Showing posts with label Sport Tourism. Show all posts
Showing posts with label Sport Tourism. Show all posts

Thursday, 15 October 2026

Anantara Desaru Coast taps into new karting attraction

 

Anantara Desaru Coast Resort & Villas is positioning its family and outdoor activities alongside a new karting circuit scheduled to open at Desaru Coast by the end of 2026. 

The 10 million ringgit (US$2.4 million) circuit will form part of The Sports Arina at Riverside, an integrated sports and leisure development. It will feature a competition karting track, karts, electronic timing and an air-conditioned circuit for children aged four to 12. 

Guests at Anantara Desaru Coast can combine karting with activities at the resort, including guided nature walks, cycling, kayaking and beach activities. 

The resort also offers a Mangroves by Firefly Light Eco Tour along the Lebam River, which includes a private evening firefly excursion and picnic. Younger guests have access to Layang Layang Kids Club, while Luncur Ombak Active Zone caters to older children and teenagers. 

Golf is available at the neighbouring Els Club Malaysia, which has the 27-hole Ocean Course, designed by Ernie Els, and the 18-hole Valley Course, designed by Vijay Singh. 

The resort is also offering an Ultimate Golfing Getaway package that includes breakfast, dinner and a round of golf at The Els Club Malaysia.

-TTG Asia.

Sunday, 4 October 2026

Majlis Perasmian Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026

 

KUALA LUMPUR, 02 OKTOBER  2026 -Majlis Perasmian Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Visit Malaysia Square, Menara Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan  oleh YBrs. Puan Zuraini Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, sekali gus menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan dan acara bertaraf antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh barisan tetamu kenamaan dan pemegang taruh industri, antaranya YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, Pengerusi LSH Capital Berhad; YBrs. Encik Khairul Faizal Hj. Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur; YBrs. Encik Mohd. Idros bin Mohd. Yusop, Pengarah Acara BASE Malaya Venture; YBrs. Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records; serta YBrs. Encik Azrul Ekhwan bin Eliah, Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Tower International BASE Jump merupakan acara tahunan berprestij yang menghimpunkan atlet-atlet sukan ekstrem dari seluruh pelusuk dunia dalam kategori BASE jumping, iaitu aktiviti terjunan berpayung dari struktur tinggi. Acara ini terkenal sebagai antara platform sukan ekstrem paling ikonik di rantau ini, dengan Menara Kuala Lumpur menjadi lokasi utama yang menawarkan pengalaman terjunan yang mencabar serta pemandangan bandar raya yang unik.

Bagi edisi 2026, acara ini berjaya menarik penyertaan seramai 221 penerjun profesional dari 38 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Portugal, United Kingdom, Kanada, Bulgaria, China, Perancis, Jepun dan Singapura. Malaysia turut melakar kehadiran membanggakan menerusi penyertaan enam orang penerjun tempatan, yang bersama-sama mempamerkan keupayaan dan semangat dalam sukan ekstrem bertaraf dunia.

Penganjuran Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 merupakan salah satu inisiatif strategik BASE Malaya Venture dalam menyokong agenda Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027). Acara ini dilihat berupaya memperkukuh lagi segmen pelancongan sukan negara melalui penganjuran program berimpak tinggi yang mampu menarik perhatian komuniti antarabangsa.

Selain menjadi platform pertandingan sukan ekstrem, acara ini turut berperanan sebagai medium promosi yang efektif dalam memperkenalkan Kuala Lumpur dan Malaysia kepada komuniti sukan pengembaraan global. Kehadiran peserta dari pelbagai negara bukan sahaja meningkatkan keterlihatan Malaysia di peringkat antarabangsa, malah turut menyumbang kepada usaha memperkukuh imej negara sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman sukan, rekreasi dan pengembaraan bertaraf dunia.

Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 berjaya mencapai objektif penganjurannya sebagai acara sukan ekstrem bertaraf antarabangsa yang bukan sahaja mempromosikan industri pelancongan negara, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran acara global menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

-Tourism Malaysia.

Monday, 21 September 2026

Tourism Malaysia Joins KL Tower Run International Challenge 2026

 

KUALA LUMPUR, 20 September 2026 | YBrs. Puan Zuraini Abdul Ghani, Director of Package Development Division represented Tourism Malaysia on behalf of the Director General of Tourism Malaysia at the Turkish Airlines Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2026 (KLTRIC2026), held at Kuala Lumpur Tower, Kuala Lumpur.

The 24th edition of KLTRIC2026, themed “Victory is Vertical”, brought together more than 2,000 local and international participants to take on the challenge of conquering 1,608 steps at one of Malaysia’s most iconic landmarks. The event also featured a new finishing point at Sky Garden, offering participants a distinctive sporting experience while further highlighting Kuala Lumpur as a destination for sports tourism.

The event was graced by Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, Chairman of LSH Capital Berhad, and attended by Mr. Khairil Faizal Hj Othman, Chief Executive Officer of Kuala Lumpur Tower; Mr. Mustafa Kemal Kizilay, General Manager of Turkish Airlines (Malaysia); Mr. Shazman Shahid, Head of Group Corporate Communications & Marketing, AmBank Group; Mr. Faizal bin Mahmod, Director, Department of Culture, Arts, Tourism and Sports, Kuala Lumpur City Hall (DBKL); Mr. Abdul Razak bin Abdul Rashid, Assistant Director, Sports Development Division, National Sports Council; and Tuan Yusri bin Basri, Deputy Director of the Fire and Rescue Department of Kuala Lumpur.

-Tourism Malaysia.

Monday, 14 September 2026

Visit Malaysia Truly Asia Run 2026

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2026 | Program Visit Malaysia Truly Asia Run 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran DBKL, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Wilayah sebagai salah satu inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Wizani Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Tourism Malaysia; serta YBrs. Encik Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan (Sosioekonomi), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang turut menyempurnakan sesi pelepasan peserta (flag-off) dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Selain memupuk semangat kesukanan dan rekreasi dalam kalangan masyarakat, program ini juga menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, sejajar dengan aspirasi Kempen Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 8 September 2026

Fly & Ride: Season 2 – Malaysia Coastal Expedition 2026

 

8 September 2026 – Flag-Off FLY & RIDE: Season 2 – Malaysia Coastal Expedition 2026 telah berlangsung di Trinidad Suites, Iskandar Puteri, Johor, dan disempurnakan oleh En. Jeffri bin Munir, Ketua Pegawai Operasi, Majestic Johor Tourism Sdn. Bhd.

Program ini melibatkan 40 peserta tempatan dan antarabangsa dengan kayuhan hari pertama sejauh ±110 km dari Johor Bahru menuju Batu Pahat sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka, Negeri Sembilan, dan Kuala Lumpur.

Pemilihan Johor sebagai titik permulaan turut memberi peluang untuk mengetengahkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan sukan dan berbasikal, di samping memperkenalkan keindahan, budaya, makanan serta hospitaliti Johor kepada peserta antarabangsa.

Penganjuran ini turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan dilaksanakan selari dengan kempen Visit Malaysia 2026, sekali gus memperkukuh promosi Johor dan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan bertaraf antarabangsa.

-Tourism Johor.

Sunday, 30 August 2026

25,000 Peserta Meriahkan Edisi Sulung Malaysia Marathon 2026!

 

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2026 – Malaysia Marathon 2026 mencatatkan sambutan meriah dengan menghimpunkan kira-kira 25,000 peserta tempatan dan antarabangsa dalam edisi sulungnya di Kuala Lumpur.

Acara melibatkan kategori 42KM, 21KM, 10KM dan 5KM, selain pelbagai pengisian menarik termasuk Larian Bendera Malaysia 5KM yang melibatkan 1,000 pelajar KPTM Bangi, membawa semangat patriotisme dan perpaduan dalam acara bertaraf antarabangsa ini.

Pelepasan acara 5KM telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, di KLCC. Turut hadir YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia; Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi I) Tourism Malaysia; Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, serta tetamu kenamaan yang lain.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan persembahan artis tempatan, HOT FM BIG JAM, robot HONOR serta cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Proton Saga 1.5.

Penganjuran ini bukan sekadar meraikan sukan dan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan kepada peserta dari seluruh dunia, selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 13 August 2026

Pos Malaysia Run 26 - Jom Laju For Fun! @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 29 November 2026 )

 

Jom Laju For Fun!

Sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026), orang ramai dijemput untuk menyertai Pos Malaysia Run 2026: "Jom Laju for Fun" yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tarikh: 29 November 2026 (Ahad)

Masa: 4.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Program larian ini menawarkan pelbagai kategori yang sesuai untuk semua lapisan peserta, sama ada pelari berpengalaman mahupun mereka yang ingin menyertai aktiviti larian secara santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kategori yang ditawarkan adalah seperti berikut:

21KM – Men & Women Open / Veteran

10KM – Men & Women Open / Veteran

5.5KM Fun Run Individual – Lelaki, Wanita & Kanak-kanak (5 tahun ke atas)

5.5KM Fun Run Group – Kumpulan 4 orang

Yuran penyertaan adalah berbeza mengikut kategori dan fasa pendaftaran:

> Super Early Bird

> Early Bird

> Normal Registration

Setiap penyertaan turut merangkumi Running Kit serta perlindungan insurans.

Untuk maklumat lanjut mengenai kategori, yuran penyertaan, syarat-syarat penyertaan dan pendaftaran, sila rujuk poster yang dilampirkan atau saluran rasmi Pos Malaysia Run 2026.

Jumpa anda di garisan permulaan!

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 28 July 2026

Exclusive Malaysia Fest Offers @ Singapore Expo, Hall 5A & 5B ( 30 July ~ 2 August 2026 )

 


From Cool Mountain Breezes To Sunny Coastal Shores, Your Next Malaysian Gateway Starts Here!

Heading to Malaysia Fest 2026 in Singapore? We’ve got exclusive, limited-time travel packages designed to give you the ultimate local hospitality experience—whether you're looking for family fun by the beach, a chilly highland retreat, or a pristine golf getaway!

Exclusive Malaysia Fest Deals (30 July – 2 August 2026)

Seaside Family Escape | Swiss-Grand Beach Resort, Kuantan

3D2N Stay starting from RM 1,288 NETT

Includes Daily Breakfast Buffet, RM 50 Dining Credit & fun local activities!

Highland Family Getaway | Swiss-Garden Hotel & Residences, Genting Highlands

2D1N Stay starting from RM 500 NETT

Includes Breakfast Buffet, Set Dinner, Room Decoration, Kids Activities & a special Plush Toy!

Golf Getaway for 4 Golfers | Damai Laut Golf & Country Club

3D2N Stay in a 2-Bedroom Apartment for RM 1,650 NETT

Includes two 18-hole golf rounds (green fees & shared buggy included), insurance, and 2 meals per person!

Where to Find Us:

Dates: 30 July – 2 August 2026

Venue: Singapore EXPO, Hall 5A & 5B

Travel Validity: Book now, travel anytime until 15 December 2026!

Terms & Conditions Apply.

For more info

Swiss-Garden International Hotels, Resorts & Inns

Tag your travel buddies below! Where are we heading first?

-Tourism Malaysia.

Monday, 13 July 2026

Thunderstruck By APAC Wrestling @ ESI Grand Hall, Spacerubix, Puchong ( 22 August 2026 )

 

The storm is almost here.

On 22 August, APAC Wrestling returns with THUNDERSTRUCK—a night of championship battles, international stars, dream matches, and the very best professional wrestling Malaysia has to offer.

Witness APAC Wrestling Champion “Master of All” Shaukat defend his championship against former WWE Superstar The Brian Kendrick, while APAC Wrestling Women’s Champion Mio Shirai begins her reign with her first title defence.

From rising stars to established names, every match has something at stake—and every competitor is fighting to make a statement.

Early Bird tickets are available for a limited time only. Once they’re gone, prices go up.

Don’t miss your chance to be part of the APAC Army.

http://t2u.asia/e/50634 or Link in bio

Date/Time: 22 August 2026 | 4:30PM

Venue: ESI Grand Hall, Spacerubix (near LRT Taman Perindustrian Puchong)

SPayLater accepted

This is one you don’t want to miss. See you at THUNDERSTRUCK.

-APAC Wrestling.

Wednesday, 24 June 2026

Johor to host world's largest amateur golf final in October

 

(From left) JGTA president Col (Rtd) Jamal Salleh, Perodua chairman Tan Sri Asmat Kamaludin, Johor Tourism director Nazrul Abd Rahim, WAGC president Isac Saminathan and Tourism Malaysia Southern Region director Maizatul Liza Mukhtar at the launch of the World Amateur Golfers Championship at the Johor Tourism Information Centre in Johor Bahru. - Pic from WAGC

KUALA LUMPUR: The 30th World Amateur Golfers Championship (WAGC) World Final will be held at Desaru Coast from Oct 23-31, drawing over 650 participants from 50 countries. 

Regarded as the world's largest amateur golf championship, the event returns to Johor for the second time and Malaysia for the fifth time. 

Matches will be played across three venues: The Els Club Desaru Coast, Forest City Golf Resort and Tanjung Puteri Golf Resort. 

The tournament was launched at the Johor Tourism Information Centre (JOTIC) on Tuesday, attended by representatives from Tourism Malaysia, Tourism Johor, the Johor Golf Tourism Association (JGTA), Delta World, Perodua and Desaru Coast. 

Founded by Swedish sporting legend Sven Tumba, the WAGC offers amateur golfers worldwide the opportunity to compete at an international level. 

New participating nations this year include Austria, Azerbaijan, Cyprus, El Salvador, Georgia, Ireland, Mauritius, Mexico, Monaco, Mongolia, Thailand and Ukraine. 

WAGC president Isac Saminathan said the championship has grown beyond sport. 

"The WAGC World Final is more than a golf tournament. It is a global platform that brings people, cultures and opportunities together through sport. We are delighted to return to Johor, a destination that offers outstanding golf facilities, exceptional hospitality and memorable visitor experiences," Saminathan said. 

JGTA president Col (R) Jamal Salleh said hosting the championship again reflects international confidence in the state. 

"With our diverse portfolio of championship golf courses, integrated resorts and strong industry collaboration, Johor is uniquely positioned to offer an exceptional experience for golfers and visitors alike," Jamal said.

-nst online.

Friday, 22 May 2026

Malaysia Amplifies Promotions At The Thailand Dive Expo (TDEX) & Thailand Golf Expo (TGEX) 2026

 

BANGKOK, THAILAND — Tourism Malaysia anchored a powerful showcase at the Thailand Dive Expo (TDEX) and Thailand Golf Expo (TGEX) 2026, held from 21 to 24 May 2026 at the Queen Sirikit National Convention Center (QSNCC), Bangkok. As one of the largest niche travel exhibitions in the region, TDEX and TGEX attract thousands of international and Thai visitors, providing an ideal platform to promote Malaysia as a premier destination for golf and diving enthusiasts. 

At the event, Tourism Malaysia’s partners proudly showcased the country’s world-class marine biodiversity and iconic golf destinations through specially curated travel packages. For diving experiences, packages such as Dive Mate, Freedom Dive, The Living Sea, and Dive Diary were presented, while Golf Asian and Golf Sini packages were developed to market exclusive golfing experiences. Additionally, a wide range of promotional deals were offered by prominent Thai travel agents, giving visitors direct access to tailored holiday expertise. Malaysia Airlines was also a key participant, promoting its extensive flight connectivity to support seamless travel for international visitors. 

Mr Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia stated: “Our participation in this integrated niche event presents a valuable opportunity to position Malaysia as a premier golfing destination and a world-class diving haven, as we recognise the strong growth potential generated by these specialised tourism segments. We are excited to participate in TDEX and TGEX 2026 with enhanced travel packages and improved connectivity. We are confident Malaysia will continue to captivate international travellers seeking world-class golf experiences and extraordinary underwater adventures.” 

In line with the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign, Tourism Malaysia’s participation at TDEX and TGEX 2026 reflects its strategic efforts to position the country as a leading destination for niche and high-value tourism segments, particularly golf and diving tourism. By leveraging international platforms like these, Malaysia continues to strengthen its global visibility, attract quality travellers, and promote sustainable tourism practices that support environmental conservation and local communities. 

Malaysia welcomed 612,040 Thai visitors in the first quarter of 2026. Tourism Malaysia will continue to intensify its promotional efforts in Thailand through strategic partnerships, consumer engagement activities, and trade collaborations to sustain tourism growth momentum and maximise the impact of the VM2026 campaign.

-Tourism Malaysia.

Monday, 18 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 


Satu festival, seribu kemeriahan!

Festival Rakyat datang lagi sebagai lubuk penyatuan komuniti terbesar musim ini!

Tarikh: 22 - 24 Mei 2026

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Masuk PERCUMA!

Sama-sama kita raikan produk tempatan, imbau kembali sukan rakyat dan nikmati persembahan kebudayaan serta hiburan yang semestinya meriah

Dari penduduk setempat sehinggalah ke pelancong luar, festival ini adalah untuk ANDA

-Tourism Malaysia.

Sunday, 10 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 

Festival Rakyat 3.0 Kembali Lagi!

Ayuh memeriahkan sambutan ulang tahun keputeraan ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis dalam suasana penuh warna-warni, tradisi dan semangat rakyat!

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Tarikh: 22 – 24 Mei 2026

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga antaranya:

> Malam Citrawarna Kuala Perlis

> Pertunjukan Kereta Berhias

> Perlis International Open Fight Night

> Hari Belia Negara

> Gusti Lengan & Tarik Tali

> Sepak Raga Ratus

> Kejohanan Dam Aji

> Slingshot

> Food Festival

> Pertandingan Mewarna

> Pertunjukan Wau

> Seni Suara Burung

Jom raikan kemeriahan budaya, sukan, seni dan warisan rakyat Perlis dalam satu festival yang penuh nostalgia dan keseronokan!

-JKKN Perlis.

Thursday, 30 April 2026

SPRITZER Perak X-Multisport Festival 2026 @ Spritzer Ecopark, Taiping, Perak ( 1 ~ 2 August 2026 )

 

SOMETHING NEW HAS COME TO TOWN

Are you ready for the next big challenge?

A brand-new adventure is arriving this August — where endurance, adrenaline, and nature collide in one epic festival.

RUN through scenic off-road trails 

BIKE across thrilling terrain 

RUMBLE in the historic first edition cross duathlon challenge 

Welcome to the SPRITZER Perak X-Multisport Festival 2026 

Date: 1–2 August 2026 

Venue: Spritzer Ecopark, Taiping, Perak 

From cross-country adventure runs to mountain bike challenges and the all-new X-Duathlon race, this is where champions are made and limits are tested.

Something bold. 

Something wild. 

Something Perak has never seen before.

Are you ready to answer the challenge?

STAY TUNED FOR MORE UPDATES!!

-Perak Multisport Festival.

Tuesday, 3 March 2026

Labuan International Sea Challenge 2026 @ Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ( 28 April ~ 3 Mei 2026 )

 

Bersedia untuk cabaran laut paling epik di Labuan!

Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 edisi ke 28,  kembali lagi  pada 28 April – 3 Mei 2026 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA) dengan 5 acara utama dan 10 acara sokongan yang lebih meriah, ekstrem dan penuh aksi.

Acara utama seperti Deep Sea Fishing Challenge, Round Island Kayak Race, Kayak Mini Marathon, Regatta Race 3.0 dan Cross Channel Swimming Challenge bakal menguji ketahanan & semangat para peserta dari seluruh dunia.

Ditambah pula dengan pelbagai acara sokongan seperti bola tampar pantai, bola sepak pantai, petanque pantai, silat pantai, sukaneka pantai, memancing pesisir pantai, e-sukan MLBB, Moonlight Fun Walk,  jualan rahmah dan banyak lagi!

LISC merupakan salah satu acara ikonik Labuan yang sentiasa menarik pelancong dari pelbagai negara.

Jom sertai & rasai sendiri debarannya!

-Labuan Tourism.

Friday, 13 February 2026

Golf PNAGS 2026 bakal tarik penyertaan 2,000 pemain, perkenal satu kategori baharu

 

KUALA LUMPUR: Pertandingan golf amatur paling berprestij di negara ini, Siri Golf Amatur Nasional Perodua (PNAGS) edisi keenam dilancarkan meriah dengan sasaran menarik penyertaan 2,000 pemain. 

Pelancaran PNAGS 2026 itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi), Lee Thai Hung di Templer Park Country & Golf Club, Rawang, dekat sini. 

Seperti tahun lalu, sebanyak 14 pusingan akan diadakan di seluruh negara dengan lima pemenang bagi setiap kategori iaitu Medal A, B, C, D dan E akan dipilih untuk berentap di pusingan akhir pada penghujung musim. 

Pada tahun ini satu kategori baharu diperkenalkan bagi merancakkan lagi saingan iaitu gross iaitu juara keseluruhan bagi individu sekali gus menjadikan enam pemenang bakal dipilih bagi setiap pusingan.

Pemenang pada pusingan akhir kebangsaan PNASG 2026 akan mewakili negara ke pusingan akhir Kejohanan Pemain-Pemain Golf Amatur Dunia (WAGC) yang membabitkan penyertaan dari seluruh dunia.  

Presiden WAGC, Isac Saminathan berkata pusingan akhir kebangsaan PNAGS 2026 akan diadakan di Templer Park Country & Golf Club pada 27 hingga 29 September ini.

Katanya, pusingan akhir WAGC 2026 pula akan diadakan di Desaru Coast, Johor pada 23 hingga 31 Oktober. 

"Selain kategori gross, tahun ini juga buat pertama kalinya kita memperkenalkan aplikasi mobile sendiri untuk sistem pendaftaran pemain bagi saingan PNAGS 2026. 

"Menerusi aplikasi ini pemain bukan saja boleh mendaftar menyertai pertandingan dengan mudah, malah mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan perkembangan pertandingan," katanya selepas pelancaran pertandingan PNAGS 2026 yang menyaksikan pengeluar kereta nasional, PERODUA tampil buat kali keenam sebagai penaja gelaran. 

Hadir sama Pengerusi PERODUA, Tan Sri Asmat Kamaludin; Presiden Persatuan Golf Malaysia (MGA), Tan Sri Mohd Anwar Mod Nor dan Pengerusi Penganjur PNAGS, Lokman Ishak. 

Selain Tourism Malaysia dan PERODUA, penganjuran PNAGS turut mendapat sokongan daripada pelbagai syarikat selain sokongan padu Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta diiktiraf oleh MGA. 

Dalam pada itu, Thai Huang berkata pihaknya melihat penganjuran PNAGS sebagai platform strategik yang dapat membantu Malaysia sebagai destinasi sukan utama selaras dengan program Tahun Melawat Malaysia tahun ini. 

"Dalam masa sama, penganjurann PNAGS juga mencipta peluang berharga kepada masyarakat setempat dan perniagaan kecil seperti hotel, operator pelancongan, dan agensi pelancongan," katanya. 

Dalam pada Asmat berkata pihaknya berbangga dapat memberi sokongan kepada penganjuran sukan golf seperti PNAGS dan gembira dengan minat tinggi ditunjukkan ramai pemain amatur di seluruh negara. 

"Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk terus menyumbang semula kepada masyarakat menerusi program tanggungjawab sosial (CSR) dalam acara sukan seperti ini," katanya. 

Sementara itu, Mohd Anwar berkata MGA sentiasa memberi sokongan padu kepada penganjuran PNAGS dan berharap ia akan dapat membantu melahirkan ebih ramai pemain amatur terbaik di negara ini. 

Dalam pada itu, PNAGS 2026 akan membuka tirainya di Sungai Long Golf and Country Club, Selangor pada 2 April ini, diikuti Penang Golf Resort (11 April), A'Famosa Resort, Melaka (16 April), Kelantan Golf Club (25 April). 

Selain itu, Tasik Golf And Country Club, Terengganu (7 Mei), Royal Pahang Club, Pahang (14 Mei), Ponderosa Golf & Country Club, Johor (4 Jun), Sultan Abdul Aziz Shah Golf and Country Club, Perlis (18 Jun), Bintulu Golf Club, Sarawak (27 Jun), Kulim Golf & Country Club (2 Julai). 

Seremban Internationl Golf Club, Negeri Sembilan (16 Julai), Meru Valley Golf & Country Club, Perak (30 Julai), Shan Shui Golf & Country Club, Sabah (16 Ogos) dan Impian Golf & Country Club, Wilayah Persekutuan (27 Ogos).

-berita harian online.

Monday, 10 November 2025

Tourism Malaysia Celebrates Global Golf Excellence At The World Amateur Golfers Championship 2025 Gala Dinner In Jeju

 

JEJU, REPUBLIC OF KOREA, 8 November 2025 - Tourism Malaysia highlighted the nation's tourism and golfing excellence at the World Amateur Golfers Championship (WAGC) 2025 Gala Dinner and Awards Presentation, held at the Landing Convention Centre, Jeju Shinhwa World on 7 November.

The prestigious evening brought together over 600 guests representing more than 39 countries to celebrate the achievements of amateur golfers from around the world.

The event also featured the official handover of the host nation flag to Malaysia, which will host the WAGC World Final 2026 in Johor, Malaysia.

The 2025 championship concluded with Team China emerging as the Team Champion of WAGC 2025, followed by Team Indonesia as runner-up, and Team Philippines securing third place.

Representing Malaysia, Ms. Kamilia Hani Abd Halim, Director of Tourism Malaysia Seoul, delivered remarks highlighting Malaysia's readiness to welcome the world for the upcoming championship. The gala served not only as a closing celebration but also a strategic international platform to promote Malaysia as the next host destination. Tourism Malaysia supported the event with a vibrant cultural showcase, the screening of the Visit Malaysia 2026 promotional video, and an engaging presentation on Malaysia's world-class golf destinations. These initiatives offered guests a glimpse into the country's diverse tourism offerings and warm hospitality ahead of next year's championship.

-Tourism Malaysia.

Friday, 31 October 2025

DBKL lancar 'Calendar of Events' perkukuh promosi Tahun Melawat Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan 'Calendar of Events' (COE) Kuala Lumpur 2026 sebagai manifestasi komitmen berterusan memperkukuh kedudukan ibu negara sebagai hab pelancongan utama serantau menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). 

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif, berkata program itu untuk memperkukuh promosi dan pengisian pelancongan bandar raya, seiring dengan aspirasi nasional untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi pilihan utama sempena TMM2026. 

Beliau berkata, kalendar itu menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti pelancongan, kebudayaan, kesenian, sukan dan rekreasi sepanjang tahun yang memperlihatkan keunikan serta kepelbagaian Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. 

"Antara program utama yang disenaraikan dalam COE termasuk Kuala Lumpur Car Free Morning (KLCFM), KUL Fit, KL Street Jam, Santai Seni @ TAR, KL Cultural Nitez, KL Chamber Concert, Karnival KUL Vibes, Festival Orkestra Kuala Lumpur (FOKL).

"Selain itu, pihak kami juga mengadakan KL Park Festival (KLPF), Pesta Teater Kuala Lumpur (PTKL) dan Sambutan Ambang Merdeka dan Ambang Tahun Baharu 202.

"Kesemua program berkenaan bertujuan memperkukuh imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang sentiasa hidup dengan aktiviti sepanjang tahun, sekali gus menjadi pemacu utama sektor pelancongan negara menjelang TMM2026," katanya.

Maimunah berkata, pihaknya menyasarkan 46 juta pelancong domestik dan antarabangsa sempena TMM2026. 

Selain itu, DBKL turut memperkenalkan beberapa inisiatif baharu berteraskan komuniti, antaranya Program Muzik Komuniti Bersama Warga Emas, Gema Tradisi Nuansa, dan KL River Soul, bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti seni, budaya dan sosial. 

"Program KL Cultural Nitez diteruskan melalui kolaborasi bersama Think City, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) serta Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). 

"Kolaborasi itu menampilkan persembahan teater tradisional Melayu seperti Randai, Mek Mulung, Mak Yong dan Menora. 

"Bas dua tingkat berkonsep terbuka dilengkapi sistem komen pintar berasaskan kecerdasan buatan (AI) dalam lebih 20 bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Mandarin, Jepun, Arab, Korea dan Sepanyol. 

"Bas berkenaan turut menyediakan Wi-Fi yang berkelajuan tinggi 4G/5G, selain sistem keselamatan moden dilengkapi liputan CCTV definisi tinggi serta perlindungan insurans penumpang menyeluruh," katanya. 

Maimunah berkata, penjenamaan semula kepada Ronda-Ronda Kuala Lumpur memberi imej lebih segar dan mesra tempatan, selaras dengan aspirasi DBKL ke arah bandar raya pintar, mampan dan mesra pelancong.

-berita harian online.

Wednesday, 8 October 2025

Melaka International Mountain Bike Jamboree 2025 @ Taman Ekstrem Tasik Chinchin, Jasin, Melaka ( 18 Oktober 2025 )

 

Melaka International Mountain Bike Jamboree 2025

Jangan lepaskan peluang kayuhan paling epik tahun ini di Tasik Chinchin. Kini menjadi destinasi lasak penuh cabaran & pemandangan tasik yang memukau.

Sertai Melaka International Mountain Bike Jamboree 2025 dan alami sendiri trek sejauh 40KM yang penuh adrenaline!

Jangan lepaskan peluang & ajak kawan-kawan anda dan daftar sekarang!

Tarikh: 18 Oktober 2025 (Sabtu)

Lokasi: Taman Ekstreme, Tasik Chin Chin, Jasin, Melaka

Tarikh tutup pendaftaran: 10 October 2025

Daftar di sini: https://checkpointspot.asia/.../Melaka-International...

Get ready riders ! This year is going to be HUGE, not only will you conquer the thrilling 40KM trail but you also stand a chance to win amazing lucky draw prizes including Perodua Axia and a scooter ! Don’t miss out, gather your friends and register now!

Date: 18 October 2025

Venue: Ekstrem Park, Tasik Chin Chin, Jasin, Melaka

Registration closes: 10 October 2025

Register here: https://checkpointspot.asia/.../Melaka-International...

Mana Lagi? Melaka Lerr…

-Tourism Melaka.

https://checkpointspot.asia/event/Melaka-International-Mountain-Bike-Jamboree-2025?fbclid=IwY2xjawNS9Z1leHRuA2FlbQIxMABicmlkETFTeUpJUmJ0bG1kb0NaTG5XAR5M8oadVP6Q3azw9-BeUEYc1QyhffjUjImFCOGvK6fXvS5Cnjojxu7N1n252g_aem_YEQ1JcJNlcHp72VfjkJOfA