KUALA
LUMPUR, 2 Oktober 2026 | Majlis Perasmian International Tourism, Arts and
Culture Exhibition & Conference 2026 (INTAC’26) telah disempurnakan oleh
YBrs. Encik Mohd Akbal Setia, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi), Tourism
Malaysia, yang mewakili YB Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Majlis
turut dihadiri oleh Dr. Leena Al-Mujahed, Ketua Pegawai Eksekutif WEX Malaysia
merangkap Pengasas dan Pengerusi International Fashion Chamber Malaysia; Dato’
Rosle Jaamat, Pengerusi Eksekutif merangkap Ketua Sekretariat INTAC; Puan Nuwal
Fadhilah Ku Azmi, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Asia Afrika,
Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara, serta
para duta dan wakil konsulat antarabangsa di Malaysia.
INTAC’26
menghimpunkan 110 pempamer yang terdiri daripada penggiat industri pelancongan,
pengusaha hotel dan resort serta penyedia produk pelancongan dari Malaysia dan
antarabangsa.
Berlangsung
selama tiga hari, 2 Oktober hingga 4 Oktober 2026 pameran ini menawarkan
pelbagai promosi eksklusif hotel dan resort, pakej percutian pada harga
istimewa serta produk dan pengalaman pelancongan bagi merancakkan sektor
pelancongan domestik.
Selain
pameran, INTAC’26 turut menampilkan sesi pemadanan perniagaan, seminar secara
maya, taklimat pelancongan, persembahan kebudayaan serta bazar artisan.
Pengisian ini membuka ruang kerjasama antara penggiat industri di samping
mengetengahkan kepelbagaian budaya dan kesenian Malaysia kepada pengunjung
tempatan serta antarabangsa.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.