Wednesday, 7 October 2026

Program Lawatan Produk Pelancongan Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66

 

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 - Program Lawatan Produk Pelancongan sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 telah berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan seramai 50 peserta bersama jemaah hakim, pengiring dari dalam dan luar negara serta pegawai pengiring dari JAKIM.

Turut menyertai program lawatan ini ialah Encik Azizul Raheem Bin Awalludin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej,  Tourism Malaysia dan Encik Amir Bin Abd Kadir, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia.

Antara produk pelancongan yang dilawati ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang menampilkan pengalaman interaktif mengenai sejarah dan pembangunan Kuala Lumpur melalui pameran di KL City Gallery.

Peserta dan jemaah hakim turut berpeluang menyertai aktiviti School of Hard Knocks di Royal Selangor serta mengenali warisan pembuatan pewter yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Lawatan diteruskan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang menampilkan keunikan seni kraf tempatan, seni bina Melayu tradisional serta pameran Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026.

Program ini diselaraskan oleh Tourism Malaysia (TM) selaku Jawatankuasa Lawatan MTHQA Ke-66.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.