Putrajaya,
3 Oktober 2026 – Colours of Speed yang berlangsung selama 12 hari bermula 23
September 2026 telah meningkatkan suasana Citrawarna Speed Festival 2026 dengan
menyediakan pengalaman racing simulator secara percuma kepada para pengunjung,
di samping menawarkan hadiah terkumpul bernilai
lebih RM30,000.
Menerusi
aktiviti ini, setiap pengunjung berpeluang merasai pengalaman memandu di Litar
Antarabangsa Sepang (SIC) melalui permainan simulator selama 10 minit. Catatan
masa terpantas yang direkodkan sepanjang tempoh pertandingan akan menjadi
penentu kepada peserta yang layak mara ke peringkat akhir.
Seramai
30 peserta dengan catatan masa terpantas telah dipertemukan dalam Grand Finale
yang berlangsung pada 3 Oktober 2026 untuk merebut hadiah utama bernilai
RM10,000 serta hadiah-hadiah menarik yang lain.
YBrs.
Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) merangkap Ketua
Sekretariat Visit Malaysia 2026–2027 telah hadir bagi menyempurnakan sesi
penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah berjaya mencatatkan rekod
masa terbaik sepanjang pertandingan.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.