Monday, 24 November 2025

Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2025 Kembali Menyemarakkan Tahun Melawat Malaysia 2026

 

PUTRAJAYA, 24 November 2025 – Selari dengan hasrat untuk menawarkan pengalaman hebat kepada pelawat semasa berbelanja dan berkunjung ke Malaysia, Kempen Jualan Akhir Tahun Malaysia 2025 kini kembali dengan lebih 100 tawaran dan aktiviti menarik di seluruh negara melibatkan diskaun hebat sehingga 70% di pusat beli-belah serta gedung runcit terpilih di samping program jualan tengah malam dan hadiah cabutan bertuah.

Berlangsung dari 15 November 2025 hingga 1 Januari 2026, pelawat antarabangsa dan domestik bukan sahaja berpeluang mendapatkan pakej penginapan istimewa, malah menikmati promosi eksklusif di taman tema, urutan spa serta makanan dan minuman (F&B). Menariknya, lebih 70 promosi percutian ditawarkan oleh hotel-hotel yang mengambil bahagian di seluruh negara dengan tawaran harga bilik bermula serendah RM99 selain penawaran pakej kembara warisan Malaysia.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.