Lim Chow Beng bersama Sazali Sabri selepas pelancaran Pakej
24 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
MELAKA: Pemain industri pelancongan di negeri ini bakal menyediakan pelbagai pakej serta diskaun khas kepada pelancong khususnya pada tarikh 24 setiap bulan sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Ketua Pegawai Eksekutif,
Sekretariat TMM2024, Datuk Lim Chow Beng berkata, hampir semua hotel-hotel
di negeri ini menyahut saranan kerajaan negeri menyediakan Pakej 24.
Menurut beliau, Pakej 24 itu
ditawarkan mengikut kreativiti pemain industri pelancongan negeri bertujuan
untuk menggamit lebih ramai pelancong ke negeri ini sempena TMM2024.
“Usaha memperkenalkan Pakej 24
adalah bertepatan untuk kerajaan negeri mensasarkan kedatangan 18.7 juta
pelancong dan pengunjung.
“Beberapa penggiat industri
pelancongan seperti hotel, inap desa (homestay) dan hospital swasta telah
bersetuju untuk menyediakan pelbagai pakej menarik pada setiap tarikh 24
setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pakej 24 Sempena
TMM2024 di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini semalam.
Chow Beng berkata, lebih 80 hotel
di negeri ini akan melancarkan Pakej 24 dengan menyediakan fasiliti dan
pakej terbaik sebagai tanda sokongan terhadap TMM2024.
Menurutnya, kerajaan negeri
menawarkan tujuh kenderaan sebagai cabutan bertuah pada TMM2024 di mana
pelanggan Pakej 24 yang berbelanja lebih RM500 pada satu resit berpeluang
sertai cabutan bertuah terbabit.
Sementara itu, Pengurus Besar Hotel
MITC, Sazali Sabri berkata, pihaknya menawarkan lapan pakej istimewa
kepada pengunjung yang menginap di hotel MITC setiap tarikh 24 hari bulan.
Katanya, antara pakej yang
ditawarkan ialah sabutan ulang tahun perkahwinan ke-24 dengan bilik
istimewa dihias indah dan makan malam yang romantis, diskaun makan dan
minum sebanyak 10 peratus dan potongan harga sebanyak 24 peratus
bagi pengunjung membuat tempahan melalui laman sesawang rasmi MITC.
“No pendaftaran kereta 24 juga
boleh mendapat diskaun 24 peratus penginapan dan 10 peratus potongan
makanan serta minuman pada setiap tarikh 24 hari bulan,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.