Showing posts with label Visit Perlis Year 2026. Show all posts
Showing posts with label Visit Perlis Year 2026. Show all posts

Thursday, 27 August 2026

Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026

 

Kuala Perlis bakal bergemerlapan dengan pesta air, tradisi dan pelbagai aktiviti menarik!

FASA 1 | 4–6 September 2026

Lokasi: Terusan Lencongan Banjir Barat, Kampung Wai, Kuala Perlis

MAJLIS PERASMIAN

Tarikh: 4 September 2026

Masa: 8.45 malam

FASA 2 | 18–20 September 2026

Lokasi: Dataran MBI, Kuala Perlis

MAJLIS PENUTUP

Tarikh: 20 September 2026

Masa: 5.00 petang

> Pertandingan Perahu Tradisi

> Pertandingan Perahu Naga

> Pertandingan Perahu Berhias

> Sukan Rakyat

> Persembahan Kesenian

> Pertunjukan Simfoni Air

> Dan pelbagai lagi aktiviti menarik!

Jom ajak keluarga, sahabat dan geng-geng anda untuk sama-sama memeriahkan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026!

Jangan lepaskan peluang — kita jumpa di Kuala Perlis!

“Transformasi Diteruskan, Tradisi Dikekalkan”

-JKKN Perlis.

Saturday, 30 May 2026

Nakawan Rainforest Festival 2026 @ Perlis ( 1 ~ 7 Jun 2026 )

 


Tentatif Rasmi Aktiviti Dan Acara Program Nakawan Rainforest Festival Sempena Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perlis Tahun 2026

Ayuh memeriahkan Nakawan Rainforest Festival 2026 yang akan berlangsung pada 1 hingga 7 Jun 2026 bertempat di Taman Eko Rimba Bukit Ayer dan Kompleks Ekopelancongan Sungai Batu Pahat.

Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya:

> Pameran dan pendidikan hutan

> Aktiviti rekreasi dan riadah

> Persembahan kebudayaan dan seni tradisional

> Jualan makanan dan produk tempatan

> Pertandingan dan aktiviti keluarga

> Spot bergambar dan pengalaman menarik di tengah kehijauan alam semula jadi.

Festival ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan hutan serta menghargai khazanah alam semula jadi Negeri Perlis.

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama menikmati keindahan alam, menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menghayati keunikan hutan hujan Nakawan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Jumpa anda di Nakawan Rainforest Festival 2026!

-Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Monday, 18 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 


Satu festival, seribu kemeriahan!

Festival Rakyat datang lagi sebagai lubuk penyatuan komuniti terbesar musim ini!

Tarikh: 22 - 24 Mei 2026

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Masuk PERCUMA!

Sama-sama kita raikan produk tempatan, imbau kembali sukan rakyat dan nikmati persembahan kebudayaan serta hiburan yang semestinya meriah

Dari penduduk setempat sehinggalah ke pelancong luar, festival ini adalah untuk ANDA

-Tourism Malaysia.

Sunday, 10 May 2026

Festival Rakyat 3.0 @ Dataran Lok 9, Kuala Perlis ( 22 ~ 24 Mei 2026 )

 

Festival Rakyat 3.0 Kembali Lagi!

Ayuh memeriahkan sambutan ulang tahun keputeraan ke-83 DYMM Tuanku Raja Perlis dalam suasana penuh warna-warni, tradisi dan semangat rakyat!

Lokasi: Dataran Lok 9, Kuala Perlis

Tarikh: 22 – 24 Mei 2026

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda seisi keluarga antaranya:

> Malam Citrawarna Kuala Perlis

> Pertunjukan Kereta Berhias

> Perlis International Open Fight Night

> Hari Belia Negara

> Gusti Lengan & Tarik Tali

> Sepak Raga Ratus

> Kejohanan Dam Aji

> Slingshot

> Food Festival

> Pertandingan Mewarna

> Pertunjukan Wau

> Seni Suara Burung

Jom raikan kemeriahan budaya, sukan, seni dan warisan rakyat Perlis dalam satu festival yang penuh nostalgia dan keseronokan!

-JKKN Perlis.

Saturday, 28 February 2026

Put politics aside to grow tourism, says Tourism Malaysia deputy chairman

 

PETALING JAYA: Political differences should never stand in the way of advancing and expanding Malaysia’s tourism industry, says Datuk Yeoh Soon Hin. 

The Tourism Malaysia deputy chairman added that government efforts to promote tourism must not be politicised or tied to racial issues, stressing that all political parties should work together to revitalise the national economy through the sector.

“We can work together to promote Perlis’ unique rural and natural charm, which holds strong appeal for European and Western tourists,” he said in a statement here on Saturday (Feb 28). 

Yeoh said this following a courtesy visit to the Perlis Mentri Besar, Abu Bakar Hamzah, during which they discussed strengthening federal–state cooperation in conjunction with Visit Malaysia Year 2026 and Visit Perlis Year 2026. 

He described the meeting as cordial and constructive, with both parties agreeing that tourism is a key engine of economic growth. 

Yeoh commended Abu Bakar for fostering cooperation between the federal and state governments.

-thestar online.

Wednesday, 25 February 2026

Perlis dijangka meriah Mac dan April, pelbagai pengisian rancakkan sektor pelancongan dan ekonomi negeri - Raja Muda Perlis

 

Raja Muda Perlis (dua dari kiri) dan Raja Puan Muda Perlis (tiga dari kiri) ketika pelancaran Promosi Masakan Perlis di Geneva, Switzerland. - Foto ihsan YTSP Perlis

KUALA LUMPUR: Perlis bakal menyaksikan kemeriahan pelbagai program dan acara pelancongan menarik sepanjang Mac dan April ini bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2026 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, rangkaian acara disusun secara strategik ini merangkumi segmen keagamaan, pertanian, kesenian, sukan serta program komuniti. 

"Semua acara yang disusun ini diyakini mampu menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus merancakkan lagi sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi tempatan," titah baginda melalui kenyataan dikongsi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis hari ini. 

Baginda bertitah demikian sempena pelancaran Promosi Masakan Perlis yang diadakan di Geneva, Switzerland yang dianjurkan bersama Pejabat Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dengan kerjasama Yayasan Harmoni serta Duwan Easy Eat.

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda-anakanda baginda berdua, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, Sharifah Farah Adriana Jamalullail serta Waris Yang Kedua Negeri Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.  

Hadir sama ialah Wakil Tetap Malaysia ke PBB di Geneva, Datuk Nadzirah Osman serta Timbalan Wakil Tetap Malaysia merangkap Menteri Penasihat, Suraya Ahmad Pauzi.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, dalam bulan Mac suasana Ramadan akan diserikan dengan penganjuran pelbagai program kerohanian dan kemasyarakatan. 

Antaranya Program Raudhatul Iktikaf pada 10 hingga 20 Mac 2026, Majlis Rukyah Hilal Syawal pada 18 Mac 2026, Program Jom Ramadan di Perlis dari 19 hingga 20 Mac 2026, serta Solat Aidilfitri di Perkarangan Dataran Istiadat Istana Arau jika cuaca mengizinkan pada 1 Syawal nanti. 

Titah baginda, penganjuran semua program ini bukan sahaja memperkukuh nilai spiritual dalam kalangan masyarakat, malah memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri keindahan serta kemeriahan sambutan Ramadan dan Aidilfitri di Perlis dalam suasana penuh harmoni. 

"Memasuki April pula, kalendar pelancongan terus rancak dengan penganjuran Perlis Mango Agriculture Fest pada 4 hingga 5 April yang mengetengahkan keunikan Harumanis serta pelbagai produk agro tempatan berkualiti. 

"Seterusnya, Perlis Agrofest Tahun 2026 yang berlangsung 24 hingga 26 April berperanan sebagai platform komprehensif dalam mempromosikan sektor pertanian, penternakan dan industri asas tani negeri. 

Kemeriahan berterusan 

"Pada masa sama, Perlis International Marathon (PIM) 2026 bakal berlangsung 25 April dijangka menarik penyertaan pelari dari dalam dan luar negara, sekali gus mengukuhkan kedudukan Perlis sebagai destinasi penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa. 

"Turut memeriahkan bulan April ialah Konsert Orkestra Diraja, Perkampungan Sunnah, Pesta Taman Cahaya, dan Festival Kopi yang menambah kepelbagaian tarikan kepada pengunjung," titah baginda. 

Dalam pada itu, Nadzirah memaklumkan Majlis Rumah Terbuka bersama diaspora Malaysia dan Wakil-Wakil Tetap serta Duta Besar asing ke PBB di Geneva akan diadakan untuk meraikan ketibaan Syawal. 

Semasa program itu, promosi makanan dan pelancongan ke Malaysia akan diadakan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 di mana juadah kurma daging 'Ready To Eat' dari Perlis akan turut diperkenalkan. 

"Hidangan warisan negeri Perlis ini akan diketengahkan sebagai antara ikon kulinari yang diangkat ke pentas antarabangsa, memperlihatkan keunikan cita rasa tradisional negeri ini kepada khalayak global," katanya.

-berita harian online.

Thursday, 22 January 2026

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 Dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026

 

Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 Dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026

Tarikh: 21 Januari 2026 (Rabu)

Masa: 8.30 malam

Tempat: Dewan Warisan, Kangar, Perlis

DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis, telah berkenan berangkat ke Majlis Pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Turut sama berangkat DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis serta DYTM Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.

Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Tuan Abu Bakar bin Hamzah, Menteri Besar Perlis dan YABhg. Isteri, YB Tuan Rus’sele bin Eizan, Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri, YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri, YB Tuan Saharuddin bin Sarwan, Pegawai Kewangan Negeri Perlis dan YBhg. Isteri serta YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis dan Ahli-Ahli Yang Berhormat.

Kerajaan Negeri Perlis telah mengumumkan pelanjutan pelaksanaan program Tahun Melawat Perlis 2024–2025 sehingga penghujung tahun 2026 selaras dengan pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelancong domestik dan antarabangsa untuk menikmati kepelbagaian tarikan unik negeri ini.

Seiring pelancaran tersebut, slogan rasmi baharu, “Hampa nak pi mana? Mai Lah Perlis!” turut diperkenalkan sebagai teras kempen pelancongan negeri bagi tahun 2026 yang menumpukan kepada The Great Northern Escape (Adventure & Nature Tourism), Agro-Tourism & Flavours of Perlis (Gastronomy Tourism), Rustic Charm & Slow Living (Relaksasi), Muslim Friendly Offering (Destinasi Ketenangan Jiwa & Keindahan Alam) serta Border Crossings & Cultural Fusion (Shopping & Warisan). Disamping itu penubuhan Biro Pelancongan, Seni, Budaya, Hiliran dan Warisan bagi memperkukuh pengurusan, koordinasi dan keberkesanan pelaksanaan inisiatif pelancongan Negeri Perlis.

DYMM Tuanku Raja Perlis telah berkenan menyempurnakan simbolik pelancaran Tahun Melawat Perlis 2026 serta menyaksikan tayangan montaj promosi Tahun Melawat Perlis 2026. Majlis turut diserikan dengan persembahan Kumpulan Orkestra Citra Kirana serta Persembahan Finale Tahun Melawat Perlis 2026 oleh Gabungan Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Perlis bersama Orkestra Citra Kirana.

Hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Encik Rusdi bin Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pembangunan), YBrs. Dr Noriman bin Rojulai, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis (Pengurusan), Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Setiausaha-Setiausaha Bahagian Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil-wakil jabatan dan agensi berkaitan serta urus setia majlis.

Sumber Info : Pejabat SUK Perlis

Untuk maklumat lanjut mengenai Tahun Melawat Perlis 2026 dan Kalendar Acara Pelancongan Negeri Perlis sila layari :TOURISM.PERLIS.GOV.MY

-Jabatan Penerangan Negeri Perlis.