Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, 7 October 2026

Program Lawatan Produk Pelancongan Sempena Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66

 

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2026 - Program Lawatan Produk Pelancongan sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 telah berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan seramai 50 peserta bersama jemaah hakim, pengiring dari dalam dan luar negara serta pegawai pengiring dari JAKIM.

Turut menyertai program lawatan ini ialah Encik Azizul Raheem Bin Awalludin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej,  Tourism Malaysia dan Encik Amir Bin Abd Kadir, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, Tourism Malaysia.

Antara produk pelancongan yang dilawati ialah Bangunan Sultan Abdul Samad yang menampilkan pengalaman interaktif mengenai sejarah dan pembangunan Kuala Lumpur melalui pameran di KL City Gallery.

Peserta dan jemaah hakim turut berpeluang menyertai aktiviti School of Hard Knocks di Royal Selangor serta mengenali warisan pembuatan pewter yang menjadi kebanggaan Malaysia.

Lawatan diteruskan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur yang menampilkan keunikan seni kraf tempatan, seni bina Melayu tradisional serta pameran Malaysia International Craft Fair (MICF) 2026.

Program ini diselaraskan oleh Tourism Malaysia (TM) selaku Jawatankuasa Lawatan MTHQA Ke-66.

-Tourism Malaysia.

Majlis Perasmian Pembukaan Majlis Tilawah Dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026 Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia

 

KUALA LUMPUR, 6 Oktober 2026 | Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448H/2026 telah membuka tirainya hari ini dan akan berlangsung dari 6 hingga 10 Oktober 2026.

Turut hadir sebagai tetamu kehormat, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara), Puan Baizuri Baharum yang mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Dalam menyokong penganjuran MTHQA Ke-66, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia Tenggara) turut bekerjasama dengan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam membantu pembeli pakej seramai 1,900 orang dari Singapura, dengan menyediakan penyelarasan tempat duduk sepanjang berlangsungnya majlis.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 4 October 2026

Majlis Perasmian Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026

 

KUALA LUMPUR, 02 OKTOBER  2026 -Majlis Perasmian Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Visit Malaysia Square, Menara Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan  oleh YBrs. Puan Zuraini Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej, sekali gus menandakan komitmen berterusan dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan dan acara bertaraf antarabangsa.

Majlis turut dihadiri oleh barisan tetamu kenamaan dan pemegang taruh industri, antaranya YBhg. Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, Pengerusi LSH Capital Berhad; YBrs. Encik Khairul Faizal Hj. Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur; YBrs. Encik Mohd. Idros bin Mohd. Yusop, Pengarah Acara BASE Malaya Venture; YBrs. Encik Christopher Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book of Records; serta YBrs. Encik Azrul Ekhwan bin Eliah, Pengarah Perhutanan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur Tower International BASE Jump merupakan acara tahunan berprestij yang menghimpunkan atlet-atlet sukan ekstrem dari seluruh pelusuk dunia dalam kategori BASE jumping, iaitu aktiviti terjunan berpayung dari struktur tinggi. Acara ini terkenal sebagai antara platform sukan ekstrem paling ikonik di rantau ini, dengan Menara Kuala Lumpur menjadi lokasi utama yang menawarkan pengalaman terjunan yang mencabar serta pemandangan bandar raya yang unik.

Bagi edisi 2026, acara ini berjaya menarik penyertaan seramai 221 penerjun profesional dari 38 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Australia, Brazil, Portugal, United Kingdom, Kanada, Bulgaria, China, Perancis, Jepun dan Singapura. Malaysia turut melakar kehadiran membanggakan menerusi penyertaan enam orang penerjun tempatan, yang bersama-sama mempamerkan keupayaan dan semangat dalam sukan ekstrem bertaraf dunia.

Penganjuran Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 merupakan salah satu inisiatif strategik BASE Malaya Venture dalam menyokong agenda Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026–2027 (VM2026–2027). Acara ini dilihat berupaya memperkukuh lagi segmen pelancongan sukan negara melalui penganjuran program berimpak tinggi yang mampu menarik perhatian komuniti antarabangsa.

Selain menjadi platform pertandingan sukan ekstrem, acara ini turut berperanan sebagai medium promosi yang efektif dalam memperkenalkan Kuala Lumpur dan Malaysia kepada komuniti sukan pengembaraan global. Kehadiran peserta dari pelbagai negara bukan sahaja meningkatkan keterlihatan Malaysia di peringkat antarabangsa, malah turut menyumbang kepada usaha memperkukuh imej negara sebagai destinasi pelancongan yang menawarkan pengalaman sukan, rekreasi dan pengembaraan bertaraf dunia.

Secara keseluruhannya, Kuala Lumpur Tower International BASE Jump 2026 berjaya mencapai objektif penganjurannya sebagai acara sukan ekstrem bertaraf antarabangsa yang bukan sahaja mempromosikan industri pelancongan negara, malah mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi penganjuran acara global menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

-Tourism Malaysia.

Friday, 2 October 2026

Majlis Perasmian International Tourism, Arts and Culture Exhibition & Conference 2026 (INTAC’26)

 

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2026 | Majlis Perasmian International Tourism, Arts and Culture Exhibition & Conference 2026 (INTAC’26) telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Tourism Malaysia, yang mewakili YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.

Majlis turut dihadiri oleh Dr. Leena Al-Mujahed, Ketua Pegawai Eksekutif WEX Malaysia merangkap Pengasas dan Pengerusi International Fashion Chamber Malaysia; Dato’ Rosle Jaamat, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Sekretariat INTAC; Puan Nuwal Fadhilah Ku Azmi, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Afrika, Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara, serta para duta dan wakil konsulat antarabangsa di Malaysia.

INTAC’26 menghimpunkan 110 pempamer yang terdiri daripada penggiat industri pelancongan, pengusaha hotel dan resort serta penyedia produk pelancongan dari Malaysia dan antarabangsa.

Berlangsung selama tiga hari, 2 Oktober hingga 4 Oktober 2026 pameran ini menawarkan pelbagai promosi eksklusif hotel dan resort, pakej percutian pada harga istimewa serta produk dan pengalaman pelancongan bagi merancakkan sektor pelancongan domestik.

Selain pameran, INTAC’26 turut menampilkan sesi pemadanan perniagaan, seminar secara maya, taklimat pelancongan, persembahan kebudayaan serta bazar artisan. Pengisian ini membuka ruang kerjasama antara penggiat industri di samping mengetengahkan kepelbagaian budaya dan kesenian Malaysia kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa.

-Tourism Malaysia.

F1's Malaysian pit stop puts Kuala Lumpur in spotlight

 

Social media has been abuzz with posts from several F1 teams sharing their excitement about being in Kuala Lumpur ahead of the race weekend, offering fans worldwide a glimpse of the city beyond the track. - PIC CREDIT: IG/mercedesamgf1 & mclarenf1

SEPANG: Kuala Lumpur is receiving an unexpected dose of Formula 1 glamour as teams explore the capital ahead of the Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix at the Sepang International Circuit, which runs from today until Sunday. 

Social media has been abuzz with posts from several F1 teams sharing their excitement about being in Kuala Lumpur ahead of the race weekend, offering fans worldwide a glimpse of the city beyond the track. 

Among the teams showcasing their Malaysian experience are Ferrari, McLaren, Audi, Haas and Aston Martin. 

From the iconic Petronas Twin Towers to Merdeka Square, Central Market, Bukit Bintang, Thean Hou Temple and Batu Caves, the posts have captured the sights, colours and character of the capital. 

Jalan Alor in Bukit Bintang also featured prominently, giving fans a taste of local food culture beyond the racing action. 

An Instagram user, @ilyanarsm, commented "macam video promote tourism" on McLaren's video post "Ticking off the sights in Malaysia".

"Yess! Thank you for showing off Kuala Lumpur!!" wrote @kualalumpurcity in another comment on the same post. 

Meanwhile, a check on Aston Martin's post saw @mei.ylee write "absolutely obsessed with the content of KL", while @denis.tucu commented "wow these are absolutely stunning" on Audi's post. 

F1 drivers have also been making the most of their time in Malaysia, taking the opportunity to unwind before the high-speed action begins at Sepang. 

Mercedes driver George Russell shared photos of his time in Langkawi, Kedah, where he was joined by fellow drivers including reigning world champion Lando Norris and his McLaren teammate Oscar Piastri, Carlos Sainz and Alex Albon of Williams, Oliver Bearman of Haas, and Audi's Gabriel Bortoleto. 

Russell's Mercedes teammate and current drivers' championship leader Kimi Antonelli visited a water theme park in Kuala Langat, Selangor. 

In July, Formula 1 confirmed Malaysia as the host of the Gulf Air Bahrain GP from Oct 2 to 4, following an agreement between Formula 1, the International Automobile Federation (FIA), and the governments of Malaysia and Bahrain. 

The agreement kept the Bahrain GP on the 2026 F1 calendar after the race was cancelled earlier this season due to geopolitical tensions in the Middle East. 

Malaysia previously hosted the Malaysian GP at Sepang from 1999 to 2017 before the race was dropped from the F1 calendar.

-nst online.

Monday, 21 September 2026

Tourism Malaysia Joins KL Tower Run International Challenge 2026

 

KUALA LUMPUR, 20 September 2026 | YBrs. Puan Zuraini Abdul Ghani, Director of Package Development Division represented Tourism Malaysia on behalf of the Director General of Tourism Malaysia at the Turkish Airlines Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2026 (KLTRIC2026), held at Kuala Lumpur Tower, Kuala Lumpur.

The 24th edition of KLTRIC2026, themed “Victory is Vertical”, brought together more than 2,000 local and international participants to take on the challenge of conquering 1,608 steps at one of Malaysia’s most iconic landmarks. The event also featured a new finishing point at Sky Garden, offering participants a distinctive sporting experience while further highlighting Kuala Lumpur as a destination for sports tourism.

The event was graced by Tan Sri Datuk Seri Lim Keng Cheng, Chairman of LSH Capital Berhad, and attended by Mr. Khairil Faizal Hj Othman, Chief Executive Officer of Kuala Lumpur Tower; Mr. Mustafa Kemal Kizilay, General Manager of Turkish Airlines (Malaysia); Mr. Shazman Shahid, Head of Group Corporate Communications & Marketing, AmBank Group; Mr. Faizal bin Mahmod, Director, Department of Culture, Arts, Tourism and Sports, Kuala Lumpur City Hall (DBKL); Mr. Abdul Razak bin Abdul Rashid, Assistant Director, Sports Development Division, National Sports Council; and Tuan Yusri bin Basri, Deputy Director of the Fire and Rescue Department of Kuala Lumpur.

-Tourism Malaysia.

Monday, 14 September 2026

Warna-warni Budaya Malaysia Menghidupkan Suasana Di Tengah Kota

 

KUALA LUMPUR | Taman Tasik Titiwangsa tampil meriah sempena Majlis Perasmian Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026, dengan persembahan penuh warna yang mengetengahkan keunikan seni, budaya dan warisan daripada pelbagai latar masyarakat di Malaysia.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya. Turut menghadiri, YBhg. Dato’ Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; En. Wizani bin Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Tourism Malaysia; En. Mohd Akbal Setia,Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia dan Ketua Sekretriat Visit Malaysia 2026; En. Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia dan tetamu kehormat yang lain.

Dan kemeriahan masih belum berakhir! Jom rasai sendiri kepelbagaian budaya Malaysia menerusi persembahan, makanan tradisional dan pelbagai aktiviti menarik sepanjang festival berlangsung.

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tarikh: 11–16 September 2026

Masa: 9.00 pagi–12.00 tengah malam

Jom raikan warna, tradisi dan budaya yang menjadikan Malaysia begitu istimewa!

-Tourism Malaysia.

Visit Malaysia Truly Asia Run 2026

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2026 | Program Visit Malaysia Truly Asia Run 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran DBKL, Kuala Lumpur. Program ini dianjurkan oleh Persatuan Rekreasi Wilayah sebagai salah satu inisiatif yang menggalakkan gaya hidup sihat serta menyemarakkan kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Shaharuddin Abu Sohot, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC); YBhg. Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan; YBrs. Encik Wizani Rosmin, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan), Tourism Malaysia; serta YBrs. Encik Ismadi Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan (Sosioekonomi), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), yang turut menyempurnakan sesi pelepasan peserta (flag-off) dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Selain memupuk semangat kesukanan dan rekreasi dalam kalangan masyarakat, program ini juga menyokong usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama, sejajar dengan aspirasi Kempen Visit Malaysia 2026.

-Tourism Malaysia.

Kunjungan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Ke Reruai Festival Budaya Malaysia 2026

 

KUALA LUMPUR, 13 September 2026 | Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Ybrs. En. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim telah berkunjung ke reruai Tourism Malaysia di Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Beliau turut berkesempatan bertemu serta beramah mesra dengan para pempamer yang mengambil bahagian dalam festival ini.

Berlangsung dari 11 hingga 16 September 2026, FBM 2026 merupakan sebuah platform yang mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan Malaysia menerusi pelbagai persembahan kebudayaan, makanan warisan dan makanan popular, kraftangan serta produk tempatan, permainan tradisional dan aktiviti interaktif. Festival ini turut menampilkan 12 program dan aktiviti baharu untuk dinikmati oleh pengunjung.

Kunjungan ini menjadi platform yang bermakna untuk berinteraksi, bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan bersama para pemain industri dalam usaha memperkukuh sektor pelancongan Malaysia, di samping memperkasa promosi kepelbagaian budaya dan warisan negara kepada pengunjung tempatan serta antarabangsa.

Jom raikan keunikan seni, budaya dan warisan Malaysia di Festival Budaya Malaysia 2026!

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Tarikh: 11 – 16 September 2026

Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah malam

Masuk Percuma!

-Tourism Malaysia.

Sunday, 13 September 2026

JYNNS Opens Wellness Treasure Flagship Store At Pavilion Kuala Lumpur, Bringing Malaysia’s Natural Treasures To The Heart Of The City

 

KUALA LUMPUR, 12 September 2026 – Following the opening of MyTreasure at Kuala Lumpur International Airport Terminal 2, Malaysian wellness brand JYY Group is bringing “Malaysia’s Natural Treasures” further into one of the country’s key international tourism landmarks with the official opening of the JYNNS Wellness Treasure Flagship Store at Pavilion Kuala Lumpur. Extending its presence from Malaysia’s international aviation gateway to the heart of Kuala Lumpur’s tourism and shopping district, JYY Group aims to create more touchpoints where travellers can discover Malaysia’s rich natural resources, local flavours and take home a meaningful memory of Malaysia.

The opening ceremony was officiated by YBrs Mohd Akbal Setia, Deputy Director General of Tourism Malaysia and Head of the Visit Malaysia Secretariat  2026–2027, reflecting the aspiration of Visit Malaysia 2026–2027, alongside Mr. Samuel Lee Thai Hung, Deputy Director General of Tourism Malaysia to showcase more Malaysian tourism products, experiences and homegrown brands to an international audience.

“We are pleased to see homegrown companies such as JYY Group creating more opportunities for international visitors to discover what Malaysia has to offer within the Golden Triangle. Such initiatives enrich the visitor experience while bringing more Malaysian products, experiences and stories to an international audience,” said En Mohd Akbal Setia.

The opening of JYNNS at Pavilion Kuala Lumpur now extends this experience from Malaysia’s international aviation gateway into the heart of Kuala Lumpur. Its earlier MyTreasure concept at Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 brings together Malaysian natural wellness products, distinctive gifts and cultural experiences, providing international travellers with a gateway to discovering the country’s treasures.

Alann Tan, Founder and Group CEO of JYY Group, said: “From Kuala Lumpur International Airport Terminal 2 to Pavilion Kuala Lumpur, we want to create more windows for international travellers to discover Malaysia’s natural resources, flavours and stories. Our goal is to see more great Malaysian products recognised locally and given the opportunity to reach the world.”

Nicholas Teo Continues as JYNNS Trigona Honey Series Brand Ambassador

Another highlight of the grand opening was the appearance of Malaysian singer and actor Nicholas Teo, who continues his partnership with JYNNS as Brand Ambassador for the JYNNS Trigona Honey Series. Nicholas Teo also took on the role of “Store Manager for a Day”, fans meet at the new flagship store.

There is also a special East Malaysian connection behind the collaboration. Nicholas, who hails from Kuching, Sarawak, and JYNNS’ Trigona honey sourced from the pristine highlands of Malaysian Borneo, both have their roots in East Malaysia. Bringing these two homegrown stories together, Nicholas joins hands with JYNNS to introduce Malaysian natural treasure to a wider audience.

Nicholas Teo said: “I’m very happy to continue working with JYNNS and to introduce more people to a natural treasure that belongs to Malaysia. Trigona honey is a uniquely Malaysian natural resource, and today it is being introduced into our everyday lives in ways that are younger, more modern and more convenient. I also look forward to introducing Trigona honey to more friends overseas and, through it, helping them discover even more great things from Malaysia.

In conjunction with the flagship opening, JYNNS also unveiled the latest addition to its Trigona Honey Series, JYNNS Trigona Honey Propolis Mouth Spray, bringing Malaysia’s natural treasure into a convenient format designed for modern, everyday oral care.

Marking a new milestone for the series, the new product also led to a significant discovery, its overall antibacterial activity was found to be three times higher in relevant testing, emerging as one of the key breakthroughs behind the innovation. The spray combines two natural Malaysian active ingredients: Trigona propolis, which demonstrated up to 99.9999% antibacterial activity in relevant testing and possesses anti-inflammatory properties, and Trigona honey, known for its Low Glycemic Index (Low GI) characteristics. Together, they bring the natural benefits of both ingredients into one convenient, everyday spray.

In a playful coincidence, the “3X” also echoes Nicholas Teo’s iconic “OK” hand gesture, giving his familiar signature a new meaning. Alcohol- and preservative-free, the compact mouth spray delivers sweet-tart Trigona honey notes with a refreshing hint of mint, bringing this Malaysian natural treasure into everyday wellness in a more modern and convenient format.

The launch marks JYNNS’ continued expansion of its Malaysian Trigona Series, bringing the homegrown natural resource beyond traditional wellness into more modern and convenient everyday formats.

Exclusive Grand Opening Privileges and Limited-Time Offers

To celebrate the official opening of the JYNNS Wellness Treasure Flagship Store and Malaysia’s National Month, JYNNS is introducing a series of limited-time privileges:

Complimentary JYNNS Trigona Propolis Mouth Spray with a minimum RM69 single-receipt purchase at any JYNNS outlet nationwide. Available until 16 September, while stocks last.

JYNNS Trigona Propolis Mouth Spray Buy 2 Free 1 launch promotion.

Malaysia Day Month Beverages: Tropical Pandan Honey Bliss, Golden Honey Asam Jasmine Tea and Honey Berry Jasmine Tea at RM15.90 each, with a Buy 1 Free 1 promotion (Until 30 September 2026)

Musang King Pandan Cloud Cake special promotional price of RM38 (Until 30 September 2026)

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 8 September 2026

Experience Malaysia’s Culture at Festival Budaya Malaysia 2026! @ Tourism Malaysia Booth

 

Get ready for 6 days of vibrant Malaysian culture, arts, heritage, food and exciting activities at Festival Budaya Malaysia 2026!

Date: 11–16 September 2026

Time: 9.00 AM – 12.00 AM

Venue: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Where: Tourism Malaysia Booth – Laman 1

FREE ENTRY!

Drop by the Tourism Malaysia booth and enjoy a variety of exciting activities, including:

> Discover amazing domestic tourism & theme park packages

> Meet Wira & Manja at our Meet & Greet session

> Join our social media activity

> Test your knowledge with our Kahoot! Tourism Quiz

> Have fun with traditional games

> Explore exciting craft demonstrations

> Experience our interactive AI activities

> Shop local favourites including Lexzo Coffee, Pomepop & Farm Fresh

And that’s not all! Enjoy traditional performances, heritage food, local crafts, traditional games, E-Sports and even the exciting experience of a hot air balloon ride!

Bring your family and friends and immerse yourself in the colours, flavours and stories that make Malaysia truly special.

See you at Festival Budaya Malaysia 2026!

-Tourism Malaysia.

Sunday, 30 August 2026

25,000 Peserta Meriahkan Edisi Sulung Malaysia Marathon 2026!

 

KUALA LUMPUR, 30 Ogos 2026 – Malaysia Marathon 2026 mencatatkan sambutan meriah dengan menghimpunkan kira-kira 25,000 peserta tempatan dan antarabangsa dalam edisi sulungnya di Kuala Lumpur.

Acara melibatkan kategori 42KM, 21KM, 10KM dan 5KM, selain pelbagai pengisian menarik termasuk Larian Bendera Malaysia 5KM yang melibatkan 1,000 pelajar KPTM Bangi, membawa semangat patriotisme dan perpaduan dalam acara bertaraf antarabangsa ini.

Pelepasan acara 5KM telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri, di KLCC. Turut hadir YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya; YB Datuk Seri Dr. Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya; YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia; Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi I) Tourism Malaysia; Encik Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, serta tetamu kenamaan yang lain.

Kemeriahan acara turut diserikan dengan persembahan artis tempatan, HOT FM BIG JAM, robot HONOR serta cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah Proton Saga 1.5.

Penganjuran ini bukan sekadar meraikan sukan dan gaya hidup sihat, malah menjadi platform untuk memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan sukan kepada peserta dari seluruh dunia, selari dengan aspirasi Tahun Melawat Malaysia 2026–2027.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 18 August 2026

Tourism Malaysia Joins Soft Launch Of KL Coffee Festival 2026~2027 & Asia Coffee Summit

 

KUALA LUMPUR, 17 August 2026 | The Soft Launch of the KL Coffee Festival 2026~2027 & Asia Coffee Summit was held at Pavilion Damansara Heights.

The event was graced by Mr. Encik Mohd Akbal Setia, Head of the VM2026 Secretariat & Deputy Director General (Promotions), Tourism Malaysia and attended by YB Teresa Kok, Member of Parliament for Seputeh and Ms. Suan Ai, Director of Marketing, Pavilion.

The KL Coffee Festival 2026 will be held from 6th to 9th November 2026 at Pavilion Bukit Jalil, followed by the 2027 edition in April 2027 at Pavilion Damansara Heights.

The events are organised by Huuha Production in collaboration with the Asia Specialty Coffee Association (ASCA), Korea.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 13 August 2026

Pos Malaysia Run 26 - Jom Laju For Fun! @ Dataran Merdeka, Kuala Lumpur ( 29 November 2026 )

 

Jom Laju For Fun!

Sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026), orang ramai dijemput untuk menyertai Pos Malaysia Run 2026: "Jom Laju for Fun" yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Tarikh: 29 November 2026 (Ahad)

Masa: 4.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat: Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Program larian ini menawarkan pelbagai kategori yang sesuai untuk semua lapisan peserta, sama ada pelari berpengalaman mahupun mereka yang ingin menyertai aktiviti larian secara santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kategori yang ditawarkan adalah seperti berikut:

21KM – Men & Women Open / Veteran

10KM – Men & Women Open / Veteran

5.5KM Fun Run Individual – Lelaki, Wanita & Kanak-kanak (5 tahun ke atas)

5.5KM Fun Run Group – Kumpulan 4 orang

Yuran penyertaan adalah berbeza mengikut kategori dan fasa pendaftaran:

> Super Early Bird

> Early Bird

> Normal Registration

Setiap penyertaan turut merangkumi Running Kit serta perlindungan insurans.

Untuk maklumat lanjut mengenai kategori, yuran penyertaan, syarat-syarat penyertaan dan pendaftaran, sila rujuk poster yang dilampirkan atau saluran rasmi Pos Malaysia Run 2026.

Jumpa anda di garisan permulaan!

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 12 August 2026

Panggung Sari @ Istana Budaya kembali membuka tirai

 

It’s Showtime!

Panggung Sari kembali membuka tirai!

Tahun 2026 bakal dipenuhi dengan pelbagai persembahan menarik yang pastinya tak boleh dilepaskan!

Pentas dah dibuka, setiap persembahan pun dah diumumkan. Jadi, dah boleh “lock date” siap-siap untuk tengok show!

Jom meriahkan setiap persembahan dan program yang bakal berlangsung di Istana Budaya sepanjang tahun ini.

Siapa yang dah excited nak tengok show di Istana Budaya?

-Istana Budaya.

Thursday, 6 August 2026

Malaysia Cultural Festival 2026 @ Titiwangsa Lake Gardens, Kuala Lumpur ( 11 ~ 16 September 2026 )

 

Let's Join Festival Budaya Malaysia 2026!

Experience the best of Malaysia's arts, culture and heritage with your family and friends.

> Cultural performances

> Heritage and local favourite foods

> Handicrafts and local products

> Traditional games

> E-Sports competitions

Featuring 12 brand new programmes and activities at FBM 2026!

Date: 11–16 September 2026

Time: 9:00 AM – 12:00 Midnight

Venue: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

FREE ADMISSION

See you at Festival Budaya Malaysia 2026!

-Tourism Malaysia.

Wednesday, 5 August 2026

Tourism Malaysia Strengthens Support For Malaysia’s Business Events Industry At MBEW 2026

 

KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia was honoured to be part of the 11th edition of Malaysia Business Events Week (MBEW) 2026, held from 3–5 August 2026 at the Kuala Lumpur Convention Centre.

Organised by the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), the event was officially opened by YB Dato Sri Tiong King Sing, Minister of Tourism, Arts and Culture Malaysia, following welcoming remarks by YB Dr. Sivakumar Varatharaju Naidu, Chairman of MyCEB. Also in attendance was YBrs. Mr. Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Director General of Tourism Malaysia, reflecting Tourism Malaysia’s continuous support towards strengthening Malaysia’s business events sector and advancing the objectives of Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Bringing together diplomatic representatives, international delegates and industry leaders from around the world, MBEW 2026 underscores Malaysia’s continued growth and recognition as a preferred destination for world-class business events.

The event also featured the BE xChange Walkabout, which provided a platform for exhibitors and industry partners to showcase innovative products, services and solutions while fostering valuable connections, collaborations and strategic partnerships within the business events ecosystem.

Through platforms such as MBEW 2026, Tourism Malaysia remains committed to supporting the growth of Malaysia's Business Events industry, fostering stronger industry collaboration and reinforcing the nation's position as a premier destination for world-class Business Events.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 26 July 2026

PM attends Citrawarna 2026 as Malaysia showcases cultural diversity to global visitors

 

KUALA LUMPUR: Citrawarna 2026 drew more than 700 international visitors from 12 countries, with participants from across Asia, Europe and beyond witnessing one of Malaysia's most celebrated cultural showcases under the Visit Malaysia 2026 campaign. 

Visitors from China, India, Mauritius, Japan, Vietnam, Indonesia, Singapore, Kazakhstan, Italy, the Netherlands, Switzerland and France attended the event via specially curated travel packages. 

Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launched the annual cultural showcase at Dataran Merdeka, with the three-day event featuring 3,500 performers representing states, three federal territories and the nation's multicultural communities in its signature Colours of Parade (Citra Perarakan). 

The festival commenced with an opening performance, followed by the parade and a post-show performance, watched by spectators along Jalan Raja and at the Sultan Abdul Samad Building (BSAS). 

Also present was Tourism, Arts and Culture Minister Datuk Seri Tiong King Sing. 

Citrawarna 2026 features four signature experiences: Colours of Parade, Colours of Flavour, Colours of Culture and Colours of Art.

The event includes more than 70 food and beverage offerings, over 20 cultural activity stations, and more than 10 arts and crafts booths throughout the three-day celebration. 

Visitors were also invited to participate in hands-on activities, including batik painting, ketupat weaving and traditional culinary demonstrations led by artisans and cultural practitioners. 

Contemporary performances were staged by Malaysian artistes including Wani Kayrie, Bulan Asryaff, Dr Soo Wincci, Santesh Kumar, Ernie Zakri, Aina Abdul and Kumpulan Balle-Balle. 

This year's edition, themed Ritma Warisan, Nadi Nusa dan Bangsa (The Rhythm of Heritage, The Pulse of the Nation and the People), invites visitors to experience the many traditions, colours and stories that continue to shape the nation.

-nst online.

Saturday, 25 July 2026

Latihan Penuh Perarakan Colours Of Parade Meriahkan Persiapan Citrawarna 2026

 

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2026 - Sorotan sekitar latihan penuh perarakan Colours of Parade sebagai persiapan menjelang Citrawarna 2026, yang menghimpunkan lebih 3,500 penari daripada 14 kontinjen mewakili seluruh negeri dan Wilayah Persekutuan Malaysia.

Setiap kontinjen mempersembahkan keunikan warisan budaya negara menerusi busana tradisional, seni persembahan dan kepelbagaian budaya yang mencerminkan semangat Malaysia Truly Asia.

Latihan penuh ini turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, YBrs. Encik Chua Choon Hwa, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Ybrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia (Promosi II), YBrs. Encik Lee Thai Hung, serta Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026, YBrs Encik Mohd Akbal Setia sebagai tanda sokongan terhadap kelancaran penganjuran Citrawarna 2026.

-Tourism Malaysia.

Friday, 17 July 2026

MAH Tourism Fair @ Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur ( 24 ~ 26 July 2026 )

 

Biggest Hotel Fair & Holiday Sale is Here!

Looking for your next Cuti-Cuti Malaysia getaway? This is the one event you don’t want to miss!

For 3 DAYS ONLY, enjoy exclusive travel offers, unbeatable hotel promotions, exciting giveaways and fun activities for the whole family.

Date: 24 - 26 July 2026 (Friday - Sunday)

Time: 11.00 AM - 9.00 PM

Venue: Main Atrium, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

FREE ENTRY

Here’s what awaits you:

> Exclusive hotel & resort deals

> Holiday packages at special fair prices

> RM100,000 worth of prizes & giveaways

> FREE Massage Sessions

> Live performances

> Family-friendly activities

> Exclusive promotions with SPayLater

Whether you’re planning a romantic escape, family holiday, beach retreat or weekend staycation, you’ll find amazing deals all under one roof.

REGISTER • VISIT • WIN

Register now: www.mahfair.my

Tag your travel buddy and make plans to visit together!

-MAH Tourism Fair.