Thursday, 13 November 2025

Sesi “Walkabout” Anjuran Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA)

 

KUALA LUMPUR, 13 Nov 2025 – YBrs. Encik Samuel Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah Promosi (II), Tourism Malaysia mewakili YBhg. Datuk Manoharan Periasamy, Ketua Pengarah Tourism Malaysia telah menghadiri sesi "Walkabout" yang dianjurkan oleh Persatuan Pelancongan Kuala Lumpur (KLTA) di sekitar Changkat Bukit Bintang dan 'Little India' yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

​Sesi walkabout ini turut dihadiri oleh wakil agensi ex-officio, iaitu Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, dan Jabatan Imigresen Malaysia. Penyertaan pelbagai pihak berkepentingan ini bertujuan membolehkan semua agensi meninjau dan menilai persekitaran di kawasan tumpuan pelancongan, serta mengenal pasti produk dan tawaran pelancongan yang berpotensi di lokasi tersebut.

​Inisiatif proaktif ini adalah langkah penting ke arah mempersiapkan destinasi pelancongan ibu negara bagi Kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), di mana matlamat utama adalah untuk menjamin pengalaman pelancong yang lancar, selamat, dan positif, selaras dengan peningkatan standard kualiti global.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.