MOHAMAD Hasan menerima plak penghargaan daripada Tiong King
Sing sebagai simbolik pelancaran pada majlis penyerahan busana tradisional
Malaysia di Motac Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA |
PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan,
Seni dan Budaya (MOTAC) mahu memperkenalkan Gelombang Malaysia atau Malaysian
Wave bagi melonjakkan sektor pelancongan negara sebagai persediaan untuk Tahun
Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
Menurut menterinya, Datuk Seri
Tiong King Sing, inisiatif baharu itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat
dengan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Wisma Putra dalam
misi menjayakan MyWave di luar negara.
“Ketika ini kita ada sebanyak 34
buah cawangan Tourism Malaysia dan 11 pejabat wakil pemasaran di seluruh dunia
yang sedia bergandingan dengan pihak kedutaan,” katanya ketika berucap pada
Program Penyerahan Busana Tradisional, di sini hari ini.
Motac ketika ini dalam persiapan
melaksanakan VM2026 yang menyasarkan kedatangan 35.6 juta pelancong luar dengan
unjuran perolehan pendapatan mencecah RM147 bilion.
MyWave diinspirasikan daripada
kejayaan Korean Wave atau Hallyu yang diperkenalkan negara itu akhir 1990-an
lalu dengan mempromosikan kebudayaannya ke seluruh dunia.
Sementara itu Mohamad ketika
ditemui pemberita berkata, pihaknya tiada masalah dan ada membuat persediaan
untuk VM2026 malahan pelbagai program diatur pada tahun ini meliputi peranan
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN baharu pada 2025 kelak yang akan mengambil
alih jawatan tersebut daripada Laos akhir tahun ini.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.