Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts
Showing posts with label Istana Budaya. Show all posts

Wednesday, 12 August 2026

Panggung Sari @ Istana Budaya kembali membuka tirai

 

It’s Showtime!

Panggung Sari kembali membuka tirai!

Tahun 2026 bakal dipenuhi dengan pelbagai persembahan menarik yang pastinya tak boleh dilepaskan!

Pentas dah dibuka, setiap persembahan pun dah diumumkan. Jadi, dah boleh “lock date” siap-siap untuk tengok show!

Jom meriahkan setiap persembahan dan program yang bakal berlangsung di Istana Budaya sepanjang tahun ini.

Siapa yang dah excited nak tengok show di Istana Budaya?

-Istana Budaya.

Friday, 30 August 2024

Teater Muzikal Puteri Hang Li Po Kembali Untuk Raikan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China

 


28 OGOS (KUALA LUMPUR) | Istana Budaya (IB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempersembahkan Teater Muzikal Puteri Hang Li Po (TMPHLP) di Encore Melaka pada 3 hingga 6 Oktober 2024 bersempena Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China.

Pementasan yang dihidupkan semula selepas 20 tahun ini bakal menampilkan 32 gubahan muzik lebih segar yang akan dimainkan secara langsung oleh 49 pemuzik dari Orkestra Tradisional Malaysia, Orkestra Simfoni Kebangsaan dan pemuzik jemputan yang diketuai oleh Pengarah Muzik IB, Encik Mohd Yazid Zakaria.

Selaku pihak yang dipertanggungjawabkan untuk merayakan hubungan diplomatik Malaysia-China melalui seni persembahan, inisiatif ini adalah selari dengan usaha yang dihasratkan di bawah Kerajaan Malaysia MADANI. MOTAC yakin bahawa TMPHLP yang digerakkan oleh IB ini akan mampu mencapai malah berkemungkinan melebihi ekspektasi menghasilkan kualiti pementasan asal.

TMPHLP yang mengangkat tema cinta dan tanggungjawab telah dipilih bagi memperingati persahabatan antara Maharaja Cina dan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15, di samping menyemarakkan lagi industri pelancongan dan budaya Malaysia.

Untuk maklumat lebih lanjut atau urusan tempahan tiket, orang awam boleh melayari portal dan platfom media sosial Istana Budaya atau menghubungi Unit Perhubungan Awam, Istana Budaya di talian 03-4026 5555 / e-mel ke info@istanabudaya.gov.my.

-MOTAC.

Thursday, 7 July 2022

Sulur Nakasari @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 23 ~ 24 Julai 2022 )

 


Tiket persembahan 𝐒𝐔𝐋𝐔𝐑 𝐍𝐀𝐊𝐀𝐒𝐀𝐑𝐈 telah mula dijual secara atas talian mulai 4 Julai 2022.

Layari laman sesawang Istana Budaya sekarang di 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐬𝐭𝐚𝐧𝐚𝐛𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚.𝐠𝐨𝐯.𝐦𝐲 untuk pembelian tiket dan info lanjut berkaitan persembahan.
-Istana Budaya fb.

Tuesday, 5 July 2022

Muzikal Moyang Salleh @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 26 ~ 31 Ogos 2022 )

 



UNTUK YANG BERMINAT MENONTON MUZIKAL MOYANG SALEH.
JUALAN TIKET ADALAH DI ILASSOTICKETS.COM SAHAJA 
LINK TIKET ONLINE
https://ilassotickets.com/event/muzikal-moyang-salleh/

UNTUK MEMUDAHKAN ANDA MEMBUAT PEMBELIAN TIKET, BERIKUT ADALAH HARGA DAN PAKEJ MENARIK YANG KAMI TAWARAN UNTUK ANDA, PENONTON YANG KAMI SAYANGI. 

1. PAKEJ TAMPIN - TIKET
HARGA - RM49

2. PAKEJ KUALA PILAH - TIKET & PERCUMA POSTER
HARGA - RM79

3. PAKEJ REMBAU - TIKET & PERCUMA POSTER
HARGA - RM89

4. PAKEJ SG. UJONG - TIKET & PERCUMA POSTER DAN BUKU MMS
HARGA - RM119

5. PAKEJ JOHOL - TIKET & PERCUMA POSTER DAN BUKU MMS
HARGA - RM149

6. PAKEJ JELEBU - TIKET & PERCUMA POSTER, BUKU, T-SHIRT MMS DAN MEET AND GREET
HARGA - RM249

7. PAKEJ SERI MENANTI (GOLD SEAT)- TIKET & PERCUMA POSTER, BUKU, T-SHIRT MMS, MEET AND GREET DAN SUPPER BERSAMA PELAKON
HARGA - RM299

LINK TIKET ONLINE 
https://ilassotickets.com/event/muzikal-moyang-salleh/
TAWARAN KEPADA PEMBELI AWAL, PUKAL, PELAJAR DAN WARGA EMAS. 

A. DISKAUN
1. UNTUK PEMBELIAN AWAL SEHINGGA  31 JULAI PENONTON MENERIMA 
DISKAUN 10% DARI HARGA TIKET. 

2. UNTUK PEMBELIAN AWAL DAN  PUKAL SEHINGGA  31 JULAI PENONTON MENERIMA DISKAUN 20 % DARI HARGA TIKET

3. UNTUK PEMBELIAN PUKAL 10 TIKET DAN  KE ATAS PENONTON AKAN MENDAPAT DISKAUN 10% DARI JUMLAH HARGA TIKET SEHINGGA 31 OGOS 2022 BERGANTUNG PADA KEKOSONGAN

4. UNTUK PELAJAR DAN  WARGA EMAS MENDAPAT DISKAUN 5% DARI HARGA TIKET SEHINGGA HARI 31 OGOS 2022  BERGANTUNG PADA KEKOSONGAN
LINK 

B. SAIZ BAJU
1. PENONTON HARUS MELETAKKAN SAIZ BAJU MENGIKUT UKURAN YANG DIBERI OLEH PENGANJUR. SILA  SEMAK  UKURAN SAIZ BAJU  TERDAHULU. SEBARANG TUKARAN  SAIZ ADALAH TIDAK DIBENARKAN SELEPAS PEMBELIAN

BELI SEKARANG, BELI AWAL DAN BELI PUKAL
DAPATKAN DISKAUN 10% - 25%
https://ilassotickets.com/event/muzikal-moyang-salleh/
mengikut Terma dan Syarat.
-Muzikal Moyang Salleh fb.

Tuesday, 15 March 2022

Pelancaran Program Istana Budaya 2022

 


15 Mac 2022 - Istana Budaya hari ini melancarkan Program Istana Budaya 2022 bertempat di Lambang Sari, bangunan panggung Istana Budaya. Menurut YB. Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam ucapan pelancaran, usaha menghangatkan semula aktiviti seni persembahan pentas untuk tahun 2022 perlu dipergiatkan.

Katanya, kewujudan ruang-ruang pementasan di Istana Budaya yang dapat memberi peluang pekerjaan serta kepuasan berkarya kepada penggiat seni, turut menyumbang ke arah kelangsungan ekonomi industri tersebut.

"Istana Budaya juga perlu terlibat dengan penghasilan karya seni budaya bermutu dan mempunyai nilai estetika tinggi untuk produk teater, muzik dan tari yang mampu memberi tafsiran positif terhadap keunikan budaya tempatan," tambah beliau lagi.

Sebanyak 12 program telah dirancang dan disusun untuk pengisian program Istana Budaya 2022 iaitu lima (5) program terbitan Istana Budaya iaitu "Konsert Lagu Rakyat", "Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan Peter & The Wolf dan The Carnival of the Animals", tari "Sulur & Nakasari", dramatari "Ratu Kuning Langkasuka" dan teater muzikal "Jula Juli Bintang Tujuh".

Selain itu, program luar yang telah diluluskan untuk pementasan setakat ini adalah "Konsert U.K's Reunion 25 Tahun", "Konsert Seniman Negara Dato' Seri Ahmad Nawab", "5th Malaysia Golden Global Awards (MGGA)", "Thunder - Kaleidoscope VI Drumming Festival 2022" serta tiga teater iaitu "Antara Tiga", "Tanjong" dan "Teater Muzika Moyang Salleh".

YB Dato' Sri Hajah Nancy turut mengumumkan insentif pengecualian cukai pendapatan sebanyak 50 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menganjurkan aktiviti kesenian dan kebudayaan, yang diluluskan oleh MOTAC bermula dari tahun 2022 hingga 2025.

Insentif cukai tersebut terbuka kepada semua penganjur berkelayakan meliputi kategori persembahan pentas kesenian dan kebudayaan termasuk seni muzik, tari, lakon, seni mempertahankan diri, adat budaya, kesusasteraan dan audio visual termasuk media interaktif.

Beliau berharap agar insentif tersebut dapat membantu melonjakkan semula industri seni persembahan pentas dan memberi dorongan kepada penggiat seni untuk terus bergiat aktif.

Pada tahun lalu, Istana Budaya telah menerima penonton hampir enam (6) ribu penonton untuk 11 program dalam tempoh lima (5) bulan yang dibenarkan beroperasi tahun lalu. Hasil pendapatan jualan tiket pula bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM130 ribu.

Kedua-dua jumlah ini dijangka meningkat semula pada tahun 2022 yang termasuk hasil sewaan ruang sejajar dengan kenaikan penerimaan persembahan dari syarikat produksi tempatan dan agensi kerajaan yang lain.

Sehingga kini, Istana Budaya masih menerima permohonan untuk penyewaan ruang Panggung Sari bagi tahun 2022 dan 2023 mengikut kesesuaian program serta tarikh yang akan dipohon oleh penganjur.

-MOTAC.

Main - Portal Rasmi Istana Budaya

Friday, 4 January 2019

Ella Unplugged in Kuala Lumpur @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 29, 30 & 31 Mac 2019 )


Sebuah konsert! Dan ia bukan sekadar konsert biasa. Sebagai seorang penyanyi yang telah lebih dua dekad bersemayam dalam industri muzik, konsert bukan sesuatu yang asing buat Ella.

Namun kali ini untuk pertama kalinya, Ella tampil dengan konsep konsert akustik. Ia adalah sebuah konsep segar yang pertama kali dibawakan oleh Ella.

Bayangkan hit Pengemis Cinta, Rama – Rama, Standing In The Eyes of The World, Simbiosis atau Sepi Sekuntum Mawar Merah dialunkan dalam
bunyian akustik.
-Proticket Malaysia.

Tuesday, 11 December 2018

The Phantom Of The Opera @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( Opens 15 June 2019 )


THE PHANTOM OF THE OPERA tells the tale of a disfigured musical genius known only as ‘The Phantom’ who haunts the depths of the Paris Opera House. 

Mesmerised by the talents and beauty of a young soprano – Christine , the Phantom lures her as his protégé and falls fiercely in love with her. Unaware of Christine’s love for Raoul, the Phantom’s obsession sets the scene for a dramatic turn of events where jealousy, madness and passions collide.

Andrew Lloyd Webber ’s most famous musical is also one of the most successful in entertainment history, playing to over 145 million people in 150 cities across 30 countries. It is the longest-running show on Broadway, having celebrated its 30th anniversary in 2018, and has won more than 70 major theatre awards, including seven Tony Awards and four Olivier Awards, including one for Best Musical.



The 37 strong international cast is joined by a full 12-piece live orchestra playing some of Lloyd Webber’s most memorable music, including The Phantom of the Opera, Think of Me and Music of the Night.
-TicketCharge.

Monday, 19 November 2018

Soul Sisters Concert @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 5 ~ 6 April 2019 )


Souls Sister Concert 2019 is a fresh and energetic soulful concert-style performance featuring the country’s greatest female vocalists; Misha Omar, Noryn Aziz and Siti Sarah.

The supreme performance will feature greatest hit songs in Bahasa Malaysia & English accompanied by live band performance, state-of-the-art sounds and lights with amazing visuals.

A debut and one-of-a-kind concert showcasing the vocals and inspiring talents of the 3 artistes performing with live harmony and grooving moves.
-AirAsia RedTix.

Tuesday, 17 July 2018

Teater Tanah Akhirku @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 28 August ~ 2 September 2018 )


"Tanah Akhirku" is a merdeka theatre about unity and patriotism, set against the backdrop of a Chinese tin mining community in Nanyang. In Nanyang, the coolies from China and India are being exploited to make money for the British colonists while the local Malay royalties who defend the interest of native Malays too suffer from "power grab" by the British.



Oppressed under the "divide and rule" tactic of the cunning British colonist, the people of different backgrounds who speak different languages put aside their differences, prioritize harmony to win against racism, injustice and dominance of corrupted power.
-AirAsia RedTix.
https://airasiaredtix.com/teatertanahakhirku

Wednesday, 13 June 2018

Baik Punya Concert 4D @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 26 ~ 28 Julai 2018 )


Baik Punya Concert 4D menampilkan empat sahabat berbakat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac. Ya, 4Dato’ di dalam 4Dimensi! Tiada kena-mengena dengan nombor ekor, harap maklum.

Chemistry di antara 4 orang seniman ini amat kuat dan sentiasa berjaya menghiburkan penonton. Kejayaan filem Baik Punya Cilok, Cuci, Buli, serta pertunjukan teater Cuci The Musical, dan Teater Baik Punya Cilok adalah bukti bahawa persahabatan mereka bukan saja menjadi di dunia luar malah di layar filem dan juga di atas pentas.

Baik Punya Concert 4D bukan sahaja akan menonjolkan nyanyian, malah Baik Punya Concert 4D mempunyai naratifnya yang tersendiri tentang perjalanan hidup empat sahabat ini yang akan dipersembahkan dalam sketsa-sketsa pendek.

Nyanyian Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac akan diiringi oleh sebuah kumpulan muzik yang diterajui pengarah muzikal terkemuka, Datuk Acis.

Penceritaan Baik Punya Concert 4D pula akan dibantu oleh seorang pelipur lara etnik yang tidak asing lagi iaitu
Encik Kamrul Hussin (dari kumpulan muzik tradisional Geng Wak Long).

Senarai lagu yang akan dipersembahkan pasti akan membuat penonton turut menyanyi, menari dan bersama menggegarkan panggung Istana Budaya. Dari lagu original muzikal Cuci dan filem Baik Punya Cilok ke lagu-lagu evergreen sehinggalah ke lagu-lagu popular terkini. Baik Punya Concert 4D pasti akan membawa anda melangkaui jalan kenangan zaman-berzaman.



Baik Punya Concert 4D akan menemui penonton pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 pada jam 8.30 malam di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Harga tiket bermula dari RM98! Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej korporat atau pembelian secara pukal, sila hubungi Tall Order Sdn. Bhd. di talian 03-4253 2241
-AirAsia RedTix.
https://airasiaredtix.com/baikpunyaconcert  

Sunday, 29 April 2018

GISELLE - A Full-length Ballet @ Istana Budaya, Kuala Lumpur ( 30 June & 1 July 2018 )


Giselle is the classic ballet of the Romantic era. It transformed the dance world when it was first performed in Paris in 1841 and remains at the centre of the classical repertory.



The peasant girl Giselle discovers the true identity of her lover Albrecht – and that he is promised to another. Giselle dies of a broken heart. The Wilis, a group of supernatural women who dance men to death, summon Giselle from her grave. They target her lover but Giselle's great love frees him from their quest.
-AirAsia RedTix.

Wednesday, 7 March 2018

Lawak Ke Der 'Live' 2018 @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 29 ~ 31 Mac 2018 )


Setelah bercuti selama satu tahun, persembahan lawak LIVE terbaik Malaysia akan dipentaskan semula di Istana Budaya pada 29 - 31 Mac 2018!

Lawak Ke Der terbitan Tall Order Sdn. Bhd., jenama yang telah bertapak sejak tahun 2012, adalah sebuah persembahan yang tidak asing lagi bagi peminat komedi.

Persembahan lawak berkualiti ini akan diterbitkan dan diarahkan oleh Dato’ Hans Isaac, seorang pelakon, penerbit dan pengarah berkaliber yang pernah merangkul pelbagai anugerah.

Lawak Ke Der 2018 kembali dengan nafas baru dan akan diwarnai nama-nama besar industri seni Malaysia dan Singapura!

Sherry Al-Hadad, seorang personaliti yang telah membawa bidang pengacaraan komedi ke tahap yang lebih tinggi, bakal mengacarakan Lawak Ke Der 2018 bersama dengan Shuk, seorang pelawak yang amat terkenal dengan parodi-parodinya. Gandingan mereka pasti akan menggegarkan Istana Budaya!

Dato’ Afdlin Shauki, seorang pelawak, pelakon, pengarah, penerbit, penulis yang pernah memenangi pelbagai anugerah dan pengiktirafan juga akan membuat persembahan di pentas Lawak Ke Der 2018. Nama Dato’ Afdlin Shauki sudah sebati dengan Lawak Ke Der, beliau telah membuat persembahan di Lawak Ke Der sejak dari musim pertama pada tahun 2012 lagi. Lawak Dato’ Afdlin Shauki yang menyengat tapi bersahaja pasti akan menghiburkan penonton.

Selain daripada itu, Gurmit Singh, pelawak, pelakon dan pengacara dari Singapura yang amat terkenal dengan sitkom ‘Phua Chu Kang’ juga akan menceriakan pentas Lawak Ke Der 2018 ini! Beliau sudah aktif dalam bidang komedi sejak tahun 1997 lagi dan telah memenangi pelbagai anugerah. Gurmit Singh merupakan pelawak pertama dari luar negara yang dijemput menyertai Lawak Ke Der. Pengalamannya yang luas dalam bidang komedi akan menjanjikan sesuatu yang lain daripada yang lain!

Di samping itu, Kumpulan Shiro yang terdiri daripada Shahrol dan Ajak juga akan memeriahkan Lawak Ke Der 2018! Juara Raja Lawak musim ke-6 ini telah memenangi tempat di rancangan Maharaja Lawak Mega setiap tahun sejak tahun 2013 sehingga 2017! Walaupun gaya persembahan mereka santai, persembahan mereka sentiasa berisi.


Bukan itu sahaja, Lawak Ke Der 2018 akan membawa kelainan kerana bakal menampilkan Dato’ Zainal Abidin! Nama beliau adalah nama yang tidak asing lagi kerana beliau telah aktif di dalam bidang seni sejak tahun 1989. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Dato’ Zainal Abidin adalah seorang yang sangat lucu. Untuk Lawak Ke Der 2018, Dato’ Zainal Abidin akan memberikan persembahan muzikal komedi yang pasti akan menjadi ingatan para penonton.
-AirAsia RedTix.
https://airasiaredtix.com/lawakkederlive2018

Thursday, 1 February 2018

Mystic India: The World Tour - Live In Kuala Lumpur 2018 ( 5 ~ 11 April 2018 )


Eeman Corporation Sdn Bhd, ‘EEMAN’, proudly presents Mystic India: The World Tour live in Kuala Lumpur, an exclusive Internationally acclaimed Bollywood Broadway Musical from the United States of America (USA), will be performing at Istana Budaya, Kuala Lumpur from the 5 th till 11 th of April 2018.

Kuala Lumpur will open the being Asian tour, Mystic India is sure to take the breaths of Bollywood lovers in Malaysia away by having enthralled audiences in 4 continents, performed over 500 shows worldwide and selling out venues in Bahrain, Canada, USA, South Africa and Europe in the last seven years.

Over HALF A MILLION people have seen and loved Mystic India for its majestic sights and sounds of India showcasing the many folk and classical dances from different regions of India and culminating in a tribute to the world of Bollywood.

In a 100 minutes’ performance, Mystic India will take you through the traditional and modernity of Incredible India with top Bollywood songs from the Academy Award Winning Music Maestros A. R. Rahman and from the Bollywood Blockbuster Hits that featured Shah Rukh Khan, Aiswarya Rai, Deepika Padukone Madhuri Dixit, Salman Khan, Rambir Singh to name a few.

This high energy dance spectacular will be featuring state of the art visual display using top notch world class technology, largest LED wall, visual effect and colorful lighting display that will surely leave audiences in complete awe and amazement.

An escapism for the mind and soul to just let loose and let go surrender to the power of music and songs, the energy of dance and performance that will make you want to get up and dance!

Tickets will be in demand and fast selling based on their past performances, so grab your tickets NOW thru the online channel here or at our authorised agents.



An extravagant International Bollywood Musical Broadway which is not to be missed!
-AirAsia RedTix.
https://airasiaredtix.com/mystic_india_the_world_tour_live_in_kuala_lumpur  

Friday, 21 July 2017

HANDS 20th Anniversary Concert - WIND OF NOMADS @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 4 ~ 6 & 11 ~ 13 August 2017 )



The Wind of Nomads concert is a 1.5 hour concert featuring several new works on African and Asian percussion. This is the culmination of a three year project between HANDS and Dafra Drum of Burkina Faso, West Africa. And the first of HANDS Percussion’s 20th anniversary concert this year!

Why the title, Wind of Nomads:
Since the beginning of time, humans have migrated, reimagining and rebuilding their lives through beauty, tolerance and innovation. Wind of Nomads is a metaphor reflecting human and cultural migration, the passage of energies throughout generations, globalization and integration. This work is inspired by the soul of two of the world’s great deserts in Africa and China. It will be a travel in time and space with the ancient Manding Empire (West Africa) rhythms on Djembés and Dun Dun bass drums; and ancient Chinese drums and techniques.

This exciting and percussive new work is a multicultural and multi artistic melting pot. The stage will vibrate with rhythm and movement, simulating a poetic earthquake. The coming together of these two musical traditions gives birth to the sunrise. The seven strings of the Djeli ngoni and the twenty one strings of the Kora followed by the complex language of the talking drum in synchronization with the Tabla and hang drum, balanced by the gong will bring peaceful harmonies.

Marimba player, Tan Su Yin will be collaborating in this production.


-AirAsia RedTix.
https://airasiaredtix.com/winds_of_nomads

Wednesday, 1 March 2017

Konsert Wings & Superfriends - Belenggu Irama @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 6 ~ 9 April 2017 )

Nama Awie tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Artis serba boleh ini seringkali mendapat perhatian di dalam semua aktiviti dan hasil karya beliau. Vokalis kumpulan muzik terkenal tanahair ini juga mempunyai suara unik yang pastinya akan memukau seluruh peminat muzuk. Dengan karisma dan kebolehan beliau, Awie melangkah setapak lagi kebidang pengarahan persembahan pentas dengan menghasilkan KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA.


KONSERT WINGS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA akan menggegarkan Istana Budaya pada 6 hingga 9 April 2017 selama 2 jam setiap malam dan merupakan sebuah konsert berkonsep memperjuangkan nasib para insan seni tanahair. Gandingan artis-artis hebat dalam satu pentas dengan soroton adegan dari rintihan lagu selama 2 jam akan menjelajahi jiwa dan rasa penonton terhadap keluhan hati nasib artis yang di perjuangkan.
Tujuan konsert ini diadakan bagi mendidik masyarakat untuk menghibur sambil menderma. Awie Entertainment Sdn Bhd yang menganjurkan konsert ini mengumpulkan persatuan–persatuan di Malaysia untuk membentangkan permasalahan di dalam persada seni terutamanya dari segi kebajikan anak – anak seni yang tidak pernah berubah. Dato’ Awie, teraju utama Awie Entertainment Sdn Bhd berharap gabungan dengan persatuan-persatuan seperti Karyawan, Seniman, Yayasan 1Malaysia, MACP, RPM dan RIM dapat memperbaiki taraf anak–anak seni tanah air.
Bagi Dato’ Awie, nasib para artis Malaysia tidak seharusnya malang seperti yang telah berlaku selama ini kerana para artis adalah golongan yang amat berpengaruh. Pengaruh dan nama besar mereka hanya ketika popular dan sekiranya tidak ada langkah yang betul di ambil maka ianya tidak akan menjanjikan masa depan yang baik dari segi kewangan.
Ikon konsert ini ialah pemain drum ternama, YAZID dari KUMPULAN SEARCH. Tiada seorang peminat muzik tanahair yang tidak kenal beliau. Menganggotai sebuah kumpulan muzik rock ternama selama ini tetapi setelah beliau mengidap penyakit buah pinggang, mata pencariannya terhad. Dato’ Awie sebagai salah seorang peneroka muzik rock tanahair mengambil inisiatif untuk membantu beliau dan tidak mahu anak – anak seni di negara ini hidup dalam kesempitan di zaman kejatuhan.
Artis – arits ternama iaitu Dato’ Awie, Eddie Wings, Black Wings, Dato’ M.Nasir, Datuk Ramli Sarip, Dato’ Nash, Ito, Syamel AF, Maya Karim, Liza Hanim, Haiza, Sahara Yaacob, Billa AF, Ucop Bukan Sekadar Rupa, Aniq Ceria Pop Star adalah antara para artis yang berpadu tenaga untuk menjayakan KONSERT WINS AND SUPERFRIENDS – BELENGGU IRAMA. Para pemuzik yang turut terlibat adalah Eddrie Hashim, Yan Lefthanded, Sham Guitarist, Kudin Headwind, Lola, Rodi Kristal, Hamzah, Pae, Fly dan Adi.
Harga tiket bemula daripada RM80.00, RM150.00, RM200.00, RM250.00, RM300.00 dan RM350.00 boleh di beli melalui ONLINE di Website Redtix, www.airasiaredtix.com atau pun di Kaunter Pembelian Tiket di Istana Budaya mulai 1 Mac 2017. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Awie Entertainment di talian 019 2932436 (Ejat) atau 019 2975260 (Sam). Juga boleh lawati Facebook Sayap-Sayap Wings atau www.sayap2wings.com.
Awie Entertainment Sdn Bhd yang disokong padu oleh rakan seperjuangan di dalam persada seni amat berharap kejayaan konsert ini akan berpihak kepada semua insan seni tanahair.

-AirAsia RedTix.

Sunday, 26 February 2017

Konsert Gegar Pop Yeh Yeh @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3 ~ 5 Mac 2017 )



Konsert Gegar Pop Yeh Yeh 2017 akan mengembalikan kenangan anda yang membesar dan dewasa dengan lagu-lagu seperti Kenanganku, Siti Haida, Kenangan Mengusik Jiwa, Suratku Untukmu, Teruna, Cinta Hampa, Malam Pasar Ria, Dara Pujaan, Kesah dan Tauladan, Selamat Tinggal Bungaku, Hanya Untukmu, Ayahku Kahwin Lagi dan banyak lagi.
Gegarkan tiga malam Panggung Sari Istana Budaya dari 3 - 5 Mac 2017 ini dengan penyanyi 60-an iaitu Datuk Jefrydeen, Datuk A. Rahman Hassan, L. Ramli, J. Sham, Maria Bachok dan A. Rozainie. Generasi muda seperti Aiman Tino & Amira Othman turut membuat penampilan istimewa sebagai penghargaan generasi muda kepada warisan Pop Yeh Yeh.
Konsert Pop Yeh Yeh yang paling berbeza, Konsert Gegar Pop Yeh Yeh 2017 ini mengandungi segmen solo, tribute, duet / battle lagu-lagu Pop Yeh Yeh serta lagu-lagu Inggeris zaman 60an.


GET YOUR TICKETS FROM:

Online:
www.AirAsiaRedtix.com
Rock Corner outlets:
The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
Victoria Music outlets:
Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Penang outlets:
Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)
Istana Budaya Jalan
Tun Razak:
03 40265520


-AirAsia RedTix.

Friday, 13 January 2017

Konsert Gegar Pop Yeh Yeh @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3 ~ 5 Mac 2017 )


Konsert Gegar Pop Yeh Yeh 2017 akan mengembalikan kenangan anda yang membesar dan dewasa dengan lagu-lagu seperti Siti Haida, Kenangan Mengusik Jiwa, Teruna, Cinta Hampa, Malam Pasar Ria, Dara Pujaan, Kesah dan Tauladan, Selamat Tinggal Bungaku, Ayahku Kahwin Lagi dan banyak lagi.

Gegarkan tiga malam Panggung Sari Istana Budaya dari 3 - 5 Mac 2017 ini dengan penyanyi 60-an iaitu Datuk Jeffrydin, Datuk A. Rahman Hassan, L. Ramlee, J. Sham dan Maria Bachok. Manakala penampilan generasi baharu seperti A. Rozaini.

Penampilan khas penyanyi muda yang popular dengan lagu Kurela Dibenci iaitu Aiman Tino.

...akan muncul kemudian, siapa dia? Tunggu...



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)l
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265520

-AirAsia RedTix.

Sunday, 18 December 2016

Teater Muzikal Dia Semanis Honey @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 3 ~ 9 Januari 2017 )


Sebuah kisah cinta antara Ahnaf Wafiy seorang C.E.O. di Syarikat Blue Corporation dengan setiausahanya, Hani Safira yang penuh dengan babak-babak romantis dan komedi serta drama yang menyentuh perasaan. Ahnaf Wafiy yang merantau ke luar negara oleh kerana kecewa dengan kekasihnya, Ariana, kini kembali ke tanah air dan telah berkenalan dengan setiausaha syarikatnya iaitu Hani Safira.

Perhubungan mereka yang dipenuhi dengan pertengkaran, usik- mengusik dan sakat-menyakat telah membawa kepada sebuah rasa cinta yang manis. Percintaan ini juga membawa mereka kepada ikatan pertunangan dan sekali gus menanti hari bahagia ke jinjang pelamin. Pertemuan Ahnaf dan Ariana, bekas kekasihnya , secara tidak sengaja telah membuatkan Ahnaf membatalkan penikahannya bersama Hani pada hari nikah mereka. Ahnaf dan Ariana berpindah ke luar negara meninggalkan keluarga dan juga Hani yang sangat kecewa.

Setelah tiga tahun berlalu, Ahnaf pulang ke tanah air semula dan kembali menagih cinta Hani yang saat itu sudah bertunang dengan Adam. Ikatan pertunangan Hani dan Adam mula goyah oleh kehadiran Ahnaf. Bella yang menyimpan perasaan kepada Ahnaf yang sudah duda ketika itu membuat perancangan bagi menghalangi cinta Ahnaf dan Hani bersatu. 


Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)l
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558
-AirAsia RedTix.

Friday, 21 October 2016

Mak Cun D’Walei @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 4 ~ 13 November 2016 )

DIRWALE ertinya berjiwa besar. Itulah Mak Cun. Insan yang tak kenal erti putus asa. Mak Cun telah di anugerahkan duta usahawan desa. Berkobar-kobarlah semangat Mak Cun nak mengangkat produk-produknya ke persada dunia. Penganugerahan itu telah memberi semangat bukan sahaja kepadanya tetapi kepada usahawan-usahawan desa yang lain. 

Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan produknya namun takde siapa berminat nak pasarkan produk yang tak popular. Mak Cun geram dan nekad nak buktikan pada mereka yang produk dia boleh popular satu hari nanti. Lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur. Mak Cun mahu jadikan bazar ini sebagai tempat untuk dia mempromosikan produk dia. Kononnya sebagai strategi marketingnya. Beriyalah mereka mempersiapkan produk mereka untuk festival itu.

Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku. Semuanya berpunca kerana artis-artis turut sama buka booth di situ. Maka ramai pengunjung serbu booth artis saja. Mana tidaknya Amy Search jual asam pedas sambil menyanyi...Fathia jual tudung sambil tergedik-gedik manja...Rona artis indonesia jual perfume dengan senyuman saja, tersangatlah hancurnya hati Mak Cun dan usahawan lain kerana terpaksa pulang dengan kerugian.

Mak Cun nekad nak upgrade kan produknya supaya selepas ini orang akan kerumun boothnya kerana kehebatan produknya bukan populariti seperti artis. Manisah cadangkan Mak Cun supaya mendapatkan perkhidmatan dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia. Mak Cun terpengaruh. Mak Cun bersemangat hendak ke India. Pak Akob tak setuju dan cuba menyakinkan Mak Cun yang orang Malaysia pun mampu buat rempah yang sedap. Namun Mak Cun berdegil. Manisah sibuk menawarkan diri untuk menemani Mak Cun. Mak Cun setuju untuk membawa Manisah menemaninya.

Mak Cun dan Manisah berangkat ke India. Seperti biasa Mak Cun dengan harapannya yang begitu tinggi namun berbeza dengan Manisah. Yang saja-saja nak makan angin. Memandangkan inilah pertama kali mereka menjejak kaki ke India maka tidaklah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuhi. Muncul Rahul bos perusahaan rempah itu. Sebaik terpandang sahaja Rahul, Manisah terus jatuh cinta. Mak Cun sibuk nak bincang business manakala Manisah tak habis nak main cinta dengan Rahul. Rahul dan Manoj gagal didalam perniagaan mereka sehingga kilang mereka ditutup. Pekerja-pekerja mogok kerana tak dibayar gaji. Bagaimana agaknya Mak Cun hendak merealisasikan impiannya membuat rempah di kilang Rahul...berjayakah Mak Cun? 



Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza (04-637 0191)
Artist Gallery, Queensbay Mall (04-228 5648)l
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265558

-AirAsia RedTix.