KAMARUDDIN
Md. Nor (kiri) menyampaikan plak penghargaan kepada salah satu rakan strategik
yang menjayakan TMK 2024 di Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM
MOHAMED
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan ligat menarik pelancongan dari China untuk menjayakan Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024) dengan mengemukakan cadangan penerbangan terus secara sewa ke negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, langkah itu boleh
dilaksanakan susulan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) mampu
menerima pendaratan pesawat besar seperti Boeing 737 dan Airbus 320.
“Malah
terminal baharu LTSIP mampu menampung ketibaan lebih ramai pelancong. Kita
faham kebanyakan pelancong akan mengelak daripada penerbangan transit untuk ke
sesuatu destinasi.
“Usaha itu signifikan dengan ulangtahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun ini. Saya juga berhasrat untuk berjumpa dengan Menteri Pelancongan, Datuk Sri Tiong King Sing bagi membincangkan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita pada sidang media sempena majlis ramah mesra bersama pengamal media Kelantan, di sini malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas memberitahu, pada minggu lalu beliau bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan mengadakan lawatan ke Guangzhao, China dalam rangka mempromosikan Kelantan atas jemputan sebuah persatuan Islam di sana.
“Misi kita adalah membuka jalan bagi pelancong China datang ke Kelantan. Sepanjang di sana saya berkesempatan berjumpa pihak-pihak berkaitan pelancongan serta masyarakat Islam dan dapat mengesan faktor ketidakhadiran pelacong China ke negeri ini.
“Boleh dikatakan mereka tidak tahu mengenai Kelantan dan risau mengenai aspek keselamatan berikutan akhbar China melaporkan kes penculikan beberapa pelajar China di Amerika dan Eropah,” ujarnya.
Kamarudin berkata, sehubungan itu antara usaha diambil beliau bersama Mohamed Fadzli adalah memberi penerangan dan menimbulkan keyakinan bahawa Kelantan adalah antara negeri yang selamat dikunjungi.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.