Sunday 21 January 2024

Kalendar Aktiviti Tahunan Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu - Calendar Of Events (COE) 2024

 


Secara rasminya semalam, 20 Januari 2024 (Sabtu) telah dilancarkan COE2024 yang mengandungi 12 acara ikonik dan 62 acara pelancongan dan kebudayaan, menjadikan 74 acara kesemuanya yang meliputi seluruh segmentasi pelancongan dan akan diadakan di seluruh daerah Negeri Terengganu.

Antara acara ikonik yang akan berlangsung di Terengganu adalah Karnival Beautiful Terengganu (23-24 Februari), Pelita Raya Terengganu (19-23 Mac), Jaguh Ngail Terengganu (April), Festival Candat Sotong (18-19 Mei), Kenyir Geopark Eco-Fest (29 Mei-1 Jun) Terengganu International Bike Week (28-30 Jun), Karnival Pantai Terengganu (Ogos), Kejohanan Tour Gateh DTranung (September), Kejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan (24-27 Oktober), 4x4 Rainforest Challenge dan International Monsoon Casting Tournament (Disember).

-Beautiful Terengganu Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.