Sunday, 1 November 2026

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Santuni Citra Lokal Fest 2026

 

KUALA LUMPUR, 31 Oktober 2026 – Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, bersama Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Encik Mohd Akbal Setia, telah mengadakan lawatan ke Citra Lokal Fest 2026 bertempat di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur, sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran acara yang mengetengahkan kekayaan warisan budaya dan kreativiti tempatan.

Lawatan tersebut memberi peluang untuk meninjau pelbagai pengisian menarik sepanjang festival, termasuk persembahan kebudayaan, sajian makanan tempatan, hasil kraftangan serta pameran kreatif yang mencerminkan kepelbagaian identiti budaya Malaysia.

Berlangsung pada 30 hingga 31 Oktober 2026, Citra Lokal Fest 2026 menghimpunkan pelbagai elemen kebudayaan, makanan, muzik dan kreativiti tempatan di bawah satu bumbung, sekali gus memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali serta menghargai keunikan tradisi dan bakat tempatan negara.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.