Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Saturday, 20 June 2026

Pantai Timur Fest Edisi 2026 Bawa Keunikan Kelantan, Terengganu Dan Pahang Ke Ipoh

 

IPOH: Tourism Malaysia hari ini merasmikan penganjuran Pantai Timur Fest 2026, sebuah festival pelancongan yang menghimpunkan keunikan produk pelancongan, budaya, warisan dan gastronomi dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Festival tersebut berlangsung bermula 19 hingga 21 Jun 2026 di AEON Mall Kinta City, Ipoh.

Festival kali ini merupakan penganjuran kali kedua setelah kejayaan edisi sulung yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun lalu. Ipoh dipilih menjadi tuan rumah bagi edisi 2026 dengan tujuan memperluaskan capaian promosi pelancongan Pantai Timur kepada pasaran domestik yang lebih luas, bertepatan dengan kedudukannya sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara serta pusat tumpuan pengunjung dari wilayah utara dan tengah Semenanjung Malaysia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia dan turut dihadiri oleh YB Tuan Loh Sze Yee, EXCO Kerajaan Negeri Perak; YB Datuk Razali bin Idris, EXCO Kerajaan Negeri Terengganu; YBrs. Encik Muhammad Aminuddin bin Abdul Majid, Pengarah MOTAC Perak; YBrs. Encik Suhaimi bin Abu Hassan Shari, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak; YM Dato' Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, nan, Pengarah Tourism Terengganu; YBrs. Encik Mohd Roslan bin Abdullah, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara, Tourism Malaysia; YBrs. Encik Teck Soon Hing, Pengurus Pusat Membeli-belah AEON Mall Kinta City, wakil-wakil industri pelancongan serta para pempamer dari Kelantan, Terengganu dan Pahang.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 18 June 2026

VM2026 Strengthens Regional Connectivity: As Inaugural AirAsia Service Connects Jakarta Directly To Kelantan

 

KOTA BHARU – Tourism Malaysia, in collaboration with AirAsia, Tourism Kelantan, the State Government of Kelantan, and Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), today welcomed the inaugural direct flight connecting Jakarta, Indonesia (CGK) and Kota Bharu, Kelantan (KBR), marking a significant milestone in enhancing regional connectivity and supporting the Visit Malaysia 2026 (VM2026) campaign.

The inaugural AirAsia service, flight AK2354, arrived at Sultan Ismail Petra Airport (LTSIP), Kota Bharu, at 15:50 local time. Operated using an Airbus A320 aircraft with a capacity of 180 seats, the new route provides greater accessibility between Indonesia and Malaysia's East Coast, while opening new opportunities for tourism, trade and economic cooperation.

The welcoming ceremony was attended by YB Datuk Kamarudin Md Nor, Chairman of the Kelantan Tourism, Culture, Arts and Heritage Committee; YBrs. Mrs. Baizuri Baharum, Director of International Promotional Division Southeast Asia Tourism Malaysia; Dato’ Mohd Izani Ghani, Managing Director of Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB); and Mr. Zamani Rafique, Director of Global & Government Affairs, AirAsia.

-Tourism Malaysia.

Tuesday, 16 June 2026

Jom Ke Pantai Timur Fest 2026! @ AEON Mall Kinta City, Ipoh, Perak ( 19 ~ 21 Jun 2026 )

 

Jom Ke Pantai Timur Fest 2026!

Mencari idea percutian? Nak grab pakej pelancongan dengan harga promosi? Atau sekadar nak bawa keluarga bersantai hujung minggu?

Jangan lepaskan peluang ke Pantai Timur Fest 2026! ✨

Tarikh: 19 – 21 Jun 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: AEON Mall Kinta City, Ipoh

Masuk PERCUMA!

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda:

> 30 reruai pelancongan dari Kelantan, Terengganu & Pahang

> Promosi dan diskaun pakej percutian eksklusif

> Hotel, taman tema & produk pelancongan menarik

> Tawaran istimewa daripada Online Travel Agent (OTA)

> Persembahan kebudayaan dan aktiviti pentas

> Produk makanan dan kraftangan Pantai Timur

> Kuiz Kahoot yang menyeronokkan

> Cabutan bertuah setiap hari

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi

Nak ke Pulau Redang?

Nak teroka Tasik Kenyir?

Nak bercuti di Pantai Cherating?

Nak tahu destinasi menarik di Kelantan, Terengganu dan Pahang?

Semua ada di sini!

Datang bukan sekadar jalan-jalan, malah berpeluang menyertai aktiviti interaktif, menjawab kuiz, menyertai cabutan bertuah dan membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Bawa keluarga, ajak kawan-kawan dan meriahkan Pantai Timur Fest 2026!

Jumpa anda di sana!

-Tourism Malaysia Wilayah Timur - Pahang.

Monday, 25 May 2026

Program Fam Trip Komunikasi Strategik: TM X Oppo - Kelantan

 

Tourism Malaysia melalui Bahagian Komunikasi Korporat telah menganjurkan Program Fam Trip TM X OPPO pada 18 hingga 21 Mei 2026 di Negeri Kelantan.

Program ini melibatkan seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada jurugambar profesional dan wakil media tempatan. Inisiatif ini memberi penekanan kepada usaha mengetengahkan keunikan budaya, seni dan warisan Negeri Kelantan menerusi pengalaman pelancongan yang autentik serta kaya dengan nilai tradisi tempatan.

Sepanjang program berlangsung, para peserta berpeluang merakam keindahan landskap, budaya dan warisan tempatan menggunakan peranti terbaru OPPO Find X9 Ultra Hasselblad, sekali gus memperkukuhkan promosi pelancongan domestik sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk Collectible Museum, Pasar Siti Khadijah, Kampung Kraftangan, Istana Jahar, Kem Baha, Desa Gemalai, Wayang Kulit Pak Daim dan pelbagai lagi destinasi menarik di Kelantan.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 19 April 2026

Festival Kraf Pantai Timur 2026 @ Terengganu, Kelantan & Pahang

 

Festival Kraf Pantai Timur 2026

Temui keunikan seni kraf tempatan serta pelbagai produk kraf menarik seperti batik, tenunan, anyaman, ukiran kayu dan banyak lagi hasil tangan usahawan dan komuniti kraf di Festival Kraf Pantai Timur 2026 yang bertempat di:

Terengganu

Tarikh: 21 - 28 April 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: Mayang Mall, Kuala Terengganu

Kelantan

Tarikh: 21 - 30 April 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: KB Mall, Kota Bharu

Pahang

Tarikh: 24 April – 4 Mei 2026

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Lokasi: East Coast Mall

Masuk adalah PERCUMA!

Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!

-Kraftangan Malaysia.

Monday, 6 April 2026

Fam Trip For Agents In Collaboration With AirAsia To Kelantan & Terengganu

 

Tourism Malaysia Taipei, in collaboration with AirAsia, successfully organised a joint Fam Trip from 30 March to 4 April 2026, bringing together 7 representatives from leading Taiwanese travel operators, alongside delegates from the media, AirAsia, and TM Taipei. The programme showcased the unique charm of Malaysia’s East Coast, covering Kota Bharu, Perhentian Island, Lang Tengah Island, and Kuala Terengganu. Leveraging AirAsia’s red-eye flight connectivity from Taipei to Kota Bharu, the initiative highlighted the seamless accessibility and growing appeal of these emerging destinations for the Taiwanese market.

Designed to introduce new tourism products beyond Malaysia’s key cities, the trip showcased unique experiences aligned with Taiwanese travellers’ preferences for island getaways, nature-based activities, and gastronomy. Participants experienced local highlights including Kopitiam Kita, Desa Gemalai Baruh Padi Alami, Siti Khadijah Market, snorkeling and marine activities at Perhentian and Lang Tengah Islands, as well as Terrapuri Heritage Resort, Payang Market, Noor Arfa Craft Complex, Mayang Mall, and popular local delicacies such as ‘keropok lekor’ and ‘ikan celup tepung’ in Kuala Terengganu.

The programme was made possible with strong support from AirAsia (official airline sponsor), while accommodation was hosted by ibis Styles Kota Bharu, Perhentian Marriott Resort & Spa, Summer Bay Lang Tengah Island, Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu, and ibis Styles Sepang KLIA. Ground arrangements were supported by HTC Travel.

A key highlight of the programme was the series of networking dinners hosted by the Department of Tourism and Culture, Kelantan and the Office of the State Secretary of Kelantan at Perdana Hotel Kota Bharu, as well as Tourism Terengganu at Elysium Hall, Terengganu Drawbridge Tower. The event in Kelantan was graced by the Honourable Chairman of the State Committee for Tourism, Culture, Arts and Heritage, Datuk Kamarudin Md. Nor, while the Terengganu session was officiated by the Honourable Chairman of the State Committee on Tourism, Culture, Environment and Climate Change, Datuk Razali Idris. Both evenings were attended by distinguished guests, including the Director of Tourism Malaysia East Coast Region, Mr. Mohd Azizul Arif Yahaya and key local industry players, providing a valuable platform to strengthen collaboration and explore future business opportunities.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 8 February 2026

Persembahan Kebudayaan Kelantan @ Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan

 

Gelanggang Seni Kini Dibuka

Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 Gelanggang Seni , Kota Bharu akan kembali beroperasi bermula 2 Februari 2026. Persembahan kebudayaan akan diadakan pada :

Hari : Isnin , Rabu & Sabtu

Masa : 3.30 petang - 5.30 petang

Tempat : Gelanggang Seni , Kota Bharu

Antara persembahan yang terdapat di Gelanggang Seni  adalah :

> Seni Silat

> Rebana Ubi

> Kertok Kelapa

> Gasing Terbang

> Gasing Pangkah

> Wayang Kulit

> Demonstrasi Pembuatan Wau

> Demonstrasi Permainan Congkak

Masuk Adalah Percuma!

-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Monday, 8 December 2025

Pertandingan Memancing Ikan Toman @ Tasik Pergau, Jajahan Jeli, Kelantan ( 13 Disember 2025 )

 


Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Memancing Ikan Toman Piala YAB. Dato' Panglima Perang, Menteri Besar Kelantan!

Uji kemahiran memancing anda dan rebut peluang memenangi hadiah menarik.

​Tarikh : 13 Disember 2025 (Sabtu)

​Masa : 07.00 Pagi

​Tempat : Taman Perlindungan Ekosistem Sultan Ismail Petra (TPESIP), Tasik Pergau, Jajahan Jeli, Kelantan.

​Yuran Penyertaan : RM10

Link Pendaftaran :

https://forms.gle/nuNMjv8ctB4LNdpH8

-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Sunday, 19 October 2025

Promosi Kraf Malaysia 2025 @ KB Mall, Kota Bharu ( 24 Oktober ~ 1 November 2025 )

 

Promosi Kraf Malaysia 2025 Di Pusat Beli-Belah Kb Mall, Kota Bharu Kembali Lagi...

Tarikh: 23 Oktober - 1 November 2025

Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam

Lokasi: Ruang Legar, Pusat Beli-Belah, KB Mall, Kota Bharu, Kelantan

Menghimpunkan seramai 20 orang usahawan kraf pelbagai bidang dari seluruh Malaysia.

Terdapat pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya:

> Jualan Produk Kraf

> Pameran Jualan

> Demonstrasi Kraf   

- Batik Canting

- Anyaman Kercut

- Pembuatan Patung Wayang Kulit

- Jebak Puyuh

- Blok Batik

> Interaktif Kraf

- Mewarna batik

- Mewarna seramik

- Anyaman bakul rotan

- Fun Craft

Jom datang ramai-ramai ke Pusat Beli-Belah KB Mall, Kota Bharu dan dapatkan koleksi produk kraf yang sememangnya asli, unik dan eksklusif.

Pakat Maghi Belako!

-Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan.

Monday, 22 September 2025

Sabah & Labuan Meet East Coast Roadshow 2025 Kicks Off in Kota Bharu

 

Tourism Malaysia officially launched the Sabah & Labuan Meet East Coast Roadshow 2025 in Kota Bharu on 21 September, with the next session set for Kuantan on 23 September.

Organised in collaboration with the Sabah Tourism Board and Labuan Corporation, the initiative provides a strategic platform to strengthen industry partnerships and boost travel flows between the East Coast of Peninsular Malaysia and Sabah and Labuan.

With B2B sessions, knowledge-sharing presentations, and the participation of more than 100 East Coast buyers, the programme underscores ongoing efforts to diversify tourism packages and enhance interstate collaboration in support of Visit Malaysia 2026 (VM2026).

-Tourism Malaysia.

Thursday, 3 July 2025

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2025 @ Pantai Irama, Bachok, Kelantan ( 23 ~ 26 Julai 2025 )

 

Festival Kesenian Rakyat Kelate 2025

Tarikh: 23 - 26 Julai 2025

Lokasi: Pantai Irama Bachok

Antara pengisian program

> Pameran & Demontrasi

> Pasar Melayu Klasik, foodie fest & Expo Kelate Event

> Pertandingan Dikir Barat (Kategori Remaja)

> Pertandingan Kaca Suro

> Persembahan Wau Tradisi

> Persembahan Mak Yung & Wayang kulit

> Pameran Motosikal Klasik

> Pertandingan Solekan & Busana

> Pertandingan Musabaqah

dan banyak lagi aktiviti menanti anda disana.

-JKKN.

Monday, 30 June 2025

Kelantan Showcase 2025 : Kelate Ngosek @ MARA 3.0 Di Medan MARA Kuala Lumpur ( 1 ~ 4 Julai 2025 )

 

Kelantan Showcase 2025 : Kelate Ngosek @ MARA 3.0

MARA Negeri Kelantan akan menganjurkan program Kelantan Showcase 2025 : Kelate Ngosek @MARA 3.0 bertemakan “Indahnya Kelantan” pada 1 - 4 Julai 2025 bertempat di Ruang Legar Medan MARA, Ibu Pejabat MARA, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi - 6.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda. Antaranya :

⁠> Pameran & Jualan Produk Usahawan

⁠> Jualan Makanan Tradisi Kelantan

⁠> Persembahan Kesenian Negeri Kelantan

⁠> Persembahan Seni Silat

⁠> Pertandingan Peragaan Pakaian Beragam

⁠> Peragaan Baju Batik

⁠> Demonstrasi Mencanting & Mewarna Batik

⁠> Demonstrasi Anyaman Kercut

Kami bawakan 35 reruai usahawan yang akan mengubati rindu anda pada citarasa dan keunikan negeri Kelantan.

-Majlis Amanah Rakyat.

Wednesday, 14 May 2025

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-42 @ Pantai Irama, Bachok ( 21 ~ 24 Mei 2025 )

 

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-42 kembali menggegarkan Pantai Irama, Bachok pada 21 – 24 Mei 2025!

Wau gergasi, angin timur, budaya bersatu!

Tahun ni, 16 peserta antarabangsa dari 6 negara bakal menyemarakkan langit Kelantan:

Thailand, USA, China, Ukraine, Singapore & Indonesia!

Jom pakat mari! Jangan bagi wau je terbang, semangat kita pun kena tinggi!

-Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.