JOHOR BAHRU, 1 Ogos 2026 – Majlis Perasmian Star Karnival
Cuti-Cuti Malaysia (SKCCM) Johor 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd
Amirul Rizal bin Abd Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia di Paradigm Mall,
Johor Bahru.
Program yang berlangsung dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 ini
merupakan anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Star Media Group Berhad
sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh pelancongan domestik bersempena
Tahun Melawat Malaysia 2026 (Visit Malaysia 2026 – VM2026). Bertemakan
"Explore, Experience, Excite", karnival ini menghimpunkan pelbagai
pengusaha industri pelancongan yang menawarkan pakej percutian eksklusif,
promosi istimewa serta pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Mohammad Nazrul
bin Abd Rahim, Pengarah Tourism Johor sebagai tanda sokongan terhadap
penganjuran program yang berperanan merancakkan sektor pelancongan domestik
serta memperkukuh kerjasama strategik antara agensi pelancongan dan pemain
industri.
Penganjuran SKCCM Johor 2026 dijangka menjadi platform
penting dalam mempromosikan destinasi pelancongan tempatan, sekali gus
menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia meneroka keunikan dan kepelbagaian
produk pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
-Tourism Johor.