SELANGOR, 29 November 2025 - Pelayaran sulung kapal persiaran MV
Piano Land selamat berlabuh di Port Klang Cruise Terminal pada hari ini, 29
November 2025. Majlis sambutan khas telah dihadiri oleh YBrs. Encik Samuel Lee,
Timbalan Ketua Pengarah Promosi II, Encik Kenny Cheong, Pengarah Urusan Hwajing
Travel & Tours. Turut hadir YBrs. Puan Chua Yee Ling, Ketua Pegawai
Eksekutif Tourism Selangor, YBhg.Dato’ Azman Shah Mohd Yusof , Pengerusi MMC
Ports Berhad, YBhg. Datuk Eddie Lee,Pengarah Urusan Kumpulan Westports, Encik
Alvin Geoffrey Ketua Pegawai Eksekutif PKCT bersama penganjur cruise line.
Penumpang dari Hong Kong, China disambut dengan persembahan
kebudayaan yang meriah dengan penampilan istimewa maskot VM2026 Wira dan Manja.
Sempena keberadaan kapal MV Piano Land di perairan Malaysia dan akan
berlabuh di Pulau Pinang dan Langkawi ini, Tourism Malaysia akan menganjurkan
lawatan suai kenal dengan membawa 62 wakil agensi pelancongan, pempengaruh dari
lapan buah negara dan agensi pelancongan domestik bagi mempromosikan
pelancongan cruise di Malaysia. Kapal persiaran MV Piano Land ini turut
diiktiraf sebagai kapal persiaran mesra muslim.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.