20 November 2025, Genting Highlands – Resorts World Genting (RWG)
hari ini mengumumkan kerjasama strategik dengan Tourism Malaysia bagi menyokong
agenda pelancongan negara menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Kerjasama ini dimeterai melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang
ditandatangani di Resorts World Awana dan disaksikan oleh YB Dato’ Sri Tiong
King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya.
Antara tumpuan majlis ialah pratonton eksklusif Eufloria, tarikan
ekopelancongan dan edutourism terbaharu RWG. Menerusi keluasan 12.5 ekar,
Eufloria menampilkan kompleks rumah hijau terbesar di Malaysia seluas 3.7 ekar
dengan empat rumah kaca bertema, menawarkan pengalaman botani unik kepada
sehingga 8,000 pengunjung pada satu-satu masa.
Kerjasama ini mencerminkan aspirasi bersama untuk menonjolkan
khazanah semula jadi Malaysia sambil memupuk hubungan bermakna antara
pengunjung dan biodiversiti negara.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.