Showing posts with label Visit Negeri Sembilan Year 2025. Show all posts
Showing posts with label Visit Negeri Sembilan Year 2025. Show all posts

Wednesday, 24 September 2025

Perpatih Fest 2025 @ Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan ( 10 ~ 12 Oktober 2025 )

 

Tarikh: 10 hingga 12 Oktober 2025  (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan

Dengan tema:

“Adat Dihayati, Warisan Dilestari”

Perpatih Fest 2025 kembali lagi! Selama 3 hari penuh, pelbagai aktiviti dan pengisian menarik menanti anda yang menghimpunkan keunikan Luak dan Wilayah Adat di Negeri Sembilan, serta penglibatan masyarakat pelbagai kaum.

Antara pengisian menarik:

> Seminar Antarabangsa

> Forum Perdana

> Malaysia Book Of Record(MBR)

> Malam Gala Perpatih

> Demonstrasi Masakan Tradisional & Jualan Luak dan Wilayah Adat Negeri Sembilan

> Demonstrasi Masakan & Jualan Masyarakat Cina, India dan Orang Asli

> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Luak dan Wilayah Adat Negeri Sembilan

> Persembahan Kebudayaan & Kesenian Masyarakat India & Orang Asli

> Pertandingan Ghentak Balai (Sewang) Orang Asli

> Pertandingan Pakaian Tradisional Orang Asli

> Perkampungan Budaya Orang Asli Negeri Sembilan

> Reruai Antarabangsa

> Pameran Jabatan & Agensi

> Produk Tempatan IKS

> Jualan Rahmah MADANI

> Karnival Masakan Rentas Negeri

> Wacana Senjata Warisan Alam Melayu

> Perpatih Tech Summit 25

> Demonstrasi Permainan Tradisional

> Popatih Chalen Puspanita dan Bakriyah

> Pertandingan Mewarna dan Berbusana Tradisional Kanak-kanak

> Cabutan Nombor Bertuah

…dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk:

> Menyaksikan keunikan adat dan warisan Negeri Sembilan

> Mempelajari seni budaya masyarakat pelbagai kaum

> Merasai kelazatan masakan tradisional Luak

> Mencuba sendiri aktiviti yang menarik dan menghiburkan

Semua dijemput beramai-ramai bagi menghadiri, tak kira tua atau muda, dari dalam atau luar Negeri Sembilan – malah pelancong antarabangsa sekalipun untuk bersama-sama memeriahkan Perpatih Fest 2025, bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026.

Ayuh! Moh dogheh kito pakat ghamai-ghamai ko Perpatih Fest 2025!

-Muzium Negeri Sembilan.

Wednesday, 6 August 2025

Bukit Baginda 7 Wonders Challenge @ Kem Pusako, Kuala Pilah ( 9 Ogos 2025 )

 

Jom Sertai Bukit Baginda 7 Wonders Challenge!

Tarikh: 9 Ogos 2025 (Sabtu)

Masa: 7 pagi - 1 tengah hari

Lokasi: Kem Pusako, Kg Sungai Jelutong, Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Aktiviti menarik menanti anda dan seisi keluarga!

> Perasmian 7 Wonders Challenge

> Demo Masakan Tradisional

> Pertandingan Memasak

> Pertandingan Mewarna

> Senaman Aerobik

> Jualan Rahmah & Harga Ladang Nismilan Prihatin

> Jualan Gerai Tempatan & Pameran Agensi

Tunggu apa lagi? Mari beriadah, berhibur & berbelanja sambil menyokong komuniti tempatan!

-Majlis Daerah Kuala Pilah.

Wednesday, 28 May 2025

Port Dickson Festival 2025 @ Pantai Batu 1 Port Dickson ( 29 Mei ~ 1 Jun 2025 )

 

PORT DICKSON FESTIVAL 2025 (PDFest2025)

Lokasi: Pantai Batu 1, Port Dickson

Tarikh: 29 Mei - 1 Jun 2025

4 hari penuh warna-warni, muzik, makanan & hiburan pantai!

Ayuh meriahkan suasana dengan:

> Love Music Fest

> Love Food Fest

> Aktiviti kreatif & pameran

> Persembahan artis tempatan

> Port insta-worthy tepi laut

Sesuai untuk semua peringkat umur!

Jangan lupa singgah!

Jom ke PD! Rasa vibe, cipta memori!

-Visit Negeri Sembilan.

Sunday, 10 December 2023

Negeri Sembilan mahu rancakkan kembali pelancongan inap desa

 


TAMPIN: Kerajaan Negeri Sembilan akan merancakkan kembali produk pelancongan inap desa di negeri ini selepas ia turut terjejas ekoran penularan pandemik Covid-19 sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, selepas pandemik Covid-19, hanya terdapat sembilan daripada 15 inap desa di negeri ini yang masih aktif dan berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Sehubungan itu, jelasnya, kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk meningkatkan kembali imej inap-inap desa yang ada sekali gus untuk turut bersedia untuk menerima kedatangan pelancong khususnya pelancong luar negara.

“Apabila mereka (pelancong asing) datang, kita akan sambut dengan persembahan dan beri mereka minuman istimewa Janda Pulang dengan gula enau. Kita berikan mereka peluang pakai busana Negeri Sembilan, Kebaya Setengah Tiang dan juga pengalaman menyediakan masak lemak cili api.

“Kena ada pengenalan yang menerangkan identiti Negeri Sembilan. Kita tidak boleh beri penginapan sahaja tetapi kita kena beri pengalaman unik kepada mereka,” katanya kepada pemberita sempena Program D’Sawah Run Gemas 2023 di Kompleks Homestay Gemas, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa.

Seramai 582 orang peserta mengambil bahagian dalam pertandingan larian yang melibatkan 13 kategori tersebut.

Sementara itu, Nicole Tan memberitahu, pihaknya juga berhasrat untuk membawa pemain industri pelancongan dari luar negara bagi tujuan mempromosi dan merancakkan industri pelancongan di negeri ini.

Jelasnya, beliau telah bertemu pihak-pihak berkaitan ketika menyertai World Travel and Tourism Meet, World Travel Market London, United Kingdom, baru-baru ini.

“Fasa pertama telah saya adakan di mana saya ke London, sudah mengenal pasti siapa pemegang taruh yang boleh datang ke Negeri Sembilan, ini baru pengenalan. 

“Selepas ini di fasa kedua, kita kena kuatkan huhungan supaya mereka ada kepercayaan ke atas komitmen kami untuk mempromosikan pelancongan kita di sini termasuk inap desa,” katanya.

-utusan online.

Monday, 10 April 2023

Tahun Melawat Negeri Sembilan diselaras bersama Tahun Melawat Malaysia

 

AMINUDDIN Harun (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak yatim pada program Street Iftar-Under The Stars Bersama Rakan Strategik MPPD di Laluan Jalan Pasar dan Jalan Baharu, Bandar Port Dickson, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan akan menyelaraskan program Tahun Melawat Negeri Sembilan bersama dengan Tahun Melawat Malaysia sekali gus dilihat mampu memberikan impak lebih besar kepada industri pelancongan dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil beberapa perkara kemudahan dan infrastruktur sedia ada serta projek-projek menaik taraf sebelum menerima kedatangan pelancong. 

“Setakat ini, kami belum mengadakan sebarang perbincangan, kami melihat kemudahan infrastruktur yang ada selepas Covid-19, banjir itu harus diberikan tumpuan. 

“Sekiranya dilaksanakan secara bersama, tentu dapat buat promosi yang lebih besar dan lebih meriah. Kami serah kepada pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk buat sebarang perbincangan. Kami serah kepada pihak kementerian dan akan sambut baik apa sahaja keputusan ,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke program Street Iftar-Under The Stars Bersama Rakan Strategik Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di Laluan Jalan Pasar dan Jalan Baharu, Bandar Port Dickson di sini semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan semasa membentangkan Belanjawan 2023 berkata, tahun 2025 telah ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia dengan sasaran ketibaan 23.5 juta pelancong antarabangsa dan unjuran pendapatan sehingga RM76.8 bilion.

Katanya, kerajaan memperuntukkan RM250 juta untuk mempromosi dan melonjakkan pelancongan negara mulai tahun ini dan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2025.

-utusan online.