Showing posts with label Fishing. Show all posts
Showing posts with label Fishing. Show all posts

Tuesday, 3 March 2026

Labuan International Sea Challenge 2026 @ Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan ( 28 April ~ 3 Mei 2026 )

 

Bersedia untuk cabaran laut paling epik di Labuan!

Labuan International Sea Challenge (LISC) 2026 edisi ke 28,  kembali lagi  pada 28 April – 3 Mei 2026 bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan (KSLA) dengan 5 acara utama dan 10 acara sokongan yang lebih meriah, ekstrem dan penuh aksi.

Acara utama seperti Deep Sea Fishing Challenge, Round Island Kayak Race, Kayak Mini Marathon, Regatta Race 3.0 dan Cross Channel Swimming Challenge bakal menguji ketahanan & semangat para peserta dari seluruh dunia.

Ditambah pula dengan pelbagai acara sokongan seperti bola tampar pantai, bola sepak pantai, petanque pantai, silat pantai, sukaneka pantai, memancing pesisir pantai, e-sukan MLBB, Moonlight Fun Walk,  jualan rahmah dan banyak lagi!

LISC merupakan salah satu acara ikonik Labuan yang sentiasa menarik pelancong dari pelbagai negara.

Jom sertai & rasai sendiri debarannya!

-Labuan Tourism.

Sunday, 22 February 2026

Terengganu Fly Fishing Fest 2026 @ Kg. Betong, Hulu Terengganu ( 1 ~ 3 May 2026 )

 

Terengganu Fly Fishing Fest Offically Open

Pendaftaran Awal Rm85.00 (Sebelum 10 Mac 2026)

Pendaftaran Terbuka Rm100.00 (1 April - 16 April 2026)

Pendaftaran Lewat Rm125.00

(Pendaftaran lewat bergantung kepada kekosongan selepas 16 April 2026)

Penyertaan adalah terhad. Pembayaran awal memastikan penyertaan.

Pendaftaran termasuk:

1) Festival T-shirt --  Baju memancing lengan panjang 50 SPF

2) 3 Custom Flies Sikang (Pendaftaran awal sahaja)

-> Pertukaran flies Sikang malam Jumaat (bawa dan tukar 12-20 flies)

-> Minum petang dan makan tengah hari (tidak semua makanan tersedia)

-> Tetamu istimewa, ceramah Sikang, sifu ikat flies, gerai, dan malam keseronokan ikat flies

Tentatif Program

1 Mei 2026 - Jumaat

2.30 – 3.00 petang : Pendaftaran peserta

3.00 – 4.00 petang : Majlis Pembukaan

4.00 - 4.30 petang : Minum petang (Tea Time)

4.30 - 6.30 petang : Sukaneka / Fly Fishing Game

6.30 – 7.45 petang : Rehat, solat & persiapan diri

7.45 – 8.30 malam : Makan Malam & Persembahan Dikir Barat

8.45 - 11.00 malam : Sesi Perkongsian & Perbincangan Teknik Fly Tying

2 Mei 2026 - Sabtu

7.30 pagi - 4.00 petang : Pertandingan Layang Bebas

1.00 petang : Makan tengah hari

5.00 petang : Majlis penyampaian hadiah

3 Mei 2026 - Ahad

8.00 - 12.00 tengah hari : Layang Bebas

Cara Untuk Daftar

1) Daftar Google Form di: https://forms.gle/eWrR6q8XSC8mA5Pc8

2) Selepas pendaftaran, sila buat pembayaran terus ke:

Nombor Akaun:  3063155209

Nama Bank : Public Bank Berhad

Nama Akaun : Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd

Tarikh tutup pendaftaran: 20 April 2026

-Beautiful Terengganu Malaysia.

Monday, 8 December 2025

Pertandingan Memancing Ikan Toman @ Tasik Pergau, Jajahan Jeli, Kelantan ( 13 Disember 2025 )

 


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB. Dato' Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan!

Uji kemahiran memancing anda dan rebut peluang memenangi hadiah menarik.

​Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)

​Masa : 07.00 Pagi

​Tempat : Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau, Jajahan Jeli, Kelantan.

​Yuran Penyertaan : RM10

Link Pendaftaran :

https://forms.gle/nuNMjv8ctB4LNdpH8

-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Tuesday, 14 October 2025

Pertandingan Memancing Terbuka Selangor @ Pantai Kelanang, Banting, Selangor ( 16 November 2025 )

 

Sebelum ini dimaklumkan game 16 Nov di Pantai Remis, tapi ada perubahan sedikit. Lokasi ditukar ke Pantai Kelanang, Banting, Selangor. 

Giliran Pantai Remis ialah pada 14 Disember!. Buat geng2 surfcast Selangor dan yang berdekatan, boleh lock tarikh.

Ada 10 cabutan bertuah RM100 setiap satu dan 4 cabutan bertuah RM500 setiap satu. mana tau, ikan tak dapat tapi dapat cabutan bertuah!

-Wakjali Kasran.

Wednesday, 9 July 2025

Karnival Candat Sotong Tourism Malaysia x Program Madani Rakyat @ Payang Walk, Terengganu ( 10 ~ 12 Julai 2025 )

 May be an image of slow loris and text

May be an image of text that says "SEMPENA KARNIVAL CANDAT CANDATSOTONG SOTONG MADANI RAKYAT (PMR) 2025 TERENGGANO āļĢั MAJLIS PELEPASAN PAMERAN JUALAN TERENGGANU BERMUNAJAT •FUN RUN CANDAT SOTONG EXPLORACE PASAR PAYANG SUKAN RAKYAT LIVE BAND CSE BUSKERS PERSEMBAHAN PENTAS PETTING zoo RIMBA RAZIA DEMONSTRAS KRAF & MAKANAN WARISAN PERTANDINGAN •BUBUR ASYURA •MASAKAN SOTONG •MEWARNA PAKAIAN BERAGAM ·HOT WHEELS RACE DAN BANYAK LAGI!"

Karnival Candat Sotong Tourism Malaysia x Program Madani Rakyat bakal berlangsung Khamis - Sabtu ini di Payang Walk, Kuala Terengganu. Macam-macam ada buleh sertai & support macam-macam acara disini.

Menarik Hujung Minggu Ini!

> Pameran Jualan

> Terengganu Bermunajat bersama Ustaz Mustaffa Kamal

> Fun Walk & Run Fit Terengganu

> Majlis Pelepasan Candat Sotong

> Live Band Istimewa CSE Buskers

> Explorace Pasar Payang

> Sukan Rakyat

> Persembahan Pentas

> Petting Zoo RIMBA RAZIA

> Demonstrasi Kraf & Makanan Warisan

> Pertandingan, Bubur Asyura

> Pertandingan Mewarna

> Cabaran Pakaian Beragam

> Hot Wheels Race

Dan Banyak Lagi!

-Payang Walk.

Friday, 7 March 2025

Labuan International Sea Challange 2025 ( 25 ~ 27 April 2025 )

 


Labuan International Sea Challange 2025′ which captioned “Labuan International Sea Challenge (LISC) 2025 is the most awaited water sport events especially by its followers.  Enjoy a great splashing time with mesmerizing with blue sea water, sparkling beach activities and lots more exciting programs.  LISC will feature the main and established international events such as the Labuan International Deep Sea Fishing Competition 2025 in Spratly Island, Round Island Kayak, Mini Marathon Kayak, Regatta Race and 12 other supporting events from 22 April until 27 April 2025.

The exciting competitions, activities and programs will be centered around the Labuan International Sea Sports Complex. Visitors will experience lots of fun and excitement during the event. 

The Labuan International Sea Challenge (LISC) is an annual maritime extravaganza that transforms the serene island of Labuan into a bustling hub of aquatic excitement. Traditionally held in April, this event has become a beacon for water sports enthusiasts and cultural aficionados alike. 

A Glimpse into LISC’s Highlights 

Centered around the Labuan International Sea Sports Complex, LISC offers a plethora of activities that cater to both participants and spectators. From adrenaline-pumping jet ski races to the endurance-testing Round Island Kayak Challenge, there’s something for everyone. The event also showcases traditional maritime heritage through boat races and cultural performances, providing a holistic experience that marries competition with celebration. 

malaysia.travel 

A Tourist’s Tale: Emma’s Unforgettable Journey 

Emma, an adventure seeker from Australia, had always been drawn to unique cultural experiences. Upon hearing about LISC, she decided to make the trip to Labuan in April 2024. 

“The moment I arrived at the Labuan International Sea Sports Complex, I was enveloped by the vibrant energy of the festival. The Coastal Ninja Warrior Challenge was a sight to behold, with participants showcasing incredible strength and agility. I even tried my hand at the Camping Glamping experience, which offered a perfect blend of rustic charm and modern comfort right by the beach.” 

Emma was particularly captivated by the DAIWA Deep Sea Fishing Challenge. “Watching teams from around the world, including Hong Kong and Brunei, compete was thrilling. The camaraderie and sportsmanship on display were truly inspiring.” 

wilayahku.com.my 

Beyond the competitions, the cultural performances left a lasting impression on her. “The traditional dances and music provided a deep insight into Labuan’s rich maritime heritage. It was a beautiful reminder of how events like LISC celebrate not just sports but also the cultural tapestry of the region.” 

Looking Ahead 

As LISC continues to grow, it remains committed to offering new and exciting activities. The introduction of events like the Coastal Ninja Warrior Challenge and Regatta in 2024 exemplifies this dedication to innovation. For those seeking a unique blend of adventure, culture, and community, the Labuan International Sea Challenge is an event not to be missed. 

Whether you’re an athlete aiming to compete or a traveler like Emma looking for an unforgettable experience, LISC promises a journey filled with excitement and discovery.

-Labuan Corporation.

Tuesday, 21 January 2025

Pantai Bagan Lalang berpotensi jadi destinasi pelancongan berasaskan aktiviti memancing

 


SEPANG: Pantai Bagan Lalang di sini berpotensi besar menjadi destinasi pelancongan berasaskan aktiviti memancing.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong, berkata selain mempunyai pantai yang panjang dengan pelbagai spesies ikan, Bagan Lalang juga dilengkapi kemudahan lengkap untuk pelancong.


Beliau yang juga anak jati Sungai Pelek, berkata selain memancing di pantai, pengunjung juga boleh memancing di laut dalam menggunakan bot yang banyak tersedia, khususnya di Sungai Sepang Besar.


Semalam, pantai berkenaan dipenuhi lebih 600 peserta dari seluruh negara yang menyertai pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour @ Bagan Lalang.


"Banyak hotel di sini, gerai makan juga banyak, termasuk medan ikan bakar yang menawarkan juadah pelbagai spesies ikan bergred tinggi. Kita saksikan lebih 600 peserta dari seluruh negara datang ke sini bagi menyertai pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour @ Bagan Lalang.


"Ini memberi limpahan pendapatan kepada peniaga di pantai ini dan saya sangat menyokong aktiviti seperti ini diadakan lagi pada masa akan datang,'' katanya ketika merasmikan majlis penutup pertandingan berkenaan yang dianjurkan Wakjali Event Management dengan kerjasama Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Zon Sepang Putra.


Pertandingan itu menyaksikan Suria Mat Sahar, 53, dari Kuala Selangor muncul juara apabila menaikkan ikan belukang 1.055 kilogram (kg), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.


Tempat kedua disandang Ardy Marnito, 29, dari Tanjung Sepat, dekat sini, yang menaikkan semilang 0.815kg, manakala Mohd Khairul Said, 37, dari Muar, Johor di tempat ketiga, juga dengan ikan semilang 0.52kg, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan RM2,000.


Majlis penutup turut dihadiri Ahli Majlis MPS Zon Sepang Putra, A Vijayarani; Pengasas Wakjali Event Management, Md Zali Kasran dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPPK) Bagan Lalang, Samsul Idham Mustafa Kamal.

-berita harian online.

Tuesday, 14 January 2025

Surfcasting Bagan Lalang tawar hadiah lumayan, promosi sektor pelancongan

 

Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Zon Sepang Putra, A Vijayarany (kanan) meninjau lokasi Surfcasting Tour @Bagan Lalang yang akan dianjurkan 19 Januari ini.

SEPANG: Pertandingan Surfcasting Tour @Bagan Lalang yang akan dianjurkan Ahad ini mampu membantu melonjakkan industri pelancongan sekitar pantai berkenaan dengan kehadiran penggemar aktiviti memancing dan peserta pertandingan bagi merebut hadiah lumayan hampir RM45,000 yang ditawarkan.


Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Sepang (MPS) Zon Sepang Putra, A Vijayarany, berkata pantai peranginan itu memang sesuai menjadi lokasi penganjuran acara seperti pertandingan memancing kerana dilengkapi kemudahan mencukupi merangkumi pelbagai jenis hotel, pantai yang panjang dan lubuk pelbagai spesies ikan.

"Saya sangat mengalu-alukan acara seperti ini kerana ia akan turut membantu menjana ekonomi peniaga makanan di pantai ini serta hotel berhampiran," katanya selepas meninjau pantai lokasi pertandingan Surfcasting Tour @Bagan Lalang, di sini semalam.

Pertandingan berkenaan yang antara lain bagi membantu kempen Cuti-Cuti Malaysia yang digerakkan Tourism Malaysia, selain turut mempromosi dan memeriahkan Tahun Melawat Selangor 2025 (TSM2025) dianjurkan Ahli Majlis MPP Zon Sepang Putra bersama Wakjali Event Management.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, naib juara bakal menerima RM4,000 dan ketiga RM2,000, manakala pemenang keempat dan kelima (RM500 setiap seorang), keenam hingga 10 (masing-masing RM250) dan ke-11 hingga 120 (RM150 setiap seorang).


Kaunter pendaftaran acara dijadual jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada 19 Januari ini akan dibuka di lokasi pertandingan, bermula jam 4 petang 18 Januari hingga 12 tengah malam, bersambung jam 6 pagi keesokannya hingga pertandingan dimulakan dengan 200 peserta terawal mendaftar akan menerima baju T percuma.


Yuran penyertaan RM100 dikenakan untuk satu joran dan untuk pertanyaan serta pendaftaran, hubungi penganjur di talian 012-2141401 dan 012-6823479.

-berita harian online.

Thursday, 19 December 2024

Santai Pancing Madani@Pantai Kelanang tawar hadiah wang tunai lebih RM27,000

 


BANTING: Pertandingan Santai Pancing Madani@Pantai Kelanang pada Sabtu ini yang mendapat sokongan Tourism Malaysia, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM27,000 kepada pemenang.


Juara akan membawa pulang wang tunai RM10,00, naib juara (RM3,000), ketiga (RM1,000), keempat (RM600), kelima (500), keenam hingga 10 (masing-masing RM250) dan ke-11 hingga 100 (masing-masing RM120).


Pertandingan anjuran Kelab Pemancing Surfcast Profesional Bersatu Malaysia (MUPSAC) itu turut mendapat sokongan Ahli Majlis, Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 18, Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPHL), Mat Irwan Mat Ismail.


Presiden MUPSAC, Mohd Naim Ab Hakim, berkata acara Sabtu ini dijadual berlangsung dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dengan kaunter pendaftaran akan dibuka di lokasi pertandingan bermula 8 malam Jumaat ini.


"Yuran penyertaan RM70 dikenakan untuk satu joran, manakala bagi orang kelainan upaya (OKU), yuran RM50. Peserta yang mendaftar awal akan menerima baju T, manakala peserta bertuah yang memegang resit pendaftaran pada gandaan 10 akan mendapat makan tengah hari percuma.


"Makan tengah hari percuma disediakan di lokasi pertandingan oleh pengusaha Lan Nasi Ayam selepas acara tamat jam 12.30 tengah hari,'' katanya memaklumkan resit pendaftaran pada gandaan 10 seperti 1,000; 1,010; 1,020; 1030 dan seterusnya.


Mohd Naim berkata, pertandingan itu dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari seluruh Semenanjung bagi menyertai acara di Pantai Kelanang yang kaya pelbagai spesies ikan seperti pari, malong, belukang, semilang, gelama dan lain-lain.


Untuk pertanyaan dan pendaftaran, hubungi penganjur di talian 019-6203040, 012-2141401 dan 012-6823479.

-berita harian online.

Friday, 29 November 2024

Pertandingan memancing di Pantai Sepat bantu industri pelancongan, hadiah RM36,000 menanti pemenang

 


KUANTAN: Pertandingan memancing Jelajah Joran Pantai Timur (JJPT) siri 3 yang akan dilangsungkan di Pantai Sepat, di sini, Ahad ini, dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari seluruh Semenanjung.


Acara siri ketiga JPPT yang mendapat sokongan Tourism Malaysia sebagai satu daripada kempen Cuti-Cuti Malaysia , menawarkan hadiah wang tunai lebih RM36,000 kepada pemenang pertama hingga 100.


Pertandingan anjuran West Coast Surfcaster (WCS) yang dijadual bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 untuk juara, naib juara (RM4,000) dan ketiga (RM2,000).


Jurucakap penganjur, Sharudin Adnan, memaklumkan pemenang keempat pula akan membawa pulang hadiah wang tunai RM600, kelima (RM500), keenam hingga 10 (masing-masing RM250) dan ke-11 hingga 100 (masing-masing RM150).


"Pertandingan ini dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari negeri seluruh Semenanjung. Pantai Sepat sering jadi lokasi pertandingan memancing di Pahang, sudah beberapa kali pertandingan memancing diadakan di situ yang ada pantai panjang dan cantik.


"Pantai ini ada potensi besar kerana dihuni pelbagai spesies ikan seperti pari, gerong belang, ebek dan todak. Selain memancing, peserta bersama keluarga boleh bercuti dan turut menyumbang kepada kerancakan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor makanan dan perhotelan,'' katanya.


Katanya, peserta dikenakan bayaran RM90 satu joran, manakala pemancing kelainan upaya pula hanya dikenakan RM70 dengan kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan bermula Sabtu ini pada jam 3 petang hingga 10 malam sebelum bersambung jam 8 pagi Sabtu hingga pertandingan dimulakan.


Beliau berkata, semua spesis ikan dipertandingkan kecuali sirat-sirat dan mereka yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi talian 019-6203040 atau 012-6521592.

-berita harian online.

Wednesday, 7 August 2024

Kembara Pancing Melaka di Pantai Puteri tawar hadiah lebih RM26,000

 


MELAKA: Wang tunai lebih RM26,000 menanti pemenang pertandingan memancing Kembara Pancing Melaka pada Jumaat ini, yang dianjur bagi menyokong usaha Tourism Malaysia menggalakkan pelancongan domestik.


Juara pertandingan di Pantai Puteri itu akan membawa pulang wang tunai RM10,000, naib juara (RM2,000) dan ketiga (RM1,000). Pemenang keempat (RM400), setiap pemenang kelima hingga ke-10 (RM250), ke-11 hingga 30 (RM200) dan ke-31 hingga 70 (RM180).


Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan, bermula jam 3 petang Jumaat ini hingga sebelum pertandingan bermula, dijadualkan jam 9.30 malam berkenaan hingga 1.30 pagi Sabtu.


Jurucakap penganjur, Amir Ali Mohamad, berkata pertandingan anjuran Joran Unggul Event Management bagi menyokong usaha Tourism Malaysia menerusi tema 'Cuti-Cuti Malaysia-Melanconglah Dalam Negara' itu mempertandingkan hanya kategori ikan terberat.


"Yuran penyertaan RM85 dikenakan untuk satu joran dan hanya RM50 bagi pemancing kelainan upaya (OKU)," katanya.


Selain memancing, katanya, peserta yang hadir bersama keluarga boleh bercuti di negeri pelancongan popular ini, sekali gus menyumbang kepada kerancakan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor makanan dan perhotelan.


"Pantai Puteri terkenal sebagai pantai peranginan termasuk bagi aktiviti memancing. Ada pelbagai spesies ikan di perairan itu, termasuk pari, senangin, semilang, jenahak, mayung dan lain-lain.


"Kali terakhir pertandingan memancing berskala besar diadakan di situ pada Disember tahun lalu sempena pelancaran Tahun Melawat Melaka 2024,'' katanya meminta mereka yang inginkan maklumat lanjut pertandingan menghubungi talian 019-6203040 dan 012-9348248.

-berita harian online.

Tuesday, 18 June 2024

Pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia di Pantai Sepat tawar hadiah RM53,000

 


KUANTAN: Hadiah wang tunai lebih RM53,000 menanti pemenang pertandingan memancing Cuti-Cuti Malaysia Surfcasting Tour-A Journey To VM2026, di Pantai Sepat, di sini, pada 23 Jun ini.

Pertandingan disokong Tourism Malaysia itu bagi menyokong usaha kerajaan dalam merancakkan pelancongan domestik menerusi tema Cuti-Cuti Malaysia.

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran, berkata program berkenaan dijangka membantu industri pelancongan domestik dengan pergerakan peserta dari seluruh negara yang rata-rata akan turut membawa ahli keluarga.

"Selain memancing, peserta yang hadir bersama keluarga untuk bercuti di pusat pelancongan popular itu, turut menyumbang kepada kerancakan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor makanan dan perhotelan,'' katanya.

Juara pertandingan berlokasi di Pantai Sepat yang kaya dengan pelbagai spesies ikan gred A seperti pari, ebek, gerong belang dan todak, akan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.

Naib juara akan menerima RM4,000, manakala pemenang ketiga dan keempat, masing-masing bakal membawa pulang RM1,000 dan RM500. Hadiah wang tunai turut disediakan kepada pemenang kelima hingga 150.

Kaunter pendaftaran dibuka di lokasi pertandingan jam 3 petang 22 Jun hingga 12 tengah malam berkenaan, bersambung jam 7 pagi 23 Jun sehingga pertandingan dimulakan yang dijadual dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Pertandingan anjuran Wakjali Event Management dengan sokongan Tourisme Malaysia itu menyediakan 400 baju T untuk peserta terawal mendaftar di lokasi pertandingan.

"Yuran RM75 dikenakan untuk satu joran, manakala bagi pemancing kelainan upaya pula, hanya perlu bayar RM50. Ini yuran penyertaan paling murah pernah dikenakan dalam pertandingan memancing menawarkan hadiah RM20,000 kepada juara,'' katanya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 019-6203040, 012-2141401 dan 012-6823479.

-berita harian.

Tuesday, 30 January 2024

Santai Pancing Port Dickson 2024 tawar hadiah RM28,800

 


PORT DICKSON: Kira-kira 700 kaki pancing dijangka berkampung di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 17 Februari nanti bagi menyahut cabaran pada pertandingan Santai Pancing Port Dickson 2024 yang memasuki tahun ke-5 tahun ini.

Acara yang dianjurkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) ini menawarkan hadiah wang tunai RM12,000 sebagai hadiah utama.

Yang Dipertua MPPD, Nurhazelin Makli menjelaskan acara ini bukan sahaja menyediakan medan buat kaki pancing bersaing sesama sendiri tetapi turut memainkan peranan mempromosikan keindahan pantai-pantai yang terdapat di sekitar Port Dickson.

“Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masingnya menerima RM3,000 dan RM1,000,” kata Nurhazelin dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, hadiah wang tunai juga disediakan kepada para pemenang sehingga tempat ke-100 dan ia berkonsep sapu bersih.

“Kaunter pendaftaran akan mula dibuka pada hari Jumaat (16 Februari 2024) bermula pukul 3 petang hingga 9 malam,” katanya.

Khemah urus setia akan dibuka di lokasi pertandingan bagi memudahkan para peserta membuat mendaftaran dan yuran penyertaan adalah RM70 untuk setiap joran.

“Pelbagai spesies ikan antaranya daun baru, bayan dan tetanda terdapat di pantai ini, jadi semua peserta berpeluang untuk bergelar juara,” kata Nurhazelin.

“Port Dickson juga kaya dengan pelbagai spesies ikan gred A seperti ebek, bawal pinang, daun baru, gerong belang dan lain-lain.”

Mengulas lanjut, Nurhazelin menjelaskan bahawa 500 peserta yang mendaftar awal akan menerima baju-T daripada pihak penganjur manakala peserta bertuah pula berpeluang membawa pulang hadiah bonanza berupa dua buah televisyen bersaiz 32 dan 42 inci.

“Pantai Cahaya Negeri yang sinonim sebagai lokasi memancing diharap dapat menarik para pelancong domestik di samping membantu ekonomi penduduk tempatan,” ujarnya.

Katanya, Port Dickson dikenali sebagai “Bandar Pelancongan” yang mempunyai 10 pantai dan pelbagai tempat menarik sebagai tumpuan utama pelancong dalam dan luar negara seperti Muzium Tentera Darat, Muzium Kota Lukut, Rumah Api Tanjung Tuan selain terkenal dengan hotel-hotel bertaraf antarabangsa.

Ayuh kaki pancing jom bawa keluarga bercuti di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson.

Ketika berlangsungnya pertandingan itu nanti, ahli keluarga peserta juga boleh meneroka flora dan fauna di pulau burung yang terdapat di lokasi pertandingan berkenaan.

“Saya menyeru agar para peserta nanti bertanding secara sihat, menang atau kalah adat bertanding dan paling penting adalah bercuti bersama keluarga dalam program Santai Pancing Port Dickson yang merupakan program pertama bagi tahun 2024,” jelasnya.

Port Dickson mempunyai banyak tempat menarik yang perlu dinikmati oleh orang ramai antaranya Ekopelancongan seperti PD Forest Sungai Menyala, Hutan Lipur Pasir Panjang, Muzium Lukut dan Kota Lukut, Muzium Tentera Darat dan Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas.

Begitu juga Sky Ladder Pineapple Farm, Pd Ostrich Farm dan Rumah Terbalik Port Dickson turut menjadi tumpuan para pengunjung.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan boleh menghubungi pihak urus setia di talian 013-2667011, 017-6805934, 012-3554946 atau 012-2846811.

-utusan online.

Thursday, 8 April 2021

Rezeki pancing ikan RM25,000

 


Melaka: Menunggu sejak 8 pagi ketika hujan lebat nyata memberi pulangan lumayan, apabila seorang tukang kayu, Sapri Tandi, 52, berjaya menjinakkan ikan kurau seberat 885 gram dan membawa pulang wang tunai RM25,000 hasil kemenangan itu.


Sapri bapa kepada empat anak berusia 14 tahun hingga 25 tahun itu berjaya menjinakkan ikan itu pada 10 pagi dan seterusnya memenangi Cabaran Memancing Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, hari ini.


Menurutnya, berkat kesabaran mencangkuk jangkar merah (cacing pasir) yang digabungkan dengan udang hidup pada satu mata kail, membawa kejayaan itu.


"Alhamdulillah, Allah melimpahkan rezeki saya kali ini selepas berkali-kali menyertai pertandingan joran di pantai ini sebelum ini.


"Saya bersyukur dan akan menggunakan wang ini untuk kepentingan keluarga," katanya ketika ditemui selepas penyerahan hadiah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan di Balai Budaya Pantai Puteri, di sini.


Pertandingan anjuran Wak Jali Event Management itu dimulakan pada 8.30 pagi sebelum berakhir empat jam kemudian dalam keadaan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Naib johan dimenangi Samsuri Sulaiman yang membawa pulang wang tunai RM7,000 dan tempat ketiga dimenangi Khairul Anuar Khalid (RM3,000).

-Harian Metro.

Tuesday, 29 December 2020

Lebih 900 pemancing banjiri pantai Lumut

 

Ammar (tengah) bersama tiga juara yang mengungguli pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 3 di Lumut pada Ahad.

LUMUT - Seramai 965 peserta menyertai pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 Siri 3 di Pantai Lumut Waterfront dan Pantai Hotel Orient Star di sini pada Ahad.


Pertandingan memancing anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu dipilih sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan pelancongan domestik serta merancakkan ekonomi negara.


Pengarah Kanan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, kajian yang dijalankan mendapati 10 hotel di daerah Manjung didapati hampir 100 peratus penuh hasil penganjuran pertandingan itu yang melibatkan peserta dari seluruh negara itu.


“Matlamat kita dalam menggalakkan pelancongan domestik tercapai apabila melibatkan kehadiran pelancong dari luar ke daerah Manjung.


“Tempiasnya turut dirasai oleh peniaga kedai makan apabila bilangan pengunjung makin bertambah begitu juga dengan peniaga umpan. Impak positifnya dapat mempertingkatkan ekonomi penduduk tempatan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Penyampaian Hadiah Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 - Siri 3 di sini pada Ahad.


Menurutnya, pihaknya tidak berkompromi dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila menetapkan penjarakan fizikal 1.5 meter dengan meletakkan pancang khas di kawasan memancing di sepanjang 1.8 kilometer serta pemakaian pelitup muka.


“Aktiviti berkenaan akan terus dilaksanakan dengan menjadi Pulau Pangkor sebagai salah satu destinasi pilihan pertandingan kerana mempunyai pantai yang panjang.


“Dengan kejayaan penganjuran ini, ia dijangka boleh merancakkan ekonomi pulau bebas cukai itu selain menjadikan ia sebagai syurga buat para pemancing,” katanya.

Ammar berkata, dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) itu, kadar penginapan hotel di seluruh negara dijangka akan mencatatkan kadar pertumbuhan 20 peratus pada tahun depan.


“Pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik kehadiran pengunjung di lokasi pelancongan yang diklasifikasikan kawasan hijau.


“Semua hotel dan resort disarankan untuk melakukan proses sanitasi bagi meningkatkan keyakinan pelancong untuk menginap,” katanya.


Dalam pertandingan itu, Mohd Nik Rozaimi Nik Baharuddin, 26, membawa pulang RM30,000 apabila menaikkan spesies gemang seberat 1.33 kilogram (kg) mengalahkan Suria Mat Sahar, 48, yang turut menaikkan spesies sama seberat 1kg sekaligus membawa pulang RM10,000.


Tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Rizan Ahmad, 40, yang membawa pulang RM5,000 setelah menaikkan spesies senangin seberat 0.94kg.


Nik Rizalmi yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan ketika ditemui berkata, usaha beliau bersama empat rakan lain menyertai pertandingan memancing di dua negeri termasuk Kedah akhirnya membuahkan hasil.

-sinar harian.

Thursday, 1 October 2020

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 @ Pantai Seri Lalang Laut, Mersing, Johor ( 3 Oktober 2020 )

 


Hadiah keseluruhan berjumlah RM60,000 bakal menanti kaki pancing dalam pertandingan memancing Malaysia Surfcasting Tour 2020 di Pantai Seri Lalang Laut, Mersing, Johor.

Program anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu bertujuan untuk mempromosikan Cuti-cuti Malaysia sekaligus sebagai satu platform mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara. Siri kelapan ini dijangka akan disertai 1,000 penyertaan di persisir pantai sepanjang 4.5 kilometer.

Juara bakal membawa pulang RM35,000, kedua RM10,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai. Menurut wakil WakJali Event, Md Zali Kasran, pertandingan itu bakal menyaksikan pemancing dari seluruh negara berkumpul di Johor.

Beliau yakin saiz ikan yang lebih besar akan menarik lebih ramai kaki pancing untuk menyertai pertandingan itu. Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta. Lokasi baru yang akan diadakan selepas ini. Berikutan musim monsun Timur Laut yang baru berlalu, pertandingan kali ini diyakini bakal menyaksikan pelbagai spesis ikan gred A akan menjadi buruan peserta.

Bagi pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak penganjur di talian 019-620 3040, 012-245 7647 dan 013-383 8655.

-wakjalitour.my

Monday, 16 March 2020

1,515 peserta menyertai pertandingan memancing TMST2020

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa (empat dari kanan) dan Ammar (dua dari kanan) bergambar bersama pemenang pada Majlis Perasmian Tourism Malaysia Surfcasting di Pantai Cahaya, Port Dickson semalam.

PORT DICKSON - Seramai 1,515 peserta menyertai pertandingan memancing Tourism Malaysia Surfcasting Tour (TMST2020) siri pertama di Pantai Cahaya Negeri di sini semalam.

Pertandingan memancing anjuran bersama Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management itu dipilih sebagai salah satu aktiviti untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 di seluruh negara.

Pengarah Pelancongan Domestik dan Acara Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, Port Dickson dipilih sebagai pembuka tirai acara itu kerana tarikannya sebagai pusat peranginan terkenal negara ini.

Katanya, penyertaan yang menggalakkan membuktikan program seumpama itu mampu menarik kedatangan pelancong domestik.

“Walaupun kini kedatangan pelancong agak terjejas disebabkan wabak koronovirus (Covid-19) namun kita tidak menyangka program pertama yang berlangsung di sini sangat meriah.

“Kita ada peserta yang datang dari luar Negeri Sembilan termasuk Kuantan, Selangor, Melaka dan Singapura,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas merasmikan program pertandingan memancing TMST2020 siri pertama di Pantai Cahaya Negeri di sini semalam.

Ammar berkata, bagi memastikan kesihatan peserta, mereka akan disaring sebelum mendaftar.

“Jika ada yang demam kita tidak benarkan mereka bertanding. Peserta juga perlu menggunakan hand sanitizer,” katanya.

Acara berkenaan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Bagi siri pertama ini, tempat pertama dimenangi oleh pemenang dari Melaka, Yusri Yusoff, 52, yang membawa pulang wang tunai RM60,000.

Tempat kedua dimenangi Mohd Zawawi Zakaria, 41, dari Pekan, Pahang dengan menerima wang tunai berjumlah RM10,000, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Rauf yang menerima wang tunai RM5,000.

Yusri ketika ditemui memberitahu tidak menyangka niat untuk menyertai acara pertandingan memancing secara suka-suka akhirnya membawa tuah.

Katanya, dia yang baru sahaja belajar memancing bersama rakan-rakan sejak setahun lalu terkejut kerana percubaannya membawa habuan besar.

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai RM115,700, dua cabutan bonanza motosikal Modenas Kriss dan pelbagai barangan memancing dan hamper.

Turut diadakan dua kategori pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan beyblade, memancing ikan keli dalam sangkar, pet zoo dan bengkel teknik membaca alaf-21 yang dikendalikan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
-Sinar Harian.

Tuesday, 10 March 2020

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2020 @ Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan ( 15 Mac 2020 )

Disertakan tarikh untuk TMST2020. Yg berhuruf gelap tu dah confirm tarikh dan tempat...manakala yg berhuruf light tu, masih dipertimbangkan dari segi lokasi (tarikh adalah tetap). Apapun kita layan dulu Port Dickson, 15 Mac ini.
-WakJali Event Management.

Wednesday, 11 December 2019

Tourism Malaysia Surfcasting Tour 2019 - A Journey To VISIT MALAYSIA 2020 - Siri Akhir @ Pantai Puteri, Melaka ( 29 Disember 2019 )


1 Perodua Myvi, 1 Perodua Bezza, 1 Perodua Axia, 1 moto Kriss, 1 TV LED 55 inci, 1 TV LED 50 inci, 1 TV LED 42 inci, 2 TV LED 32 inci, barangan Igloo, dan berpuluh-puluh hamper.

Yuran RM40.00 (umur 65 tahun ke atas), RM60.00 (60-65 tahun) dan RM80.00 untuk yang muda-muda macam Wak.

Lokasinya: PANTAI PUTERI, MELAKA

Tarikh: 29 DISEMBER 2019

Siri terakhir TOURISM MALAYSIA SURFCASTING TOUR 2019.... ayuh kita saksikan, siapa pemancing paling bertuah!
-Wakjali Tour.

Monday, 9 December 2019

VMY 2020: State tourism industry players told to be prepared


ARAU, Dec 7 -- In conjunction with the 2020 Visit Malaysia Year campaign, state tourism industry players must diversify their products and not be dependent on existing attractions.

Tourism Malaysia deputy director-general (Planning) Zulkifly Md Said said all agencies involved should also play their roles in developing more attractive product to woo tourists to Perlis.

"For example Perlis is known for its Harum Manis mango, so industry operators can use the opportunity to offer related products and ensure that the mangoes do not go out of stock," he said during 2019 Tourism Malaysia Surfcasting Tour fishing competition at Kuala Sungai Baru beach here today.

Aspalila Sadikin, 53, from Simpang Renggam, Johor, was declared winner after reeling in a 1.55 kilogramme sea catfish and took RM70,000 prize money.

The competition, the ninth in the series of tournament, received overwhelm response with more than 1,600 participants including some from southern Thailand and the final will be held in Melaka on Dec 29.
-bernama.