Showing posts with label IMT-GT. Show all posts
Showing posts with label IMT-GT. Show all posts

Wednesday, 9 August 2023

IMT-GT pacu Tahun Melawat Perak 2024

 

SAARANI Mohamad (tiga dari kiri) pada Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah IMT Keenam di Ipoh hari ini. - UTUSAN

IPOH: Kerjasama ekonomi serantau menerusi blok Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) dijangka memberi manfaat buat Perak dalam menjayakan Kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Perkara itu disuarakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana melihat kedudukan negeri yang bersempadan dengan Indonesia dan Thailand.

Jelasnya, Tahun Melawat Perak 2024 juga diadakan seiiring dengan kempen pelancongan melibatkan zon IMT-GT.

“Peluang daripada ini adalah untuk mempromosi kepada jiran kita. Kita akan bekerjasama antara satu sama lain.

“Saya percaya itu akan dapat membantu untuk mempromosikan Malaysia, apatah lagi Perak,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir ke Mesyuarat Majlis Kerjasama Hijau Sub Wilayah IMT keenam di sini hari ini.

Berdasarkan rekod terkini setakat 2018, jumlah kemasukan pelancong asing yang untuk kerjasama IMT-GT adalah mencecah 44 juta.

Dalam pada itu, Saarani berkata, mesyuarat yang diadakan bertujuan menangani pelbagai cabaran alam sekitar dan sosial dengan menggalakkan pengurusan sumber yang bertanggungjawab serta mengurangkan pencemaran dan sisa.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana penganjuran mesyuarat itu diadakan di Perak buat julung kali.

“Tiga negara ini berada dalam kawasan yang sama. Budaya dan cara kerja banyak persamaan. Oleh itu pengurusan secara lestari perlu melalui kerjasama,” katanya.

-utusan online.

Monday, 16 August 2021

Understanding Muslim-Friendly Tourism webinar ( 19 August 2021 )


 

Islamic Tourism Centre (ITC) is pleased to present a webinar entitled Understanding Muslim-friendly Tourism, and provide insight into the potential of Islamic Tourism within the Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) institution.

To cater to the growing interest of industry players in tapping into the Muslim travel market, the event will seek to establish common understanding towards developing IMT-GT as a sub-region for Islamic Tourism.

The webinar is set for this coming 19 August for government officials and private sector of the IMT-GT member states. Dato’ Dr. Noor Zari bin Hamat, Secretary-General of the Ministry of Tourism, Arts and Culture, and Chairman of ITC, will address the audience in his opening remarks.

The panel of speakers who will be presenting are:

  1. Assoc. Prof. Dr. Mohd Hafiz Mohd Hanafiah, Deputy Dean, Faculty of Hotel & Tourism Management, MARA University of Technology, Malaysia
  2. Mdm. Fakheezah Borhan, Senior Assistant Director, Standardisation Division, Department of Standards Malaysia
  3. Datuk Mohd Ilyas Zainol Abidin, Executive Chairman, Ample Prospects Sdn Bhd
  4. Mr. Ahmad Faizal Iskandar, Director of Sales – Wholesale, Sunway City Kuala Lumpur Hotels, Malaysia

Date: 19 August 2021

Time: 11 am – 12.45 pm (Malaysia Standard Time)

Link: https://us02web.zoom.us/meeting/register/tZAqdOGgqzwqG9yRgMyXZ0rwJfHyyH86nwo6

Register by clicking on the link above or scanning the QR code in the promotional poster.

-Islamic Tourism Centre.