Sertai pertemuan kreatif antara seni, budaya dan komuniti dalam
Borneo Creative and Culture District 2025 (BCCD) yang merupakan sebuah platform
meraikan keunikan warisan serta inovasi seni Borneo!
Tarikh: 21 – 23 November 2025 (Jumaat-Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kampung Warisan Sabah (Fasa II) Muzium Sabah, Kota Kinabalu
Festival selama tiga hari ini akan mengetengahkan gabungan seni,
budaya dan kreativiti melalui pelbagai pengisian program menarik seperti:
> Art in the Park: Karya seni interaktif di ruang terbuka.
> Artisan Market: Jualan kraf, makanan dan produk tempatan.
> Bengkel, Demonstrasi dan Pameran: Kolaborasi bersama komuniti seni
Borneo dalam menyediakan aktiviti seni untuk semua lapisan masyarakat.
> Forum dan Sesi Perkongsian Penggiat Seni Kreatif: Sesi perkongsian
bersama penggiat seni dan usahawan.
> Persembahan Seni dan Kebudayaan: Menampilkan keindahan warisan
seni Borneo secara tradisional dan kontemporari.
Majlis perasmian akan berlangsung pada 22 November 2025 (Sabtu) dan
disempurnakan oleh YB Datuk Khairul Firdaus bin Akbar Khan, Timbalan Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya.
Program ini dianjurkan dengan kerjasama pelbagai agensi negeri dan
persekutuan seperti Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS), Balai Seni Negara,
Balai Seni Lukis Sabah, Muzium Sabah, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara
(JKKN), Tourism Malaysia, Kraftangan Malaysia serta rakan strategik industri
kreatif tempatan.
BCCD 2025 dianjurkan bagi mengangkat nilai seni, budaya dan warisan
Borneo ke peringkat antarabangsa di samping memperkukuh peranan industri
kreatif sebagai pemangkin ekonomi dan medium perpaduan masyarakat menerusi
seni. Mari bersama hidupkan semangat Borneo, di mana seni, budaya dan warisan
berpadu dalam denyut inspirasi baharu!
Jom hadir beramai-ramai dan masuk adalah PERCUMA!
-Balai Seni Negara.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.