Kuala
Lumpur, 6 Oktober 2026 – YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah
(Promosi) merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026–2027, telah mewakili
Ketua Pengarah Tourism Malaysia untuk menghadiri Sesi Penyampaian Hadiah Visit
Malaysia 2026–2027 Domestic Buyers’ Contest yang dilaksanakan bersempena
penganjuran MATTA Fair September 2026 baru-baru ini hasil kerjasama MATTA
bersama Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia.
Sesi
penyampaian hadiah ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada para peserta
yang telah menyertai peraduan tersebut, selain meraikan para pemenang yang
berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan termasuklah dua
buah motosikal Honda Dash.
Turut
hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Mohd Hizzat bin Mohd Shah, Timbalan
Presiden, MATTA Executive Council, serta wakil daripada Malaysia Aviation Group
(MAG).
Penganjuran
peraduan ini merupakan antara inisiatif dalam memeriahkan kempen Visit Malaysia
2026–2027 khususnya melibatkan pelancongan domestik, di samping menggalakkan
penglibatan orang ramai dalam aktiviti promosi pelancongan dan memperkukuh
kerjasama strategik antara Tourism Malaysia dengan rakan-rakan industri.
-Tourism Malaysia.

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.