Thursday, 30 December 2010

2010 tahun cemerlang sektor pelancongan negara

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Sektor pelancongan negara mencatat rekod cemerlang sepanjang tahun ini apabila menerima pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa di samping menyaksikan peningkatan jumlah kedatangan pelancong asing. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, perkembangan itu menjadikan sektor berkenaan antara penyumbang kepada pembangunan ekonomi negara biarpun berhadapan dengan cabaran ekonomi global. Menurut beliau, antara pencapaian cemerlang apabila buku panduan firma pelancongan Lonely Planet meletakkan Malaysia sebagai 10 destinasi pelancongan yang memiliki nilai terbaik dunia selain pelancongan terbaik 2010.

"Negara turut tersenarai dalam 10 negara teratas dalam destinasi pelancongan terbaik 2009 oleh Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . "Beberapa pengendali resort tempatan juga menggondol pelbagai anugerah dalam Anugerah Pelancongan Dunia 2010.
"Kita turut memperoleh pulangan ke atas pelaburan yang tinggi dengan purata setiap pelancong berbelanja RM2,260 bagi satu perjalanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Yen Yen, berikutan kecemerlangan tersebut, kementerian itu terus komited dalam memajukan sektor pelancongan. Dalam pada itu, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) telah mengatur pelbagai acara menarik sempena sambutan tahun baru 2011. Persembahan bunga api akan diadakan pada malam 31 Disember diikuti acara mingguan KL Family Fair keesokan harinya. Karnival Homestay Malaysia 2010 pula berlangsung dari 30 Disember hingga 2 Januari 2011.
-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.