Showing posts with label Art Tourism. Show all posts
Showing posts with label Art Tourism. Show all posts

Wednesday, 23 September 2026

Citrawarna Speed Festival 2026 Celebrates Arts & Culture Alongside Automotive Excitement

 

KUALA LUMPUR – The Citrawarna Speed Festival 2026 officially kicks off today, presenting a unique fusion of Malaysia’s rich cultural arts and the thrill of motorsport. Running for 12 days from 23 September to 4 October 2026, the festival is centred across three main locations: IOI City Mall Putrajaya, Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1, and Sama-Sama Hotel KLIA.

Following the success of Citrawarna 2026 at Dataran Merdeka last July, this edition introduces a new, dynamic, and interactive expression of Citrawarna. This event is made possible through the strong support of various strategic partners, including AMD, ASUS, Sama-Sama Hotel, HP, Intel, IOI City Mall, IOI Properties, Istana Budaya, the National Department for Culture and Arts (JKKN), Kraftangan Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), Memento Exclusives, MSI, SDeal Malaysia Sim Racing & Motorsport HP, SNS Network, TVS 122, TVS Inspire, and Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd.

The festival at IOI City Mall Putrajaya is organised across four main zones:

Zone A (Colours of Speed - Lower Ground, East Court): An interactive space bringing the thrill of motorsport to life through a Simulator Competition, offering visitors the chance to test their skills and win attractive prizes.

Zone B (Info Booths - GFEC): A one-stop centre for tourism and cultural information featuring booths from Tourism Malaysia, Tourism Selangor, and the Sepang Municipal Council.

Zone C (Colours of Art & Culture - Symphony East): Features 14 interactive stations showcasing traditional arts, crafts, and live cultural performances.

Zone D (Colours of Parade - Premiere B): Completes the atmosphere with cultural performances, virtual reality (VR) elements, and meet-and-greet sessions with the festival mascots, Wira and Manja.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 8 September 2026

Experience Malaysia’s Culture at Festival Budaya Malaysia 2026! @ Tourism Malaysia Booth

 

Get ready for 6 days of vibrant Malaysian culture, arts, heritage, food and exciting activities at Festival Budaya Malaysia 2026!

Date: 11–16 September 2026

Time: 9.00 AM – 12.00 AM

Venue: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Where: Tourism Malaysia Booth – Laman 1

FREE ENTRY!

Drop by the Tourism Malaysia booth and enjoy a variety of exciting activities, including:

> Discover amazing domestic tourism & theme park packages

> Meet Wira & Manja at our Meet & Greet session

> Join our social media activity

> Test your knowledge with our Kahoot! Tourism Quiz

> Have fun with traditional games

> Explore exciting craft demonstrations

> Experience our interactive AI activities

> Shop local favourites including Lexzo Coffee, Pomepop & Farm Fresh

And that’s not all! Enjoy traditional performances, heritage food, local crafts, traditional games, E-Sports and even the exciting experience of a hot air balloon ride!

Bring your family and friends and immerse yourself in the colours, flavours and stories that make Malaysia truly special.

See you at Festival Budaya Malaysia 2026!

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 4 August 2026

Festival Budaya Selangor 2026 @ Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor ( 16 ~ 20 September 2026 )

 

Festival Budaya Selangor Kini Kembali!

Terokai keunikan seni, budaya dan warisan Selangor melalui pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga

Lokasi: Batu Laut, Tanjung Sepat, Selangor

Tarikh: 16-20 September 2026

Antara tarikan yang menanti anda:

> Persembahan Seni Budaya Selangor

> Floating Market @ Sand

> Pameran Interaktif, Jualan Rahmah & FAMA

> Wau Kapal

> Kapal Layar

> Konsert artis & pelbagai lagi aktiviti menarik!

Jangan lepaskan peluang. Jumpa anda di sana!

-Tourism Malaysia.

Sunday, 21 June 2026

Citrawarna 2026 Kembali Menyemarakkan Warna-Warni Warisan Malaysia

 

KUALA LUMPUR - Sambutan kebudayaan ikonik negara, Citrawarna 2026, bakal kembali memeriahkan Dataran Merdeka pada 24 hingga 26 Julai 2026, menghimpunkan persembahan budaya dari seluruh negara dalam satu pertunjukan penuh warna-warni yang menampilkan kepelbagaian tradisi, seni dan warisan Malaysia. 

Berlangsung sempena kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), edisi kali ini membawa tema “Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa”, sekali gus mengangkat Kuala Lumpur sebagai pentas utama meraikan identiti dan kepelbagaian budaya Malaysia. 

Pengunjung bakal disajikan dengan empat segmen utama iaitu Citra Perarakan (Colours of Parade), Citra Rasa (Colours of Flavour), Citra Budaya (Colours of Culture) dan Citra Seni (Colours of Art), yang menawarkan pengalaman menyeluruh melalui persembahan kebudayaan, hidangan tradisi, pameran seni serta pelbagai aktiviti budaya interaktif. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 1999, Citrawarna atau Colours of Malaysia telah menjadi platform penting dalam mempromosikan seni, budaya, warisan serta keindahan alam semula jadi Malaysia kepada dunia. 

Penganjuran Citrawarna 2026 oleh Tourism Malaysia dengan kerjasama Yes Travel & Holidays Sdn. Bhd. serta sokongan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Warisan Kuala Lumpur mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya bertaraf dunia. Inisiatif ini turut menyokong pertumbuhan pelancongan inklusif, memperkasa komuniti tempatan, meningkatkan daya tahan industri serta memacu pembangunan ekonomi yang mampan. 

Citrawarna kekal sebagai salah satu produk pelancongan budaya utama Malaysia yang memainkan peranan penting dalam memupuk penghargaan lebih mendalam terhadap kepelbagaian identiti budaya negara, di samping mengeratkan perpaduan masyarakat dari seluruh pelosok tanah air. 

Sepanjang tiga hari penganjuran, sambutan ini akan digerakkan menerusi empat komponen utama yang menjadi nadi kepada Citrawarna 2026 seperti berikut: 

> Citra Perarakan (Colours of Parade) menampilkan perarakan budaya yang menakjubkan melalui gabungan muzik, tarian dan penceritaan oleh kontinjen dari seluruh Malaysia.

> Citra Rasa (Colours of Flavour) meraikan warisan kulinari Malaysia yang kaya dengan hidangan tradisional serta pengalaman gastronomi asli.

> Citra Budaya (Colours of Culture) akan mempamerkan persembahan tradisional, aktiviti bersifat kemasyarakatan dan ekspresi budaya yang mencerminkan kepelbagaian rakyat.

> Citra Seni (Colours of Art) akan mempamerkan kraf tangan tempatan dan demonstrasi seni secara langsung oleh penggiat industri kreatif tempatan.

Acara kemuncak Citrawarna 2026 ialah Citra Perarakan yang dijadualkan berlangsung pada 25 Julai 2026, menghimpunkan penghibur dari seluruh negara dalam satu persembahan besar yang menonjolkan elemen perpaduan, kreativiti dan identiti kebangsaan. Persembahan ini bakal mengubah Dataran Merdeka menjadi pentas penuh warna-warni yang meraikan kekayaan warisan budaya Malaysia melalui muzik, tarian dan penceritaan yang mempesonakan. 

Selain memperkukuh warisan budaya negara, Citrawarna 2026 juga dijangka memberi impak ekonomi yang positif melalui peningkatan kehadiran pelawat domestik dan antarabangsa. Kehadiran ini mampu membuka peluang ekonomi yang lebih luas kepada pengusaha hotel, pengendali pelancongan serta peniaga tempatan, sekali gus merangsang aktiviti ekonomi setempat. 

Bersempena penganjuran ini, Tourism Malaysia mengalu-alukan penyertaan hotel dan penginapan untuk menawarkan kadar bilik istimewa, pakej promosi serta tawaran menarik kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memperkayakan pengalaman pelawat, malah berpotensi menggalakkan tempoh penginapan yang lebih lama serta meningkatkan limpahan ekonomi pelancongan di Kuala Lumpur. Pihak hotel dan rakan industri pelancongan yang berminat, boleh hubungi Cik Sinoretha Sining melalu e-mel sinoretha@tourism.gov.my atau melalui talian telefon +603-8891 8747. 

Orang ramai dijemput hadir bagi bersama-sama memeriahkan sambutan penuh warna-warni ini dan menjadi sebahagian daripada perayaan budaya, kreativiti dan perpaduan yang menjadi kebanggaan Malaysia. Maklumat lanjut mengenai pengisian program dan sorotan acara akan diumumkan dari semasa ke semasa.

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 6 May 2026

Aswara Artskap Festival Seni Kota @ Aswara Kuala Lumpur ( 9 Mei 2026 )

 

Aswara Artskap Festival Seni Kota Warnai Hujung Minggu Kuala Lumpur

ASWARA Artskap 2026 kembali dengan konsep Festival Seni Kota yang lebih segar, inklusif dan interaktif

Tarikh: 9 Mei 2026 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: Kampus ASWARA, Kuala Lumpur

Masuk PERCUMA

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda dari persembahan pentas, bengkel, diskusi, wayang pacak hingga ke market seni & kraftangan tempatan

Terokai 8 zon interaktif SKAP yang direka khas untuk mendekatkan anda dengan dunia seni, budaya dan warisan Malaysia!

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.klfestival.com.my/2026-programmes

Jumpa anda di sana!

-Aswara.

Friday, 17 April 2026

Semarak Seni Visual Kedah 2026 @ Village Mall Sungai Petani, Kedah ( 24 ~ 26 April 2026 )

 

Kemeriahan seni kini kembali !

SEMARAK SENI VISUAL KEDAH 2026 akan berlangsung pada 24-26 April 2026 di Village Mall, Sungai Petani, Kedah.

- Pameran dan jualan lukisan

- Produk seni dan kraf

- Bengkel seni

- Pertandingan mewarna

- Pertandingan melukis

- Meet & greet bersama pelukis

- Tempahan potret dan karikatur

- Lukisan kopi

- Demo melukis

- Art jamming

- Majalah Sempoi

- Pameran agensi dan institusi

Mai ramai-ramai semarakkan seni dan jumpa nanti

-Angkatan Pelukis Kedah.

Tuesday, 17 March 2026

Tourism Malaysia And Dewan Filharmonik Petronas: Embarks Strategic Partnership Through The Signing Of A Memorandum Of Understanding (MoU)

 

KUALA LUMPUR, 17 March 2026 - Tourism Malaysia and Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) today embark on a strategic partnership through a Memorandum of Understanding (MoU) signed by Ms. Siti Azlina binti Abd Latiff, Chief Executive Officer of DFP, and Mr. Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia at EQ Kuala Lumpur. This collaboration is aimed at strengthening the arts and cultural landscape in the capital, while elevating Malaysia’s position as a premier tourism destination in support of the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign aspirations.

According to Ms. Siti Azlina, this partnership marks another significant milestone for DFP as the premier concert hall in Kuala Lumpur City Centre (KLCC) and the home of the Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO), which is widely regarded as a leading orchestra in Southeast Asia. She noted that DFP takes great pride in this collaboration with Tourism Malaysia, as such partnerships generate a far greater impact than individual efforts. This synergy allows both parties to complement one another in achieving higher standards and fulfilling the aspirations of Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Furthermore, this initiative aligns with the goals of the VM2026 campaign to strengthen Malaysia’s position as a world-class destination for arts and culture. Through this strategic collaboration, Tourism Malaysia and DFP will jointly promote high-quality performing arts experiences to both domestic and international visitors. This initiative simultaneously supports efforts to diversify the nation's tourism products and empowers Kuala Lumpur as a regional hub for arts and culture.

For the past 28 years, DFP and the MPO have been at the forefront of the creative industry, representing the highest level of performing arts and cultural presentations. Throughout the concert seasons, both entities deliver a consistent and artistically excellent programme all year round, providing a platform for arts and culture appreciation through a dazzling line-up of local and international artists. Each season showcases a variety of musical offerings, with genres ranging from classical, pop, and jazz to movie soundtracks, anime, and traditional ethnic music.

As a strategic partner, the DFP brand will be expanded globally through integration across Tourism Malaysia’s digital and physical platforms, including overseas information centres. This collaboration will also see the creation of attractive packages for both Malaysians and international visitors, featuring discounted concert tickets and guided tours of the concert hall.

This collaboration also presents an opportunity for DFP to explore the creation of cultural content specifically curated for the VM2026 campaign. Such a move will strengthen the synergy between both organisations in upholding the national mandate to foster an appreciation for the arts while enriching the cultural identity of the local community.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 9 November 2025

Borneo Creative And Culture District 2025 (BCCD) @ Muzium Sabah, Kota Kinabalu ( 21 ~ 23 November 2025 )

 

Sertai pertemuan kreatif antara seni, budaya dan komuniti dalam Borneo Creative and Culture District 2025 (BCCD) yang merupakan sebuah platform meraikan keunikan warisan serta inovasi seni Borneo!

Tarikh: 21 – 23 November 2025 (Jumaat-Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat: Kampung Warisan Sabah (Fasa II) Muzium Sabah, Kota Kinabalu

Festival selama tiga hari ini akan mengetengahkan gabungan seni, budaya dan kreativiti melalui pelbagai pengisian program menarik seperti:

> Art in the Park: Karya seni interaktif di ruang terbuka.

> Artisan Market: Jualan kraf, makanan dan produk tempatan.

> Bengkel, Demonstrasi dan Pameran: Kolaborasi bersama komuniti seni Borneo dalam menyediakan aktiviti seni untuk semua lapisan masyarakat.

> Forum dan Sesi Perkongsian Penggiat Seni Kreatif: Sesi perkongsian bersama penggiat seni dan usahawan.

> Persembahan Seni dan Kebudayaan: Menampilkan keindahan warisan seni Borneo secara tradisional dan kontemporari.

Majlis perasmian akan berlangsung pada 22 November 2025 (Sabtu) dan disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan persekutuan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Balai Seni Negara, Balai Seni Lukis Sabah, Muzium Sabah, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Tourism Malaysia, Kraftangan Malaysia serta rakan strategik industri kreatif tempatan.

BCCD 2025 dianjurkan bagi mengangkat nilai seni, budaya dan warisan Borneo ke peringkat antarabangsa di samping memperkukuh peranan industri kreatif sebagai pemangkin ekonomi dan medium perpaduan masyarakat menerusi seni. Mari bersama hidupkan semangat Borneo, di mana seni, budaya dan warisan berpadu dalam denyut inspirasi baharu!

Jom hadir beramai-ramai dan masuk adalah PERCUMA!

-Balai Seni Negara.

Sunday, 19 October 2025

Promosi Kraf Malaysia 2025 @ KB Mall, Kota Bharu ( 24 Oktober ~ 1 November 2025 )

 

Promosi Kraf Malaysia 2025 Di Pusat Beli-Belah Kb Mall, Kota Bharu Kembali Lagi...

Tarikh: 23 Oktober - 1 November 2025

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi: Ruang Legar, Pusat Beli-Belah, KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Menghimpunkan seramai 20 orang usahawan kraf pelbagai bidang dari seluruh Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya:

> Jualan Produk Kraf

> Pameran Jualan

> Demonstrasi Kraf   

- Batik Canting

- Anyaman Kercut

- Pembuatan Patung Wayang Kulit

- Jebak Puyuh

- Blok Batik

> Interaktif Kraf

- Mewarna batik

- Mewarna seramik

- Anyaman bakul rotan

- Fun Craft

Jom datang ramai-ramai ke Pusat Beli-Belah KB Mall, Kota Bharu dan dapatkan koleksi produk kraf yang sememangnya asli, unik dan eksklusif.

Pakat Maghi Belako!

-Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Friday, 10 October 2025

2026 Budget: Government allocates RM700 million to boost tourism sector

 

KUALA LUMPUR: The government has allocated more than RM700 million to boost the country's tourism sector under the 2026 Budget. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said the bulk of the proposed allocation, or RM500 million, will be utilised for the Visit Malaysia 2026 campaign. 

He said RM60 million will be allocated to promote tourism, marketing, and the organisation of cultural events and activities, while RM50 million will be provided to support art and heritage entrepreneurs in generating income, including those involved in crafts, batik, and weaving. 

"A total of RM50 million in matching grants will be allocated to encourage international and charter flights to Malaysia. 

"Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) has attracted 10 international airlines to operate in Malaysia, including British Airways, Hong Kong Express, and Jiangxi Air," said Anwar, who is also the finance minister, when tabling the 2026 Budget.

Anwar added that RM25 million from the allocation will be set aside to improve tourism facilities, including the conservation of UNESCO sites such as Gunung Mulu National Park in Sarawak, Lenggong Valley in Perak, and FRIM Forest Park in Selangor, which was newly designated this year. 

He said the 2026 Budget will also include measures to strengthen the medical tourism sector. 

"A total of RM20 million will be allocated to enhance medical tourism programmes under the Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC)," he said. 

"We have an ambitious goal which is to attract 47 million visitors and generate RM329 billion in tourism revenue. 

"This is a transformation that promises widespread economic benefits for small traders, tourism entrepreneurs, rural communities, craft producers, and the people as a whole," Anwar added.

-nst online.

Tuesday, 7 October 2025

ASEAN Arts & Crafts Bazaar 2025 @ Kompleks Kraf Kuala Lumpur ( 10 ~ 20 Oct

 


ASEAN Arts & Crafts Bazaar 2025

Orang ramai dijemput hadir ke ASEAN Arts & Crafts Bazaar 2025 yang berlangsung dengan pelbagai pengisian menarik.

Tarikh: 6 - 8 Oktober 2025

Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: Sunway Pyramid Convention Centre

Dan

Tarikh:  10 – 20 Oktober 2025

Masa:  10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi:  Kompleks Kraf Kuala Lumpur

Jangan lepaskan peluang merasai pengalaman seni, budaya dan warisan dengan menyokong hasil kreatif usahawan kraf dari rantau ASEAN.

-Kraftangan Malaysia.

Tuesday, 16 September 2025

North Borneo Rainforest Festival 2025 @ Koisaan Cultural Village, Penampang, Sabah ( 11 & 12 October 2025 )

 

We are back!

North Borneo Rainforest Festival 2025 is happening on 11 & 12 October at Koisaan Cultural Village! This year, we’re going international! We’re excited to welcome our friends from Taiwan.

With the theme “Pisompuruan”, meaning Unity, come and experience a journey of cultural exchange through arts, music, and performances.

We have more delicious foods and drinks!

Save the date and join us!

-North Borneo Rainforest Festival.

Thursday, 31 July 2025

13MP: New Special Tourism Investment Zones in four states

 

KUALA LUMPUR: New Special Tourism Investment Zones (STIZ) will be developed in Johor, Melaka, Negri Sembilan and Sarawak. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim said this would involve collaboration between the federal government, state governments, the private sector and cooperatives. 

"These zones will serve as catalysts for the creation of new tourism products, including those based on artistic, cultural and heritage assets, as well as natural attractions." 

He cited the Sungai Batu Civilisation site in Kedah, Lenggong Valley and Niah Caves, all recognised by Unesco, as examples of natural attractions.

The five-year 13MP, which covers the period from 2026 to 2030, provides a strategic framework for Malaysia's economic, social and environmental priorities. 

The plan comes as the nation navigates an increasingly complex global environment and a broad domestic reform agenda.

The 13MP will also serve as a key policy platform for the unity government, which has anchored much of its governance on the principles of the Madani Economy. 

Previously, Communications Minister Datuk Fahmi Fadzil said the 13MP reflected the government's commitment to building a more inclusive and sustainable economic foundation over the next five years.

-nst online.

Friday, 18 July 2025

Balai Seni Negara himpun karya kontemporari empat negara

 

KUALA LUMPUR: Pameran KePulauan: Refleksi BIMP-EAGA melalui seni kontemporari yang menghimpunkan karya dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina dirasmikan malam tadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot di Balai Seni Negara. 

Pameran anjuran MOTAC melalui Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 31 Mei 2026 di Galeri 3A, Balai Seni Negara. 

Balai Seni Negara dalam kenyataan medianya menyebut, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda diplomasi budaya MOTAC yang terkandung dalam Pelan Strategik 2021–2025, selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam sektor pelancongan dan kebudayaan serantau. 

Pameran ini juga katanya, menyokong visi BIMP-EAGA 2025 yang berteraskan prinsip berdaya tahan, inklusif, mampan dan berdaya saing dari segi ekonomi (R.I.S.E.), selain menjadi pengisian penting sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.

"Ia turut memberi fokus kepada refleksi visual seniman dari rantau BIMP-EAGA yang menyentuh pelbagai tema termasuk ekonomi, hubungan sosial, penjagaan alam sekitar, keilmuan serta kearifan tempatan di kawasan timur ASEAN.

"Wilayah yang terbabit meliputi seluruh Kesultanan Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi dan Maluku di Indonesia, negeri Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia, dan kawasan selatan Filipina seperti Kepulauan Mindanao dan Palawan," katanya.

Antara seniman Malaysia yang terbabit dalam pameran itu termasuklah Josrie Haral, Muslim Mattajim dan Dr Mohamad Faizuan Mat. 

Sebanyak 12 karya dipamerkan membabitkan elbagai medium termasuk media campuran, instalasi, catan, fotografi, audio dan videografi. Antara karya yang ditampilkan termasuk satu daripada Koleksi Seni Visual Negara oleh seniman Malaysia, Yee I-Lann.

-berita harian online.

Wednesday, 9 July 2025

Karnival Candat Sotong Tourism Malaysia x Program Madani Rakyat @ Payang Walk, Terengganu ( 10 ~ 12 Julai 2025 )

 May be an image of slow loris and text

May be an image of text that says "SEMPENA KARNIVAL CANDAT CANDATSOTONG SOTONG MADANI RAKYAT (PMR) 2025 TERENGGANO รั MAJLIS PELEPASAN PAMERAN JUALAN TERENGGANU BERMUNAJAT •FUN RUN CANDAT SOTONG EXPLORACE PASAR PAYANG SUKAN RAKYAT LIVE BAND CSE BUSKERS PERSEMBAHAN PENTAS PETTING zoo RIMBA RAZIA DEMONSTRAS KRAF & MAKANAN WARISAN PERTANDINGAN •BUBUR ASYURA •MASAKAN SOTONG •MEWARNA PAKAIAN BERAGAM ·HOT WHEELS RACE DAN BANYAK LAGI!"

Karnival Candat Sotong Tourism Malaysia x Program Madani Rakyat bakal berlangsung Khamis - Sabtu ini di Payang Walk, Kuala Terengganu. Macam-macam ada buleh sertai & support macam-macam acara disini.

Menarik Hujung Minggu Ini!

> Pameran Jualan

> Terengganu Bermunajat bersama Ustaz Mustaffa Kamal

> Fun Walk & Run Fit Terengganu

> Majlis Pelepasan Candat Sotong

> Live Band Istimewa CSE Buskers

> Explorace Pasar Payang

> Sukan Rakyat

> Persembahan Pentas

> Petting Zoo RIMBA RAZIA

> Demonstrasi Kraf & Makanan Warisan

> Pertandingan, Bubur Asyura

> Pertandingan Mewarna

> Cabaran Pakaian Beragam

> Hot Wheels Race

Dan Banyak Lagi!

-Payang Walk.

Monday, 23 June 2025

Kraftangan Malaysia perkasa dokumentasi kraf melalui inisiatif pendigitalan

 

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), terus komited dalam usaha memelihara dan memartabatkan warisan seni kraf negara menerusi penganjuran Pameran Karya Agung – Seni Kraf Warisan Negara yang berlangsung di Borneo Cultures Museum (BCM) di sini, bermula 30 Mei hingga 25 Julai ini. 

Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), MOTAC, Datuk Mohd Yusri Mohd Yusoff, berkata julung kali diadakan di Sarawak, pameran itu menampilkan 56 koleksi kraf tekstil hasil sentuhan seni lima Tokoh Kraf Negara (TKN) dan 20 Adiguru Kraf (AGK) yang menjadi tonggak kelestarian industri kraf negara.

Antara hasil seni yang diketengahkan termasuklah Songket, Tenun Pahang Diraja, Tekatan, Sulaman Nyonya, Tenunan Pua, Mugah, Rungus, Dastar, Siambitan, Linangkit dan Sulaman Pis yang mencerminkan kekayaan identiti budaya daripada pelbagai etnik di Malaysia.

Mohd Yusri berkata, selain BCM, Pameran Karya Agung diadakan di dua lagi lokasi utama iaitu di Muzium Kraf, Kompleks Kraf Kuala Lumpur sehingga 31 Disember 2025 dan Muzium Negara sehingga 30 Jun 2025. 

"Pameran itu turut diadakan di Muzium Negara di Kuala Lumpur yang berlangsung sehingga 30 Jun ini," katanya selepas mengadakan sesi walkabout Pameran Karya Agung-Seni Kraf Warisan Negara di BCM.

Turut serta pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Kraftangan Malaysia, Abdul Halim Ali serta Ahli Lembaga Pengarah Kraftangan Malaysia, Rolland Duat Jubin. 

Mohd Yusri berkata, setakat 15 Jun lalu, jumlah keseluruhan pengunjung di tiga lokasi pameran itu mencecah 80,898 orang.

"Angka itu cukup membanggakan kerana ia jauh lebih tinggi daripada jangkaan apabila 162 peratus melebihi sasaran awal 50,000 pengunjung.

Mohd Yusri berkata, sebagai usaha melestarikan dokumentasi seni kraf negara, Kraftangan Malaysia turut mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan inisiatif pendigitalan maklumat kraf warisan. 

Kod QR pada setiap koleksi 

"Usaha ini bertujuan memastikan maklumat seni, budaya dan warisan kraf dapat dipelihara secara sistematik dan mudah diakses generasi kini dan akan datang. 

"Antara pendekatan pendigitalan yang diperkenalkan termasuk penggunaan Kod QR pada setiap koleksi pameran, penggunaan Augmented Reality (AR) bagi koleksi terpilih serta Interective Touch Panels di Muzium Kraf Kuala Lumpur," katanya. 

Selain itu katanya, pendigitalan juga diperluaskan dengan menjadikan Muzium Kraf Kuala Lumpur yang boleh diakses dari mana-mana sahaja menerusi platform digital. 

"Pameran Karya Agung bukan sahaja memperlihatkan keindahan dan ketelitian seni kraf tempatan, malah memperkukuh jati diri serta semangat cintakan warisan. 

"Dengan sambutan yang menggalakkan dan inisiatif teknologi terkini, usaha Kraftangan Malaysia ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan industri kraf yang lebih mampan, dinamik dan dikenali di persada dunia," katanya.

Sementara itu, mengenai pengiktirafan Adiguru Kraf, beliau berkata, sehingga kini seramai 73 orang telah diiktiraf sejak 1987.

-berita harian online.

Monday, 19 May 2025

Festival Kraf Pantai Timur 2025 @ East Coast Mall Kuantan ( 22 Mei ~ 3 Jun 2025 )

 

Festival Kraf Pantai Timur 2025 akan menemui pengunjung pada:

Tarikh: 22 Mei hingga 3 Jun 2025

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi: East Coast Mall, Kuantan, Pahang

Jom datang beramai-ramai ke Festival Kraf Pantai Timur 2025.

-Kraftangan Malaysia.

Saturday, 17 May 2025

Karnival Jom Masuk ASWARA 2025 ( 28 Jun 2025 )

 

Karnival Jom Masuk Aswara 2025

Berminat dalam dunia seni dan budaya? Inilah peluang keemasan anda untuk mengenali lebih dekat Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang akan berlangsung pada:

Tarikh: 28 Jun 2025 (Sabtu)

Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Lokasi: Kampus ASWARA, Kuala Lumpur

Temui Alumni dan Pelajar ASWARA yang telah menempa nama di industri seni seperti:

> Zahiril Adzim - Pelakon

> Ayu Damit - Penyanyi

> Razien Hakim @ Razienbebel - Pempengaruh Media Sosial

Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik menanti anda seperti:

> Temuduga dan Ujibakat Pengambilan Pelajar Sesi Akademik 2025 / 2026

> Pameran Reruai ASWARA

> Bengkel Kesenian

> Persembahan Pelajar

> Sharing Session bersama Alumni dan Pelajar ASWARA

> Lawatan Berpandu ASWARA

> Jualan Food Truck dan banyak lagi

Jom datang beramai-ramai dan rasai pengalaman dunia seni sebenar di ASWARA!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari platform media sosial rasmi ASWARA di

https://www.facebook.com/aswara.edu

https://www.instagram.com/aswara.official

https://www.tiktok.com/@aswara.official

Jumpa anda di sana...

-ASWARA.

Monday, 17 March 2025

Terengganu Batik entrepreneurs step up after National Craft Expo postponement

 

visual: Persatuan Pengusaha-pengusaha Batik Terengganu

KUALA LUMPUR: The Terengganu Batik Entrepreneurs Association has stepped up to organise a 10-day bazaar following the postponement of the National Craft Day Expo 2025. 

Its president, Shafei Ghazali, said the initiative was taken as many members had already invested time and resources in preparing crafts for the expo. 

In January, Kraftangan Malaysia, an agency under the Tourism, Arts and Culture Ministry, announced the postponement of the expo, originally scheduled for Feb 14 to 28, citing unforeseen circumstances. A new date has yet to be announced. 

In a statement today, Shafei said the association's event, Bazar Kraf Aidilfitri 2025, will be held from March 18 to 27 at Kompleks Kraf Jalan Conlay in Kuala Lumpur.

"We thank Kraftangan Malaysia for offering us the venue at a good rate, and we are happy that many entrepreneurs from other states are joining us," he said. 

The bazaar will feature 80 booths offering batik, songket, silver jewellery, rattan products, and accessories such as handbags, songkok, tarbus, bags, and cookies for Hari Raya.

The largest group of exhibitors is from Terengganu, with others from Kelantan, Selangor, Pahang, Perlis, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, and Sarawak. 

Various activities, including lucky draws, are planned throughout the 10-day event. 

Association of Traditional Textiles Lovers and Enthusiasts founder and vice-president, Fatimah Ismail, said the event would provide a much-needed platform for artisans to showcase their products and generate sales ahead of Hari Raya. 

The Bazar Kraf Aidilfitri will be open from 10am to 7pm (Monday to Thursday) and 10am to 9pm (Friday to Sunday).

-nst online.