

Thursday, 17 July 2025

Outdoor Expo Malaysia 2025 – Malaysia’s Largest Outdoor Lifestyle Event! @ Kompleks Sukan Kelana Jaya ( 25 ~ 27 July 2025 )

 


Outdoor Expo Malaysia 2025 – Malaysia’s Largest Outdoor Lifestyle Event!

Are you ready for the ultimate outdoor experience this year?

Over 100 outdoor vendors, thousands of camping & adventure products, exciting activities for kids and adults, live demos, survival showcases, and inspiring talks by incredible outdoor figures who live and breathe adventure!

FREE ENTRY

Date: 25–27 July 2025

Time: 10AM – 10PM

Location: Kelana Jaya Sports Complex, Selangor

Food trucks. Performances. Exhibitions. Talks. Gear. All in one place!

Tag your camping buddies and family — this is one event you don’t want to miss!

-Outdoor Expo Malaysia.

Tuesday, 17 June 2025

Sandakan set to launch Malaysia’s first Historical Tree Trail

 

SANDAKAN: Already renowned for its rich history, Sandakan is set to launch Malaysia’s first Historical Tree Trail, which will be officially recognised by the Malaysia Book of Records on June 28.

Developed in collaboration with the Sabah Forestry Department, the 3km Sandakan Heritage Trail features 42 historically significant trees, each tagged and QR-coded to enhance visitor experience and promote eco-heritage tourism.

The achievement was revealed during a courtesy call by Lai King Hang, the founder and Chairman of the Sandakan Heritage Trail, to the Sabah Forestry Department’s Chief Conservator of Forests, Datuk Frederick Kugan.

This is an excellent initiative that reflects innovation in both conservation and heritage tourism,” said Kugan, adding that the trail represents a new benchmark in eco-education and community involvement.

The launch event, which is expected to draw over 200 participants from all walks of life, will begin at Masjid Jamik and make a key stop at Agnes Keith’s House, where the Malaysia Book of Records certificate will be officially presented.

The trail will be officiated by the Sandakan Municipal Council (MPS) President Walter Kenson.

Organised by the Sandakan Heritage Trail Committee and the Sandakan Tourism Association (Stan), with full support from the Sandakan Municipal Council and various voluntary groups, the event represents a significant milestone for Sandakan’s growing eco-tourism sector.

Lai noted that in addition to the historic trees, the public will also enjoy views of restored colonial buildings such as Agnes Keith’s House, as well as places of worship, including the 100-year-old Masjid Jamik, the Goddess of Mercy Chinese Temple, St. Michael’s and All Angels Church and the Sam Sing Kung (Three Saints) Temple.

The two-hour walk along the Sandakan Heritage Trail will conclude at Wisma Warisan at the MPS Square, and include several other cultural landmarks along the way.

Also present at the courtesy call were the department’s Deputy Chief Conservator of Forests, Dr Arthur Chung, senior officers, a senior team member of the Sandakan Heritage Trail, as well as representatives from Stan and the Sabah Society Sandakan.

-Daily Express.

Monday, 16 June 2025

Merapoh syurga gua batu kapur

 

MERAPOH bukan sekadar pekan kecil di daerah Lipis, tetapi lokasi yang menjadi sempadan dua negeri itu diiktiraf sebagai taman warisan geologi yang terbesar di Malaysia.

Di situ terdapat lebih 500 gua batu kapur dengan anggaran usia lebih 130 juta tahun, malah sebahagiannya dikesan mempunyai lukisan purba berusia antara 100 hingga 200 tahun.

Aktivis alam sekitar tempatan, Sabrie Zoo, 44, berkata, usaha pencarian gua di kawasan itu sudah dimulakan sejak 2011 dan sehingga kini, sebanyak 187 berjaya direkodkan.

Bagaimanapun, tidak semua gua itu dibuka kepada pelancong, sebaliknya hanya 12 sahaja boleh dikunjungi.

Sabrie berkata, gua di Merapoh boleh dianggap sebagai 'syurga' bagi pengkaji dan peminatnya, kerana memiliki ruang dalaman yang luas selain formasi batuan unik ditambah struktur geologinya.

"Antara gua menarik yang sering menjadi tumpuan ialah Gua Air Mata Duyung. Ia dikenali dengan keindahan formasi stalaktit dan stalagmit selain kolam air jernih.

"Gua Seribu Cerita pula menjadi tumpuan kerana kewujudan lukisan purba di dinding gua.

"Penerokaan gua itu juga agak mencabar kerana pelawat perlu merangkak, memanjat dan berenang berdasarkan kedudukan dan bentuk gua," katanya.

Selain itu Gua Hari Malaysia turut menarik perhatian pengunjung kerana di dalamnya terdapat sungai sepanjang satu kilometer, air terjun, dan kolam semula jadi.

Gua Hantu Menari pula menjadi tarikan perhatian pengunjung kerana kemunculan cahaya semula jadi yang membentuk bayangan seperti lembaga sedang menari.

"Keunikan gua-gua ini menyebabkan ia dimasukkan di bawah kategori sendiri misalnya ada gua untuk pendidikan, pengembaraan selain fotografi dan arkeologi.

" Gua Jinjang Pelamin misalnya, sangat popular dalam kalangan jurufoto profesional kerana formasi dalaman yang indah dan lukisan purba pada dindingnya," katanya.

Bagaimanapun, gua batu kapur bukan satu-satunya tarikan di Merapoh. Sebaliknya pekan berjarak 77 kilometer dari Kuala Lipis itu turut menawarkan keindahan alam semula jadinya.

Hal ini diakui pemandu pelancong, Husnan Husin, 42, yang kerap membawa pengunjung menerokai ' Tree Top Walk Merapoh', iaitu laluan kanopi atau jambatan gantung sepanjang 612 meter yang dibina oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Katanya, laluan itu dibina pada ketinggian antara lima hingga 23 meter dari permukaan tanah, membolehkan pelawat merasai pengalaman berjalan di atas pokok sambil menikmati keindahan hutan hujan tropika dari perspektif unik.

"Tidak jauh dari situ, Taman Negara Sungai Relau berfungsi sebagai pintu masuk utama ke Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian 2,187 meter.

"Lokasi ini adalah destinasi wajib bagi pendaki tegar yang ingin menawan puncak tanah tinggi yang mencabar itu," katanya.

Selain itu katanya, sungai-sungai di situ turut menarik minat mereka yang gemar berkayak kerana laluannya mencabar adrenalin.

Untuk rekod, Taman Negara Sungai Relau terletak kira-kira tujuh kilometer dari Merapoh. Ia adalah salah satu pintu masuk ke Taman Negara Pahang yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti pendakian ke Gunung Tahan, safari malam, penjelajahan gua, dan pemerhatian hidupan liar.

Laluan pendakian dari Sungai Relau ke Gunung Tahan mengambil masa sekitar lima hari dan dikenali sebagai salah satu laluan pendakian paling mencabar di negara ini.

Anak tempatan, Muhammad Hafizi Ilminuddin Zulkapli, 31, berkata keunikan kampung halamannya itu turut menarik pelancong antarabangsa. Berdasarkan pengalamannya membawa pelancong asing, sebahagian mereka datang dari Belanda, Austria, Jerman dan Croatia.

Katanya, kebanyakan pelancong itu mengakui gua di Eropah umumnya berstruktur bawah tanah, namun gua di Merapoh terbentuk di atas permukaan tanah dan menyerupai bukit, sekali gus memberikan pengalaman berbeza.

Bagaimanapun katanya, dari satu segi hubungan erat antara kerajaan, ahli akademik, serta masyarakat setempat perlu menjadi asas dalam memelihara dan memajukan kawasan itu.

Ketika ini katanya, kekurangan infrastruktur pelancongan masih menjadi cabaran utama, khususnya dari segi kemudahan penginapan seperti asrama dan chalet, ketiadaan fasiliti mencukupi mengekang pelancong untuk menetap lebih lama dan meneroka lebih banyak gua.

"Untuk ke kawasan gua, pelancong perlu menyewa kenderaan pacuan empat roda dan bagi mereka yang serius untuk mengkaji gua, masa yang panjang diperlukan.

"Dalam sehari, mereka hanya sempat masuk empat hingga lima gua sahaja," katanya.

Tempoh itu katanya hanya membenarkan lawatan singkat, pengalaman dan pemahaman terhadap struktur geologi serta sejarah gua sangat terhad dan hanya menjadi ruang untuk merakam gambar sahaja.

-berita harian online.

Tuesday, 6 May 2025

Gamuda Cove perkenal tarikan alam sekitar baharu, bakal bina zoo

 

Wai Lune (tiga dari kanan) bergambar bersama Ketua Dream Maker of Enfiniti Escapes, Puan Sri Tiara Jacquelina (dua dari kiri); Timbalan Ketua Pengarah PERHILITAN, Datuk Hasnan Yusop (tiga dari kiri) dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Mohd Hasry Nor Mohd (empat dari kanan) ketika Majlis Menandatangani MoU antara GL Play dan empat syarikat di Dengkil, hari ini - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

DENGKIL: GL Play, cabang riadah dan hospitaliti Gamuda Land menandatangani empat memorandum persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn Bhd, One Universal Production Sdn Bhd (OUP), Wonderful Wildlife & Recreation Management Sdn Bhd (WWRM), dan Seven Evernew PLT bagi membangunkan Gamuda Cove sebagai tempat perlindungan alam semula jadi serta bandar pintar.

Kerjasama itu bakal memperkenalkan pengalaman hidupan liar, dua resort eko mewah serta taman permainan dalaman khas untuk kanak-kanak ke beberapa lokasi di Gamuda Cove, termasuk kawasan seluas 1,111 ekar di Paya Indah Discovery Wetlands (PIDW), 90 ekar di Wetlands Arboretum dan juga The Hive.

Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune, berkata semua projek dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun 2026 dan merupakan sebahagian daripada objektif syarikat untuk memberikan kehidupan yang sejahtera kepada masyarakat.

"Penambahan ini juga akan melengkapi tarikan sedia ada seperti SplashMania dan Discovery Park bagi menawarkan keseronokan terutama untuk pencinta alam semula jadi.

"Dengan kerjasama WWRM, zoo baharu akan dibina dengan tumpuan kepada pemuliharaan, pendidikan dan kebajikan haiwan, menampilkan hampir 90 spesies mamalia, burung dan reptilia termasuk spesies eksotik seperti 'Bat-eared Fox' dan burung kakak tua 'Black Palm Cockatoo'," katanya ketika di majlis menandatangani MoU itu, di sini, hari ini.

Selain itu, Wai Lune berkata, Enfiniti Escapes akan memperkenalkan penginapan eko mewah di mana tetamu boleh menikmati alam semula jadi dalam suasana yang selesa.

"OUP pula akan mengubah suai chalet lama menjadi penginapan moden dan lestari manakala TiniTin Town akan membuka taman permainan dalaman yang menyeronokkan di The Hive, sesuai untuk keluarga dengan anak kecil," katanya.

Beliau berkata, dengan tarikan baharu itu, kerjasama ini akan menarik lebih ramai pelawat dan penduduk sekali gus membantu merancakkan kawasan komersial dan mewujudkan sebuah perbandaran yang selesa.

Katanya, seiring dengan perkembangan Gamuda Cove, semua penawaran itu akan membantu mencipta pengalaman perbandaran yang lebih meriah, menarik kunjungan pelawat dan aktiviti komersial yang akan menyokong perniagaan di pusat komuniti bandar dan pusat runcit Cove Centrum yang bakal dibuka.

"Sama ada melalui pelancongan atau lawatan hujung minggu keluarga, tarikan baharu ini akan menyuntik kehidupan ke ruang awam dan ekosistem komersial dalam perbandaran ini.

"Kami juga bekerjasama dengan Dusit International untuk hotel yang bakal dibuka, Taylor's Education Group untuk bidang pendidikan, dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk usaha pemuliharaan di Paya Indah Discovery Wetlands.

"Dengan rakan strategik yang kukuh, kami dapat menjadikan Gamuda Cove sebuah tempat yang bukan sahaja dihuni, tetapi juga diterokai dan berkembang bersama," katanya.

Beliau menjangkakan sekitar 1.5 juta pengunjung setiap tahun, manakala harga tiket akan ditawarkan pada kadar yang berpatutan yang akan diumumkan tidak lama lagi.

"Salah satu tarikan paling menarik dalam inisiatif ini ialah zoo di mana ia merupakan pengalaman safari pandu lalu yang jarang ditawarkan di Malaysia. Jadi, kami merancang untuk memperkenalkan konsep safari pandu lalu ini. 

"Pada peringkat awal, safari ini akan menggunakan model 'put-in-time' di mana pengunjung boleh melihat haiwan sepanjang perjalanan sebelum tiba di kawasan zoo dan kami berharap ia dapat direalisasikan dalam masa terdekat," katanya.

-berita harian online.

Monday, 31 March 2025

StarCruises, Dream Cruises relaunch with maiden voyage of Star Voyager

 

Star Voyager, the latest ship to homeport in Singapore, embarked on its maiden voyage on March 26, heralding the revival of the StarCruises and Dream Cruises brands, and a new chapter for the former Star Cruises, a brand with over 30 years of history in the region. 

The vessel, with a capacity of 1,940 passengers, will offer a new cruising experience tailored for the Asian market, travelling to Malacca and Jakarta before returning to Singapore. 

Positioned as an affordable, lifestyle-driven cruise experience, StarCruises will operate mid-sized ships, including the Star Voyager and Star Navigator, catering to travellers seeking comfort, entertainment, and adventure at sea. 

Dream Cruises offers a more luxurious experience with exclusive privileges and premium amenities on larger ships, including its flagship, Genting Dream, which accommodates over 3,000 guests. 

“By clearly differentiating between StarCruises and Dream Cruises, we are able to cater to distinct segments while reinforcing our leadership in the Asian cruise industry and beyond,” said Michael Goh, president, StarCruises and Dream Cruises. “This is an exciting milestone for StarCruises and we are honoured to play a key role in supporting and contributing towards the growth of Singapore’s inbound and outbound cruise travel.” 

The Star Voyager will offer three-, four- and five-night cruises connecting Singapore to dual homeport cities of Jakarta, Malacca, Bangkok and Ho Chi Minh City – further increasing inbound tourists to these destinations – as well as to other destinations such as Medan, Koh Samui, and Redang island. 

A total of US$50 million was invested in refurbishing areas such as the lobby, restaurants, and Palace class suites. The entertainment programme and activities were also carefully planned to cater to multigenerational travellers, including a teens club with activities designed by the ship’s youngest crew to appeal to teenagers. 

“We are strong believers in providing good experiences,” said Goh, adding that happy customers make for the strongest ambassadors of the brand. 

Colin Kerr, senior vice-president of Cruise Entertainment, echoed this sentiment, noting that some guests are so invested in the product that their feedback has been taken into consideration. 

The MICE segment, which contributes to 30 per cent of the business, is also another segment the company plans to continue growing. 

StarCruises has plans to offer fly-cruise options to Australia and is exploring the Indian market as well. 

Star Voyager will homeport at the Singapore Cruise Centre until July 21.

-TTG Asia.

Tuesday, 25 June 2024

Tasik Chini's research centre now open to visitors

 


PEKAN: Visitors, especially nature lovers, can now make plans to visit the country's first biosphere reserve site Tasik Chini which was once marred by long-standing environmental issues.


The Tasik Chini Research Centre (PPTC) near here offers tailored edutourism packages for the public to stay at their premises within the complex vicinity and explore the lake, and its rich flora and fauna.


State Unity, Tourism and Culture Committee chairman Leong Yu Man said the negative perception about mining activities around the country's second-largest freshwater lake had to be put aside with the focus now towards getting people to return to enjoy the rich biodiversity here.


"PPTC is prepared to receive visitors, including tour groups, to explore the lake and the nearby Orang Asli settlements.


"The lake is an ideal edutourism site to attract students and researchers.


"Tour and travel agents can include Tasik Chini in their packages when promoting Pahang.


"Apart from offering accommodation, meals and camping facilities for outdoor enthusiasts, PPTC provides boating, kayaking, and jungle trekking activities depending on the length of stay," she said at PPTC here today.


Leong was met after the closing of the engagement sessions programme by Pahang State Parks Corporation to prepare the Tasik Chini biosphere reserve development plan.


Also present was Universiti Kebangsaan Malaysia Tasik Chini Research Centre head Associate Professor Dr Mohd Shazrul Fazry Sa`ariwijaya.


Leong said that Tasik Chini had made headlines previously for the wrong reasons due to unregulated mining and land-clearing activities but now the surrounding areas were being restored and rehabilitated.


"The mining has stopped so we hope there will be continues efforts to promote the lake.


"We cannot just sit back and wait for the Tasik Chini action plan to be implemented but must make effort to ensure the lake remains popular among visitors and is not forgotten," she said.


On the engagement sessions, Leong said the three-day programme involved 18 agencies and four Orang Asli settlements nearby with the aim to return the lake to its former glory.


"The Pahang government has pledged its support on efforts to revive the lake, and having a long- and short-term action plan is the best way to move forward.


"The findings from the sessions will be studied before we develop a comprehensive plan by the end of this year," she said.


Those who wish to know more about the promotion packages can visit https://www.ukm.my/pptc/#

-nst online.

Sunday, 12 May 2024

Taman Negara Pulau Kukup dibuka semula

 


PONTIAN: Taman Negara Pulau Kukup dibuka semula selepas empat tahun ditutup bagi memberi laluan kerja menaiktaraf kemudahan di kawasan berkenaan.


Pembukaan semula taman negara itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon.


Katanya, taman negara itu ditutup pada 2020 dalam usaha menaiktaraf pelbagai kemudahan asas termasuk tandas awam dan laluan pejalan kaki.


"Taman ini akan mula dibuka kepada pengunjung mulai 17 Mei ini dengan menggunakan jeti sementara," katanya selepas majlis pembukaan semula Taman Negara itu di sini, hari ini.

Taman Negara Pulau Kukup diwartakan pada 1997 dan diiktiraf sebagai Tapak Ramsar pada 2003 yang mempunyai keluasan 647.5 hektar.

Tian Soon berkata, taman negara itu kini menyediakan pelbagai kemudahan baharu termasuk laluan pejalan kaki sejauh 1.6 kilometer, tandas awam yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) .

"Kerajaan negeri memberi kelulusan kos pembinaan jeti baharu kepada Kementerian Pelancongan Malaysia sebanyak RM2O juta dan dijangka siap pada 2026, " katanya.

Beliau berkata, lokasi itu juga menjadi kawasan paya bakau yang terasing dari daratan dan kedua terbesar di dunia.

"Selain itu, taman negara ini mempunyai kepelbagaian flora dan fauna paya bakau dan juga tempat persinggahan burung hijrah antara September hingga Mac.

"Kehadiran pengunjung termasuk pelajar sekolah dihadkan seramai 100 orang saja sehari demi memberi keselesaan kepada semua, " katanya.

Yang turut hadir, Pengarah Perbadanan Taman Negara Negeri Johor, Taufik Bahar, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan.

-berita harian.

Saturday, 11 May 2024

Embark on a tranquil adventure: Exploring Kawa Kawa River Cruise

 

File pic credit (SabahTravel)

WITHIN the picturesque landscapes of Kota Belud, Sabah, lies a hidden gem waiting to be discovered: the Kawa Kawa River Cruise.

Offering a serene journey along the tranquil waters of the Kawa Kawa River, this popular tourist attraction promises an immersive experience amidst the beauty of Sabah's mangrove forests and diverse wildlife. Let's delve into the allure of this scenic river cruise.

A SCENIC ESCAPE

Located just a 90-minute drive from Kota Kinabalu, the capital city of Sabah, Kawa Kawa River beckons with its stunning natural beauty and rich biodiversity.

As visitors embark on their journey, they are greeted by the lush greenery of mangrove forests and the gentle flow of the river, creating a peaceful setting for relaxation and nature appreciation.

One of the highlights of the Kawa Kawa River Cruise is the opportunity to observe proboscis monkeys in their natural habitat. These iconic primates, with their distinctive large noses and striking appearance, can often be spotted along the riverbanks, providing visitors with an unforgettable wildlife encounter.

Additionally, macaques, silver leaf monkeys, monitor lizards, and a variety of bird species add to the richness of the wildlife sightings during the cruise.

SUNSET SPLENDOUR

For those seeking a touch of romance and enchantment, sunset cruises along the Kawa Kawa River offer breathtaking views of the golden hues painting the sky as the sun dips below the horizon.

The tranquil ambiance and picturesque backdrop create the perfect setting for capturing memorable moments and experiencing the magic of nature's beauty.

CULTURAL IMMERSION

Beyond its natural wonders, the Kawa Kawa River Cruise also offers insights into the traditional lifestyle and customs of local communities. Visitors may have the opportunity to visit nearby villages, engage in cultural experiences such as traditional dance performances and handicraft demonstrations, and learn about the rich heritage of the region's indigenous communities.

CONSERVATION AND SUSTAINABILITY

As advocates for eco-tourism and environmental conservation, the Kawa Kawa River Cruise promotes responsible tourism practices aimed at preserving the mangrove ecosystems and wildlife habitats.

By raising awareness about the importance of conservation efforts, visitors are encouraged to minimise their impact on the environment and respect the delicate balance of nature.

PLANNING YOUR CRUISE

The typical duration of the Kawa Kawa River Cruise is around 1 to 2 hours, offering visitors ample time to explore the natural beauty and wildlife sightings along the river. Tour packages, which may include hotel transfers, guided river cruises, wildlife watching activities, and cultural experiences, can be arranged through local operators in Kota Belud or Kota Kinabalu.

-nst online.