Showing posts with label Klang Valley. Show all posts
Showing posts with label Klang Valley. Show all posts

Wednesday, 18 November 2026

Pengalaman Pelancongan Bandar Diperkasa Melalui Pengenalan Pas Rapid Kembara

 

KUALA LUMPUR - Tourism Malaysia terus memperkukuh usaha pelancongan bandar yang lestari menerusi kerjasama dengan Rapid KL dalam memperkenalkan pas perjalanan Rapid Kembara tujuh hari. Pas tersebut menggalakkan pelawat menerokai pelbagai tarikan pelancongan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang sempena Kempen Melawat Malaysia 2026-2027 (VM2026-2027) melalui rangkaian pengangkutan awam.

Pas Rapid Kembara turut memberikan fleksibiliti kepada pelawat dalam merancang perjalanan sepanjang berada di Lembah Klang, termasuk mengunjungi destinasi kebudayaan, pusat beli-belah, tarikan bandar dan lokasi tumpuan pelancong. Pas selama tujuh hari yang menawarkan perjalanan tanpa had akan mula tersedia pada 18 November 2026 di Kaunter Khidmat Pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih serta melalui aplikasi Touch 'n Go eWallet.

Selain itu, inisiatif Rapid Kembara Stamp Rally yang berlangsung dari 18 November 2026 hingga 17 Mei 2027 menawarkan pengalaman penerokaan bandar secara interaktif. Pengguna pas tersebut berpeluang mengumpul setem di beberapa stesen rel Rapid KL terpilih dan premis rakan strategik yang mengambil bahagian, sekali gus menggalakkan mereka mengunjungi lebih banyak lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur.

-Tourism Malaysia.