SABAH, 15 November 2025 - Program Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia
(SKCCM) Sabah yang berlangsung di Imago Mall, Kota Kinabalu telah menerima
sambutan hangat daripada pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik bermula
dari 14 hingga 16 November 2025. Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh YB
Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni &
Budaya bersama Encik Chan Seng Fatt, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star
Media Group Berhad.
Majlis SKCCM ini turut menyaksikan pelancaran kempen Fly Borneo Vol.
3: Surreal Experiences, satu inisiatif kolaboratif Tourism Malaysia Sabah
bersama Malaysia Airlines dan Firefly yang menghimpunkan 13 ejen pelancongan
strategik bagi mempromosikan 26 pakej pelancongan eksklusif merangkumi Sabah,
Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak 80 pempamer dari serata Malaysia telah menyertai SKCCM
edisi Sabah yang terdiri daripada agensi pelancongan, pengusaha produk dan
makanan warisan serta pengusaha produk-produk kraf tempatan. Acara turut
dimeriahkan lagi dengan kehadiran maskot Wira dan Manja semasa majlis
pelancaran dan terdapat juga aktiviti interaktif seperti kuiz Kahoot, cabutan
bertuah serta persembahan dari artis tempatan Sabah yang menjadi tarikan kepada
para pengunjung.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.