Showing posts with label Balai Seni Visual Negara. Show all posts
Showing posts with label Balai Seni Visual Negara. Show all posts

Sunday, 9 November 2025

Borneo Creative And Culture District 2025 (BCCD) @ Muzium Sabah, Kota Kinabalu ( 21 ~ 23 November 2025 )

 

Sertai pertemuan kreatif antara seni, budaya dan komuniti dalam Borneo Creative and Culture District 2025 (BCCD) yang merupakan sebuah platform meraikan keunikan warisan serta inovasi seni Borneo!

Tarikh: 21 – 23 November 2025 (Jumaat-Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Tempat: Kampung Warisan Sabah (Fasa II) Muzium Sabah, Kota Kinabalu

Festival selama tiga hari ini akan mengetengahkan gabungan seni, budaya dan kreativiti melalui pelbagai pengisian program menarik seperti:

> Art in the Park: Karya seni interaktif di ruang terbuka.

> Artisan Market: Jualan kraf, makanan dan produk tempatan.

> Bengkel, Demonstrasi dan Pameran: Kolaborasi bersama komuniti seni Borneo dalam menyediakan aktiviti seni untuk semua lapisan masyarakat.

> Forum dan Sesi Perkongsian Penggiat Seni Kreatif: Sesi perkongsian bersama penggiat seni dan usahawan.

> Persembahan Seni dan Kebudayaan: Menampilkan keindahan warisan seni Borneo secara tradisional dan kontemporari.

Majlis perasmian akan berlangsung pada 22 November 2025 (Sabtu) dan disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan persekutuan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Balai Seni Negara, Balai Seni Lukis Sabah, Muzium Sabah, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN), Tourism Malaysia, Kraftangan Malaysia serta rakan strategik industri kreatif tempatan.

BCCD 2025 dianjurkan bagi mengangkat nilai seni, budaya dan warisan Borneo ke peringkat antarabangsa di samping memperkukuh peranan industri kreatif sebagai pemangkin ekonomi dan medium perpaduan masyarakat menerusi seni. Mari bersama hidupkan semangat Borneo, di mana seni, budaya dan warisan berpadu dalam denyut inspirasi baharu!

Jom hadir beramai-ramai dan masuk adalah PERCUMA!

-Balai Seni Negara.

Friday, 18 July 2025

Balai Seni Negara himpun karya kontemporari empat negara

 

KUALA LUMPUR: Pameran KePulauan: Refleksi BIMP-EAGA melalui seni kontemporari yang menghimpunkan karya dari Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina dirasmikan malam tadi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Shaharuddin Abu Sohot di Balai Seni Negara. 

Pameran anjuran MOTAC melalui Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) itu dibuka kepada orang ramai bermula hari ini sehingga 31 Mei 2026 di Galeri 3A, Balai Seni Negara. 

Balai Seni Negara dalam kenyataan medianya menyebut, inisiatif itu adalah sebahagian daripada agenda diplomasi budaya MOTAC yang terkandung dalam Pelan Strategik 2021–2025, selaras dengan usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam sektor pelancongan dan kebudayaan serantau. 

Pameran ini juga katanya, menyokong visi BIMP-EAGA 2025 yang berteraskan prinsip berdaya tahan, inklusif, mampan dan berdaya saing dari segi ekonomi (R.I.S.E.), selain menjadi pengisian penting sempena Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN tahun ini.

"Ia turut memberi fokus kepada refleksi visual seniman dari rantau BIMP-EAGA yang menyentuh pelbagai tema termasuk ekonomi, hubungan sosial, penjagaan alam sekitar, keilmuan serta kearifan tempatan di kawasan timur ASEAN.

"Wilayah yang terbabit meliputi seluruh Kesultanan Brunei Darussalam, Kalimantan, Sulawesi dan Maluku di Indonesia, negeri Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan di Malaysia, dan kawasan selatan Filipina seperti Kepulauan Mindanao dan Palawan," katanya.

Antara seniman Malaysia yang terbabit dalam pameran itu termasuklah Josrie Haral, Muslim Mattajim dan Dr Mohamad Faizuan Mat. 

Sebanyak 12 karya dipamerkan membabitkan elbagai medium termasuk media campuran, instalasi, catan, fotografi, audio dan videografi. Antara karya yang ditampilkan termasuk satu daripada Koleksi Seni Visual Negara oleh seniman Malaysia, Yee I-Lann.

-berita harian online.

Temui MOTAC Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025 @ Perkarangan Stadium Negeri Pulau Pinang ( 17 ~ 20 Julai 2025 )

 

Temui Motac Di Sambutan Minggu Perpaduan 2025!

Mai singgah reruai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2025 pada:

Tarikh:17-20 Julai 2025 (Khamis-Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 8.00 malam

Lokasi: Pekarangan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, Pulau Pinang

Pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik menanti anda! Antaranya:

> Kaunter Pertanyaan Pelesenan dan Penguatkuasaan Pelancongan

> Demonstrasi Kesenian dan Kebudayaan

> Aktiviti Mewarna Batik

> Informasi Program Pengajian di bawah agensi MOTAC

Dan banyak lagi.. Hampa juga berpeluang untuk bergambar bersama Maskot Tahun Melawat Malaysia 2026 (Wira & Manja) tau!

Jom pakat mai Semarakkan Harmoni dalam Kepelbagaian, jumpa hampa di sana!

-MOTAC.

Saturday, 23 July 2022

Arca Dasar Laut Langkawi tersenarai dalam Malaysia Book of Records

 


LANGKAWI: Arca dasar laut yang berkonsepkan mitos dan legenda Langkawi menjadi tarikan baharu pulau peranginan ini dan tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf sebagai Most Underwater Sculptures melalui penghasilan 14 buah arca. 

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Nancy Shukri berkata, program pelancongan berasaskan komuniti di  Pengkalan Kubang Badak itu adalah salah satu usaha bagi memperkasa ekosistem seni dan pelancongan negara. 

“Arca dasar laut ini adalah elemen visual baharu dalam penciptaan konten dan kehebatan cerita tentang mitos serta legenda Langkawi dengan kerjasama pengarca dan pelukis bersama komuniti setempat. 

“Reka bentuk dan bahan yang digunakan menjadi perumah baharu kepada ekologi marin seterusnya mewujudkan jaringan kelestarian kepada kehidupan marin, komuniti setempat serta pelancongan Langkawi,” katanya semasa majlis perasmian program itu di Pengkalan Kubang Badak hari ini.

Yang hadir sama Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Saraya Arbi; Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Kedah, Mohd. Firdaus Ahmad; Pengerusi Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN), Datuk Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi dan Ketua Pengarah LPSVN, Amerrudin Ahmad.

Program pelancongan berasaskan komuniti dilancarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui agensinya, Balai Seni Negara.

Program ini melibatkan sembilan seniman tempatan yang berpengalaman terdiri daripada Tengku Sabri Tengku Ibrahim, Abdul Multhalib Musa, Ahmad Fuad Osman, Dr. Zainuddin Abindinhazir, Low Chee Peng, Maxine Xie Xian Xin, Mohd Al Khuzairie Ali, Mohd Radzi Ismail, dan Umibaizurah Mahir. 

Nancy  berkata, Pengkalan Kubang Badak dan Tanjung Rhu akan menjadi tumpuan pelancong dengan wujudnya produk ekopelancongan baharu itu seterusnya membantu meningkatkan rantaian ekonomi komuniti setempat.

“Menerusi program ini, diharap dapat terus menyuntik semangat para artis tempatan untuk terus berkarya dan membantu komuniti setempat serta mendidik masyarakat dengan memberi pendedahan tentang objek seni umum.

“Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pembersihan pulau pasir dan program permukiman seni pulau pasir juga diadakan selama empat hari bersama pemenang Bakat Muda Sezaman 2021. 

“Keseluruhan data ekosistem seni di seluruh negara adalah sebanyak 1,302 dan karya awam sebanyak 286 termasuk arca-arca yang dipetakan di perairan Pulau Langkawi,” katanya.

-utusan online.

Sunday, 22 September 2019

Route to KL Biennale 2020 tour highlights community arts


KOTA BHARU, Sept 20 -- The National Visual Arts Development Board has taken an initiative to uplift the community arts nationwide through a tour programme dubbed Route to Biennale 2020 (RTB2020) since August.

Its deputy director-general Amerrudin Ahmad said RTB2020 was held in conjunction with the second edition of country's largest visual arts festival, Kuala Lumpur Biennale 2020 (KLB 2020) scheduled for next year, aimed at putting Malaysia as a unique and exciting art tourism destination.

“The RTB2020 programme started in August with Kuala Lumpur as its the first location followed by Penang.

“Next, for the eastern zone, it will be held on Oct 19 at Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa Kelantan, before being brought to Muar, Johor; Langkawi Island, Labuan Island and Kota Kinabalu, Sabah,” he told Bernama after chairing the KLB 2020 eastern zone tour programme meeting here yesterday.

He said the approach for the festival’s second edition was more inclusive in terms of locations, compared to the first edition which took place at the National Art Gallery in Kuala Lumpur.

He said the change was made so that more members of the community could enjoy the event.

Amerrudin also explained that the event could serve as an added value in promoting local culture through different programmes such as exhibitions, demonstrations, local arts and cultural activities.

“For instance, the object and decorations of a traditional boat called ‘Perahu Kolek’ from Kelantan will be highlighted during the eastern zone programme. In addition, traditional performing arts including ‘Dikir Barat’ and ‘Rebana Ubi’ will also be promoted, as well as craft-making demonstrations,” he said.

He added that efforts to preserve local culture and heritage were important, not only to help maintaining the identity of a community, but could also provide potential source of income for the locals.

Preserving the local arts and cultural heritage could also help to popularise a specific location as a preferred tourist destination, he added.
-bernama.

Thursday, 25 September 2014

Visual Arts Development Board Targets RM24 Million In Sale Through 1MCAT

KUANTAN, Sept 24 (Bernama) -- The National Visual Arts Development Board has targetted RM24 million in sales from artworks collected through the 1Malaysia Contemporary Art Tourism (1MCAT) Festival, this year.

Its chairman, Datuk Mahadzir Lokman said the target can be achieved through a series of art exhibitions held throughout the country, including the ongoing one in the state currently.

"Since its inception in 2010, we have collected RM61 million in art-sale proceeds and hope the RM24 million target this year will exceed last year's sales of RM19 million," he told reporters after the launch of the state level 1MCAT by State Rural Development, Agriculture and Agro-Based Industry Committee chairman Datuk Shafik Fauzan Sharif at the Pahang State Foundation Complex here, today.

Held in collaboration with the Faculty of Heritage Tourism and IKIP International College of Creative Arts, Arts Association of Pahang and Rajawali Arts Group, the Pahang 1MCAT gathered 50 paintings and artworks from all over Pahang to be exhibited at the Pahang State Foundation Complex from Sept 17 to Oct 30.

-bernama.

Tuesday, 24 June 2014

Artists @ KLIA ( Daily 3.00 pm ~ 10.00 pm )


Jom beramai-ramai datang menyaksikan aktiviti Artists@KLIA di Bangunan Satelit, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Sakiskan demonstrasi seni visual seperti seni lukis, seni catan, batik, karikatur, seramik, kaligrafi, seni kraf dan banyak lagi. Kenali dan beramah mesra bersama pelukis tanah air seperti Ismail Itam, Fauziah Hj Yahaya, Faizal Samat dan Azhar Arshad. Program ini dibawa khas untuk anda oleh Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd dan Balai Seni Visual Negara.
 
ARTISTS@KLIA
Bangunan Satelit, Terminal Utama,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)


Satelite Building, KLIA Main Terminal
Kuala Lumpur International Airport (KLIA)

-www.artgallery.gov.my

Tuesday, 10 June 2014

1MCAT Festival To Be Held Throughout Country

Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia facebook
KUALA LUMPUR, June 10 (Bernama) -- About 2,000 arts activists will display their works during the 1Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival (1MCAT) throughout the country for six months starting June 16.

National Visual Arts Development Board chairman, Datuk Mahadzir Lokman said the festival would be an opportunity for arts activists to showcase the nation's treasures through local works of art.

An estimated 140 arts programmes have been planned, including exhibitions, art residency programmes, book sales, bazaars, auctions, painting competitions and forums.

Meanwhile, the board's corporate communications director, Faridah Hanim Abd Wahab said the programme, which is being held for the fifth time, has been extended from the previous duration of three months to six months.

-bernama.
http://www.artgallery.gov.my/

Thursday, 13 February 2014

River bank to be turned into open-air 'art gallery'

Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (left) and National Visual Arts chairman Datuk Mahadzir Lokman.

KUALA LUMPUR: Art lovers have more reason to rejoice as Malaysia is set to have more outdoor space to showcase works of local artists.
Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said plans were afoot to transform part of the Gombak riverbank behind the Ministry's office here into an art space.
"When I met the Prime Minister two days ago, he suggested we have an open space for local artists to display their work. "Once the River of Life project to clean up the river here is done, the space behind my office here will be turned into Malaysia's own Bayswater," he said in reference to the street in London known for its thriving art community. The project, he said, is expected to be completed by year-end.
Speaking at the Young Contemporaries Award 2013 presentation ceremony at the National Visual Arts Gallery here Wednesday, Mohamed Nazri also said the gallery will soon be known by its original name, the National Art Gallery. "This is to reflect the various forms of art that are exhibited within the gallery, which is not just in visual form," he added.
At the ceremony, seven outstanding young Malaysian artists received the award under seven categories. The biennial award, which has been given out since 1974, recognises Malaysian artists below 40 who produce uniquely expressive works of art.
The grand prize is a cash prize of RM20,000 and an artistic trip to an Asean country, and another five jury special awards come with a RM5,000 cash prize each. There is also the Visitors' Choice Award, with a RM2,000 cash prize.
Among the famous names who have been recipients of the award are Ponirin Amin, Awang Damit Ahmad and Lee Kian Seng. All 28 works submitted for the award are open for public viewing at the gallery until March 31.
-thestar online.

Thursday, 21 November 2013

Yang di-Pertuan Agong Opens Ken Yang's Paris-Kuala Lumpur Art Exhibition

KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) -- The Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Wednesday night officiated an art exhibition by local young artist Ken Yang entitled, 'Paris-Kuala Lumpur'.
The exhibition, a joint effort of the Malaysian Armed Forces (ATM) is being held at the National Visual Arts Gallery here from Oct 28 to Jan 31, next year.

Also present were ATM chief Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, Social and Cultural Adviser to the Government Tan Sri Dr Rais Yatim, Tourism and Culture Ministry secretary-general Datuk Dr Ong Hong Peng, National Visual Art Development Board director-general Haned Masjak and the French Ambassador to Malaysia Martine Dorance.

In his speech, Tourism and Culture Minister Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz said Ken Yang's art work comprised portraits which displayed the style of classic Renaissance such as Leonardo da Vinci.

"The idea for the exhibition came from Tan Sri Rais Yatim who saw Ken Yang's work when he was at the United Nations Educational, Scientific and Cultural Organisation in Paris in 2011," he said.

-bernama.

Sunday, 10 November 2013

Fotografi medium perkenal budaya

Mohamed Nazri mencuba kamera ketika merasmikan Pameran dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Lensa Meletup! sambil diperhatikan oleh Mahfooz Nabi Rasol, Hanek Masjak dan Mohamed Hashim di Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Seni fotografi masa kini berpotensi sebagai medium dalam memperkenalkan budaya serta cara hidup rakyat Malaysia ke mata dunia.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ini berikutan alat perakam seperti kamera kini semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. "Oleh sebab itu, karyawan seni fotografi turut memainkan peranan penting dalam mempromosi negara supaya lebih terkenal di peringkat global melalui gambar-gambar kehidupan dihasilkan.

"Malah, mungkin pada masa hadapan kita turut membuka ruang kepada pelancong untuk berkongsi pengalaman berada di Malaysia melalui pertandingan fotografi yang dianjurkan," katanya ketika berucap merasmikan Pameran dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Lensa Meletup! Pancaindera/Mingguan Malaysia 2013 di Balai Seni Visual Negara dekat sini hari ini.

Majlis tersebut diadakan bagi meraikan 30 pemenang dalam pertandingan bertemakan Panorama Malaysia yang telah berlangsung pada 30 Jun sehingga 29 September lalu. Gambar-gambar dihasilkan akan dipamer di Balai Seni Visual Negara selama sebulan mulai hari ini.

Pertandingan anjuran bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara dan rakan strategik Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., Lexmark International (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Legoland Malaysia Resort itu menerima kira-kira 1,000 penyertaan dari seluruh negara.

Yang hadir sama dalam majlis itu, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Haned Masja dan Pengurus Kanan Nikon Professional Services Perkhidmatan Pelanggan Bahagian Pemasaran Nikon Malaysia Sdn. Bhd., Mahfooz Nabi Rasol.

Sementara itu, Mohd. Nasir berkata, pertandingan yang dianjurkan itu merupakan satu tanda penghargaan kepada penggiat seni fotografi amatur serta profesional yang terbukti mempunyai bakat tersendiri.

"Ini merupakan salah satu usaha untuk membuka laluan kepada orang ramai menzahirkan kreativiti mereka menggunakan seni visual yang semakin mendapat tempat dalam kebudayaan Malaysia dan mempersembahkan kepada pelancong luar secara lebih unik dan berkesan,'' katanya.
-utusan online.