MERBOK, 9 NOV 2013: Tourism Malaysia telah bekerjasama dengan Harian Metro untuk menganjurkan program Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 Cuti-Cuti 1Malaysia (CC1M) di lima buah lokasi bagi merancakkan aktiviti berbasikal di Malaysia sekaligus meningkatkan promosi pelancongan berbasikal di Malaysia.
Objektif program ini bukan sahaja untuk membentuk ‘trend’ sukan “mountain bike” di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga mempromosikan sukan tersebut sebagai sebahagian daripada inisiatif pelancongan sukan berbasikal.
Siri jelajah keempat Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 CC1M ini telah berlangsung dari 8 hingga ke 9 November 2013 di Lembah Bujang, Kedah.
Pemilihan Lembah Bujang sebagai lokasi jelajah keempat bagi acara ini dijangka akan dapat membantu meningkatkan aktiviti pelancongan di kawasan tapak arkeologi tersebut dan kawasan sekitarnya.
Ini adalah kerana selain memperlihatkan kemahiran berbasikal di lokasi yang mencabar, para peserta acara ini juga bepeluang menerokai Lembah Bujang yang merupakan tapak kerajaan kuno yang dikenali sebagai Kedah Tua pada abad pertama Masihi hingga abad ke-14 Masihi.
Antara tarikan yang terdapat di Lembah Bujang termasuklah Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di atas Bukit Batu Pahat, Merbok, Kedah kira-kira 23 km dari bandar Sungai Petani. Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi arkeologi yang membuktikan kewujudkan pusat perdagangan antarabangsa dan perkembangan agama Hindu-Buddha di Asia Tenggara pada abad ketiga Masihi hingga ke-12 Masihi. Bahan-bahan arkeologi yang dipamerkan di muzium ini merupakan artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja ekskavasi arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang. Tinggalan senibina candi-candi kuno turut menghiasi persekitaran muzium tersebut.
Siri terakhir jelajah Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 CC1M dijangka akan diadakan di Kuala Kangsar, Perak pada 23 – 24 November 2013. Tiga siri jelajah program Harian Metro Mountain Bike Grand Prix 2013 CC1M telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan hebat para peserta dari seluruh negara dan pelbagai negara ASEAN. Lokasi-lokasi yang terbabit ialah Presint 15, Putrajaya (2 Jun 2013), Kellie’s Castle, Perak (25 Ogos 2013) dan Marang, Terengganu (5 Oktober 2013).
Bagi merancakkan lagi aktiviti berbasikal di negara ini, Tourism Malaysia juga telah menganjurkan pelbagai program berbasikal sepanjang tahun 2012 dan awal 2013 seperti Cuti-Cuti 1Malaysia Sunday Bike Ride @ Raub, Kayuhan Merdeka di Raub, Kayuhan Sihat dan MTB Fun Ride @ Melaka, Kayuhan Sihat @ Tersang dan Le Tour de Homestay Selangor.
Setakat ini, sebanyak 190 pakej pelancongan berbasikal telah dibangunkan dengan kerjasama 92 buah agensi pelancongan tempatan.
Antara pakej-pakej pelancongan berbasikal yang telah dibangunkan termasuklah CC1M Bike Ride Georgetown Bicycle & Trishaw Packages, CC1M Sabah Bike Ride - Bah Let’s Go Cycling, CC1M Bike Ride Kuching, Special Cycling Packages@Raub, CC1M Nature Ride Hulu Selangor, CC1M Terengganu Bike Ride, CC1M Perak Bike Ride – Discover Perak Cycling Package, CC1M Putrajaya Bike Ride Packages featuring Paya Indah Wetlands, CC1M Johor Bike Ride, Pakej Berbasikal Kedah
Darul Aman 2013, Melaka Cycling Packages 2013/2014, Pakej Berbasikal Perlis 2013, Pakej Istimewa Tersang dan Pakej Berbasikal Kelantan.
Sepanjang tahun 2012, sebanyak 4,982 buah pakej pelancongan berbasikal telah terjual di seluruh negara dengan jumlah jualan sebanyak RM581,190. Sementara itu, sebanyak 2,745 buah pakej pelancongan berbasikal bernilai RM461,775 telah berjaya dijual di seluruh negara dari Januari hingga Jun 2013.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.