Monday, 2 November 2026

Tourism Malaysia Brings Together International Media Representatives For Mega Fam Programme In Conjunction With Petronas Grand Prix Of Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR — Tourism Malaysia today hosted a Meet & Greet session at IRAMA Dining Kuala Lumpur for 19 international media representatives and Key Opinion Leaders (KOLs) participating in its Mega Familiarisation (Mega Fam) Programme in conjunction with PETRONAS Grand Prix of Malaysia (MotoGP 2026).

Taking place from 29 October to 2 November 2026, the five-day programme brings together delegates from China, India, the Philippines, Sri Lanka, Indonesia and Thailand to experience Malaysia’s motorsports, cultural, heritage, gastronomy and lifestyle offerings. The initiative forms part of Tourism Malaysia’s efforts to strengthen international media engagement, expand destination visibility and support the Visit Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027) campaign.

Mr. Mohd Akbal Setia, Deputy Director General (Promotions), Tourism Malaysia said, “The Mega Fam Programme is a strategic platform to strengthen Malaysia’s international visibility and support the objectives of Visit Malaysia 2026–2027. By bringing international media representatives and content creators to experience PETRONAS Grand Prix of Malaysia and Malaysia’s diverse tourism offerings, we aim to generate meaningful media coverage and inspire greater interest in Malaysia as a preferred travel destination.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 1 November 2026

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Santuni Citra Lokal Fest 2026

 

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Encik Mohd Akbal Setia, telah mengadakan lawatan ke Citra Lokal Fest 2026 bertempat di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran acara yang mengetengahkan kekayaan warisan budaya dan kreativiti tempatan.

Lawatan tersebut memberi peluang untuk meninjau pelbagai pengisian menarik sepanjang festival, termasuk persembahan kebudayaan, sajian makanan tempatan, hasil kraftangan serta pameran kreatif yang mencerminkan kepelbagaian identiti budaya Malaysia.

Berlangsung pada 30 hingga 31 Oktober 2026, Citra Lokal Fest 2026 menghimpunkan pelbagai elemen kebudayaan, makanan, muzik dan kreativiti tempatan di bawah satu bumbung, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali serta menghargai keunikan tradisi dan bakat tempatan negara.

-Tourism Malaysia.

Perasmian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Sarawak 2026

 

SARAWAK, 31 Oktober 2026 | Majlis Perasmian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Sarawak 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik dan Acara, Tourism Malaysia dengan diiringi oleh YBrs. Puan Lydia Wang, Ketua Pegawai Operasi, Star Media Group (SMG); YBrs. Puan Debbie anak Jenggut Nyelang, Pengarah MOTAC Sarawak; YBrs. Encik Mohd Fu’ad Ariffin, Pengarah Kraftangan Malaysia Sarawak serta wakil-wakil rakan strategik dan pemain industri pelancongan.

Antara rakan industri yang turut memberikan sokongan termasuk Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Perbadanan Putrajaya, Sarawak Tourism Federation (STF), MATTA Sarawak Chapter, Malaysian Budget Hotel Association (MyBHA) Sarawak, Malaysian Association of Hotels (MAH) Sarawak, Association of Sarawak Inbound Agencies (ASIA), Sarawak Convention Bureau (SCB), Malaysia Aviation Group (MAG), Batik Air, AirBorneo Airways, AirAsia serta pelbagai agensi dan penggiat industri pelancongan yang lain.

Bumi Kenyalang menjadi destinasi keenam dan terakhir dalam siri jelajah SKCCM tahun ini. Edisi SKCCM Sarawak kali ini menampilkan 37 reruai yang merangkumi agensi pelancongan, ekopelancongan, destinasi kebudayaan, syarikat penerbangan, hotel, resort, homestay, glamping, taman tema, pusat rekreasi, muzium dan pelbagai tarikan pelancongan lain termasuk pengendali tempahan dalam talian (booking platform) pengusaha makanan warisan serta usahawan kraftangan yang menawarkan pakej/produk berpatutan sejajar dengan slogan 'Destinasi Indah Harga Rahmah'.

Sejurus selepas majlis perasmian, YBrs. Encik Mohd Roslan Abdullah bersama tetamu jemputan telah mengadakan lawatan ke reruai pameran bagi menyantuni para pempamer, di samping meninjau kepelbagaian pakej, produk dan tawaran pelancongan yang disediakan sepanjang karnival berlangsung.

Bagi menambah kemeriahan karnival, pelbagai pengisian menarik turut disediakan untuk pengunjung, antaranya persembahan kebudayaan, kuiz interaktif pelancongan, persembahan badut belon, aktiviti permainan konsol realiti maya (VR) serta pertandingan mewarna. Pelbagai aktiviti ini bukan sahaja memberikan pengalaman menyeronokkan kepada pengunjung, malah menjadi platform untuk memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian produk pelancongan domestik kepada masyarakat.

-Tourism Malaysia.

Saturday, 31 October 2026

Tourism Malaysia Meraikan Sambutan Warisan Budaya Negara Di Festival Permainan Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, telah menghadiri Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia (FPM) 2026 yang berlangsung di Padang Merbok, Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia, Encik Wizani bin Rosmin.

Festival yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia (SUTRA), berlangsung dari 29 Oktober hingga 1 November 2026.

Menghimpunkan seramai 3,012 peserta, FPM 2026 menampilkan pelbagai permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada warisan budaya Malaysia, antaranya Congkak, Galah Panjang, Sepak Raga Ratus, Terompah Gergasi dan banyak lagi.

Turut memeriahkan festival ini ialah reruai Tourism Malaysia yang memaparkan pelbagai produk dan destinasi pelancongan menarik di Malaysia untuk tatapan pengunjung. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan cenderamata percuma yang disediakan.

Festival ini bukan sahaja menghidupkan kembali permainan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia, malah turut membuka peluang kepada generasi muda dan pengunjung untuk mengenali serta merasai sendiri keunikan warisan budaya negara.

Penganjuran festival seperti ini turut menyumbang kepada usaha mempromosikan pelancongan berasaskan budaya, sekali gus memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi yang kaya dengan warisan, tradisi dan pengalaman unik.

-Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia Forges Strategic Collaboration With IOI Properties Group, Elevating Travel And Retail Experience

 

SELANGOR — Tourism Malaysia and IOI Hospitality Sdn Bhd, wholly owned by IOI Properties Group Berhad (IOIPG), today exchanged a Memorandum of Collaboration (MoC) to formalise a strategic partnership, aiming to boost Malaysia's appeal as a top-tier lifestyle and leisure destination in the spirit of ‘Malaysia, Beautifully Yours’.

The exchange of MoC documents between Mr. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia and Mr. Alan Yau, Head of Hotels, IOI Properties Group (IOIPG) marked a significant milestone in public-private sector collaboration. The ceremony was also witnessed by top management officials from both Tourism Malaysia and IOI Properties Group.

Through this partnership, both parties will collaborate on joint marketing campaigns, promotional activities, and experiential tourism initiatives. Leveraging IOIPG’s extensive range of world-class shopping malls and accommodations, the partnership will enhance the overall visitor experience, extend the average length of stay, and increase tourism receipts through vast retail and lifestyle offerings.

-Tourism Malaysia.

MotoGP Dinner Function 2026

 

SEPANG - The MotoGP Dinner Function 2026, held on 30 October 2026 at Sama-Sama Hotel, Kuala Lumpur International Airport, highlights Tourism Malaysia Sydney continued strategic partnership with Sportsnet Holidays through a Joint Promotional Campaign aimed at increasing visitor arrivals from Australia by leveraging sports tourism and premium travel experiences.

The dinner function served as a value-added initiative under the campaign, providing an exclusive platform to engage with MotoGP riders, including Jack Miller and Brad Binder and enthusiasts while showcasing Malaysia as a preferred destination for sporting events and leisure travel.

The Tourism Malaysia delegation was led by Mr Mohamad Libra Lee Haniff, Director of the International Promotion Division (Americas, Europe & Oceania), who joined guests in promoting Malaysia's vibrant culture, warm hospitality and world-class events.

As part of the Joint Promotional Campaign, Sportsnet Holidays is offering two specially curated travel packages to Malaysia:

4-Night Premier Roving Package from AUD1,599 per person

4-Night Sama-Sama Package from AUD5,999 per person

These exclusive packages combine the thrill of MotoGP with opportunities to experience Malaysia's unique attractions, rich cultural heritage, renowned hospitality and exciting tourism offerings.

The Joint Promotional Campaign has successfully generated 648 package bookings, while the MotoGP Dinner Function 2026 welcomed approximately 250 attendees, demonstrating strong interest in Malaysia's sports tourism offerings and the effectiveness of the Tourism Malaysia-Sportsnet Holidays partnership.

Through strategic partnerships and targeted promotional efforts, Tourism Malaysia remains committed to strengthening Malaysia's presence in key international markets, driving international visitor arrivals and supporting the objectives of the Visit Malaysia 2026-2027 campaign.

-Tourism Malaysia.

Night Track Tour At Sepang International Circuit In Conjunction With Petronas Grand Prix Of Malaysia (MotoGP 2026)

 

SEPANG, 30 October 2026 – A total of 19 international media representatives and KOLs participating in the Mega Familiarisation (MegaFam) Programme from six countries, namely China, India, the Philippines, Sri Lanka, Thailand and Indonesia, took part in a special night track tour at the Sepang International Circuit. The tour was also attended by Ms Yasmin Faezah Samsudin, Director of Communications Corporate Division, Tourism Malaysia.

Onboard the KL Hop-On Hop-Off (HoHo) bus, participants enjoyed a night tour around the circuit, passing through some of its iconic corners while experiencing the unique atmosphere of the track after dark. The experience offered a different perspective of one of Malaysia’s most renowned motorsport destinations.

-Tourism Malaysia.

Friday, 30 October 2026

Tourism Malaysia Raikan Kecemerlangan Industri Hospitaliti Negara Di HAPA Awards 2026 Series 3

 

SELANGOR, 28 Oktober 2026 - YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026-2027 telah mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk menyampaikan ucapan merasmikan Hospitality Asia Platinum Awards (HAPA Awards) 2026 Series 3 yang berlangsung dengan penuh gemilang di Sunway Resort Hotel.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Adjung Professor Jennifer Ong, Pengasas HAPA Group, Yang Bhg Dato Sri Anne Eu, Pengerusi Eu Yan Sang Malaysia and Lembaga Pengarah HAPA Awards, Datuk Dr Chef Wan,  Culinary Global Ambassador for Malaysia, Mr. Alex Castaldi, CEO Of Sunway Hospitality Group dan tetamu kenamaan yang lain.

Majlis ini telah menghimpunkan dan meraikan para pemain industri pelancongan negara daripada pelbagai segmen seperti industri perhotelan, industri golf, industri spa dan lain-lain.

Pada Majlis ini juga YBhg. Datuk Dr. Chef Wan telah dianugerahkan dengan Anugerah Khas HAPA Awards 2026.

-Tourism Malaysia.

Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 @ Plaza Merdeka, Kuching, Sarawak ( 30 Oktober ~ 1 November 2026 )

 


Orang Sarawak, kitak dah ready? Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 kini di Kuching!

Jom beramai-ramai ke Plaza Merdeka, Kuching dan rebut pelbagai tawaran percutian eksklusif, sertai aktiviti menarik serta nikmati persembahan kebudayaan sepanjang karnival berlangsung!

> Hotel, resort & homestay

> Agensi pelancongan

> Tarikan pelancongan

> Makanan & minuman

> Pelbagai promosi menarik

Lokasi: Plaza Merdeka, Kuching

Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026

Sik payah tunggu gik! Jumpa kitak di sana!

-Tourism Malaysia.

Thursday, 29 October 2026

Mini Karnival Upin & Ipin 2026 Bersama Tourism Malaysia

 


Mini Karnival Upin & Ipin 2026 Bersama Tourism Malaysia

Berikut adalah jadual aktiviti pentas utama di Mini Karnival Upin & Ipin bersama Tourism Malaysia. Jadual ini adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Tarikh : 30 Oktober – 1 November 2026

Lokasi : Centre Court, Concourse Floor, IOI Mall Damansara

Masa : 10.00 pagi – 10.00 malam

Masuk PERCUMA

Aktiviti-Aktiviti Menarik

> Persembahan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan

> Ramah mesra bersama pelakon-pelakon suara

> Liga Juara Tepuk Batang Eskrem

> Pertandingan kostum "Cosplay" watak Upin & Ipin

> Promosi barangan cenderamata Upin & Ipin Store

Dan banyak lagi!

Dianjurkan oleh: Les’ Copaque Production

Penaja Utama: Tourism Malaysia

Rakan Media: Astro

Rakan Strategik: POKKA

Dengan Kerjasama: LC Merchandising, Les’ Copaque Animation Academy dan LCFILM Sdn. Bhd.

Jumpa kawan-kawan di sana!

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 28 October 2026

48 nations battle for honours at World Amateur Golfers Championship in Johor

 

KUALA LUMPUR: Johor is hosting 620 golfers and delegates from 48 countries for the 31st World Amateur Golfers Championship (WAGC) World Final. 

The five-round championship, which began on Monday, is being contested across three venues - The Els Club Desaru Coast, Forest City Golf Resort and Tanjong Puteri Golf Resort - with the final round scheduled for Friday. 

China are the defending champions, having won last year's edition on Jeju Island, South Korea. 

The championship, held in conjunction with Visit Johor Year 2026, is also expected to generate business for the local hospitality and tourism sectors. 

Johor unity, heritage and culture committee chairman Pannir Selvam said international sporting events should deliver tangible economic benefits to local communities. 

"A successful event should not only bring visitors to Johor. It should create opportunities for Johoreans," he said.

Pannir said hotels, restaurants, transport operators and other tourism-related businesses stood to benefit from the influx of international visitors. 

He was speaking at the championship's welcome dinner and flag-raising ceremony at the Desaru Coast Conference Centre on Saturday, which saw team captains from all 48 participating countries parade their national flags. 

The ceremony also featured the presentation of the WAGC Challenge Trophy by defending champions China. 

Johor Golf Tourism Association (JGTA) president Col Mohd Jamal Salleh said the championship offered an opportunity to strengthen Johor's international profile as a golfing destination. 

"An event of this scale brings together golfers from around the world and gives us a valuable opportunity to showcase Johor as a destination for world-class golf, hospitality and memorable travel experiences," he said. 

Jamal acknowledged the support of Tourism Malaysia, Tourism Johor and other partners in bringing the event to the state. 

The championship concludes with a gala dinner and prize presentation on Friday.

-nst online.

Tuesday, 27 October 2026

Jelajah Pentas Seni Johor 2026 @ Batu Pahat, Johor ( 30 & 31 Oktober 2026 )

 

Jelajah Pentas Seni Johor 2026: Batu Pahat, Kami Datang!

Ayuh meriahkan Jelajah Pentas Seni Johor 2026 di Batu Pahat dengan pelbagai persembahan seni, budaya dan aktiviti menarik untuk seisi keluarga!

Antara tarikan menarik menanti anda:

> Persembahan Zapin Koris, Zapin Tanjung Labuh dan Zapin Duo Batu Pahat

> Persembahan Gambus dan Kebudayaan PAHAT!

> Persembahan Tarian Naga Akrobatik

> Demonstrasi Warisan Dapur Jawa

> Pertandingan Suara Irama Ghazal dan Diabolo

> Pertandingan Mewarna Motif Gambus

> Aktiviti Zumba Seni Fit!

> Jualan makanan, kraftangan dan produk kreatif tempatan

Turut menanti anda ialah persembahan artis jemputan, persembahan saxophonist, klinik budaya Gambus serta pelbagai aktiviti komuniti yang mengangkat keunikan seni dan warisan Johor.

Tarikh: 30 & 31 Oktober 2026

Masa: 9.00 pagi - 11.00 malam

Lokasi: Dataran Astaka Shahbandar, Batu Pahat, Johor

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan seni dan budaya tempatan sambil menikmati pelbagai sajian serta produk kreatif masyarakat setempat.

Jom ramai-ramai ke Batu Pahat! Raikan seni, hayati warisan, semarakkan budaya Johor!

-Tourism Malaysia.

Lufthansa Launches Nonstop Kuala Lumpur-Frankfurt Service, Strengthening Malaysia-Europe Connectivity

 

KUALA LUMPUR — Lufthansa today launched its new nonstop service between Kuala Lumpur and Frankfurt, strengthening air connectivity between Malaysia, Germany and the wider European market while providing greater access for travellers between Southeast Asia and Europe.

Operating five times a week year-round, the new service is operated by a Boeing 787-9 Dreamliner with 287 seats across Economy, Premium Economy and Business Class, featuring Lufthansa’s Allegris cabin. The service provides direct access to Frankfurt, one of Europe’s major aviation hubs, with onward connections to more than 150 destinations across Europe.

The new connection provides greater travel options for leisure and business travellers while supporting tourism growth, increasing visitor flows and creating wider opportunities for Malaysia’s tourism industry through stronger trade and people-to-people links with Germany and Europe.

-Tourism Malaysia.

Monday, 26 October 2026

Perpatih Fest 2026 @ Muzium Negeri, Seremban, Negeri Sembilan ( 30 Oktober ~ 1 November 2026 )

 

Perpatih Fest 2026 Kembali Lagi!

Tarikh: 30 Oktober – 1 November 2026 (Jumaat – Ahad)

Masa: 9.00 Pagi – 11.00 Malam

Lokasi: Muzium Negeri, Jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan

Dengan tema:

“Adat Dijaga, Warisan Terpelihara”

Perpatih Fest 2026 kembali menemui anda dengan tiga (3) hari penuh kemeriahan, menampilkan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik bagi mengangkat keunikan Adat Perpatih, memperkenalkan khazanah warisan Negeri Sembilan serta menyemarakkan kepelbagaian budaya, kesenian dan tradisi masyarakat.

Antara pengisian Menarik Yang Menanti Anda:

> Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026

> Seminar Adat Perpatih: “Ibu Soko: Peranan dan Perspektif dari Mata Masyarakat”

> Seminar Wacana Persenjataan Alam Melayu 2026

> Forum Perdana

> Malam Gala Perpatih Fest

> Demonstrasi Masakan Tradisional

> Jualan Makanan dan Produk Tempatan

> Pertandingan Busana Tradisional Negeri Sembilan

> Pertandingan Permainan Tradisional Pertandingan Kolaj Keluarga

> Pertandingan Terombo

> Pertandingan Nyanyian Lagu Kontemporari Negeri Sembilan

> Pertandingan Masakan Tradisional Luak-Luak

> Reruai Uji Rasa, Demonstrasi Masakan dan Jualan Luak Beradat

> Persembahan Kesenian Luak

> Reruai Antarabangsa

> Reruai Rentas Negeri

> Reruai Etnik

> Pameran Muzium Kita

> Jualan Rahmah MADANI

> Slot Bersama Chef Selebriti

> Pasport Anak Adat

> Majlis Penutup Perpatih Fest 2026

… Dan Pelbagai Lagi Aktiviti Menarik Menanti Anda!

Jangan Lepaskan Peluang Ini!

> Mengenali dan menghayati keunikan Adat Perpatih.

> Mendalami sejarah dan warisan Negeri Sembilan.

> Menikmati kepelbagaian juadah tradisional daripada Luak-Luak, komuniti etnik dan antarabangsa.

> Menyaksikan keunikan persembahan kebudayaan dan kesenian.

> Menjelajahi pelbagai reruai, pameran dan produk tempatan.

> Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil mengenali warisan negeri.

Ayuh, Kita Meriahkan Perpatih Fest 2026!

Jom datang beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menghayati, menghargai serta melestarikan Adat Perpatih dan warisan Negeri Sembilan agar terus terpelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Moh Dogheh! Kito Pakat Ghamai-Ghamai Ko Perpatih Fest 2026!

Jumpa anda di Muzium Negeri, Seremban pada 30 Oktober hingga 1 November 2026!

Adat Dijaga, Warisan Terpelihara!

-Muzium Negeri Sembilan.

Saturday, 24 October 2026

Perasmian Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026 Selangor

 

SELANGOR, 24 Oktober 2026 | Majlis perasmian program Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia (KCCM) 2026 Selangor yang telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia, diiringi oleh YBrs. Encik Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Star Media Group, YBrs. Puan Lydia Wang, CEO, Star Media Group, YBrs. Encik Wizani Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Tourism Malaysia, YBrs. Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Kanan, Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia bersama-sama wakil MOTAC Selangor, rakan-rakan industri seperti Tourism Selangor, Batik Air dan MyBHA.

Penganjuran di Selangor ini merupakan siri kelima SKCCM yang telah dijalankan dengan menghimpunkan sebanyak 40 pempamer yang terdiri daripada syarikat penerbangan Batik Air, agen pelancongan, pemilik produk, hotel, taman tema, booking platform dan makanan warisan dengan penawaran pakej yang berpatutan sejajar dengan tagline 'Destinasi Indah Harga Rahmah'.

YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal dan para tetamu turut dibawa melawat tapak reruai pameran bagi menyantuni para pempamer sambil meninjau pakej dan produk yang ditawarkan.

Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pentas seperti persembahan kebudayaan, kuiz interaktif pelancongan, badut belon, ai photobooth, ticktock challenge, mega wire dan coloring contest sebagai tarikan kepada para pengunjung yang hadir.

-Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia Dan Mydin Ketengahkan Produk Pelancongan Tempatan Menerusi “Jelajah Lokal Treasure Hunt”

 

SUBANG JAYA – Tourism Malaysia dan Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN)hari ini melancarkan program ‘Jelajah Lokal Treasure Hunt’, dengan kerjasamabeberapa rakan strategik, bagi merancakkan lagi pelancongan domestik serta mempromosikan destinasi-destinasi percutian menarik di seluruh negara.

Program ini merupakan kesinambungan daripada kempen 'Jom Jalan MYDIN' yang dilancarkan pada bulan Julai 2026 lalu. Pelepasan (flag-off) Jelajah Lokal Treasure Hunt telah diadakan di MYDIN Subang Jaya, sebelum peserta memulakan perjalanan ke MYDIN MITC, Melaka bagi pusingan pertama. Pertandingan interaktif ini dianjurkan dalam tiga pusingan, merangkumi laluan MYDIN Subang Jaya ke MYDIN MITC, Melaka (24 Oktober); MYDIN Gopeng RTC ke MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (31 Oktober); dan berakhir dengan laluan dari MYDIN Kuala Terengganu ke MYDIN Tunjong, Kelantan pada 7 November ini.

Setiap pusingan bakal menyaksikan penyertaan sebanyak 50 pasukan (empat peserta berumur 18 tahun ke atas bagi setiap pasukan) yang akan bersaing untuk merangkul hadiah keseluruhan bernilai RM45,000. Inisiatif ini turut mendapat sokongan daripada rakan-rakan strategik industri termasuk Tabung Haji Travel and Services, Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Setel, Atome, dan Malaysia Hunt Club.

-Tourism Malaysia.

The 21st Asian King Of Catering Awards Ceremony & 2026 Asia Top Tourism Gourmet Awards

 

PENANG, 22 October 2026 | The 21st Asian King of Catering Awards Ceremony & 2026 Asia Top Tourism Gourmet Awards was held at the Grand Ballroom, Setia SPICE Arena, Penang, organised by the Malaysia Food & Restaurants Association. The event was attended by YBrs. Mr Mohd Roslan Abdullah, Senior Director of the Domestic Promotion and Events Division, Tourism Malaysia. Also present was Mr Abdul Hadi Che Man, Director of Tourism Malaysia Northern Region Office.

The event serves as a platform to celebrate excellence in the food and beverage (F&B) industry while promoting the diversity of culinary offerings and rich food heritage across Asia. It also highlights the potential of gastronomy tourism in attracting international visitors and creating opportunities for industry collaboration.

Through initiatives that showcase Malaysia’s diverse food culture and unique local flavours, Tourism Malaysia continues to support efforts to strengthen the country’s position as a preferred destination for gastronomy tourism, offering visitors authentic and memorable culinary experiences.

-Tourism Malaysia.

Majlis Perasmian Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX)

 

SELANGOR, 23 Oktober 2026 | Malaysia International Automotive & Parts Expo (MIAPEX) telah berlangsung di Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), dengan majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Teng Chang Khim, Pengerusi SME Corp Malaysia. Turut hadir ialah wakil Tourism Malaysia, YBrs. Puan Zuraini Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia.

Kehadiran Tourism Malaysia dalam acara ini mencerminkan usaha memperkukuh hubungan strategik merentas industri, termasuk sektor automotif dan pelancongan perniagaan. Penganjuran ekspo seperti MIAPEX berpotensi menarik kehadiran peserta dan pengunjung dari dalam serta luar negara, sekali gus menyokong pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi bagi acara perniagaan bertaraf antarabangsa.

-Tourism Malaysia.